BAB 40:Peta

Thriller Series 558

Bab 40:Peta

SEJURUS lepas tamat saja mesyuarat,para wartawan pun kembali pulang ke meja masing-masing untuk menyambung tugasan. Yana,Haziq dan Asywina di lihat sibuk meneliti data maklumat subjek inkubasi yang akan mereka siasat nanti.

Yeob Maon tersengih-sengih sambil membuka fail data subjek yang di terimanya. Gembiranya bukan main. Dah seminggu lebih wartawan gemuk itu ketiadaan sebarang tugasan luar.

"Buhuhu iya untung..untung..huhuhu tugasan luor sambil bolehlah nak singgah gerai warung sana-sini ya..iya baik..baik..baik..sekian"

"Amboi abang Yeob tersengih-sengih je sambil menelaah fail tu..kikiki"sakat wartawan Mirah. Geli hati benar tengok perut boroi wartawan Yeob dengan baju  kemeja sendatnya tu.

''Huhuhu..sebagai wartawan yang berdedikasi,aku memang cenggini ya.. gembira dapat tugasan luor..uhuhu mintak ko jangan nak bersangka buruk bagai dengan aku..sekian"

"Kikiki..best lah dapat tugasan luar ya..warung dan gerai pelbagai juadah enak sedang menanti untuk di singgahi"Haziq berlawak.

"Buhuhu tau takpe..huhuhu sekian"balas Yeob Maon.

Fail di tutup ke wajah sambil perut buncit wartawan gemuk itu terhenjut-henjut menahan ketawa.

"Hahahahaha"


______________

KERETA yang di pandu oleh wartawan Asywina tiba di sebuah kawasan di mana letaknya sebuah syarikat buruh binaan bangunan dan perumahan. Kedatangannya di sambut oleh seorang pengurus dari syarikat terbabit.

"Encik kenal individu ini?''tanya Asywina sambil tunjukkan kepingan foto salah seorang subjek yang terbaring di dalam inkubator.

Berkerut dahi Encik Zahim.

"Ini Judiyanto. Ya..beliau adalah salah seorang pekerja buruh kontrak di syarikat ini dulu. Err..tapi itu cerita bertahun-tahun lama dahulu. Judiyanto sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat kami. Beliau di dapati cabut lari dan pulang semula ke tanah airnya di seberang macam tu saja. Kami agak kecewa dengan apa Judiyanto pernah buat dahulu"ujar pengurus terbabit.

"Tidak Encik Zahim..Judiyanto sebenarnya bukan cabut lari atau berhenti kerja..beliau di culik"kata Asywina.

"Di culik?"

Asywina pun menerangkan segalanya dengan terperinci sehinggalah bagaimana jasad subjek yang di kenali sebagai Judiyanto di temui sudah di inkubasi dalam lab makmal piring terbang.

Pengurus itu tampak terkejut dan kelu sambil menatap laporan artikel berkaitan subjek inkubasi melalui akhbar tabloid BONGKAR yang ada di bawa oleh Asywina.

Rupanya Encik Zahim juga mempunyai kisah menarik berkenaan Judiyanto untuk di kongsikan dengan wartawan wanita india muda itu.

ASYWINA di bawa oleh pengurus terbabit ke kawasan asrama pekerja buruh. Di situ terdapat banyak deretan rumah-rumah kontena kabin.

"Judiyanto seorang pekerja buruh yang mahir dan rajin bekerja. Beliau seorang yang amat pendiam dan gemar menyendiri. Beliau kurang bercakap-cakap mahupun dengan rakan buruh yang berasal senegara dengannya"kata Encik Zahim sambil terus melangkah.

"Kita nak ke mana ni Encik Zahim?"

"Saya nak bawa kamu ke rumah kabin yang pernah di huni oleh Judiyanto"

Rumah kontena kabin yang di maksudkan sudah lama tidak di masuki atau di duduki oleh mana-mana buruh lain. Malah pintunya di rantai serta mangga.

KREKKK...

Daun pintu agak berkeriut sewaktu di tolak.

Tingkap-tingkap rumah kontena kabin itu di buka agar udara dan cahaya masuk ke dalamnya.

Asywina pun di tunjukkan oleh Encik Zahim beberapa barang peribadi milik Judiyanto seperti beg,pakaian di dalam rak serta pelbagai lagi barang miliknya.

"Judiyanto pergi macam tu saja. Barang-barangnya pun tidak di bawa sekali"kata Encik Zahim sambil membuka pula laci meja di tepi katil yang di tinggalkan oleh Judiyanto.

"Nah..cik Asywina tengoklah ni"katanya sambil hulurkan lembaran.

"Ini bukan peta ke?"agak Asywina.

"Saya pun fikir begitu. Tapi peta ni nampaknya menggunakan nama lama sesebuah tempat. Ini mungkin memerlukan orang tua-tua yang tahu tentang nama-nama seperti dalam peta ni"

Setelah di teliti ternyata Judiyanto ada menandakan pangkah pada suatu tempat di dalam peta.

"Pihak kami temui peta ni bersepah di lantai kabin Judiyanto pada hari kehilangannya"

"Agaknya dia pergi ke lokasi yang di pangkah ni kot?"teka Asywina.

"Boleh jadi jugak begitu. Tapi tiada siapa yang mampu memahami peta ni"

"Boleh saya ambil peta ni untuk tujuan kajian? Nanti saya pulangkan semula"

"Boleh je. Ambil terus pun tak apa. Kami tak fikir nak simpan barang-barang lama ni lagi"


______________

WAKTU tengahari pun menjelma. Tibalah masa untuk staf dan wartawan keluar makan tengahari. Wartawan Yeob Maon dan Haziq sudah merancang untuk pergi makan rojak special hari ni.

"Huhuhu iya dah tiba masa untuk singgah ke warung Mamu Ali ya Ziq..sekian"wartawan Yeob tersengih lebar sambil menyusun kertas dan fail di meja.

"Haha gitulah gamaknya Yeob. Rojak special sama ABC kat Mamu Ali je yang paling best"


SUASANA di warung Mamu Ali agak redup dan nyaman. Letaknya di tepi jalan sebuah simpang. Di naungi pula oleh pokok besar yang merimbun.

Macam biasalah kat warung mamak Penang tu mesti siaran gusti WWE je yang di tayangkan pada kaca televisyen.

Wartawan Yeob dan Haziq tidak hanya berdua saja kerana Asywina juga turut serta sekali. Tadi waktu turun dari pejabat mereka terserempak dengan Asywina yang baru pulang dari syarikat buruh binaan. Haziq dan Yeob terkejut bercampur teruja apabila Asywina memberitahu tentang subjek bernama Judiyanto dan peta yang di dapatinya

"Huu?uhuhu untung..untung..iya jangan-jangan harta karun Wak Judiyanto ada di tanam di kawasan yang di tanda pangkah ni ya..huhuhu bior le kita pergi cari dan gali bagai harta tu ya.. sekian"

''Mmm tak ada maknanya nak gali Yeob. Masalahnya nama tempat kat dalam peta ni pun masih menggunakan nama-nama lama dan asing. Mungkin kita kena cari orang-orang tua yang tahu pasal nama dalam peta ni"balas Asywina.

"Huu?uhuhu tak patut..tak patut..uhuhu iya tak patut Wak Judiyanto sengaja nak pakai nama-nama lama cenggini semata untuk kaburkan pengetahuan kita daripada memiliki harta beliau..sekian"

"Haih..kita di tugaskan untuk bongkarkan misteri ke cari harta karun Yeob?"tanya Haziq.

"Buhuhu iya sambil menyelam bior le kita minum air..sekian"

"Ahahaha apalah kau ni Yeob"Asywina terlepas ketawa sambil siku perut boroi wartawan gemuk tu.

"Kehkehkeh rojak special hangpa sama ABC dan cendoi mai dah"kata Mamu Ali sambil hidang ke meja yang di duduki oleh tiga orang wartawan.

"Huhuhu iya Mamu tima kasih ya..huhuhu sodip..sodip..sekian''Yeob Maon dah capai semangkuk ABC lalu di sedut bagai orang kehausan ribuan tahun.

GLUK..GLUK..GLUK

"Huhuhu lega..lega..iya memang memuas dahaga ya ABC ni..sekian"

"Haa laa..kehkehkeh..kat pekan kita tinggai ni.. tak kira penduduk kaa..pelancong kaa..kalau depa mai mau rasa rojak,ABC,cendoi..misti depa cari Mamu Ali punya warung dulu taw kaa"

Haziq dan Asywina berselera betul pekena rojak special dan ABC.

"Ai Ghebau tak kerja cuci pinggan ke ni hari Mamu?tak nampak pun dia"tanya Haziq.

"Caitt! itu natang sekoq samada tengah pi pangsai tepi semak atau keluaq curi tulang. Satgi dia mai aku cepuk tanduk ataih kepala dia"

"Siapa sebenarnya di sebalik kostum Ghebau tu Mamu?"tanya Asywina.

Tiba-tiba muncul satu suara yang garau,besar dan layu menjawab pertanyaan Asywina.

"Hoo?ohoho tak patut pulaklah cik nak tuduh saya selaku orang pakai kostum. Ohoho walhal saya sememangnya siluman binatang kerbau asli yang mana bukan badut upahan Ali..noktah"

"Caitt! hancing punya natang. Sampai ke bawah meja hang sembunyi"Mamu Ali dah bercekak pinggang.

Tau-tau muncul je kepala kerbau dengan tanduk besar di atas kepala. Pakai cermin mata besar. Matanya juling dengan mulut ternganga. Entah mangkuk hayun mana yang menyamar pakai kostum kepala dan baju kerbau tu tak ada siapa yang tahu,namun yang pasti dia adalah pekerja tukang cuci pinggan di warung Mamu Ali. Ghebau nama panggilannya.

"Hoo?ohoho? ampunkan saya sikit Li..ohoho noktah"kata Ghebau dengan suara besar garau tapi layu je.

"Caitt! sibuk saja natang sekoq ni. Woi pinggan mangkuk dekat sinki dah habis cuci kaa belum?"

"Ohoho di saat sebiji saja pinggan yang tinggal untuk saya cuci,tiba-tiba sabun basuh pinggan meluncur dengan laju lalu di telan ke dalam lubang sinki pulaklah Li..ohoho tolong ampunkan saya..noktah"

"Caitt! merapu! sudah pi cari itu sabun sampai jumpa semula lah bingai. Kalau tidak aku potong gaji hang taw kaa!"marah Mamu Ali.

"Hoaarghhhh tolong sayaaa! ohoho Ali nak potong gaji saya..ohoho noktah"

PAPP!

Ali cepuk atas kepala Ghebau. Mencicit tukang cuci pinggannya yang bertubuh besar dan berseluar pendek itu berlari ke sinki. Haziq,Asywina dan Yeob ketawa berdekah-dekah. Telatah Mamu Ali dengan Ghebau memang mencuit hati para pelanggan.

"Caitt! peta apa pulak ni wahai Meon?"tanya mamak penang tu sambil menatap lembaran peta di tangan wartawan Yeob. Biasanya Mamu Ali panggil wartawan gemuk tu sebagai Meon atau Syameon je.

"Uhuhu iya Mamu..ini lah peta harta tinggalan Raja Judiyanto ya..huhuhu sekian"

Haziq dan Asywina dah nak terlepas ketawa.

"Caitt! tak pernah aku dengaq pun nama raja serupa lagu tu. Caitt adakah itu raja orang indon?"tanya Mamu.

"Buhuhu iya Mamu.. lebih kurang cenggitu le ceritanya. Uhuhu cuma beliau menetap kat sini ya..sekian"

"Caitt! macam temberang punya cerita saja"

"Cerita betul lah Mamu..ini peta lama lokasi kedudukkan kerajaan beliau"kata Haziq sambil hulurkan gulungan peta milik Judiyanto kepada Mamu Ali.

BAB 40:Peta

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience