Bab 3

Romance Series 60811

MOTOSIKALNYA diparkirkan di tempat yang telah disediakan. Gugup juga kali ini untuk mulakan kerja. Amna tersenyum melihat ada seorang perempuan sedang tersenyum menantinya di pintu masuk. Berpakaian kemas.

“Hai, ni siapa ya?” tegur perempuan itu.

“Saya Amna. Tuan Naqi minta datang hari ni untuk start bekerja sebagai pembantu anaknya…” Amna terlupa nama kanak-kanak perempuan itu. Aduh, hari pertama dah fail.

Perempuan itu tersenyum lalu mengangguk. “Batrisya. Nama gelaran panggil Tisya. Saya Kak Mira sebagai tukang masak dalam rumah ni. Pembantu rumah semua tengah sibuk mengemas. Sebab ada jadual. Hari ni Tisya cuti.”

Amna mengangguk. “Saya Amna.” Amna hulur tangan untuk bersalaman.

“Boleh saya jumpa dengan Tisya?”

“Mestilah boleh. Kak Mira tunjukkan bilik dia. Nanti terus je masuk lepas ketuk sebab dalam jam 9.00 malam akan ada tutor yang datang untuk gantikan kelas dia. Hmm, Amna… Tisya ni dia pendiam sikit. So, Amna ambil masa sikit okey?”

Amna senyum dan mengangguk sambil takjub melihat rumah yang besar dan cantik ini.

“Berapa orang dalam rumah ni?”

“Susah nak kira sebab ada yang keluar masuk.”

“Oh…”

“Okey ini bilik Tisya. Kak Mira buat kerja dulu. Ada banyak nak kena buat. Apa-apa boleh cari Kak Mira kat dapur. Selamat bekerja,” kata Kak Mira dan terus pergi meninggalkannya di depan pintu bilik Tisya.

Tok! Tok! Tok!

Suasana senyap.

Pintu dibuka dengan bismillah.

Cantiknya bilik… macam dalam fairytale. Matanya tertancap pada seorang kanak-kanak yang sedang leka mewarna di hujung sudut bilik sambil bersandar pada dinding.

Langsung tidak endahkannya.

“Hai, Tisya ya ni?” tanya Amna yang agak kekok untuk mulakan perbualan.

Sunyi.

Langsung tidak diendahkan.

Fikir, Amna. Kau perlukan kerja ni…

“Knock, knock…” kata Amna sambil mengetuk meja di tepinya.

“Who’s there?” jawab suara yang comel itu.

Terus saja Amna senyum. “Amna here. You’re so cute. What is your name?”

Batrisya memandang Amna, namun tiada segaris senyum. “Tisya.”

Amna mengangguk. “Kakak akan jadi penjaga Tisya. Ayah Tisya yang suruh. So, boleh kita jadi kawan?”

Diam. Batrisya sambung mewarna.

“Boleh kakak join Tisya mewarna?”

Batrisya menggeleng.

“Hmm, kita pergi taman bawah nak?”

Batrisya menggeleng. Dan, tekun dengan mewarna.

“Nak main benda lain tak?”

Masih sama. Batrisya tidak mahu.

Amna sudah bosan. Apa yang dia nak buat ni? Budak ni langsung tak bagi kerjasama. Nanti kata dia makan gaji pulak.

Amna memandang Batrisya yang khayal mewarna. Wajah kanak-kanak itu muram tidak seperti kanak-kanak yang lain. Yang akan selalu menarik perhatian orang.

Terus saja Amna mengeluarkan telefonnya dan mulakan misi mencari rumah sewa untuk dia dan opah. Sudah beberapa rumah dia cari dan sedang menunggu respons tuan rumah.

Sekali lagi Amna memandang Batrisya. Dia sudah lapar, mesti Batrisya juga lapar.

“Tisya lapar tak?”

Batrisya menggeleng.

“Yalah tu…”

Grrr… Grrr… Batrisya berhenti mewarna dia tertunduk.

Amna senyum. “Someone is hungry but still lying.”

Batrisya menunduk.

Amna senyum. “Kakak bawakkan makanan okey? Kita makan sama-sama.”

Terus saja Amna turun ke bawah dan menuju ke dapur. Sungguh cantik dekorasi di dalam rumah ini. Mana puan besar rumah ini ya?

“Hai Kak Mira. Boleh ke saya nak guna dapur?”

“Untuk apa ya?” balas Kak Mira.

“Nak masak untuk saya dan Tisya.”

Berkerut wajah Kak Mira. “Tisya cakap lapar ke?”

Amna geleng. “Tapi perut dia berbunyi. Maksudnya laparlah kan. Boleh saya masak ke?”

“Oh, tak apa. Tu tugas Kak Mira. Memang arahan Tuan Naqi yang Kak Mira di sini sebagai tukang masak untuk mereka.”

“Okey Kak Mira.”

“Terima kasih Amna. Kak Mira terkejut juga kalau Tisya tu bagitahu dia lapar. Sebab dia memang tak bercakap dengan orang lain. Boleh kira berapa kali,” cerita Kak Mira sambil menyediakan makanan.

Amna buat muka ingin tahu. “Kenapa sampai macam tu sekali ya? Maksud saya dia tak macam budak-budak lain yang friendly.”

“Itu tak tahu. Tapi, dia akan petah bercakap dan happy bila Tuan Naqi balik rumah dan ada dengan dia selalu.” Kak Mira tersenyum sambil menghulurkan gorengan nugget, sandwich dan macaroni. Berserta dua kotak susu kanak-kanak. Mungkin satu untuk dia.

Banyak yang ingin ditanyakan oleh Amna, tapi semuanya disimpan saja. Lebih baik dapat kanak-kanak yang baik dan pendiam seperti itu. Senang kerjanya.

“OPAH, kita setuju je ke duduk flat yang Amna tunjuk tu?” tanya Amna sambil makan bihun yang opah goreng. Buat masa ini mereka terpaksa mencatu makanan sehingga dia mendapat gaji kerana duit yang ada dia perlu membayar duit pendahuluan untuk masuk rumah sewa baru.

Opah senyum. “Mana-mana pun okey. Lagipun sana ramai jiran lama kita pindah sana semenjak kawasan sini tak berapa bagus.”

Amna angguk dan senyum. “Okey opah.”

“Kerja macam mana? Okey?”

“Okey. Amna suka kerja tu walaupun bukan buat apa sangat,” balas Amna. Berselera dengan masakan opahnya.

“Opah mintak maaf sebab kamu terpaksa susah untuk opah. Opah ni pun sampai dah nak putus asa dengan hidup ni,” kata opah lemah.

“Apa opah ni? Selagi Amna hidup… eh, tak. Amna kalau mati dulu pun, Amna akan pastikan kehidupan opah selamat dan bahagia. So, opah jangan risau okey. Sentiasa doakan Amna je.”

Opah angguk.

“Boss Amna tu muda lagi kan?” tanya opah.

Amna yang tengah makan terus menelan dengan laju. “Opah… lupalah nak tanya. Opah kenal ke lelaki tu?”

“Tak pernah jumpa tapi Mak Jue kata dia tak ada isteri…”

Terbuntang mata Amna. Tak ada isteri? Dudalah ni?

“Tapi tu kan bos kamu. Nanti Amna kenal sendirilah,” balas opah.

MASUK saja motornya ke dalam kawasan rumah Naqi, Amna terkejut melihat Naqi sedang memerhatikannya. Dia jadi salah tingkah.

“Boss…” tegur Amna sambil menunduk.

“Tak jauh ke naik motor ke sini?”

Amna geleng. “Dah biasa bawak motor sana sini masa pernah buat Grab dulu.”

Naqi angguk dan mengerutkan wajahnya bila memandang tayar motor belah hadapan. Terus saja Naqi masuk ke stor berdekatan dan ambil pam tayar.

Terkejut Amna dengan tingkah Naqi. “Eh, boss. Tak apa. Nanti balik saya buat. Saya takut nak singgah petrol pam. Takut sampai lambat.”

Naqi tidak berkata apa-apa dan terus mengepam tayar motornya. Telan liur Amna melihat lengan keras dan berbentuk Naqi. Memang segak.

“Awak buat apa tu?” tegur satu suara garau.

Terkejut Amna dengan kehadiran seorang lelaki dari belakang.

Handsome juga.

Badan sado, pakaian kemas, rambut rapi, kulit bersih.

“Pam tayar.” Naqi bangun dan puas hati dengan kerjanya.

“Oh, ni Amna pembantu kepada Tisya. Dan, ini Zaquan.”

Amna menunduk dan Zaquan memandang Amna atas bawah. Dia kurang senang dengan kehadiran wanita ini. Amna kelihatan cantik dan manis walaupun tidak bergaya.

“Jomlah jogging dulu,” kata Zaquan.

Oh, patutlah berpakaian macam tu. Sopan lagi Tuan Naqi punya pakaian. Zaquan tu tak sedar ke dia pakai seluar pendek macam tu. Errr… kata Amna dalam hati.

“Macam biasa kemas barang-barang Tisya. Hanya buat kerja berkaitan dengan Tisya saja,” pesan Naqi.

Amna mengangguk masih terpegun dengan ketampanan Naqi.

HUJAN turun semakin lebat. Dari tadi Amna hanya duduk di dalam bilik Batrisya dan menyusun barangan dalam bilik itu. Bilik yang besar dan cantik. Daripada apa yang dia nampak Batrisya seorang yang suka akan bidang seni.

Jam dikerling rasanya dia sudah boleh bergerak keluar untuk mengambil Batrisya dari sekolah. Kata Tuan Naqi dan Zaquan pemandu akan menjemputnya di depan pagar tepat jam 12.00 tengah hari.

Sebaik saja dia sampai di luar rumah dia melihat sebuah kereta Vellfire sedang menunggunya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan alangkah terkejutnya dia.

“Eh, boss…” Terkejut Amna melihat Naqi ada di dalam kereta itu.

“Hari ni saya ikut sekali ambil Amna sebab hujan lebat. Dia takut guruh, petir dan kilat,” kata Naqi perlahan sambil membetulkan seat Amna untuk Amna selesa.

Masalahnya Amna jadi gugup dengan layanan gentleman Naqi.

Sampai saja di sekolah hujan sudah kurang lebat tapi masih memerlukan payung.

Amna tepuk dahi. Payung. Dia pandang Naqi.

“Jangan risau ada dua payung. Satu awak guna, satu saya guna. Nanti Tisya dengan saya. Saya nak surprise dia,” kata Naqi sambil senyum. Bahagia bila teringatkan Batrisya.

Mereka berdua turun dari kereta dan menunggu di tempat ibu bapa menunggu. Naqi duduk jauh sedikit kerana ingin memberi kejutan kepada Amna.

Dari jauh Naqi melihat Batrisya sedang berjalan ke arah Amna.

Batrisya pandang Amna dengan pandangan tertanya.

Amna dapat tangkap. “Payung ke?”

Batrisya mengangguk.

Amna senyum dan tunjuk ke arah Naqi. Dan, mata Batrisya membulat lalu membentuk senyuman manis.

Allahu, manisnya senyuman budak ni. Semanis senyuman ayahnya.

Laju saja Batrisya berjalan ke arah Naqi dan Batrisya brek kakinya. Dia memandang sekeliling, entah kenapa Amna merasakan ada yang tak kena.

“Tisya nak pakai payung sendiri,” kata Batrisya.

Naqi senyum. “Tak nak papa dukung? Share dengan papa?”

Batrisya menggeleng. “Please, papa.”

“Nah, ambil payung ni,” kata Amna dan menyerahkan payung yang dia pakai kepada Batrisya.

Naqi terkejut. “Habis tu awak macam mana?”

“Saya dah biasa kena hujan,” kata Amna.

Batrisya terus berjalan setelah mengambil payung dan menuju ke kereta.

Naqi menarik lengan Amna, lalu payung dibuka.

“Kita kongsi payung sama-sama,” kata Naqi sambil tersenyum.

Ini adalah kali pertama Amna berasa sangat dekat dengan seorang lelaki dan membuatnya gugup.

Amna curi pandang dari sisi Naqi. Dan, Naqi menolak perlahan badannya untuk memayungkannya sehingga ke dalam kereta.

Kenapa Tuan Naqi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience