Bab 2

Romance Series 17396

RANIA kembali bersikap seperti biasa bila memikirkan yang Raja Noah tidak sempat melihat gambar yang sepatutnya dia hantar pada Danial. Kini Rania dan Danial terpaksa berjauhan seketika kerana lelaki itu perlu pergi outstation.

Sudah seminggu Danial tidak berada di Kuala Lumpur dan bila memikirkan yang lelaki itu bakal pulang lagi berapa hari buat Rania rasa kembali semangat dan terus lupa rasa takutnya tadi.

Rania sememangnya ceria dan tak betah duduk diam mahupun mulutnya yang asyik mahu bercakap dan tanyakan sesuatu walaupun bosnya 24 jam muka ketat. Selalu saja Raja Noah merungut atau merengus setiap kali berurusan dengan Rania yang banyak cakap.

Tapi Raja Noah yang berada di hadapan Rania sekarang seperti berubah 360 darjah. Tiada lagi muka ketat atau rengusan kasar bila berdepan dengan Rania.

Semuanya hanya kerana sekeping gambar.

“Tuan, ni schedule tuan hari ni dan dokumen yang perlu tuan tengok before meeting karang.”

Rania meletakkan sebuah fail di atas meja Raja Noah. Sementara lelaki itu hanya melirik sekilas lalu meletakkan telefon pintarnya yang sejak tadi dia pandang tanpa henti.

“I dah arrange schedule tuan sepanjang minggu ni seperti yang tuan arahkan,” ujar Rania dengan senyuman lebar. Kadang sifat ceria Rania buatkan Raja Noah sebal tapi itu dululah.

“Anything else, tuan?” tanya Rania bila Raja Noah langsung tidak beri respons.

Selalunya Raja Noah akan mengerling ke arah pintu tanda dia tidak perlukan apa-apa lagi daripada Rania. Tapi kali ini Raja Noah bukan setakat tidak buka mulut tapi tatapannya hanya tertumpu pada wajah Rania dan langsung tidak berkedip.

“What’s wrong, tuan? Tuan jangan asyik tengok I. Nanti terjatuh hati pulak?” Seloroh Rania sambil ketawa kecil tapi cuma seketika bila dia sedar Raja Noah terus memandangnya tanpa pandangan meluat seperti selalu bila Rania cuba buat lawak.

Raja Noah terus memandang Rania sambil bermain dengan pen di jarinya.

Rania mula rasa tak keruan kembali.

“Tuan…”

“Duduk, Rania!” Arah Raja Noah yang buatkan seluruh tubuh Rania rasa kaku.

Perasaan Rania mendadak rasa tidak selesa kerana ini bukan sifat lazim seorang yang bernama Raja Noah.

‘Jarang ni aku terpacak depan GK lebih dua minit?’ ujar Rania dalam hati. ‘Sekarang dia suruh aku duduk pulak?’

“Ada apa tuan? Fail tu salah ke?” tanya Rania dengan penuh hati-hati kerana mula rasa panik.

“I cakap duduk! Seat here!” Pen di jari Raja Noah menunjuk kerusi di depannya.

Rania terus duduk dengan terburu-buru kerana dia mula risau ada kemungkinan berkaitan dengan perbuatan tak senonohnya pagi tadi. Mungkin baru sekarang Raja Noah mahu ungkit?

Tapi dia sempat tengok ke?

Rania menelan liur dengan kesat. Kedua tangannya sudah digenggam erat di atas pahanya. Matanya memandang Raja Noah yang sedang memutar-mutar pen di tangannya.

“You tahu apa yang you dah buat?”

Pertanyaan itu seperti tamparan untuk Rania. Dia memandang Raja Noah dengan panik lalu menggelengkan kepala.

“Tak, tuan! I ada buat salah ke?” tanya Rania dengan hati-hati. Rasa panik yang menguasai dirinya membuatkan berkali-kali Rania menelan liurnya.

Tiba-tiba Raja Noah tersenyum sinis dan masih dengan posisi duduknya dari tadi.

“I thought you wanted me?”

“Ha? Maksud tuan?” tanya Rania dengan panik. Sekarang jantungnya semakin berdebar tidak keruan kerana rasa takut itu kembali menghimpitnya.

Raja Noah melemparkan pen ke atas meja hingga buatkan Rania tersentak. Tadi Rania sempat fikir yang pen itu akan melayang ke wajahnya.

“You tak faham atau you buat-buat tak faham?”

Aduh! Kenapa Raja Noah tiba-tiba pandai tanya soalan?

Rania tetap menggelengkan kepalanya dengan laju. Biarlah hari ini dia dianggap sebagai kurang cerdik kerana tidak dapat tangkap maksud soalan tersirat Raja Noah.

Tiba-tiba Raja Noah meletakkan telefon pintarnya di hadapan Rania dan saat itu Rania merasakan dunianya betul-betul haru biru.

Di skrin telefon pintar milik Raja Noah terpampang jelas diri Rania yang bergambar dalam keadaan seksi.

Rania rasa sangat panik dan malu sampai langsung tak mampu nak buka mulut.

“T..tuan…”

“You senjaga send your picture, right? You ada cubaan nak menggoda I, ke?”

Serta-merta Rania rasa hidupnya haru-biru. Dia malu dan sekaligus takut apalagi ketika Rania melihat senyuman sinis di bibir Raja Noah.

“T…tuan…”

“You fikir I tergoda?” tanya Raja Noah yang buat Rania bertambah gerun.

Rania yakin yang Raja Noah pasti fikir dia cuba menggoda lelaki itu padahal dia tersalah hantar dan sekarang bosnya itu pasti berfikiran buruk tentangnya.

Mulut Rania seakan terkunci dan tidak tahu cara macam mana mahu jelaskan kepada Raja Noah.

“Sorry, tuan. I tersalah hantar. I’m really sorry. I akan delete sekarang,” ujar Rania kelam kabut dan berusaha ambil telefon pintar Raja Noah di atas meja.

Tapi, Raja Noah terlebih pantas ambil telefon pintarnya dan buatkan Rania panik.

“Tuan…Let me…”

Rania memandang Raja Noah dengan pandangan seperti merayu dan berharap bosnya itu mahu berunding dengannya dan secara sukarela memadamkan gambar tersebut.

“What?”

“Please delete this picture. I betul-betul salah hantar pagi tadi. Please…” ujar Rania dengan penuh harap.

Rania tolak ke tepi rasa malunya sekarang ini walau dia sudah rasa nak menangis. Lebih-lebih lagi melihat pandangan Raja Noah yang seolah-olahnya memperlekehkannya.

“I tak nak.”

Hampir saja Rania mahu pengsan mendengar balasan Raja Noah. Dia tak pernah terfikir masalah ini akan jadi lebih besar.

Rania menelan liurnya dengan perit. Dia cuba memandang wajah Raja Noah yang kembali serius. Nampaknya Rania memang sedang berhadapan dengan masalah besar sekarang ini.

Tiba-tiba Raja Noah berdiri, dia jalan hampiri mendekati Rania.

Rania dapat rasa sesuatu yang buruk bakal terjadi kerana dia tidak pernah lihat Raja Noah seperti sekarang.

Mana pernah Raja Noah mendekatkan jarak mereka.

Lebih-labih lagi saat ini bosnya itu berhenti di sebelah Rania dan menyandarkan pinggulnya di tepi meja. Raja Noah menoleh pada Rania.

‘Aduhai! Kenapa dia pandang macam nak menggoda pulak?’

“Tuan, I…”

Rania hilang kata-kata bila Raja Noah tiba-tiba menarik dagunya lalu memandang wajahnya dari jarak yang sangat dekat.

Pada masa yang sama Rania rasa seluruh anggota badannya mula rasa lemah dan dadanya penuh rasa debaran.

“Do you really like me? Hm?” tanya Raja Noah dengan senyum penuh makna itu.

Seluruh tubuh Rania menggigil bila Raja Noah mengusap bibirnya dengan ibu jari bosnya itu. Lagi Rania bertambah panik bila pandangan Raja Noah tidak terlepas dari merenung bibir merah bak delima kepunyaan Rania.

“You're sexy, with that red bra, Rania!” bisik Raja Noah dengan nada perlahan. “Want to spend tonight with me?”

Membulat mata Rania dan saat dia sedar wajah Raja Noah makin dekat dan jarak bibir mereka hampir bersatu, dia dapat melihat wajah Raja Noah yang begitu kacak.

Namun semua itu hanya seketika bila pandangan Rania tiba-tiba menjadi gelap dan dia tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience