SUAMI UNTUK DITAWAN-2

Romance Series 4230

Dan paginya pun tiba seperti hari-hari biasanya, Ean yang terjaga awal dari tidurnya mula terasa bersalah terhadap isterinya dengan permintaannya untuk masakkan makanan untuknya malam tadi, tapi dia pula yang tertidur lena kerana kepenatan.

"sayang, abang minta maaf.. abang penat sangat malam tadi, kenapa Hana tak kejutkan abang.." bisik suara garau Ean yang baru saja bangun dari tidurnya ditelinga Hana yang masih nyenyak tidur didalam pelukkannya.

"erm.. tak apa.. Hana tak kisah, Hana nak kejut tapi Hana kesiankan abang.." balas Hana malas, kerana matanya masih mengantuk dan tidurnya agak lewat malam tadi selepas dia termenung sendiri sebelum dapat lelapkan matanya.

"sayang.. erm.." bisik Ean ditelinga Hana untuk cuba mengoda Hana kerana perasaan ghairahnya tiba-tiba saja datang apabila dia terdengar suara Hana yang sangat mengoda terdengar ditelinga jantannya.

"apa? abang lapar ke? kejap lagi Hana masak.." soal Hana polos.. lagi pula matanya memang berat untuk dibuka.. bagaikan digam kelopak matanya.

"taklah, sayang.. erm.. awal lagi ni, jom sayang mandi sama-sama, dah lama kita tak mandi sama-sama. Hana asyik mengelak je kalau abang ajak, kesian abang.." gurau Ean pada Hana yang masih berselimut menutup badannya kerana dia masih mengantuk.. dengan tangannya mula merayap kebadan Hana dari pinggang terus naik kearah gunung indah Hana Qadeeja.

"malaslah Hana, Hana mengatuk la.. abang pergilah mandi.. kejap lagi nak pergi kerja.." arah Hana kepada Ean yang tangannya sudah meramas-ramas payudaranya dengan penuh nafsu.

"ala, abang baru nak manja-manja dengan sayang, dah lama kita tak mandi sama-sama.. jomlah sayang, boleh la.. boleh la yea sayang.. malam tadi pun abang dah terlepas aktiviti malam kita, bolehkan kalau abang tuntut pagi ni.." pujuk Ean dengan mencium pipi Hana berkali-kali dan mula beralih kearah bibir merah Hana pula.

"erm, malam ni boleh? abang balik je kerja Hana dah siap-siap dalam bilik air tunggu abang.. abang cuma bersedia je untuk segala kemungkinan, okey?.." gurau Hana kerana malas untuk mandi bersama-sama suaminya dipagi hari, kalau tidak suaminya akan masuk lewat kerja nanti.. walaupun Ean adalah bos disyarikatnya sendiri, suaminya tak suka masuk lambat tanpa alasan yang kukuh.

"hahaha, itu dah gelojoh namanya.. kalau malam nanti buat apa mandi sama-sama kat bilik air tu, baik gunakan kemudahan yang sedia ada ni.. ni, katil ni buat apa beli mahal-mahal kalau jarang guna.. kita kena selalu gunakan khidmat dialah untuk eratkan lagi hubungan intim kita.. betul tak sayang? hahahaha.. yelah.. abang mandi dulu.. Hana tidurlah.. nanti abang panaskan sendiri makanan yang Hana masak malam tadi.." gelak Ean sambil mencium pipi Hana yang masih bermalasan untuk bangun ditempat tidurnya walaupun diusik olehnya.

"erm, gelojoh tak gelojoh untuk suami kesayangan Hana, Hana sanggup buat apa saja, tapi untuk pagi ni izinkan Hana berehat dulu yea, sebab malam nanti Hana kena bekerja keras untuk gembirakan hati suami Hana, hihihihi.." jawab Hana dengan gelak lucunya.

"yes, baik bos.. maknanya malam ni abang tak payah bekerja keraslah? bagi Hana je bekerja yea? macam tu? ni yang abang makin sayangkan Hana.. hahahaha.." sambung Ean yang sudah berjalan masuk kedalam bilik air.

"Hana.. eh mana pula Hana ni.. tadi elok je dia baring dah macam tak nak bangun langsung gayanya, ni dah tak ada la pula.. sayang?!.." panggil Ean selepas dia keluar dari bilik air tapi Hana sudah tiada didalam bilik tidur mereka.

"sayang.. sayang.. Hana.." panggil Ean lagi selepas dia bersiap-siap dengan pakaian kerjanya.

"kejap abang.. Hana tengah siapkan breakfast untuk abang ni.." jerit Hana dari dapur setelah terdengar suara suaminya memanggil-manggil namanya berulang kali dari tingkat atas rumahnya.

"lah, abang dah pesan tadikan, abang panaskan sendiri lauk yang Hana masak malam tadi.. rugi nanti kalau tak dimakan.." bebel Ean sambil berjalan menuju kedapur dimana Hana sedang hidangkan makanan untuk mereka berdua makan sekejap lagi.

"ala, makanan semalam Hana boleh makan nanti tengah hari.. untuk pagi ni Hana masak yang baru untuk abang sebelum abang pergi kerja, nanti barulah semangat kalau makan masakkan dari air tangan isteri.. hihihi.." gurau Hana selepas semuanya siap dimasak dan tunggu dihidangkan dan dimakan saja oleh mereka berdua.

"yelah, sebab inilah abang sayangkan Hana, abang dah tak kisah tentang apa-apa yang penting Hana ada disisi abang sampai bila-bila.." ucap Ean dan mencium lembut kepala Hana sebelum dia duduk dikerusi disebelah Hana dan menikmati masakkan isteri kesayangannya dengan penuh nikmat.

"abang, nanti tengah hari Hana nak keluar jumpa kawan-kawan Hana boleh tak? dah lama Hana tak lepak sama-sama dengan dia orang, rindu pula rasanya, dah la masing-masing susah nak jumpa.." aju Hana dengan meminta izin kepada suaminya yang sedang menikmati masakkannya.

"keluarlah.. kalau tak cukup duit nanti bagi tahu abang.. abang transfer ke akaun Hana.. terima kasih sayang tak kira siang malam Hana masakkan untuk abang semuanya sedap-sedap.." puji Ean selepas dia memberi kebenaran kepada Isterinya untuk keluar berjumpa kawan-kawan baiknya.

"yelah, terima kasih abang.. sebab benarkan Hana keluar berjumpa dengan kawan-kawan Hana dan pujian tadi untuk masakkan Hana.. hihihi.." gelak Hana sopan kerana setiap kali dia terima pujian dari suaminya ibarat dia mendapat sebuah piala kemenangan diatas usaha yang dia berikan.

"abang dah siap makan.. abang pergi kerja dulu.. bye sayang.." ucap Ean sambil bangun dari kerusinya untuk bersalam sambil mencium lembut dahi isterinya yang masih duduk dimeja makan tersebut.

"kejap abang, sini Hana betulkan tali leher abang dulu.." panggil Hana dengan pantas bangun dari kerusi dan bergerak beberapa langkah kearah suaminya.

"yea.. tengok, kalau Hana tak ada kat sisi abang, apalah jadi dengan hidup abang ni, mesti tak terurus.." ucap Ean lembut dengan memandang penuh kasih dan cinta terhadap seorang perempuan didepannya saat ini. Hana Qadeeja.

"jadi apa, tetap jadi manusia jugakan? kalau Hana ada ke tak ada.. sama je abang, abang tetap Ean Yousoff, dan Hana tetap Hana Qadeeja macam sekarang. Dah pergi kerja elok-elok.. dah sampai telefon Hana.." sambung Hana selepas mereka siap bersalaman untuk kali kedua selepas membetulkan tali leher suaminya yang sedikit senget.

"okey sayang.. bye.." ucap Ean sambil berjalan masuk kedalam keretanya dan memandu perlahan keluar dari garaj rumah mereka berdua.

"bye abang.. okey sekarang masa untuk mengemas dapur.. lepas tu basuh baju.. kemas kat depan sana sikit.. lepas tu keluar jumpa kawan-kawan, oh Hana kau memang suka sibukkan diri kau kan? tapi apakan daya, bukan selalu pun kau keluar jumpa dengan kawan-kawan kau yang otak gila-gila tu..." omel Hana sendirian selepas kereta suaminya menghilang dari pandangan matanya sambil melambai-lambaikan tangannya.

"Hana.. sini! lambatnya kau.." jerit salah seorang dari empat orang kawan baiknya yang sudah sedia menunggunya dari tadi.

Katy si anak dara yang takut dengan alam perkahwinan selepas melihat rumah tangga kawan baiknya dan mak ayahnya sendiri yang bercerai diusia tua mereka, lagi pula dia sudah berjaya didalam hidupnya dengan mempunyai rumah sendiri, kereta mewah, dan kerjaya yang bagus sebagai seorang pramugari.

Nik, seorang ibu rumah tangga sepenuh masa yang tinggal bersama keluarga mertuanya yang kaya-raya.. tanpa perlu dia bersusah payah untuk bekerja dan menjaga anaknya.. lagi pula suaminya adalah anak tunggal didalam keluarga tersebut, maka segala kemewahan dicurahkan kepada dia dan anaknya.

Rini, seorang wanita yang bekerja biasa-biasa dan hidupnya susah kerana berkahwin dengan anak mak yang dianggap membebankan suaminya dengan mempunyai anak yang ramai.. kerana mak mertuanya merasakan Rini adalah menantu yang menyusahkan anaknya, lagi pula Rini sebenarnya bukan menantu pilihan mak mertuanya.

Dan akhir sekali Wani si janda berhias yang tidak mempunyai anak, bercerai ketika diusia mudanya kerana suaminya curang dengan perempuan lain iaitu orang gajinya sendiri, dan suaminya lebih memilih untuk bersama perempuan tersebut dari bersama dengannya yang berharta, itulah kesilapan besar suaminya yang miskin. Tapi bekas suaminya lupa dia pernah dikutip ditepi jalan oleh Wani dan dijadikan suami tapi dia tetap lupa asal usul dirinya sehinggakan sanggup curang terhadap isteri yang sanggup berikan segala kemewahan padanya.

Dan sekarang mereka berlima sudah menginjak usia 30 tahun bersama-sama dengan cerita hidup yang berbeza-beza.

Dan dirinya sendiri, Hana Qadeeja seorang suri rumah, wanita yang cukup segalanya yang diberikan oleh suaminya tanpa perlu berkerja keras untuk mendapatkan sesebuah kesenangan, hanya dengan meminta dari suaminya saja, dia akan dapat segalanya.. walaupun alam perkahwinan mereka berdua sangatlah bahagia tapi hubungan kekeluargaan antara ipar, mak mertua dan menantu sangatlah teruk.

Tapi dia juga ada satu masalah iaitu zuriat.. dia tidak mampu memberikan suaminya zuriat dari rahimnya sendiri.. sudah lama dia impikan untuk memiliki anak sendiri.. dan juga dia adalah anak yatim piatu yang ditinggalkan dirumah anak yatim dari kecil.

"maaf, tadi sesak teruk sangat jalannya, sangkut kat situ pun dah berapa lama, fuhh panasnya.." ucap Hana dengan lembut.

"okey kami fahamlah.. aku tadi pun sama macam kau juga sangkut kat tengah jalan tu cuma aku awal sikit je dari kau.. kalau tak aku yang kena marah dengan meraka ni.." usik Nik laju kerana dia tahu jalan raya sangat sibuk jika diwaktu puncak seperti sekarang ini.

"eh duduklah Hana.. rindunya dengan semua, dekat tiga bulan kita semua tak berjumpa.. nanti entah bila kita dapat berjumpa lagi macam ni.." celah Katy manja sambil melihat kearah kawan-kawan baiknya.

"yea, betul.. tapi maaflah aku pun bukan selalu boleh lepak dengan kau orang semua, kau fahamlahkan mak mertua aku tu macam mana, apa yang aku buat semuanya salah saja kat mata dia.." adu Rini pula dengan muka yang sedikit kusam kerana kelelahan bekerja, disiang hari sibuk bekerja dipejabat sebagai kerani, manakala dimalam hari pula penat menguruskan anak-anaknya yang kecil seramai tiga orang.

"tak apa Rini, kami faham je.. tapi kau jangan risau, bila-bila kau perlukan kami.. kami ada untuk kau, faham?" tegas Katy kepada Rini yang sudah menunduk kebawah menahan air matanya dari gugur.

"yea Rini, kalau perlukan bantuan dari kami cakap je jangan fikirkan malu ke apa. Katy, kau tu yang menjadi masalahnya.. kalau dah terbang susah nak turun.. hihihi" gurau Wani sambil disahut gelak ketawa oleh kawan-kawan baiknya yang lain.

"aku? aku okey je.. bila-bila masa boleh jumpa tapi bila aku cutilah.. hari lain minta maaf banyak-banyak tak dapat nak tolong.. tapi kalau perlukan duit insya'allah aku boleh bagi bila-bila masa je.. cuma masa aku terhad la sikit nak jumpa selalu macam hari ni.." ucap Katy dengan perasaan bersalah.

"kau tak payahlah cakap macam tu, kami fahamlah.. cuma kami nak kau sentiasa jaga diri je.. itu je kami harapkan.." balas Hana pula.

Dan masing-masing mengangguk tanda faham.

Lima Sekawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience