BSID - BAB 3 - RINDU MASA BERDUA

Romance Series 3952

"Eh, you yang I jumpa hari tukan?" Bertaut kening Zill mendengar suara manusia yang sebolehnya dia tidak mahu bertemu lagi.

"Ala, you ni. I, Elina. Kita jumpa kat seminar hari tu. Hari ni, kita bertemu kat sini pulak." Zill menjeling. Elina cuba menyentuh lengan Zill. Namun, cepat-cepat Zill tarik lengannya.

"Jangan sentuh I! I'm married." Tegas Zill sambil menunjukkan cincin suasa dijari manisnya.

"Ala, you ni. Janganlah kuno sangat."

"Ini bukan persoalan kuno atau tidak. I tak kenal you dan tak nak kenal you langsung! You simply nak sentuh lelaki bukan mahram. Tak malu ke?"

"Oh, come on. Kita sekarang ni dalam zaman moden. Bukan zaman tok kaduk." Ejar Elina sambil menyilang tangan ke dada sehingga hampir membuatkan payudaranya terkeluar dari dress sendat yang tersarung ditubuh gempalnya.

"Kalau zaman moden, boleh sentuh-sentuh, pegang suami orang tanpa lapik? Tak kenal hukum halal haram lagi? Dalam kubur nanti, sentuhlah mayat lain. Moden sangatkan?" Sinis soalan Zill. Berubah riak wajah Elina.

"Sorry. Tapi, tak sangka boleh jumpa you kat sini, eh? You kenal ke Tengku Nazrul ni? I dengar dia ni, bukan calang-calang orangnya."

"Yap. Antara businessman terbaik di Malaysia sekarang ni."

"I tak fikir macam tu pun. Nampak tengku ni macam biasa je. Kolot sikit." Ujar Elina separa berbisik.

"I rasa you lagi kolot kot. Memang spesis you ni mulut kena lancang, cakap tak berlapik?" Elina menelan air liur yang berpasir.

"Orang kata jangan kerana mulut badan binasa."

"You ni, selalu sangat cari masalah dengan I." Rengek Elina.

"Excuse me, Puan Elina. I ni, tak pekak, tak buta. Orang yang you cakap kolot tu, antara orang yang paling I percaya. Dan, tolong jaga pertuturan you kalau nak maju." Tegas Zill sebelum berlalu. Berubah terus wajah Elina.

"Dia tahu aku dah kahwin?" Elina memandang dirinya sendiri.

"Ceh! Berlagak! Macam bagus sangat. Bapak aku ada company lagi besarlah! Tak heran dengan korang ni!" Omel Elina. Bebelan Elina didengari beberapa tetamu bergelar businessman yang hadir di syarikat milik Tengku Nazrul.

Zill mengarahkan pembantunya berlakon menjadi salah seorang tetamu yang hadir dan cuba merapatkan diri dengan Elina sebaik mungkin. Zill dapat rasakan ada sesuatu pada Elina.

"Punya ramai businessman kat sini, kenapa aku juga yang dia cari? Ramai lagi yang muda, yang tampan, yyang lagi kaya ada dalam dewan ni. Tapi, dia cuma fokus kat aku. Mesti ada yang tak kena dengan perempuan ni." Ujar Zill pada Boy.

"Saya pun fikir begitu juga, boss. Takpe, boss. Boss buat kerja macam biasa. Saya akan cuba dapatkan maklumat tentang dia."

"Thanks, Boy."

"Apa yang tak kena Zill?"

"Tu, perempuan yang pakai skirt pendek warna pink tu."

"Mana, Zill?"

"Sebelah Datuk Patinggi Hussin. Papa kenal tak siapa dia?"

"Entahlah, Zill. Nanti papa tanyakan Kamal."

"Oh, itu anak Datuk Sri Erman. Pemilik syarikat perabot jati yang berpangkalan di Johor."

"Elina Ellara nama dia. Kenapa Zill?"

"Takdelah, pa. Masa seminar kat Kuala Lumpur hari tu, dia tiba-tiba sentuh Zill. Tanpa segan-silu lagakan dada dia kat lengan Zill. Tak tahu malu langsung."

"Zill tak tegur?"

"Maunya Zill tak tegur. Dia nak pegang Zill kali kedua tu, Zill tarik tangan Zill. Zill marah dia. Dia cakap Zill kolot, kuno sebab tak ikut peredaran masa."

"Hurm, nilah dia orang sekarang. Takde adab."

"Ni bukan takde adab, papa. Takde maruah diri. Tadipun, sekali lagi dia pegang Zill. Memang Zill marah. Lepas tu dia cakap papa ni kolot."

"Kolot? Tang mana kolot tu?"

"Entahlah, pa. Tak faham orang macam ni. Entah apa yang dia nakkan sebenarnya. Padahal dia dah berkahwin pun. Tapi, gatal lain macam."

"Dah kahwin?"

"Ya, pa. Zill dah siasat latar belakang dia. Suami dia mat saleh, orang Australia."

"Huh! Tak padan dengan muka." Ejek papa.

"Tahupun, papa. Entah apa jenis manusialah ni tak reti nak pakai elok-elok. Kita dah inform semua business tentang etika berpakaiankan?"

"Semua dah maklum tentang hal ni, Zill. Kita ikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelakkan berlakunya sex harrasment."

"Tapi, ni, perempuan tak cukup kain ni macamana boleh terlepas?"

"Takpelah, Zill. Kali ni kita lepaskan. Tunggulah kalau ada perjumpaan dan perbincangan sebegini, papa akan inform Datuk Sri Erman."

"Itu yang sepatutnya, pa. Rimas tengok orang macam ni. Nakkan perhatian sangat ke? Bukannya muda lagi. She's almost fifty, papa."

"Kata orang dah bau tanah..." Tambah Zill lagi.

"Hahaha... Zill, Zill... Ada saja kamu ni." Zill turut tertawa.

"Err, papa. Kalau perempuan ni banyak cakap atau banyak tanya, jangan cakap kita ada kaitan ya."

"Kenapa?"

"Tadi dia kutuk papa. Dia cakap papa kolot. Zill nak tengok riak wajah dia bila dia tahu orang yang dia kutuk tu ada kaitan dengan Zill. Biar dia rasa."

"Apa-apalah Zill."

"Pa... Hujung bulan ni, Zill nak buat kenduri doa selamat sekali nak celebrate birthday Amsyar. Ajak mama sekali pa."

"Birthday Amsyar?"

"Ya, pa. He's thirteen years old."

"Allahuakhbar. Dah semakin dewasa cucu papa tu."

"Alhamdulillah, pa. Zill pun tak sangka anak Zill dah semakin dewasa. Sekejap je masa berlalu, pa."

"Ya, Zill. Papa perasan, wajah Amsyar ada iras Ira."

"Ya, pa. Memang Amsyar seiras sangat dengan arwah Ira, tapi versi lelaki. Maya pun cakap macam tu."

"Rindu papa pada Ira, Zill. Dah dua belas tahun, Ira tinggalkan papa." Zill menghampiri Tengku Nazrul.

"Pa, jangan bersedih. Ira sedang bahagia di taman syurga. Kita doakan Ira, ya. Lagipun, kenduri yang Zill buat ni khas untuk Ira juga, selain untuk arwah mama, papa, arwah ibu ayah Maya sendiri."

"Alhamdulillah. Terima kasih, Zill. Zill banyak sangat bantu papa selesaikan masalah."

"Pa, papa bukan orang lain dalam hidup Zill. Kita dah janjikan, sama-sama susah, sama-sama senang."

"I'm proud of you..." Bahu Zill ditepuk perlahan.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam. Abang..." Maya mengucup kekura Zill sebelum pipi Maya dicium Zill.

"Hai, senyap je. Mana anak-anak?" Soal Zill sebelum Maya mengambil briefcase dari tangan Zill.

"Tidur."

"Wah, hebat mommy ni. Jarang dengar anak-anak tidur petang."

"Amsyar. Amsyar yang melayan anak-anak abang tu."

"Bertuah, anak-anak dapat Amsyar."

"Kita pun bertuahkan, bang. Tumpang rezeki anak-anak."

"Alhamdulillah."

"Abang, jadi ke kita nak buat kenduri doa selamat dengan birthday celebration untuk Amsyar?"

"In shaa Allah. Abang dah bincang dengan papa tadi. Papa akan bantu kita."

"Alhamdulillah. Kalau ikutkan takde apa yang nak dibantu. Kita order catering je."

"Mama Mas nak masak special untuk Amsyar. Lagipun, dia seronok sangat dapat layan anak-anak kita yang dianggap macam cucu dia sendiri."

"Agaknya, mama rindukan anak dia sendiri kot."

"Abang pun fikir macam tu juga. Agaknya, kalau betul anak mama masih hidup dengan bekas suami yang tak berguna tu, tentu dia dah dewasa dah kahwin dan mungkin juga dah ada anakkan?"

"Mungkin juga. Kekadang, sayang kesian tengok mama tu. Dia punya sayang kat anak-anak kita ni... Fuh! Kalau sayang sendiri pun, sayang akan cemburu. Lain macam layanan mama kat dorang tau."

"Ala, yang. Tak payahlah nak cemburu bagai. Mama tu layan kanak-kanak je. Meh sini, layan abang. Confirm tak keluar bilik!"

"Abang!" Naik seoktaf suara Maya dengan kegatalan Zill.

"Shu... Anak tidur, yang."

"Hish! Abang ni, lain takde tau. Ke situ je..."

"Nak buat macamana, yang. Abang pun rindu waktu berdua. Baru nak kiss, sikembar dah memanggil. Baru nak hug, dah kena terjah bilik tu. Bila masa abang dapat perhatian dari sayang." Kedengaran bunyi orang merajuk di situ. Maya tertawa kecil.

"Sayang minta maaf. Bukan sayang sengaja. Bukannya sayang tak nak layan abang. Tapi, sumpah. Abang sendiri nampak macamana anak-anak melekat kat sayangkan?"

"Takpelah, yang. Kita bertahan sikit, eh? In shaa Allah, ada rezeki kita spend time berdua nanti. Dorang bukan orang lain. Anak-anak kita jugakan?"

"Sorry, abang." Maya memegang pipi Zill yang sedikit berjambang.

"It's okay, baby. Eh, jomlah sayang."

"Nak kemana pulak tiba-tiba je?"

"Anak-anak tidur ni. Jom. Sempat lagi ni?"

"Ya Allah, abang. Biar betul abang ni..."

"Yang, please... Air dah cecah kepala ni..." Maya tertawa kecil sebelum pasrah dan redha dengan kemahuan encik suami.

Maya turut punya kemahuan yang sama. Dia rindukan belaian dan layanan Zill. Zill tahu kelemahan Maya. Dengan lafaz bismillah, petang yang hening itu membawa Maya ke syurga ciptaan Zill.

"Mommy!" Tersentak Maya bila kakinya dipeluk Aifa dan Ammar sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

"Allahuakhbar, anak-anak syurga mommy ni. Terkejut mommy, tau..." Ujar Maya seraya mendukung Aifa dan Ammar.

"Mommy, what are you doing?"

"Sorry, sayang. Mommy letih sangat. I'm sleepy, baby."

"Eh, daddy?"

"Yap. It's daddy. But, daddy is sleeping. Jangan kacau daddy. Daddy pening kepala."

"Daddy pening kepala?" Soal Amsyar tiba-tiba.

"Err, ya Amsyar. Sikit je tu. Mommy dah bagi daddy makan ubat. Daddy must be so tired. Sorry, okay. Dah, jom kita ke dapur. Mommy buat cekodok pisang. Nak tak?"

"Nak!!!" Serentak anak-anak menjawab.

"Aira, jom abang dukung Aira." Laju tangan Aira menggapai tangan Amsyar lalu didukung melangkah menghala ke dapur. Zill sempat mengintai anak-anak dari atas katil sebelum tersenyum lebar.

"Yes!" Ujar Zill dengan senyum lebar bila permintaannya ditunaikan cik isteri.

"Lama kot aku bertahan. Nasib baik bil air tertunggak aku dah jelaskan. Alhamdulillah." Omel Zill sendirian dengan mata yang terpejam.

**********************

"Hai..."

"Oh, please..." Keluh Zill bila sekali lagi dia bertembung dengann Elina.

"Not again."

"Ala, you ni. Nampak I je buat muka toya you."

"You ni, boleh tak tegur orang lain? Macam takde orang lain yang you boleh nak tegur."

"Kenapa? You tak suka I tegur you ke?"

"Annoying." Jawapan selamba Zill.

"Ala you ni. I suka you kot."

"You suka I? I tak suka you. Tak suka langsung. Faham tak?"

"Relakslah. I memang suka tengok you."

"Don't you ever touch me! You tu dah berlaki, bukan cara dah berlaki! Jangan murah sangat! Dengan lelaki lain, you punya pasal nak pegang, nak raba. Dengan I, sorry. Don't ever think about that! I'm warning you!" Amaran keras dari Zill.

"Kenapa you tak suka I?"

"Ya Allah! Hei, perempuan! Siapa pun you, anak siapa pun you, I don't care. I'm married. I love my kids. I love my wife, my syurga. Jangan bagi bagi I neraka yang you cipta! Understood?"

"Tapi?"

"Last warning, Puan Elina Ellara Binti Erman!" Terkedu Elina bila nama penuhnya disebut Zill.

"Eh, salah. You tak letak nama daddy I. Daddy I, datuk sri... So, you kena panggil I, Ellina Ellara Binti Datuk Sri Erman."

"Go to hell!" Ujar Zill sebelum berlalu pergi.

"Eh, mana dia? You! You!"

"Ya Allah. Dari planet mana munculnya perempuan ni?" Omel Zill bila terpaksa menyorok dalam toilet.

"Kau diam! Jangan campur hal aku! Ini urusan aku dengan Elina!"

"Man, relaks okay. Biarlah Elina tu. Dia baru je balik sini."

"Kau nak suruh aku relaks sedangkan sebab dia, aku hampir bercerai dengan bini aku! Kau sendiri tahu aku tak layan dia! Tapi, dia sanggup main minyak dagu semata-mata nak aku ikut cakap dia."

"Aku tahu semua tu. Kau kena kasihankan Datuk Erman. Datuk Erman dah janji akan serahkan sejumlah wang pada kau dengan keluarga kau."

"Mudah betul kau percaya cakap orang tua penipu tu kan? Kau sendiri pernah ditipu Datuk Erman. Sekarang, kau nak aku dengar cakap orang tua tu? Berapa kau dapat jadi balaci dia..."

"Jangan tuduh aku macam tu, Man. Aku masih punya maruah diri."

"Kau bercakap pasal maruah diri? Hei, Kamal! Kau lupa ke, pasal Elina, kau kehilangan anak dan isteri kau sekelip mata je. Kau rasa, sekarang ni, orang tua dengan anak dia ni akan bantu kau ke?" Kamal terdiam.

"Macam nilah, Mal. Aku takkan jumpa kau lagi kalau kau masih jadi balaci orang tua keparat dengan anak dia tu. Sumpah, Mal. Aku sanggup putus sahabat. Aku sanggup hilang sahabat baik aku dari kehilangan maruah diri dan keluarga aku demi wang ringgit!" Bentak lelaki yang bernama Man sebelum melangkah keluar dari toilet.

"Shit!" Bentak Kamal sebelum turut sama melangkah keluar dari toilet. Zill yang mendengar dari dalam toilet, hanya mampu menjadi pendengar. Kedengaran suara beberapa lelaki yang melangkah masuk ke toilet sebelum Zill turut keluar dari toilet bersama-sama mereka tadi.

another free reading chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience