3

Drama Series 17271

SETELAH 15minit Uzair membeku, Uzair terpaksa memanggung wajahnya melihat susuk tubuh Melissa yang berdiri di hadapannya. Dress labuh berwarna kuning lembut menyerlahkan lagi susuk tubuhnya yang ramping di tengah majlis malam ini.

"Uzair, you masih marahkan I ke?"

"Banyak lelaki yang boleh you pilih jadi husband. Why you tetap nak try I walaupun I dah reject you banyak kali Melissa."

Melissa ketawa nakal. "Sebab you lain dari semua yang ada di luar sana."

"Melissa I tak pernah pun ada perasaan pada you dari dulu hingga sekarang."

"Uzair, I tahu you mahukan I. I janji akan sentiasa mendampingi you dan cintakan you lebih daripada perempuan miskin tu." Melissa menggosok lengan Uzair lembut dengan senyuman menggoda.

Pantas Uzair menepis dan berganjak selangkah ke belakang menjauhkan diri daripada Melissa. Pantang sungguh dirinya dengan gadis yang suka menyentuh lelaki sesuka hati seperti Melissa.

"Please Melissa, I tak tak minat. Sorry. tak ada orang dapat ganti Arie dalam hati I. Ada pun yang pasti bukan you."

"Uzair... you are not the same as other men. Semua lelaki suka bila ada gadis cantik dan seksi sentuh dia. I tengok you lain."

"What else you mean i'm bored?"

Sekali lagi Melissa cuba menggoda Uzair namun lengan Melissa direntap kasar dari menyentuhnya. Uzair sengaja menggenggam lengan Melissa dengan kasar. Ikutkan hati nak sahaja dia mencekik dan membanting tubuh Melissa ke lantai. Apakan saya semua hanya hajat yang tidak kesampaian. Niatnya terhenti di situ.

"You nak I patahkan tangan you macam ni ke?"

"Lepaslah Uzair... sakitlah!"

Uzair hanya ketawa sinis dan melepaskan lengan Melissa. "You jangan ingat I lupa Melissa. You yang canang cerita Arie pada mama dulu. You malukan Arie depan semua orang dalam dewan tu. You ingat semudah tu I nak lupakan dan terima you?"

"Ingat Uzair, I tetap akan buat you jadi husband I!"

Uzair hanya mampu menggeleng dan mengeluh. Tiada kata yang mampu diungkapkan lagi. Melissa seperti tidak takut dengan amarannya walaupun Uzair dapat lihat pergelangan lengan Melissa merah dibuatnya.

"Whatever... I yang lafazkan akad bukan you Melissa. Semoga berjaya ya. Oh ya, you jangan lupa orang tua you berdiri sekarang atas bantuan siapa. Jangan nak terbang megah sangat."

Uzair beredar meninggalkan Melissa. Dia memilih untuk keluar dari dewan dengan perasaan benci dan meluat. Meluat dengan perangai Melissa yang tak pernah berubah daripada dulu hingga sekarang. Dalam keadaan marah Uzair tanpa sengaja melanggar seorang lelaki di luar dewan.

"Allahuakbar!"

"Maafkan saya, saya tak sengaja. Cedera ke?" soal Uzair cemas. Apa yang jelas dirinya kini dalam masalah. Masalah besar bakal muncul. Lelaki yang dilanggar ini bukan lelaki tua biasa. Lelaki ini merupakan tetamu khas mama dan atuknya.

...

Tenang rasanya perasaan Uzair tatkala melihat senyuman Awish di dalam gambar. Masalah yang dihadapi tadi dilupakan sekejap apabila Naim menunjukkan beberapa keping gambar ke padanya.

"Bagus Naim, aku suka kerja kau. Cuma satu...."

Naim terdiam. Wajah Tuannya ditenung seketika menunggu ayat seterusnya.

"Awish ni anak kepada lelaki dalam gambar ni. Atuk tu anak lelaki ni. Maknanya mak Awish tu menantu Pak cik Sham?"

"Ya Tuan Uzair. Apa yang saya pelik sekarang, semua orang tak tahu rupanya anak pak cik tu dah kahwin. Asalnya dulu anaknya kerja dengan orang kaya. Bila dia balik Malaysia lima tahun lepas, anak dia meninggal. Semua orang tak kenal menantu pak cik tu. Menantu pak cik tu tak bergaul dengan orang kampung. Pergi kerja balik kerja, pergi balik lagi. Itu yang saya dengar daripada orang kampung situ bercerita," balas Naim.

Uzair hanya diam dan meletakkan gambar tadi ke tangan Naim. "Dah, aku bukan nak kenal mak Awish. Aku cuma nak tahu Awish tu ada waris lagi ke tidak. Dah dia ada atuk dengan mak kandung kira eloklah tu."

Naim ketawa kecil apabila melihat sikap Tuannya.

"Gelak pula mamat sorang ni? Kau tengok aku melawak ke Naim?"

Naim menggeleng laju. "Saya rasa malam ni Tuan Uzair lain. Bila Tuan tengok gambar Awish... Tuan senyum dan dengar suara Tuan Uzair, saya rasa macam nampak Tuan pada masa lalu. Waktu Tuan dengan Datin dan Cik Arie."

Laju tangan Uzair menepuk lengan Naim disertai tumbukan kecil ke dadanya.

"Kau memang kenal aku Naim. Suka betul kau dapat gelakkan aku ya. Apa pun kali ni Awish buat aku tak sunyi. Sekurang-kurangnya aku ada tempat tenangkan diri. Aku boleh rehatkan mata aku daripada tengok calon pilihan mama."

"Ke Tuan Uzair nak tunggu Awish sampai besar?" balas Naim dan masih lagi ketawa nakal.

"Amboi-amboi Naim. Kau dah melebih ni. Awish baru berapa tahun tu. Sekolah pun be... lum... Naim, Awish tu bukan patutnya dah sekolah?"

"Sekolah tadika... eh... pra sekolah rasa saya. Kenapa Tuan Uzair? Saya rasa saya dah tahu apa yang bermain di fikiran Tuan."

Uzair hanya terpaku. Senyuman terukir di bibirnya.

"Saya gerak dulu Tuan Uzair, grandfather Tuan ke sini."

Uzair mengeluh. Kolar bajunya dirapikan sebelum menoleh ke arah atuk dan Dato Maslan sudah tersenyum menghampirinya.

...

Hari yang cerah dan ceria untuk Uzair hari ini. Beg diletakkan di atas meja dan melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk miliknya. Bingkai gambar di mejanya dijeling dengan senyuman manis.

"Selamat pagi cinta hati. Arie tahu tak I jumpa...."

"Morning Tuan Uzair Zein. Amboi, amboi, amboi... aku dengar gosip liar malam tadi kau jumpa bapa jerung. Anak jerungnya ada ke tidak?"

Uzair mengetap bibirnya melihat perangai Megat. Tubuhnya di sandarkan ke kerusi setelah menghidupkan komputer di sisinya.

"Kau ni dengan Isya membawang hal aku ke? Megat dari kau kacau hidup aku, baik kau call dia suruh bangun. Perempuan jenis tu kau nak jadikan isteri. Membuta lagi walaupun dah terang tanah."

"Alahai Uzair, jangan marah. Dia dah bangun la. Pagi tadi dia yang kejutkan aku bangun subuh. Dia kata dia malas nak keluar bilik awal, nanti mama dengan atuk bebel." Megat cuba jelaskan kepada Uzair hal Isya yang sebenarnya.

Uzair menjuihkan bibirnya dan mengangguk. Memang benar apa yang dikatakan Megat. Begitulah sikap Isya bila berada di rumah. Adiknya yang dulu manja dan riang kini berubah setelah mama cuba mengatur hidupnya.

Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya terbuka. Uzair dan Megat memandang susuk tubuh yang masuk ke dalam ruangnya dengan muka bingung.

"Morning Encik Megat. Morning Uzair," sapa Melissa. Bungkusan makanan di tangannya diletakkan di atas meja.

Megat tergumam. Rasa janggal pula apabila melihat Melissa muncul awal pagi di sini. Lenggok badan Melissa seakan sengaja mahu menggoda Uzair.

"Uzair aku keluar dulu ya. Aku tak nak ganggu kau dengan Cik Melissa ni."

"Sekejap Megat!" Uzair bangun dan menghampiri Melissa di tepi mejanya.

"You bawa untuk I ke?" bisik Uzair lembut ke telinga Melissa.

"Of course I bawa untuk you. Penat I suruh driver I belikan makanan untuk you," ucap Melissa dengan senyuman meleret.

Uzair hanya mengangguk. Tangannya mencapai bungkusan makanan itu dan diserahkan ke tangan Megat. Tubuh Megat ditolak kasar.

"Kau makankan untuk aku. Aku puasa hari ni."

Megat keliru namun dia hanya menurut dan membawa bungkusan itu pergi bersamanya. "Thanks Cik Melissa belanja."

Uzair tersenyum senget. Kehadiran Melissa di awal pagi sungguh buatkan hari cerianya bertukar mendung.

"Uzair Zein! I belikan breakfast tu untuk you. You boleh bagi pada dia. You ni." Kakinya dihentak kecil tanpa protes.

"I puasa sunat. You nak I buang ke? I buang you juga sakit hati. Right Miss Melissa?"

Melissa mencebek dan cuba mendekati Uzair.

"Miss Melissa, boleh tak lain kali nak masuk pejabat I ketuk pintu dulu. Setahu I you bukan ada class ke hari ni? Oh, sorry I lupa you dah kena buang kolej."

Melissa menepuk meja apabila lelaki di hadapannya ini cuba perlekehkannya. " Siapa cakap I kena buang? I berhenti sebab nak sambung dekat luar."

Uzair tergelak kecil. Senyuman sinis terukir di bibirnya saat melangkah ke muka pintu. Pintu pejabat dibuka seluas mungkin.

"I rasa you datang sini sekadar nak ganggu I kerja dan ajak I breakfast. Now you boleh keluar sebab I puasa dan I banyak sangat benda nak buat. Silakan Miss Melissa." Tangannya didepakan ke muka pintu dengan harapan gadis seksi ini keluar dari ruangannya.

Melissa masih berdiri kaku dan memeluh tubuh. Sedikit pun dia tidak hiraukan kata-kata Uzair.

"Rak nak keluar ke? Tak nak keluar biar I keluar naik atas jumpa Datuk Mikael Khairuddin."

Uzair lihat Melissa berdecit. Mulutnya muncung ketika melintasi Uzair.

"Eh, wait! Harta you tinggal atas meja I. Ambil dan bawa sekali. I ada lagi canggih dari tu." Uzair mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan menayangkan ke Melissa.

...

Lama Sara memandang ampaian kain setelah selesai menjawab panggilan telefon daripada rakannya. Sara bangun dan menghampiri ampaian itu. Sapu tangan yang tersidai diambil dan dibelek dengan rasa curiga.

"Siapa punya ni?" omel Sara.

Entah mengapa Sara dapat rasakan pemilik sapu tangan ini bukan daripada golongan orang biasa-biasa. Sapu tangan itu digenggam dengan beribu persoalan.

"Mak, mak buat apa?"

Sara tersentak. Sapu tangan di dalam genggamannya jatuh ke tanah akibat disergah Awish.

"Ooo... mak tengok sapu tangan uncle ya. Awish lupa nak pulangkan pada uncle hari tu."

Sara memandang wajah Awish sedang tersenyum nipis. Awish berlari ke arah atuk yang baru selesai mengutip pucuk ubi di belakang rumah.

"Awish, uncle sapu tangan tu ke belikan kek mak kelmarin? Awish sengaja minta yang mahal dengan dia kan? Berapa mak kata jangan suka minta dengan orang walaupun hidup kita susah!"

Awish mengganguk dan memasukkan sapu tangan ke dalam poket seluar. Tubuh atuk digunakan sebaik mungkin melindungi dirinya daripada mak. Leteran mak langsung tidak diendahkan.

"Sudahlah tu Sara. Jangan marahkan budak ni. Dia tak salah pun. Biarlah dia simpan sapu tangan tu. Nah, ambil ni boleh kita makan untuk tengahari nanti."

"Ayah... Awish tipu saya!"

"Awish mana tipu... Awish bagitahu benda betul. Dia belikan Sara kek, lepas tu terlanggar budak lelaki tu. Budak tu ganti balik kek tu. Sara nak marah ni kenapa pula?"

Sara merengus dan menuju ke muka pintu rumah. Punggungnya dilabuhkan ke tangga kayu.

"Ayah kenapa biarkan Awish bergaul dengan orang kaya. Ayah tahu tak harga sapu tangan tu berapa sehelai? Boleh buat belanja lauk kita sebulan dua. Rosak sapu tangan tu nanti siapa nak ganti. Awish pun kenapa tak pulangkan balik sapu tangan tu pada pak cik tu?"

"Awish, tadi kata nak main tutup tin. Pergi masuk dulu."

Sara hanya memandang bapa mertuanya memujuk Awish. Sempat Sara menghalang laluan Awish menyebabkan Awish menjerit terkejut.

"Sara. Elok sikit perangai tu. Mengalahkan Awish perangai tu. Sudah, bagi dia masuk," tegur Pak Sham.

Sara mengeluh. Tangannya mencapai beberapa helai daun pucuk ubi itu dan dikoyak-koyakkan melepaskan radangnya.

"Tengok tu, hancur daun tu dikerjakan. Sara nak marah anak pagi-pagi kenapa?"

"Ayah itu sapu tangan berjenama ayah! Saya tak suka Awish rapat dengan orang luar tambah lagi dengan orang kaya yang kita tak kenal."

"Sara marahkan sapu tangan tu ke Sara marahkan masa lalu Sara," pujuk Pak Samad. Wajah menantunya ditenung. Mata Sara yang berkaca itu sudah cukup menjawab soalannya yang diajukan ke menantunya.

Sara memandang wajah bapanya sekejap. Pandangannya dibuang ke arah trak tunda yang berada di bawah pokok rambutan di halaman rumah.

"Sara, ayah tak tahu pun sapu tangan tu mahal. Ayah tahu ayah dah suruh Awish pulangkan semula ke anak muda tu. Ayah salah sebab buat Sara teringatkan keluarga Sara."

Sara membuang pucuk ubi yang hancur di tangannya. Pucuk ubi yang diletakkan di pintu dikutip dan mengeluh. "Sara nak masak. Nanti dapat call dah tak boleh nak masak."

Pak Samad menarik lengan menantunya dari pergi. "Hanya satu ayah minta. Baik-baik kerja bawa lori ayah tu."

"Hmm... ayah jangan risau. Buat masa ni aman lagi."

Share this novel

Koci
2024-11-19 09:48:50 

menarik. dapat bayangkan suasana kampung. ada tangga kayu depan, laman yang luas ada pokok hijau. kena tunggu coin dulu nak sambung

Auni amani
2024-08-06 20:20:43 

winwin boleh awak sambung buat cerita ni best sangat

WiNWiN
2024-07-02 20:41:11 

yup, janda anak satu menantu kesayangan Pak Shamsul Samad. thanks singgah ;)


NovelPlus Premium

The best ads free experience