25 Papa Mama Larang

Family Series 57531

Rhett Raffendy meluru keluar dari perut kereta, berlari anak sambil bebola mata bergolek liar mencari kelibat seseorang. Telefon bimbit yang menjerit-jerit sedari tadi langsung tak diendahkan. Satu persatu kenderaan besar dan panjang di kawasan itu diterjah.

Bagaimana dia mahu mencari gadis itu di kawasan yang sangat luas dengan berpuluh-puluh kenderaan pengangkutan awam? Rhett yang sudah mulai tercungap-cungap memandang sekeliling sebelum berlari menuju ke kaunter tiket.

“Oh, kalau sebelah timur encik ke stesen tujuh.” Beritahu penjaga di bahagian tiket. Tanpa membuang masa, Rhett berlari menuju ke kawasan yang dimaksudkan.

“Del!!!” Rhett menjerit sekuat hati sambil memandang sekeliling. Adakah bas yang dinaiki oleh Deila sudah berlepas? Rhett mulai menghampiri satu persatu bas di stesen tersebut lalu mengintai ke dalam perut bas tersebut.

Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang pemuda segak memakai kemeja oversize warna biru gelap tanpa take in, seluar jeans ketat rabak di bahagian tempurung lutut serta memakai baseball cap secara terbalik dan menutup sepasang matanya dengan cermin mata gelap jenama Ray-Ban sedang melangkah keluar dari sebuah kedai serbaneka.

Langkah mati di depan pintu kedai serbaneka itu sebaik sahaja mendengar jeritan lantang Rhett Raffendy. Beberapa saat pemuda itu tercengat, memerhati Rhett yang sedang galau seperti ibu kucing kehilangan anak terlari-lari dari satu bas ke bas yang lain.

“Rhett?” Sebaris nama itu terletus dari bibir pemuda itu. Kening hitam tebal terbentuk sempurna pemuda itu hampir bercantum. Mahu apa lagi lelaki itu datang? Getus hati keclnya. Lelaki itu terkocoh-kocoh mengorak langkah menuju ke sebuah bas yang kelihatan sudah bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa sahaja.

“Del!” Sebaik sahaja punggung dilabuhkan di sebelah seorang gadis, sebotol air mineral dihulur kepada gadis tersebut.

“Thanks, Mirul.”

“Kau tidurlah, jauh perjalanan kita ni.” Sambil berkata, Amirul menanggalkan cap dan cermin mata lalu dia pakaikan pada Deila.

“Tutup wajah kau supaya senang nak tidur. Takde gangguan!” Amirul menanggalkan juga earpods di telinga lalu dia sumbat ke lubang telinga Deila.

“Sambil tidur, dengar lagu ni supaya kau tak dengar suara-suara sumbang nanti.”

“Mirul!” Deila memandang pelik. Amirul buat tak nampak tatapan berang Deila. Kepala Deila ditolak untuk menyandar di penyandar kerusi.

“Tidurlah Del.” Amirul menarik visor topi ke bawah untuk melindungi wajah Deila. Sempat lagi dia meninjau ke arah luar jendela.

“Deila!” Tersentap Amirul bila dia dengar jeritan Rhett dari arah pintu bas. Cepat-cepat Amirul menambah volume suara pada earpods yang dipakai oleh Deila. Amirul memusing tubuh, wajah ditutup dengan lengan lalu dia pura-pura tidur.

“Encik, bas ni dah nak gerak. Encik ni penumpang ke? Cepat masuk, saya nak tutup pintu.” Pemandu bas yang kelihatan sudah bersedia pantas menegur apabila melihat Rhett muncul di ambang pintu bas sambil memandang ke arah penumpang-penumpang bas.

“Maafkan saya, bang. Saya cuma mahu cari seseorang. Abang boleh tunggu sebentar tak?” Pinta Rhett.

“Tak boleh! Kalau kau bukan penumpang, keluar sekarang.” Perintah pemandu bas itu dengan suara tegas.

“Tolong saya bang. Sekejap saja. Saya janji! Hal ini penting untuk saya bang. Saya kena cari isteri saya.” Rayu Rhett bersungguh-sungguh. Mendengar perkataan isteri, hati si pemandu mulai lembut sedikit. Wajah tampan Rhett ditenung sebentar sebelum pemandu bas itu menggeleng. Faham benar dia dengan pasangan muda yang baru mulai mendirikan rumah tangga kerana dia juga pernah melalui zaman itu.

“Gaduh dengan isteri ke? Pergilah dan pujuk isteri kau tu baik-baik. Jangan berkasar. Hati perempuan ni kena jaga baik-baik. Kau kena faham, perempuan tak pernah kalah. Jadi kau kenalah banyak mengalah. Saya bagi kau lima minit. Cepat sikit.”

“Terima kasih, bang!” Bertapa terharunya Rhett ketika itu. Tak sangka dia dapat sokongan dari orang asing yang baru pertama kali dia temui.

Rhett buru-buru masuk. Satu persatu wajah penumpang bas ditenung.

“Del!” Rhett memanggil. Hampir berputus asa apabila dia sudah sampai ke penghujung bas.

Wajah diraup dengan seribu penyesalan yang menyesakkan dada.

“You shouldn’t do this Del… you didn’t give me a chance to explain. Now, how am I suppose to live? Saya tidak sekuat kau, Del!”

Rhett memusing badan, melangkah gontai menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba langkah terhenti bila lengannya ditarik oleh seseorang.

Darn!

Amirul menyumpah dalam hati. Dia pasti akan menyesal setengah mati kerana melakukan hal itu. Tetapi membiarkan Rhett pergi sungguh buat dia dihentam rasa bersalah. Apatah lagi bila dengar Rhett bergumam tadi. Dia terpukul! Ya, dia bukan sejahat itu. Dia tidak diajar untuk pentingkan diri sendiri. Dia diajar untuk sentiasa memikirkan tentang orang lain. Dah sungguh, saat itu rasa itu benar-benar mendera! Dia tahu dia pasti menderita dengan perbuatan dia sendiri selepas ini.

“Mirul!” Wajah redup Rhett serta merta bersinar sebaik sahaja bertentang mata dengan Amirul.

“Lima minit, Rhett!” Amirul bingkas bangun lalu meninggalkan Rhett. Saat Amirul meninggalkan tempat duduknya, barulah Rhett perasan rupanya Deila duduk di tepi jendela, bersebelahan dengan Amirul. Deila yang langsung tidak menyedari apa yang berlaku kerana sedang lena diulit mimpi.

“Del!” Rasa rindu yang mencanak buat Rhett sudah tidak kisah dengan penumpang lain. Tubuh Deila ditarik masuk ke dalam pelukan.

Deila kelam kabut membuka mata. Sangkanya Amirul! Tubuh Rhett ditolak sekuat hati.

“Kau dah gila ke? Miii… eh?!” Cermin mata milik Amirul segera Deila tanggalkan. Begitu juga dengan earpods yang menganggu pendengarannya. Bertambah bulat mata bundarnya yang sangat cantik itu memandang Rhett.

“Sayang!” Panggil Rhett dengan mata mulai berkaca-kaca.

“Saya suami kau, bukan Mirul!” Rhett berkata dengan hati retak seribu. Masih terngiang-ngiang kata-kata Tok Teh. Sampai sekarang dia masih sakit hati. Bakal suami? Huh, over my dead body!!!

“Kenapa kau ke sini?” Bertambah retak lalu pecah berkecai-kecai hati Rhett apabila Deila bertanya dengan suara dingin sambil membuang wajah. Sudah tak sudikah wanita pujaan hatinya itu memandang dia?

“I love you Del!”

Deila tergelak sinis. Love katanya? Dia tidak pernah bercinta. Rhett lelaki pertama yang muncul-muncul terus ajak dia bercinta. Tak sampai tiga bulan, Rhett jadikan dia isteri! Lepas kahwin Rhett hilang macam tu je. Itukah definisi cinta bagi Rhett Raffendy? Kalau itulah, dia sungguh tak sudi. Cinta Rhett terlalu menyakitkan. Cinta Rhett buat semua orang membenci dia, buat opah jatuh sakit. Buat dia rasa sunyi dan takut! Tak, dia lebih bahagia sebelum kenal apa itu cinta.

“Cinta kau terlalu menyakitkan, Rhett. Cinta yang berpaksikan pembohongan semata. Bila kau sunyi, kau jadikan saya mangsa. Saya yang bodoh, tak nampak permainan kau selama ini. Dahlah, kita hentikan semua di sini. Kembalilah kepada bakal isteri kau yang dah bertahun-tahun kau cintai. Saya takkan tuntut apa-apa. Cuma, lepaskan saya dengan cara baik.”

“Tak! Jangan cakap macam tu Del. Hancur hati saya. Please… jangan minta saya lepaskan kau bila seluruh jiwa raga ni dah saya serahkan kepada kau.” Rhett merenung sayu anak mata Deila dengan mata yang mulai basah.

“Ya, saya akui. Saya memang ada kekasih sebelum saya jumpa kau. Zara dan saya dah lama bercinta. Malah, kami sudah berjanji untuk menghalalkan hubungan kami dan keluarga juga sudah tahu tentang itu. Tapi, saya jatuh cinta dengan kau, Del. Saya salah, tapi saya tak mampu nak kawal hati ni. Saya sudah tidak punya rasa pada Zara. Dan saya sedang cuba selesaikan hal ini. Saya kuat kerana adanya kau, Del. Jika kau pergi, saya tiada kekuatan untuk terus berjuang. Kau faham tak? Jangan tinggalkan saya, Del. Saya perlukan kau.”

Deila kembali membuang muka. Tidak sanggup terusan menatap Rhett kerana dia juga hampir mahu menangis ketika itu. Jemari Deila Rhett capai dan dia genggam erat.

“Beri saya masa untuk selesaikan semua ini, Del. Saya tahu prosesnya menyakitkan tapi kau harus tahu yang saya cuma cintakan kau. Saya juga mohon, doakan saya tabah untuk terus berjuang demi cinta kita, Del.”

Deila mengesat air mata yang jatuh setitik ke pipinya.

“Saya tak yakin saya kuat untuk berada di sisi kau, Rhett.”

“Kau kuat, Del. Saya perlukan kekuatan kau. Saya tidak akan menentang keluarga sendiri kalau bukan kerana saya cintakan kau.”

“Tak, masalahnya sekarang saya yang jadi orang ketiga, Rhett. Saya dah hancurkan hati seorang wanita kerana kau. Faham tak?”

“Kau tak salah pun. Saya yang bersalah dalam hal ini. Yang tu biar saya selesaikan. Saya…”

“Minta perhatian semua penumpang. Bas akan bertolak sebentar lagi. Mohon kepada pelawat untuk keluar sekarang. Pintu bas akan ditutup sekejap lagi!” Pengumuman dari pembesar suara itu menghentikan kata-kata Rhett. Wajah Deila ditenung dengan penuh rasa sebak. Berat hati mahu melepaskan Deila pergi.

“Janji dengan saya, Miss Pepeyo!”

“Kau kata apa?” Bulat mata merah basah Deila memandang Rhett. Dada bergetar melihat bertapa comelnya Deila di mata Rhett ketika itu. Rhett gigit bibir bawah, cuba mengawal perasaannya. Mujur saja mereka berada di tempat awam.

“Tunggu saya, Del. Saya tetap suami kau sampai ke hujung nyawa. Ingat tu! Doakan saya. Sesungguhnya doa seorang isteri buat suami tercinta adalah doa yang selalu diperkenankan oleh Allah. I love you, cik puan Pepeyo!”

Rhett sempat menghadiahkan kucupan pantas di kedua belah pipi Deila sebelum bingkas bangun dan melangkah laju untuk keluar kerana pemandu bas telah dua kali membuat pengumuman dengan suara kasar.

Deila masih tergamam di tempat duduk walau pun kelibat Rhett sudah tidak kelihatan. Yang duduk di sebelahnya kini adalah Amirul. Wajah mendung, tak memandang dia langsung. Sebaik saja punggung dilabuhkan, Amirul terus memaling tubuh dan menutup mata.

PANG!!!

Bunyi hentakan kuat itu langsung tak menyentakkan Rhett. Wajah berang di depannya Rhett tenung dengan mata tak berkelip. Dia nekad!

“Majlis tinggal dua hari lagi Rhett! Kau nak batalkan?! Kau dah gila ke?!” Suara pekikan papa bak guntur mengamuk di langit mendung, buat telinga berdengung.

“Saya minta maaf, papa. Tapi saya tak boleh. Saya tak mampu bahagiakan Zara, papa. Tolonglah faham. Saya tak nak berlaku tidak adil pada Zara!”

“Apa maksud kau, Rhett?! Zara cintakan kau! Kau bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Zara! Sekarang kau bagi papa alasan tak logik macam tu? Apa kena dengan kau ni hah?!”

“Masalahnya saya dah tak cintakan Zara Adelia, papa!”

“Rhett Raffendy!!!”

PAK!

Terteleng kepala bila pelempang sulung papa hinggap di pipi Rhett.

“Abang!”

“Razif! Kau dah gila ke?! Berani kau pukul cucu saya?!”

Tok Teh mara lalu menarik Rhett ke belakangnya.

“Apa-apa hal boleh bincang baik-baik, Razif! Tak perlu sampai naik tangan. Kalau Rhett tak nak kahwin, tak perlu kau terus memaksa! Yang nak kahwin, nak bina keluarga tu dia bukan kau!” Tok Teh menempelak nyaring. Marah sungguh bila lihat cucunya dikasari. Seumur hidup, ini kali pertama dia lihat dengan dua biji mata sendiri Razif naik tangan pada Rhett.

“Mak! Cucu mak ni nak batalkan perkahwinan yang cuma berbaki dua hari lagi! Mana kita nak letak muka nanti? Malu kita mak, malu! Apa kita nak cakap pada keluarga Dato’ Zainal nanti?”

“Cakap jela terus terang, apa susah! Zara tu cantik, sekejap je pasti dapat pengganti!”

“Mak!!!” Bengang sungguh Razif dengan jawapan selamba Tok Teh. Yang kena hadap dia juga.

“Rhett, beritahu tok… kenapa kau tiba-tiba dah tak nak kahwin dengan Zara?” Tok Teh memandang Rhett lalu bertanya dengan suara lembut.

“Saya tak cintakan Zara, tok.”

“I knew it…” Laju Tok Teh balas lalu menepuk lembut belakang Rhett. “ Sejak kepulangan Zara, kau asyik mengelak dari dia. Tok memang dah perasan sebelum ni. Sebenarnya…” Tok Teh merapatkan bibir ke kuping telinga Rhett. “tok memang tak berapa gemarkan budak Zara tu.” Bisik Tok Teh dengan suara hampir tidak kedengaran. Tidak mahu anak dan menantunya dengar. Rhett merenung Tok Teh dengan dahi berlapis.

“Kalau macam tu, kenapa tok sungguh-sungguh nak suruh saya kahwin?” Rungut Rhett, juga dengan suara perlahan.

“Tok cuma mahu lihat cicit tok.”

Rhett tergamam. Hanya memandang Tok Teh yang tersengih beruk siap jongket kening memandangnya.

“Rhett, dengar baik-baik. Perkahwinan ni akan tetap berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan.” Mama menyampuk, dengan nada seolah memujuk.

“Tak mama, saya tetap dengan keputusan saya.” Rhett bertegas.

“Dan papa tetap dengan keputusan papa! Kau akan teruskan perkahwinan ni, Rhett Raffendy! Cabar papa dan tengok apa orang tua ni mampu buat untuk hancurkan hidup kau!”

“Papa!”

Rhett tergamam melihat keseriusan papa. Tak dinafikan, ada gentar bertandang dalam jiwa. Dia bukan risaukan tentang diri sendiri. Kata-kata Amirul kembali terngiang-ngiang di telinga. Adakah tindakannya bakal membahayakan Deila? Paling utama… mampukah dia melindungi Deila Araferro?

“Ikut papa! Kita akan melawat Zara, sekarang Rhett!” Arahan tegas papa buat Rhett mengunci anak tekak. Lengannya pantas disambar oleh Tok Teh.

“Dah, kita ke rumah Zara. Tok rasa lebih baik kau dan Zara berbincang elok-elok dan selesaikan perkara ini. Tak perlu ikut kemahuan orang tua kerana yang bakal bahagia atau menderita kelak cuma korang berdua. Kau tahu kan, tok pernah melakukan kesilapan dulu. Tok akan sokong apa pun keputusan kau, Rhett.”

Berkaca mata Rhett saat beradu pandangan dengan Tok Teh. Sungguh tak disangka, tok menyebelahi dia. Tubuh kurus tok dipeluk erat.

“Terima kasih, tok.” Ucap Rhett dengan rasa sebak.

Kekuatan Rhett kembali selepas mendengar kata-kata tok. Nekad, dia mahu berterus terang dengan Zara. Ketika Rhett ditinggalkan berduaan dengan Zara, Rhett kembali diserbu rasa bersalah. Melihat Zara terbaring dengan wajah pucat di atas katil, hati mulai berbelah bagi.

“You ada sesuatu nak cakap dengan I ke?” Tanya Zara. Air muka Rhett ketika itu cukup menjelaskan mengapa lelaki itu muncul di situ. Rhett duduk di birai katil. Wajah cantik Zara direnung buat seketika.

“Zara…” Rhett menarik oksigen sebanyaknya dengan harapan dia akan terus kuat untuk meluahkan isi hatinya. “perkahwinan kita…” Renungan Zara buat Rhett hampir tidak mampu meneruskan kata.

“Kenapa dengan perkahwinan kita, Rhett?”

“Tangguhkan. Maksud saya… batalkan.”

Zara kelihatan tetap tenang selepas mendengar permintaan Rhett. Wajah Rhett ditatap agak lama sebelum dia kembali bersuara.

“Why, Rhett?”

Rhett meneguk air ludah. Ah, dia tak perlu rasa bersalah kepada Zara. Dulu, dia sungguh-sungguh ajak Zara kahwin tetapi Zara.asyik-asyik beralasan dan suruh dia bersabar. Ya, masa itu mereka masih muda dan alasan Zara kukuh sebenarnya. Rhett mengeluh. Dia cuma mahu cari alasan supaya dia tidak terusan dibelenggu rasa bersalah kerana telah khianati sumpah mereka berdua.

“I’m so sorry Zara. You can put all the blame on me. Hati saya dah berubah.” Rhett menekur lantai ketika berbicara. Dia tidak sanggup menentang sepasang mata Zara yang pastinya dipenuhi kesedihan itu.

“Siapa yang buat hati you berubah, Rhett?” Zara tetap tenang ketika bertanya.

“I am so sorry, Zara. Saya tidak mahu berlaku tidak adil pada kau. Sebab itu saya tidak mahu teruskan perkahwinan ni. Hati saya, jiwa raga saya dah jadi milik orang lain, Zara. Maafkan saya.”

“Langsung tiada ruang untuk saya di hati kau?”

Rhett mengenggam penumbuk. Dada bagai ditusuk sembilu tajam bila dengar suara sayu Zara. Dia tahu wanita itu terluka tetapi berusaha untuk nampak tenang di depan dia. Hakikatnya, batin Zara meraung menangis. Ya, Rhett sedar tentang itu. Cinta yang terbina antara mereka bukan baru setahun jagung. Bertahun-tahun lamanya. Sekelip mata dia hancurkan. Kejam! Dia memang kejam.

“Maafkan saya, Zara…”

“Kau kejam, Rhett!” Tangisan Zara pecah jua setelah dia tewas untuk terus cuba bertabah di depan lelaki yang sangat dia cintai itu.

“Maafkan saya, Zara…” Hanya kata maaf yang mampu Rhett ucapkan ketika itu.

“Siapa wanita yang telah berjaya merampas kau dari saya?’

Rhett terkedu. Kata-kata Deila kembali bermain di minda. Begitu juga dengan kata-kata Amirul. Rhett menggeleng laju. Tak! Deila bukan perampas. Deila bukan wanita kejam yang menghancurkan hati wanita lain. Semua salah dia. Bagaimana dia harus terangkan kepada orang-orang di sekeliling dia tentang itu?

Rhett termangu. Dia buntu saat itu.

Bab seterusnya masih sdg ditukang, klu sempat siap lewat sikit akan dipublish. Klu x esok² ye, enjoy!

Share this novel

Hawani Hashim
2024-03-18 23:04:19 

Sedang di tukang tukang ayat tu elok2 no hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience