BAB 5

Drama Completed 19407

Hujung minggu yang dinantikan oleh Naurah untuk bangun sedikit lewat seperti hari biasa.Dengan suasana bilik yang masih gelap gara-gara langsir belum dibuka dan penghawa dingin yang masih tidak ditutup membuatkan dia lagi malas mahu bangun.

Tok! Tok!

"Naurah....akak tahu kamu dah bangun...jom teman akak keluar kejap...nak pergi barang rumah..."ucap Noreen.

Naurah mendengus.

"Akak pergilah sorang...Naurah penatlah"ucap Naurah cuba mengelat tapi memang dia malas pun nak bersiap dengan mekap lagi.

"Dah...bangun...akak tunggu dekat bawah...tak payah mekap...pakai pelitup muka dengan spek mata je.Bukan orang kenal kau pun "ucap Noreen terus turun ke bawah.

Dengan malas Naurah keluar dari bawah selimut menuju ke bilik air.

*********

Althaf bangun tidur dengan sakit kepala yang menyengat.Dia tak ingat apa yang jadi semalam.Kepalanya ditundukkan sambil diurut perlahan.

"Apalah kerap sangat kau ni keluar tiba-tiba?"soal Althaf.Dia bangkit dan mula membersihkan diri.Sebentar lagi dia perlu ke pusat gym untuk melakukan rutin mingguan.

Lagu di iPad miliknya dipasang untuk menaikkan mood pada pagi harinya.

Selesai mandi dia mengenakan singlet dan menyarung sweater hitam dan disertakan topi sekali.Kunci kereta dicapai lalu terus keluar dari rumah.

Kak Noreen memandang pelik dengan Naurah.Dia malu nak berjalan dengan adiknya itu.

"Naurah....kau ingat kau artis ke?"soal Noreen sambil memilih bawang merah.

Naurah disebelah menjawab pertanyaan Kak Noreen.

"Naurah bukan artis.Apa masalahnya sekarang?"soal Naurah yang masih mamai kena paksa beli barang dapur.

Orang sekeliling memandang adiknya itu.Dia menyiku lengan Naurah.

"Kalau ya pun...tak payah spek mata dalam pasaraya.Orang sekeliling dah fikir lain tau.Buka spek mata tu, tinggalkan pelitup muka saja"ucap Noreen.

Naurah memandang.Patutlah orang tengok dari tadi ingat sebab dia cantik rupanya pelik.

"Alah Kak Noreen... dekat korea tu relaks je...ni sebab orang Malaysia kepochi...lebih sikit-sikit viral itu je kerja diaorang... condemn..."ucap Naurah membuka spek mata hitam dan disangkut pada leher bajunya.

Kak Noreen geleng kepala.Dia bukan tak faham dengan Naurah.Sebab tu Umi dan Ayah suruh Naurah duduk dengan dia kalau tak pening kepala orang tua tu.

"Dah pergi ambil sos tiram dan sos cili... Kak Noreen tunggu sini..je nak pergi timbang ni"ucap Noreen.

Naurah dengan berat kaki pergi ke bahagian yang sepatutnya baru dia nak mencapai botol sos tiram ada yang datang menegurnya.

"Naurah..."suara yang menggetarkan jiwanya.Masalah paling besar adalah kenapa bila dia selekeh semua orang nak terserempak.Masa dia bersiap cantik-cantik..tak ada pulak nak terserempak.
Dengan lambat-lambat dia berpaling dan figura segak dibelakangnya itu sangat membuatnya berdebar.

"Hai....Ray...tak sangka jumpa awak dekat sini"ucap Naurah tersengih disebalik pelitup muka.

"Saya pun tak sangka...jumpa Naurah...tadi takut juga nak tegur... takut salah orang..."ucap Ray dengan senyuman manis.

Ya Allah...inilah crush aku...lamanya aku jadi bayang-bayang kejar dia sejak zaman universiti.Sebabkan Ray juga aku sanggup terima kos psikologi.

Ray melambaikan tangan dengan muka Naurah.

"Naurah....awak okay tak?"soal Ray.

"Okay... okay....kenapa nampak tak okay ke?"soal Naurah.

Ray memandang penampilan Naurah yang agak pelik harini.

"Awak sakit ke?"soal Ray.

"Ahh....tak kenapa?"soal Naurah.

"Awak pakai pelitup muka"ucap Ray.Naurah baru teringat.

"Ohh...emm..saya selsema sikit...risau berjangkit..."tipu Naurah.

"Okaylah saya dah lambat...nanti kita borak lagi kalau ada rezeki...bye..Naurah"ucap Ray terus meninggalkan Naurah.

"Bye...jumpa lagi"ucap Naurah sambil tersenyum seperti kera.Bahunya di tepuk oleh Kak Noreen.

"Oh Ray...kau.."latah Naurah akibat terkejut dengan sentuhan dibahunya.

"Amboi patutlah bukan main lama Kak Noreen tunggu sos tiram bagai... rupanya meniram dekat sini...apa nama dia... Ray?"ucap Noreen.

Naurah tersengih meletakkan sos tiram dan sos cili dalam troli.

"Siapa tu segak orangnya?"soal Noreen.

"Kawan universiti Naurah..."ucap Naurah sambil tersenyum.

Kak Noreen memandang pelik.

"Kawan? Tapi lain macam...pandang mamat tu tadi... crush dekat dia ke?"soal Kak Noreen.

"Mana ada...Naurah ni... siapalah nak..dahlah...rupanya macam ni...lupakan jelah...ni dah beli semua barang...jom balik.."ucap Naurah terus mengelak dari disoal banyak oleh Kak Noreen.

"eee...dia ni orang tak habis tanya dah jalan...Naurah tunggu!"panggil Noreen mengejar langkah kaki Naurah yang pendek itu.

*********

Althaf beratur nak membeli minuman.Selalunya kalau hari kerja dia akan suruh Zukie tapi memandangkan hari minggu jadi dia sendiri kena buat semua benda.

Dia membelek telefonnya sementara menunggu gilirannya.Tiba-tiba tubuhnya dilanggar oleh seseorang dari belakang nasib telefon yang dipegang tidak jatuh.

"Sorry..." riak wajah berubah sebaik sahaja dia nampak raut wajah itu.

Althaf berpaling dan melihat seorang gadis yang berpelitup muka hitam dibelakangnya.

Naurah sudah kejung.Apa malang sangat aku harini.Tadi Ray sekarang Tuan Althaf pulak?.Dia kenal aku tak?.Baik aku berambus cepat sebelum dia keluarkan arahan untuk aku.Tapi dia nampak lain harini dengan topi Tommy Hilfiger dan sweater hitam.

"Naurah!"

Ahhh? Dia kenal aku walaupun aku pakai macam ni?.

"Tuan Althaf kenal saya ke?"soal Naurah.

Althaf memeluk tubuh dengan wajah serius memandang Naurah yang paras dadanya.

"Mustahil saya tak kenal...orang pendek yang saya kenal awak sorang je..."ucap Althaf.

What?. Pendek dia panggil aku...hello aku tak pendek ya...156 cm...

Althaf berkerut tengok Naurah dari atas sampai bawah dengan pelitup muka.Penampilan agak kusut.

"Awak demam ke?"soal Althaf mendekatkan wajahnya pada Naurah.

Naurah mengenggam kemas tangannya.

"Encik nak order ke!"panggil pekerja kafe.Althaf berpaling pada arah kaunter.

Naurah terus berlari keluar dari kafe dengan langkah.Althaf memandang arah Naurah tapi gadis itu sudah lari macam lipas kudung.

Althaf tersenyum sedikit.

"Takpe ...kau tunggu Isnin...."ucap Althaf berjalan ke arah kaunter untuk membuat pesanan.

Noreen terkejut sebaik sahaja Naurah masuk dalam kereta dalam keadaan kelam kabut.Dia memerhati luar tak ada sesiapa yang mengejar pun.

Naurah memakai tali pinggang keledar dan terus memandu keluar dari situ.

"Ada orang kejar kau ke dik?"soal Noreen yang melihat Naurah kelam kabut.

"Tu ah ada Pakistan jual karpet sibuk suruh beli karpet dia...tu Naurah lari...oh air tak dapat beli queue panjang betul harini...kita minum dekat rumah je..."ucap Naurah bagi memotong pertanyaan Kak Noreen.

Kak Noreen menggelengkan kepalanya dengan perangai Naurah.Nasib kau dapat lari dari Tuan Althaf tadi kalau tak rasanya mahu dia tahan aku.

Nasib kau dapat lari dari Tuan Althaf tadi kalau tak rasanya mahu dia tahan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience