CHAP 1 -Nurlydhia dan Kayden Iqsa

Romance Series 29529

FORM 3
Nurlydhia memegang erat batu nisan yang tertera nama ibu dan ayahnya .Tangisannya semakin nyaring tatkala tiada lagi yang menemaninya di dunia ini .Dia merintih kesakitan apabila sekelip mata menjadi yatim piatu .Tiada lagi tempat dia bergantung harap dan berkongsi cerita .Meskipun dia anak yang nakal ibu dan ayahnya tidak pernah berkata sesuatu yang akan melukai hatinya sebalinya pasti dia akan diberi nasihat dengan selembut-lembut perkataan .

"ibu ayah bangunlahhhh balikkk ,jangan tinggalkan dhia macam ni"
Nurlydhia memegang erat batu nisan dihadapanyaa dan terus menangisi pemergian ibu ayahnya

Tiba -tiba bahu Nurlydhia ditepuk dari arah belakang ,

"Dhia ,dahlatu mari ikut maksu balik ...dhia jangan risau maksu akan jaga Dhia sampai bila-bila "
Pujuk Puan Aminah ibu saudara Nurlydhia

"Betul tu Dhia ..aku dan mak aku takkan tinggalkan kau sorang-sorang ...kau masih ada kami "
Alana turut bersuara menenangkan sepupunya itu yang sedang dirudung kesedihan

Nurlydhia menoleh ke samping memandang sepupu dan ibu saudaranya satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal .Perlahan-lahan dia akur dan mengikut mereka berdua untuk pulang .

Hari berganti hari Nurlydhia kini sudah tamat tingkatan 5 dan telah memperolehi keputusan SPM .Alhamdulillah Nurlydhia berjaya mendapat 9 A dalam SPM seperti sepupunya Alana dan hal tersebut telah membuatkan Puan Aminah berasa bangga dengan pencapaian anak dan anak buahnya .

Nurlydhia termenung di tepi jendela menanti gerimis hujan membasahi bumi ,tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan ibu saudaranya masuk ke dalam biliknya

"Dhia buat apa sesorang ni "
Puan Aminah ibu saudara Nurlydhia duduk di birai katil dan menatap mata anak buahnya itu

Nurlydhia hanya tersenyum lebar sahaja memandangi wajah ibu saudaranya yang amat dia sayangi dan hormati

"Dhia ..kamu dah fikir masak-masak ke ?"
Puan Aminah meraih tangan Nurlydhia dan diusap lembut .

Nurlydhia menggenggam erat tangan wanita di hadapannya sambil berkata

"Maksu ,Dhia dah fikir masak-masak pasal benda ni lagipun dah terlalu banyak maksu buat untuk Dhia selepas Ibu dan Ayah Dhia meninggal dunia "

"Tapi Dhia ..Maksu tak kisah untuk tampung kos perbelanjaan Dhia ke universiti nanti ,maksu nak Dhia belajar dan jadi orang yang berjaya ..Dhia jangan risau sangatpasal kos sambung belajar inysaalah cukup dan harta peninggalan arwah ibu bapa Dhia pun masih ada ..sikitpun Maksu tak usik lagi ..."
Belum sempat Puan Aminah menghabiskan kata-katanya Nurlydhia sekali lagi memotong perbicaraan

"Maksu ni bukan sekadar pasal tu ...sebenarnya Dhia dah ambik keputusan nak kawin dengan teman lelaki Dhia dan dia sudah berjanji untuk memberikan kehidupann terbaik untuk kami berdua nanti "
Dengan yakin Nurlydhia meluahkan hasray dan keinginannya untuk bersuami kerana dia yakin teman lelakinya pasti akan menjaganya dengan baik kerana mereka sudah saling mencintai antara satu sama lain sejak di sekolah lagi dan lagi satu dia tidak lagi perlu terus membebankan ibu saudaranya itu .Bolehlah ibu saudaranya memberi sepenuh tumpuan terhadap Alana yang lebih berhak untuk sambung pengajian berbanding dirinya meskipun mereka masing-masing sama-sama cemerlang dalam peperiksaan SPM

Puan Aminah terkedu dengan alasan Dhia yang satu ini .Mahu membantah tapi dia juga cukup mengenali teman lelaki anak buahnya ini .Bagus budaknya..rajin bekerja ,beriman dan datang dari keluarga yang baik-baik sahaja .Puan Aminah hanya mampu menghela nafas panjang dan tidak lagi memaksa Nurlydhia dalam menentukan hala tuju hidupnya .

"Kalau Dhia dah kata macamtu maksu dan tak boleh menghalang lagi cukup dengan iringan doa maksu ,maksu harap ini keputusan terbaik yang Dhia buat ,walau apapun maksu tetap bangga dengan Dhia sebab Dhia anak yang bijak dan baik walaupun sedikit liar ketika bersekolah "
Sempat Puan Aminah terimbau dengan sikap liar Nurlydhia ketika bersekolah dan seringkali juga dirinya dipanggil ke sekolah untuk membincangkan masalah disiplin Nurlydhia di sekolah .Namun tidak dinafikan agak sering juga dia dipanggil kerana prestasi akademik Nurlydhia seringkali menjadi kejutan kepada pihak sekolah dengan keecmerlangan yang luar biasa sekaligus membanggakan pihak sekolah.

"Insyaalah Maksu ,Dhia yakin dengan apa yang Dhia dah fikirkan ,semoga inilah yang terbaik untuk Dhia dan keluarga kita "

Puan Aminah terangguk-angguk tanda mengiakan

"Maksu keluar dulu Dhia,"
Puan Aminah terus berpamitan untuk keluar dari bilik yang menempatkan anak buahnya itu"

Nurlydhia kembali menjengah ke luar jendela menyaksikan angin bertiup kencang kerana langit yang mendung menandakan bumi ini akan dibasai hujan yang lebat pada malam ini

Kayden Iqsa hampir setiap hari akan berada di tempat di mana isterinya dirawat .3 Tahun hidupnya begitu tanpa pernah dia jemu atau mengalah untuk menanti dan menunggu isterinya sedar dari lena yang panjang .

Sebagai seorang yang berkerjaya untuk mengupah jururawat peribadi bagi menjaga isterinya pagi petang siang dan malam bukanlah suatu hal yang susah kerana dia mampu tetapi baginya jururawat hanya diperlukan ketika dia keluar bekerja dan selebihnya dia mampu merawat dan menjaga isterinya seorang diri .
Bahkan sekali sekala sudah pasti ibu bapanya akan datang menjenguk kerana mereka sekeluarga berharap akan adanya sebuah keajaiban untuk Larissa pullih seperti sedia kala.

Kain basah yang baru diperah digunakan untuk mengelap tubuh wanita yang terbaring kaku itu ,sedih sudah pasti kerana sudah 3 tahun keadaan itu berlarutan entah bila akan temui penamatnya .Sama ada penamat bagi sebuah kegembiraan ataupun penamat bagi sebuah tangisan .Walau apapun ,Kayden redo dan pasrah dengan apa jua risiko dan kemungkinan yang menanti isterinya .

Seusai itu ,Kayden mencapai yasin di tepi katil dan dibaca untuk sebgai penawar buat kesembuhan si isteri .Usai yasin siap dibaca Kayden lalu bingkas bangun untuk turun ke cafe sebentar bagi mengisi perutnya .

Secawan coffe dan sepinggan nasi goreng menjadi santapannya pada malam itu.Dlam pada itu ada seseorang datang menepuk bahunya dari arah belakang .Belum sempat dia menoleh wanita itu sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapannya .

"abang Kay dekat sini rupanya ,puas Juwi cari abang dekat atas "
Juwita adik kandung kepada Larissa datang kepada abang iparnya dengan nada menggedik-gedik untuk menggoda si abang ipar yang kesepian selama 3 tahun dek isteri yang tidak kunjung sedarkan diri

Kayden yang sudah masak dengan tingkah laku adik iparnya yang memang kalau bercakap bernada-nada gayanya namun disebabkan adik ipar dan satu-satunya darah daging isterinya yang masih tersisa maka dilayankan sahaja .

"haa ahh Juwi abang lapar tadi sebabtu abang turun cafe kejap ni ..Juwi dah lama ke sampai ?'
Kayden bertanya

Juwita mengelengkan kepala ,"baru jerjJuwi sampai lepastu tengok abang takde dekat bilik sebabtu Juwi cari abang dekat sini"

Kayden menghentikan suapan ke mulutnya

"Kenapa asyik cari abang ,bukan datang sini nak melawat kakak ke?"
Kayden bertanya dan kembali menyuakan nasi goreng ke mulutnya

Juwita yang memang sedia maklum dengan niatnya tanpa segan dan silu terus cuba menggoda abang iparnya itu

"memang betul Juwi nak tengok kakakk tapi Juwi lagi kesian tengok abang ni...dah 3 tahun kan abang keseorang takde yang teman sebabtu Juwi datang nak teman abang sekali "
Ujarnya sambil dia cuba menggapai tangan lelaki itu namun dengan pantas Kayden menarik tangannya

Juwita tersentap "Kenapa abang tarik?"Mukanya memerah menahan malu

"Juwi adik abang tau ..adik ipar tak boleh sentuh-sentuh macam ni "

Juwita mengangguk dan tertunduk

"Abang naik dulu"
Kayden terus bingkas bangun untuk segera berlalu pergi dari adik iparnya yang agak tidak menyenangkan kehidupannya

Sebaik sahaja bayang abang iparnya tidak kelihatan oleh pandangan mata Juwita menghentak tangannya di atas meja

Tak gunaa!Apa yang susah sangat dia nak faham ni?Tak cukup elok lagi ke aku ni sampai dah berkali-kali pun dia masih nak tolak akuuu

Kayden Iqsa kau akan jaadi milik aku tak kira apapunnnn .
Juwita bermonolong sendirian .

Share this novel

ainshuhada
2024-06-14 23:37:27 

Tq dear

sapurah Izan
2024-06-14 19:27:56 

permulaan yang sedap dibaca


NovelPlus Premium

The best ads free experience