Bab 3

Romantic Comedy Series 12117

SEPERTI biasa bila masuk kerja awal pagi, rutin pertama Anggun Elisa adalah menyemak jadual kerja bosnya. Dia buka fail biru, scroll skrin komputer, cek kalender syarikat. Semua benda dia buat dengan penuh fokus. Bukan sebab rajin sangat, tapi sebab tak nak nanti dia tersalah info pada bosnya yang terkenal dengan “cold stare” paling tajam di aras pejabat ni.

Cuma pagi itu, bila habis semak, Anggun tergaru-garu kepala. Kosong. Betul-betul free day untuk Syed Asyraf. Tak ada meeting, tak ada temujanji dengan klien, tak ada pembentangan. Pelik betul. Kalau ada masa, bolehlah dia selesaikan kerja lain yang makin menggunung itu.

Baru saja dia nak lega, telefon pejabat berbunyi. Anggun tanpa fikir panjang terus angkat.

“Yes, Encik Asyraf’s office. Anggun speaking.”

“Hello Anggun. That’s me, Julie.”

Alahai… suara itu! Anggun terus mengeluh lemah. Siapa lagi kalau bukan Cik Julie yang tak pernah kenal erti putus asa. Kalau dalam senarai fans club Syed Asyraf, Julie boleh dikategorikan sebagai ‘hardcore member’.

“Hello, Cik Julie. Ada apa boleh I bantu?” Nada Anggun sopan walaupun dalam hati dia dah tahu apa yang wanita itu nak.

Julie ketawa kecil, suara peramahnya kedengaran ceria.

“Of course I need your help, Anggun. Boleh you set appointment I dengan Asyraf today? Time lunch hour?”

Anggun tepuk dahi perlahan. Dalam hati dia merungut, ‘Ya Allah… pagi-pagi macam ni aku belum sempat Google lagi alasan nak reject orang. Takkan aku nak recycle alasan lama untuk perempuan ni? Confirm dia tak percaya.’

“Let me check first schedule Encik Asyraf dulu ya, Cik Julie. Lagipun Encik Asyraf belum masuk ofis lagi. So… I tak tahu kalau dia datang hari ni ke tak.” Anggun menipu dengan suara paling profesional. Hakikatnya, lelaki itu memang ada dalam pejabatnya sekarang. Siap tengah tekun menghadap laptop.

Julie macam tak puas hati tapi akhirnya dia sekadar mengucapkan “Alright, you check dulu ya,” sebelum tamatkan talian.

Anggun menarik nafas lega. Baru nak sambung kerja, telefon berbunyi lagi.

“OMG!!!” Anggun hentak meja sambil menjeling telefon. “Apa ni? Baru seorang call, datang pula yang lain. Diorang ni share group WhatsApp ke? Lepas sorang, sorang!”

Dengan malas Anggun jawab panggilan seterusnya. Kali ini suara lain pula, tapi isi tetap sama. Nak confirm appointment dengan bos pujaan hati. Lepas panggilan tamat, Anggun terus bangun, muka dah masam mencuka, menuju ke bilik Syed Asyraf.

Tok! Tok!

“Masuk.”

Tanpa lengah, Anggun melangkah masuk. Bosnya masih tekun menaip, langsung tak angkat muka. Anggun berdiri depan meja, tarik nafas panjang sebelum melepaskan ‘bom’.

“Bos… Cik Julie, Cik Irene, Cik… cik apa lagi ha?” Anggun cuba ingat nama-nama wanita itu sambil merenung siling. “Ha, diorang semua nak set appointment dengan bos. Hari ni bos punya schedule free, so I set appointment diorang today ya.”

Syed Asyraf berhenti menaip. Perlahan-lahan dia angkat wajahnya, kening terangkat. “Siapa bos you?”

Anggun blur sekejap. “Bos la…” tangannya spontan menuding ke arah lelaki itu.

“So siapa benarkan you set appointment tanpa arahan I?”

Anggun terus kaku. Err… trap! “Err… I… ingatkan bos free, so…”

“I tak nak jumpa anyone today.” Suaranya tegas, setiap perkataan macam tembakan sniper.

“Tapi bos…” Anggun cuba melawan. “Diorang tu kan semua klien company. What if ada yang nak offer big project?”

“Then you suruh diorang send proposal.”

“Tapi…”

“Through email only.” Potong Syed Asyraf sebelum Anggun sempat tarik nafas kedua.

Anggun buat muka. Mulutnya ternganga sedikit tapi cepat-cepat dia tutup balik. Dia tahu bosnya takkan berganjak.

“But bos tahu kan? Why Cik Julie semua tu tak pernah give up nak jumpa bos. I mean, bukan pasal kerja je…” Anggun sengaja buat muka penuh maksud, cuba pancing respon.

Syed Asyraf tak layan. Dia cuma menjeling sekali, cukup untuk buat Anggun kecut perut.

“Buat je kerja you.”

Bam! Habis cerita.

Anggun mengeluh, berpusing keluar dengan wajah berkerut. Dalam hati dia dah boleh agak tugasnya yang seterusnya, Google lagi. Cari alasan kreatif untuk reject semua permintaan wanita-wanita itu.

Anggun berhenti sekejap di depan pintu, toleh balik.

“Okey boss. Don’t worry. I’ll come out with the best excuse. Alasan paling menyenangkan kita berdua untuk beberapa hari ni supaya bos punya fans club tak kacau kita lagi.” Suaranya penuh semangat, macam baru dapat tugasan penting dari kerajaan.

Syed Asyraf hanya pandang dengan wajah sukar ditafsir. Ada sinis, ada juga sedikit curious. Anggun keluar dengan langkah yakin tapi lelaki itu sempat bersandar ke kerusi, termenung.

‘Alasan apa pula dia nak reka kali ni?’

WAKTU tengah hari, suasana lobi pejabat agak sibuk dengan staf keluar masuk untuk rehat. Syed Asyraf berdiri segak di tepi ruang menunggu, tangan satu seluk poket, satu lagi main telefon. Dari ekor mata, dia sedar penyambut tetamu yang bertugas di kaunter, Lia, asyik curi-curi pandang ke arahnya.

Syed Asyraf mendengus perlahan. ‘Apahal budak ni pandang macam nampak hantu?’

Tak lama kemudian, kelibat Amy muncul dari pintu lif. Seperti biasa, gadis itu senyum manis sambil melambai kecil. Tapi baru dua langkah Amy nak ke arahnya, Lia terus membulatkan mata dan panggil Amy dengan tangan melambai-lambai.

Syed Asyraf angkat kening, hairan. Dia dan Amy sempat berpandangan. Akhirnya Syed Asyraf sekadar mengangguk, menyuruh Amy pergi dulu ke kaunter.

Dari tempat dia berdiri, jelas Syed Asyraf nampak Lia berbisik sesuatu pada Amy. Tak lama kemudian, Amy menoleh ke arahnya dengan wajah pelik campur hairan.

“Apahal diorang ni?” gumam Syed Asyraf, kening makin rapat. Lagi dia pelik bila Lia hulur sekeping mask kepada Amy. Dengan muka ragu-ragu, Amy capai juga dan perlahan-lahan sarung ke wajahnya sambil melangkah ke arah Syed Asyraf.

Sampai saja di hadapan lelaki itu, Syed Asyraf terus kerutkan dahi.

“Kenapa you pakai mask?”

Amy tarik nafas pendek, matanya beralih sekejap ke Lia sebelum kembali pandang Syed Asyraf.

“Dia… dia yang bagi I. Suruh I pakai sebab…” suara Amy tergantung. Dia sendiri rasa macam mustahil nak sebut.

“Sebab apa?” suara Syed Asyraf tegas.

Amy akhirnya lepaskan juga ayat yang dia cuba tahan.

“Receptionist tu cakap… you kena influenza B.”

“What?” Mata Syed Asyraf terus buntang. Suara rendahnya naik seoktaf. “You ingat I gila? Nak datang office kalau betul kena benda tu? I takkan bahayakan nyawa orang lain!”

Amy cepat-cepat angkat tangan, cuba tenangkan lelaki itu.

“Ya, I know. You bukan orang macam tu. Of course I percaya.”

Tapi Syed Asyraf dah panas hati. “Wait, I nak pergi cakap dengan receptionist tu. Suka hati je buat cerita.”

Amy pantas halang, berdiri depan lelaki itu. “No, please. I rasa ni semua salah faham. Lia cakap… your secretary yang pesan. Katanya kalau ada sesiapa datang cari you, suruh cakap you kena influenza B. Tak boleh datang jumpa.”

“What?” Sekali lagi Syed Asyraf terkejut. Suara rendahnya hampir bergema di ruang lobi. “Did Anggun really say that?”

Amy mengangguk, masih dengan wajah serba salah.

Syed Asyraf hela nafas kasar, wajahnya bertambah tegang. Rahang bergerak-gerak menahan marah. “Damn it, Anggun!” Dia menggumam dengan nada geram. “So ni lah the best excuse yang dia maksudkan? Yang ‘menyenangkan untuk a few days’? Dengan alasan I kena influenza B?”

Syed Asyraf geleng kepala, masih tak percaya setiausahanya boleh reka alasan sebegitu. ‘Anggun Elisa… you memang nak cari pasal dengan I!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience