"Awak kena tolong! Tak kira macam mana! awak kena buat sesuatu supaya dia tak cari awak lagi!"
"Saya nak kena buat macam mana?".
Lemah dan sayu rasa hati dan tubuh badan tapi tetap dilayan amokan Yunus dalam panggilan.
"Kita kena fikirkan sesuatu. Errmm... apa kata awak ajak teman lelaki awak tu jumpa Yusoff dan warning dia supaya jangan kacau awak lagi!"
Teman lelaki?... siapa?.
"Hei! dengar tak?!"
Sergah Yunus di seberang talian.
"Dengar..."
"Saya nak bawak siapa?..."
"Eh awak ni! berapa banyak bapak budak dalam perut tu ada!?. Lelaki yang aritu kami jumpa tu la kan! ke bukan dia? ada jantan lain!?."
Khaleeda tersentak. Terhiris sungguh rasa hati disergah Yunus dengan soalan sebegitu.
"Yusoff nak berhenti belajar!. Dia nak cari awak! Saya cakap baik-baik sekarang ni dengan awak, buat sesuatu supaya Yusoff bencikan awak dan beralah tak akan kejar awak lagi."
"Urusan kitaorang dengan awak dah selesai macam tuan Hamdan janji. Dia yang kata Yusoff boleh pergi sebab bapak budak tu dah ada!"
"Tolonglah Khaleeda bagi peluang Yusoff berjaya dalam hidup!."
Terjerit-jerit suara keras Yunus di sebelah sana talian mendesaknya. Dia kekal diam dalam linangan air mata.
"Kalau Yusoff sampai berhenti belajar sebab kejar awak... saya sendiri akan pisahkan awak dan pastikan awak tak akan bahagia sampai bila-bila! Dengar tak!!!?"
"Ya... dengar."
Apalagi yang boleh dia jawab.
"Bawak boyfriend awak jumpa kami dekat kaki lima tempat awak tinggal Sabtu ni. Awak tak ada, siap awak!"
"Saya tak peduli apa masalah awak. Saya tau ada something wrong sebab awak masih kerja dekat restoran tu padahal boyfriend awak kaya tapi itu bukan masalah saya!"
"Saya cuma nak adik saya berjaya ada pelajaran. Hidup dengan perempuan baik-baik, dari keluarga baik-baik!"
"Ingat amaran saya!".
Suara Yunus sudah hilang dan Khaleeda kekal menangis meratap nasib diri.
@@@@@@@
"Abang Khai!"
Terhenti langkah lelaki itu apabila Khaleeda menyeru dari jauh. Apabila Khairul menoleh Khaleeda berlari anak mengejar, bimbang mengambil lama masa lelaki itu.
"Di..."
"sihat?".
"Alhamdulillah, sihat."
Termengah sebenarnya harus bergerak laju seperti itu. Kandungannya sudah masuk 16 minggu.
"Abang busy ke? boleh Di cakap sekejap."
"Sorry Di kalau pasal papa dan mama Di..."
"Bukan, bukan. Hal lain."
Cepat Khaleeda memotong. Dia bimbang Khairul tidak mahu menolong.
Khairul mengangkat tangan kiri memandang jam di pergelangan tangan.
"Hmm... okay. 15 minit okay. Abang ada urusan tak boleh lama. Dalam kereta jom. Panas ni abang nak air-con."
Sehabis bercakap Khairul terus melangkah, kelam kelibut Khaleeda mengikut dan masuk ke dalam kereta Khairul.
"Apa cerita?" Khairul.
"Ermm... boleh tak Abang berlakon jadi boyfriend Di?".
"Kenapa?".
"Supaya suami Di tak kejar Di lagi."
"Apa hal ni!? kan Abang dah cakap kat hospital aritu. Kita... tak mungkin akan ada apa-apa! Abang dah cakap kan suruh Di balik pada dia! Budak yang baru ni anak dia kan! ke sama bapak dengan yang gugur tu!?"
Khairul membentak marah. Khaleeda rasa hatinya dihiris-hiris lumat. Sedihnya dihina begini. Hinaan yang sama dengan Yunus beri. Air mata kasar-kasar jatuh dari tubir mata.
"Bukan macam tu..."
"Abistu!!!"
Sambil teresak-esak menangis Khaleeda cerita dari mula hingga akhir. Semuanya panjang berjela. Tiada satu yang tertinggal. Fasa demi fasa.
"Tolonglah Abang. Di nak dia pergi belajar."
Khairul duduk tersandar. Tegak lurus memandang ke hadapan. Khaleeda sudah tidak berani memandang wajah Khairul bimbang di maki lagi.
"Lebih baik kalau abang tolong Di suruh dia bertanggungjawab." Putus Khairul.
"Tak!... jangan. Di tak nak bermusuh dengan sesiapa. Di cuma nak dia pergi belajar. InsyaAllah Di boleh jaga diri sendiri."
"Kalau ikut cerita Di, dia kan baik."
"Sebab dia baik la Di tak nak kacau hidup dia. Di nak dia berjaya, macam abang dia Yunus harapkan."
"Hmmm... pening la masalah hidup Di ni. Okaylah, kalau dah macam tu keputusan Di... Abang tolong. Sabtu petang ni kan."
"Ya, terima kasih Abang."
@@@@@@@
"Di! terima kasih sudi jumpa abang.
Tidak menunggu lagi Yusoff terpa pada Khaleeda dan segera memeluk erat tubuh yang semakin berisi.
Khaleeda tidak membalas. Dibiarkan sahaja walau dalam hati rasa tidak tertahan mahu membalas sama eratnya pelukan itu.
"Uhuk! uhuk!"
Khaleeda tolak tubuh tegap Yusoff supaya melepaskannya. Terlepas sahaja tangan Yusoff dari tubuhnya Khaleeda berundur dua langkah ke belakang.
Yunus di belakang Yusoff dengan wajah ketat mencerlung dan terketap gigi hingga bergerak-gerak rahangnya merenung garang kepada Khaleeda.
Mana Khairul ni!?. Allah!.
"Sorry, Abang sakitkan Di dengan baby ke?".
Yusoff yang tidak tahu-menahu amaran Yunus.
Dia teruja bertemu si jantung hati. Rindunya pada si mata bundar, putih melepak berwajah bujur di hadapannya.
"Di sihat?"
"Terima kasih ye Di sudi jumpa Abang."
Tersenyum tapi mata Yusoff penuh bergenang air mata. Berkaca dan berkilau sama banyak merenungnya sarat dengan kasih. Khaleeda boleh nampak di situ.
Tidak menjawab bait kata dari Yusoff. Khaleeda termanggu tidak tahu harus beriaksi bagai mana. Di belakang Yusoff ada Yunus yang menggerunkan.
Agak lama begitu. Khaleeda terpaksa mengumpul segala kekuatan entah dari mana untuk membina ayat.
"Di panggil Abang sebab..." Terhenti di situ. Berjeda lagi.
"Ya Di".
Yusoff tidak sabar. Dia rela tinggalkan semua dan bermula semula dari kosong bersama Khaleeda. Apa-apa sahaja dia boleh tempuh janji dengan Khaleeda.
"Di!!!".
Ketiga mereka di kaki lima menoleh ke samping. Mara Khairul menghampiri mereka dalam persalinan pejabat, kelihatan penuh karisma, kacak dan bergaya.
Yusoff tunduk merenung t-shirtnya yang berlubang di bahu dan di perut. Dia suka t-shirt ini kerana kainnya sejuk. Tapi kenapa dia sarung hari ini?.
"Kenapa Di jumpa dia lagi. Kita kan dah bincang dah janji!".
"Di, Di..."
Khaleeda jadi bodoh. Dia hilang kepandaiannya untuk berkata-kata apabila sosok Khairul sudah berdiri tegak dan garang di hadapan dia dan Yusoff.
"Hei! kau buat apa lagi jumpa Dida? Urusan kau dengan Dida dah settle kan. Duit dah bayar habis. Apa lagi kau nak!?"
"Tamak!? Nak lebih!?".
Khairul berpaling garang menghadap Yusoff yang hanya lebih tinggi sedikit darinya. Lakonan dia harus Oskar hari ini.
Dia sudah berjanji dengan Khaleeda. Lagipun dia mahu ini terakhir kali berjumpa sepupunya untuk ditolong. Ada banyak hati perlu dijaga.
"Hey! kau baik sikit bercakap eh! perempuan ni yang panggil adik aku datang!".
Yunus menapak ke hadapan sama garang. Walau dia tahu, walau dia yang mengarah Khaleeda mencari jalan perpisahan tapi bahan menghina sebegini membakar kewarasannya.
"Kau nak apa lagi!?"
Khairul abaikan Yunus dia tetap berdepan Yusoff cuba mengasak dan membakar. Suami sepupunya nampak tak takut. Mungkin demi Khaleeda. Pandangan itu penuh cinta. Khairul lelaki, dia tahu dia nampak.
"Aku nak Dida. Biar aku jaga dia. Lagipun kami belum bercerai."
"Huh! budak tu anak aku! Aku dah balik! Urusan kau selesai bila kau sign agreement dan ambik duit tuan Hamdan!".
Yusoff toleh pada Khaleeda yang sudah pucat kulit wajah dan bergetaran ulas bibir dan raut pipi.
"Kau ada cermin tak!? Kau pernah bercermin tak!? Kau tengok diri kau, tengok Dida dan tengok aku!. Siapa yang lebih layak untuk Dida!?"
Khairul tetap mengasak dan mengasak. Sementalah kini dia lihat Yusoff sudah mula hilang harga diri merenung Khaleeda mengharap gadis itu sendiri yang memilihnya.
"Yus, dah Yus. Perempuan ni bekas orang! Ramai lagi perempuan baik-baik! jom Yus!"
Yunus tarik bahu Yusoff supaya berpaling. Yusoff keraskan badan tidak berganjak walau ditarik. Matanya merenung Khaleeda penuh mengharap.
Pada hemat Yunus, nampaknya ada benda Khaleeda cakap pada lelaki di hadapan Yusoff sehingga meledak seperti ini.
Bukankah situasi yang sama sebulan lebih yang lalu teman lelaki Khaleeda ini kelihatan tenang dan lebih bersahaja.
"Hei! Kau tak payah nak bercakap macam orang tak ada dosa."
Bersekali Yunus Khairul jerit marah. Geram pula dia Khaleeda dihina sebegitu tanpa kedua lelaki ini tahu apa yang sudah sepupunya lalui.
"Di, please Di... bagi peluang pada Abang."
Yusoff masih memujuk. Sepatah ayat dari Khaleeda yang dia harap memihaknya.
"Okay kita bagi Dida pilih! Okay Di, Di pilih siapa!?".
Tiga pasang mata memandang wajah pucat Khaleeda. Dia semakin gugup. Boleh dia rasa peluh dingin mengalir disebalik baju yang dia sarung.
"Di!" Khairul yang bimbang dengan masa.
"Di..." Yusoff yang mengharap sebesar alam semesta.
"Khaleeda!" Yunus yang bimbang sebagai abang.
Khaleeda tersentak disergah serentak begitu oleh tiga orang lelaki berbadan tinggi besar.
Jantungnya berkompang di dalam raga. Menggigil tubuhnya. Membulat matanya.
"Di pilih Abang Khai... Di minta maaf, Di pilih Abang Khairul."
"See..."
Khairul melepas nafas lega.
"Tunggu aje surat tuntutan fasakh tu. Jangan cerai luar mahkamah nanti boleh kena saman dan denda."
Khairul menyambung seakan menganjing Yusoff.
Yunus tarik Yusoff yang sudah keras merenung wajah Khaleeda tidak mahu berganjak.
Yunus tarik lagi dan tolak Yusoff masuk ke dalam kereta arwah mama kemudian memecut laju berlalu pergi.
cuaca mcm ni mengantuknye . utk Ari ni selesai 10:05 am 280824
Share this novel