Bab 1

Romance Series 22547

"DASAR perempuan murahan."

Hinaan yang dilontarkan secara tiba-tiba tu telah menyebabkan Elyra yang berada di tengah keramaian terkejut. Dia menoleh ke arah sumber suara dan ternampak beberapa pasang mata yang memandang dengan pandangan menghina.

"Hari ni hari pernikahan Kyle dengan Salina, tapi tak malunya dia datang tunjuk muka dia dekat sini hari ni? Dia still nak rampas suami kawan baik dia sendiri ke?" ujar seorang tetamu yang hadir.

"Dah kalau nama pun perempuan kelas bawahan, mestilah dia tak tau malu, kan?"

Walaupun dia dengar macam-macam komen dari mulut orang tentang dia, Elyra hanya mendiamkan diri. Dia abaikan makian yang dilontarkan kepadanya dan alihkan pandangan ke arah pelamin. Sepasang pengantin sedang tersenyum bahagia sambil saling bersalaman dan bertegur sapa dengan tetamu yang berjumpa dengan mereka.

Sambil duduk mengabaikan, Elyra mendengus. Perempuan murahan? Nak rampas suami kawan baik sendiri?

Mengarut! Mereka tak tau langsung apa yang mereka cakapkan tu.

Realitinya, pasangan suami isteri Salina dan Kyle yang ada dekat atas pelamin sekarang ni adalah kawan baik dan juga kekasih Elyra sendiri! Kalau ada kekasih siapa yang dirampas, mestilah kekasih dia, bukan kekasih kawan baik dia sendiri!

Dalam Elyra menahan rasa sakit dan pedih dalam hatinya, tiba-tiba namanya dipanggil dengan nyaring. "Elyra?!"

Elyra menoleh. Matanya tertancap ke arah seorang wanita pertengahan umur dengan pakaian anggun yang warnanya sedondon dengan warna majlis pernikahan ini.

"Aunty Farida…" Elyra menyapa dengan nada mendatar.

Farida adalah ibu kandung kepada Kyle. Wanita yang selama ni berusaha sehabis baik untuk memisahkan Elyra daripada anak lelakinya. Bukan itu sahaja, Farida turut kerap menghina Elyra dengan melabelkan dia sebagai perempuan murahan dan miskin yang tak layak untuk bersama dengan Kyle.

"Kenapa kamu datang sini hari ni?" soal Farida dengan wajah menyeringai, jelas nampak tengah marah dan seolah nak membaham Elyra hidup-hidup. "Kamu tak invited!"

Mendengar kata-kata Farida, Elyra menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepadanya. Tindakan Elyra yang masih mampu tersenyum membuatkan Farida semakin tak senang duduk.

"Kenapa kamu senyum-senyum? Apa yang kelakar?!" jerkah Farida.

"Aunty ... Aunty kelakar betul," ujar Elyra sebelum menyengetkan kepalanya sedikit, menatap Farida macam tengah menonton lakonan drama TV. "Saya dijemput, so mestilah saya datang. Kan adab namanya tu?" Dia mengangkat keningnya, bersahaja. "Tapi maybe sebab saya banyak sangat berharap. Sebab apa yang saya nampak sekarang, aunty obviously tak tau macam mana nak layan tetamu."

"Kamu!!!"

“Sorry, aunty, Elyra tak ada banyak masa. Lepas ni pun ada hal lagi nak diuruskan, so Elyra balik dululah, nak ucapkan tahniah dekat pengantin baru," Elyra melambai sambil berjalan melepasi Farida.

Disebabkan ramai yang memandang, Farida tak boleh nak menghentikan Elyra dengan kasar macam biasa, takut reputasinya akan tercalar.

Sebaik sahaja dia sampai ke depan pelamin, Elyra menyapa, "Hey, congrats for your shitty wedding!"

Ucapan Elyra yang jelas biadab membuatkan wajah kedua pasangan pengantin baru tadi berubah muram.

"Kenapa you datang hari ni?" soal Kyle dengan spontan. Dahinya berkerut, nampak khuatir. Mungkin lelaki tak guna ni tau yang dia memang dah buat salah dan balasan dia akan tiba lebih cepat daripada yang dia sangkakan.

"Kenapa pulak I tak dayang? I kena invite dengan wife you yang cantik ni," jawab Elyra dengan penuh keyakinan. Dia angkat kening kanannya. "Kenapa? You expect I nak menangis meleleh hingus, air mata berdarah tengok you tersenyum bahagia atas pelamin ni?" soal Elyra dengan nada menyindir, membuatkan Kyle terus terdiam.

Salina mengambil satu langkah menghampiri Elyra. Satu senyuman sinis terukir pada wajahnya. "Hebat jugak you, Elyra. Tebal betul muka you untuk datang sini hari ni," ujarnya.

Elyra tersenyum. "Tapi muka I tak setebal muka you, Salina. Lagipun, kalau I ada dekat tempat you, I malu gila sebab dah rampas kekasih kawan baik I sendiri."

Wajah Salina berubah kemerahan. "You ni…!"

"Shh…" Elyra meletakkan jari telunjuk ke bibirnya, membuatkan Salina terdiam. "Jangan buat kecoh. Malu kalau guests you nampak," pesanan Elyra membuatkan Salina semakin geram.

Disebabkan dah tak nak berbual ‘mesra’ lagi, Elyra pun meletakkan sebuah kotak hadiah ke tangan Salina. "Untuk korang, hopefully korang suka. I balik dulu."

Kemudian, dia turun dari pelamin dan berjalan, terus meninggalkan dewan majlis.

Melihat pemergian Elyra, Salina mengepalkan tangannya. Dia sengaja menjemput Elyra untuk tengok Elyra menangis kesedihan bila tengok dia kahwin dengan Kyle, tapi ... sekarang ni dia pula yang rasa menyesal! Semuanya sebab Elyra langsung tak nampak sedih!

Menatap kotak hadiah pemberian Elyra pada tangannya, Salina rasa semakin marah. "Aku tak nak sampah nilah!" Dia hempas hadiah yang dipegangnya ke lantai, menyebabkan kotaknya terbuka dan seekor haiwan kecil berwarna hitam berlari melepasi kaki Salina. "Ahhh! TIKUUUS!"

Suasana terus berubah haru biru. Disebabkan jeritan Salina, ramai tetamu wanita terdengar tentang kewujudan haiwan yang disebutnya tadi dan terus mengilai ketakutan.

Salina melompat turun dari pentas pelamin dan menyebabkan Kyle cuak, berusaha untuk menyelamatkan dia. Mereka berdua nampak pucat disebabkan panik.

Elyra yang dah sampai ke pintu keluar menoleh ke belakang seketika, satu senyuman terukir pada wajahnya. Macam yang dia dah jangkakan, Salina memang akan buang kotak yang dia bagi. Jadi tak silaplah dia letak seekor tikus yang comel dalam kotak tu.

Tiba-tiba, dia terdengar suara seorang wanita menjerkah, "Elyra! Ni mesti kerja kamu!"

Mata Elyra menoleh ke arah sumber suara, menatap ke arah Farida yang tengah berlari ke arahnya dengan wajah yang kemerahan.

Dengan jari telunjuk yang kukunya dicat warna merah menyala, Farida menunding sambil memberi arahan kepada pengawalnya, “Tangkap perempuan jalang tu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience