DENGAN lenggok yang sengaja dibuat-buat, Soraya mendekati Eirfan yang sedang duduk keseorangan di pantri. Dia tekad untuk menyatakan hasratnya kepada lelaki itu. Dia tidak kisah harus menjadi isteri kedua kepada Eirfan asalkan dia dapat memiliki lelaki itu. Dia yakin Eirfan bisa berlaku adil.
"Termenung jauh nampak. Aku panggil banyak kali pun kau tak toleh-toleh. Apa kes?"
Suara garau Mikael menyentak Eirfan yang jauh mengelamun. Wajah Mikael dipandang lantas sebuah senyuman hambar dihadiahkan untuk sahabatnya itu.
"Aikk, aku punyalah datang jauh dari KL, alih-alih dapat senyuman tak ikhlas dari kau? Apa ni? Haa?"
Ucapan Mikael berbaur usikan. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Eirfan. Air kopi yang sedia terhidang di atas meja dicicip perlahan.
Tadi dia tak sempat nak sarapan. Aliya sedang nyenyak tidur. Akhir-akhir ini, isterinya sering mengadu sakit belakang. Almaklum sajalah, dia sedang sarat mengandung. Makanya dia tak mahu mengganggu lena isterinya itu. Hanya sebuah kucupan dihadiahkan sebelum dia turun pagi tadi.
"Sedap kopi ni. Kau buat?"
Eirfan mengangguk lemah.
"Ada masalah ke ni? Lama dah kita tak jumpa. Kau makin kurus aku tengok. Ada apa-apa nak share ke?"
"Entahlah El! Aku dah tak kuat lagi"
Keluhan Eirfan menyentik hujung hati Mikael. Ditatap lama wajah itu sebelum pandangannya jatuh pada jalan raya yang kian sibuk dengan deretan kenderaan.
"Masalah dengan Natrah ke?"
Mendengarkan nama Natrah, hati Eirfan dipukul sayu. Pagi tadi, Natrah meminta dilepaskan. Sudah dua kali dia meminta perkara itu. Sesungguhnya, Eirfan tak mampu. Namun untuk terus menahan Natrah juga dia tak sanggup. Dia bimbang sekiranya Natrah tak merasa bahagia dengan dia.
"Dia mintak aku lepaskan dia"
Tercengang Mikael dengan cerita Eirfan itu.
"Tapi kenapa?"
"Dia cakap, dia tak mampu nak bahagiakan aku" keluh Eirfan. Air mata mulai bertakung.
"So? Kau lepaskan dia?"
Pertanyaan Mikael serta-merta bikin Eirfan terpukul. Dia pandang wajah serius Mikael itu.
"Aku tak mampu El! Kau tahu kan, macam mana sayangnya aku pada dia. Dia yang paling aku cinta dalam dunia ni. Tapi dia buat permintaan tak masuk akal macam tu! Aku sedih El!!"
Kasihan Eirfan! Dari kecil menderita gara-gara dibuang keluarga. Kini, bila sudah punya tempat bermanja, tempat itu punya seakan menunggu waktu untuk rapuh. Dia tak boleh nak bayangkan hidup Eirfan jika perkara itu berlaku.
"Aku cuba sedaya-upaya untuk berjuang. Untuk pertahankan rumah tangga aku. Aku mengalah dengan setiap penolakan dia. Namun tetap jugak aku yang bersalah. Sebenarnya, apa yang dia mahu, aku sendiri pun tak pasti. Aku mencuba banyak kali El. Aku cuba tau? Kau tahu tak?"
Esakan Eirfan sudah mula mengisi ruangan sepi itu. Mikael menepuk bahu Eirfan berkali-kali.
"Aku boleh faham kalau dia tak bersedia untuk hubungan itu. Bahkan aku sanggup tunggu tapi mintak dilepaskan?? Aku rasa usaha dan kesabaran aku sudah tamat tempoh!"
"Kau kena banyak bersabar Fan.."
"Sampai bila? Banyak mana? Kau seorang suami tapi diabaikan oleh isteri sendiri, kau rasa apa? Tak boleh ke dia berdamai dengan takdir dan terima aku? Dan hidup bahagia?"
"Fan..."
"Aku give up El! Aku betul-betul dah give up!"
SENYUMAN Soraya tidak mampu disorokkan lagi saat menguping perbualan di antara Eirfan dan Mikael tadi. Dalam hati, dia bersorak gembira mendengar cerita tersebut
Jika betul Eirfan dan Natrah bakal berpisah, maka dia tidak akan melepaskan peluang tersebut. Ruang sudah hampir terbuka, masakan dia harus melepaskannya?
Begitu lama dia menunggu untuk bersama dengan Eirfan. Namun kerap kali kesempatan itu direbut orang lain. Kali ini, dia tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.
"Eirfan..Eirfan! Itulah kau! Jual mahal sangat. Aku ni dahlah cantik, putih, dan akan setia dengan kau. Tapi si budak kampung tu jugak yang kau nak! Eishhh, tak fahamlah!"
Soraya pamer senyum kemenangan. Dia lihat Mikael masuk ke dalam keretanya. Dan Eirfan menghantar Mikael. Sebelum berpisah, mereka sempat berpelukan. Setelah Mikael berlalu, Soraya segera mendapatkan si pujaan hatinya itu.
"AWAK buat apa kat sini?"
Melihatkan gerangan si pendatang itu, dia mendongkol geram. Mood dia betul-betul ke laut, sekarang Soraya pula menambah perencahnya! Arghhh kacau semuanya!
"I tak boleh datang sini ke?"
"Boleh, kalau kereta awak perlukan bantuan!"
Eirfan masuk ke dalam bilik ofisnya dan buat-buat sibuk. Dia malas nak melayan Soraya. Dia rimas sebenarnya dengan tingkah laku gadis itu. Soraya membuntutinya dari belakang.
"Tapi I yang perlukan bantuan sekarang ni"
Lengan Eirfan dipaut manja.
"Can you behave, Soraya?" Eirfan sebaik mungkin menahan amarahnya lantas menepis tangan gadis itu.
"Sorry" ucap Soraya ringkas.
"What brings you here?" Eirfan duduk di kerusinya. Dia pandang Soraya lalu memberi isyarat mata, mengarahkan gadis itu duduk di kerusi di hadapannya.
"I nak jumpa you" Soraya sudah duduk di hadapan Eirfan.
"Any reason?"
"No reason"
"Then you are wasting my time!"
"Okay! I nak berterus-terang dengan you" jeda Soraya. Bibir diketap, tangan digenggam. Mula mengatur ayat yang sesuai untuk dilontarkan kepada lelaki dingin di hadapannya itu.
"You're running out of time Soraya!"
"Okay..macam ni!!"
Soraya tarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. "Make me your wife!"
Eirfan tergelak namun kedengaran sumbang saja. "Gila!!"
"Gila? Bukan ke dalam Islam lelaki digalakkan kawen lebih dari satu? You mampu. Why don't you?"
"Mampu?" Eirfan tayang senyum sinis. Semudah itu Soraya menilai hatinya.
"Yeah. You mampu. Kenapa you tak nak ikut sunnah Nabi?"
Woww!! Kalau bab ni, pandai pulak dia nak suruh aku ikut sunnah!
"Kawen lebih dari satu kena ikut sunnah Nabi? So, tak tutup aurat, ganggu rumah tangga orang lain, itu apa?"
Sindiran Eirfan berdesing di telinga Soraya. Bijak betul lelaki itu mengenakannya! Namun dia tak akan mengalah.
"You sindir I?"
"Which part? Pasal awak tak tutup aurat..." Eirfan pandang Soraya yang kegelisahan. Baju pun dah macam baju budak tadika! "Atau pasal awak, pergi rumah saya dan jumpa Natrah dan kucar-kacirkan semuanya?"
"Eirfan!"
"Betul kan? Sebelum buat apa-apa tu, pernah fikir tak cik Soraya? Awak tu orang terpelajar. Kenapa boleh berfikiran jahat macam tu sekali? Awak ingat dengan cara tu, saya akan jatuh dalam genggaman awak? You're wrong!"
"Tapi you tak bahagia dengan Natrah. And one more thing. Natrah tak bagi hak you ,kenapa you masih boleh sabar? I boleh bagi you hak tu kalau you kawen dengan I"
"Enough Soraya. Takde apa nak dibincangkan lagi. Baliklah dan jangan datang sini lagi!"
"You akan cerai dengan Natrah kan? Kenapa tak bagi peluang tu pada I? I janji akan bahagiakan you Eirfan"
Suara Soraya hampir merayu. Dia benar-benar maksudkannya. Wajah Eirfan dipandang dengan penuh pengertian.
"Cerai? Macam mana awak tahu?"
Kening Eirfan bertaut.
"Sorry, I overheard your conversation with Mikael just now"
"Good!! Curi dengar perbualan orang tu memang perbuatan yang bagus!" Eirfan menyindir. Dan Soraya benar-benar terasa hati.
"Keluar sekarang! Jangan ajar saya untuk mula membenci awak, Soraya. Saya tak boleh nak tanam perasaan benci pada sesiapa kat dunia ni. So please..."
NATRAH menerima panggilan telefon daripada Azizah yang mengatakan hasrat untuk membawanya keluar. Hasma juga akan turut serta.
Menurut Azizah lagi, dia juga sudah menelefon Eirfan dan meminta izin membawa Natrah keluar. Eirfan mengizinkan tanpa banyak bicara.
Melalui suara Eirfan, dia mula merasakan ada sesuatu yang tak kena. Namun dia malas hendak banyak tanya. Bimbang akan dicop penyibuk rumah tangga orang. Cukuplah saja Hasma yang menggelarnya begitu.
"Mommy to be, dah ready?"
Bersinar-sinar wajah Azizah memandang wajah Natrah itu. Tampak conel meski sedang berbadan dua.
"Ye dah ready!"
"Okay let's go"
"Hasma mana?"
"Dia tak mau aku pick up dia"
"Haaa kenapa pulak?"
Azizah menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk bergerak.
"Hang tau tak Ara? Kawan kita tu dah ada boyfriend. Mana dia nak peduli dengan kita ni?"
Natrah terkejut dengan berita tersebut. Benarkah itu? Jika benar, dia juga tumpang happy!
"Serius ke ni?"
"Yalah! Hang tengok muka aku..." Azizah tayang wajah seriusnya di hadapan Natrah. "Serius kan? Mana ada aku main-main!"
"Ohhh so Hasma cancel date kita ni sebab dia keluar dengan boyfriend dia ke?"
"Taklah! Tapi Ilham hantar dia"
"Ilham?"
"Nama cinta hati dia tu. Satgi, hang jumpa dia. Jangan hang caiq pulak. Merana Eirfan satgi!"
Natrah senyum kelat. Merana? Sekarang pun dia tengah merana dengan aku!
"HEY GIRLS!! What's up?!"
Wajah ceria Hasma membuatkan Azizah rasa loya. Bukannya apa, tampang ceria itu nampak over sangat. Dia annoying do..
"What's up what's up? Satgi what's down hang kena.. Eee nyampah betoii tengok hang ni!!"
Rungutan Azizah mengundang tawa di bibir Natrah.
"Alaaa nak berlagak ala-ala western pun tak boleh dia ni!" Hasma sudah mengambil tempat di sebelah Natrah.
"Tu western hang!!" Azizah menyuap Hasma dengan french fries yang barusan dipesan.
"Apa kau ni?" Hasma merungut dengan mulut yang penuh.
"Kalau gaduh camni, aku balik jelah" Natrah buat-buat merajuk.
"Alaaaa janganlah! Si minah utara ni start dulu"
Hasma menghalang lantas merangkul tubuh Natrah. Rindunya dia pada si babyface ni!
"Kau nampak kuruslah Ara! Sepatutnya orang preggy, nampak makin berisi. Kau ni makin mengecik"
"Yalah. Aku perasan jugak. Laki hang tak bagi hang makan ka? Hang ni kuruih je..Baju besaq aku ni dapat muat hang 4 5 orang tau"
Senyuman Natrah mati tiba-tiba. Dia tak mahu berkongsi hal tersebut dengan mereka berdua. Dia malu sekiranya aib rumah tangganya dihidu oleh kedua sahabatnya.
"Alaa aku sejak preggy ni, tak lalulah nak makan. Hormon kot" jawab Natrah, sengaja berbohong.
"Laaa kesiannya. Takpe. Kau order je apa kau nak makan. Aku belanja" Hasma menawarkan diri.
"Aku? Takdak ka?"
"Kau tak payah. Tu, diet sikit. Dah makin besar aku tengok"
Azizah berdiri lalu bercekak pinggang. Wajahnya menyorot saja.
"Amboi amboi amboi!! Dia kata oghang! Dia pun sama"
"Korang berdua ni kan.. memang kena gaduh ke kalau jumpa? Kalau macam ni, lastlah aku date dengan korang"
"Alaaa kita gurau ja laa Ara! Hang ni sensitiplah!"
Azizah memaut lengan Natrah dan melentokkan kepalanya ke bahu sahabatnya itu.
"Okey okey! Since dah jumpa ni, semua kena cerita apa yang kita tak tahu. No secrets" Hasma menyeret dengan penuh senyuman.
No secrets? Tapi tak mungkinlah Natrah nak cerita rumah tangganya pada mereka. Sebolehnya, dia nak jaga aib dan air muka Eirfan.
"Okey. Hang start dulu"
Hasma menarik nafas kemudian tersengih-sengih. Takkan nak bagitau yang dia dah fall in love dengan Ilham dan officially declared?
"Habaqlah cepat!" gesa Azizah. "Sengih-sengih lagu ni, meluat aku!"
"Aku dah declare dengan Ilham" Hasma beriak riang saat mengumumkan berita itu.
"Laaa tak habaq pun aku dah boleh tahu!"
"Mana kau tahu?"
"Kalau aku jadi hang, rugi naw nolak jejaka secharming dan segentle Ilham tu"
"Tahu takpe"
"Alaa mula-mula pun hang tolak!"
"Dulu jerr..sekarang tak"
"Hang pulak Ara?"
Azizah lihat Natrah senyap saja. Tidak beriak apa-apa. Fikirannya seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Aku okey je. Eirfan jaga aku dengan baik. Aku bahagia sangat dapat suami sebaik dia" ujar Natrah dengan senyuman. 'Tapi dia yang tak bahagia dapat isteri seperti aku'.
"Betui ka ni? Awat hang nampak macam tak happy ja?"
Riak wajah Natrah berubah serta-merta. Dia pandang Azizah dan Hasma silih berganti.
"Laaa aku okey jelah! Aku penat. Nanti kalau korang dah kawen, pastu preggy, nanti korang rasalah sendiri kepenatan tu"
Kedua mereka mengangguk. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Natrah. Pembawakan budak kot!
"Kau pulak? Apa cerr? Kita orang dah cerita. Now your turn" Natrah cepat-cepat mengubah topik perbualan.
"Aku...lagu ni ja lah! Jomblo happy single sendiri!"
"Carilah jodoh" tukas Hasma pula.
"Siapa yang nak kat aku ni? Lainlah kalau lelaki tu macam cinta hati hang tu..takpa jugak"
"Tak payahlah korang nak terburu-buru kawen. Kenal hati budi dulu, dah rasa okey, boleh bahagiakan korang, then kawenlah. Jangan pulak nanti menderita di atas sikap sendiri atau sikap suami"
Kata-kata Natrah mengundang banyak persoalan dalam benak Hasma dan Azizah. Benarkah Natrah sebenarnya sedang baik-baik saja? Atau ada sesuatu yang sedang disembunyikan?
"Aku cakap je. Takde kena-mengena dengan hidup aku. Tak payah nak pandang aku semacam sangat"
Laju Natrah menyangkal tatkala empat pasang mata sedang galak memerhatikannya.
"Sib baik! Hang jangan nak buat onar pulak Ara! Eirfan tu baik tau? Susah hang nak jumpa laki macam tu"
"Betul betul" sokong Hasma.
"Ye aku tahulah" ujar Natrah.
Kalaulah mereka tahu hal sebenar, apa agaknya reaksi mereka?
Share this novel