BAB 1

Short Story Series 6922

"WAHAI Adinda ku tersayang, sudikah dikau menjadi isteriku?" suara garau Hanif menghulurkan jambangan bunga buatkan Adinda sudah tersengih lebar.

"Dahlah! Tak payah nak sweet sangat! Duit kahwin dah cukup ke?" soalnya.

Hanif mencebik. Jambangan bunga matahari itu diletakkan di atas pangkin kayu. Hari ini dia datang kerana rindukan kekasihnya, Adinda pulak boleh tanya pasal duit?

"Kau ni, aku datang sebab rindukan kau. Boleh pulak kau tanya pasal duit eh?"

"Yalah, kan kita dah janji nak kahwin lepas raya nanti? Kau lupa?"

"Mana ada aku lupa."

"Dahtu? Tak payah nak emo sangat. Semua benda pakai duit tau. Aku pun dah cukup duit simpanan."

"Banyak ke duit kau simpan?"

Hanif nampak teruja. Lelaki kampung yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan disebuah sekolah. Tiada yang menarik tentangnya. Tahlah, dah nama pun bercinta sejak sekolah. Tup-tup sangkut sampai sekarang.

"Dua puluh ribu." Adinda senyum bangga.

"Gila ah kau? Kau kerja apa duit banyak sangat?" Hanif pandang gadis itu seakan tidak percaya.

"Duit simpanan aku. Duit yang aku dapat lepas arwah abah dengan emak meninggal, pastu duit bulanan yang abang bagi setiap bulan. Lama tu aku simpan. Itu aku tanya kau! Kau jangan mengelat eh! Dah berapa tahun kita bercinta?"

"Aku lupa." sengih Hanif.

"Tengok tu! Macam mana nak kahwin?!"

Adinda duduk menompang dagu. Kadang-kadang dia rasa macam dia sorang je yang beria nak kahwin. Hanif? Macam biasalah, dengan sikap blur tak sudah dia. Apa punya pakwe?

"Mak aku cakap nantilah. Bagi lepas Ramadhan dulu, lepastu kita kahwin ok?" pujuk Hanif.

"Kau janji eh? Aku tunggu tau. Semua lelaki handsome mengurat aku, aku tolak sebab kau tau!"

"Yalah, aku tau kau sayang aku."

Adinda senyum lebar. Berkahwin dengan orang yang tersayang memang satu perasaan yang membahagiakan. Tak sabar rasanya. Membayangkan bagaimana dia akan bersanding diatas pelamin bersama dengan Hanif sudah cukup buatkan dia gembira. Tak sabar.

"Kau ada lima puluh? Aku nak pinjam dulu?" pinta Hanif.

"Kau ni..." Adinda seluk saku seluar.

Lima puluh ringgit dihulur kepada lelaki itu. Tersengih Hanif melihat wang diatas telapak tangannya.

"Cantik, terbaik ah girlfriend aku! Aku pergi kerja dulu tau! Sini, kiss sikit!" Hanif muncungkan bibir.

"Adinda Cendana!!!"

Suara dentuman halilitar sudah berbunyi dari atas rumah. Hanif yang gelabah sudah menyorok dibelakang gadis itu. Ya, gergasi dah datang.

Dari sudut tingkap kanan rumah kayu itu, ada seorang lelaki yang sedang merenung tajam pada mereka. Itulah Basith, abang kandung Adinda yang garang dan menakutkan. Semua orang kampung takutkan dirinya.

"Sebelum aku turun bawah patahkan leher kau, kau balik!!! Balik!!!" halau Basith dengan lantang.

"Ok bang! Sorry bang!" laju saja Hanif berlari turun dari pangkin sebelum memanjat naik ke atas motosikal miliknya.

Adinda ketawa melihat kekasihnya yang sudah membonceng pergi. Tak sudah-sudah Hanif takutkan abangnya.

"Adinda masuk!!!" terhinjut bahunya diherdik.

"Ya bang, Adinda masuklah ni!" jawabnya sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Jambangan bunga matahari itu dibawa bersama.

**

BASITH mencedok nasi putih ke dalam pinggan adiknya. Nampak ceria semacam Adinda harini. Ni mesti sebab baru je jumpa boyfriend dia.

"Buang jauh-jauh boleh? Ada ke bagi bunga matahari? Bodoh betul Hanif ni!" marah Basith dengan kasar.

"Abang ni, tak baik cakap macam tu. Duit dia tak cukup nak beli bunga rose. Ni pun dah cukup, adik suka!" Adinda sengih.

"Adik nak bunga cantik? Petang nanti abang belikan ok?" Basith senyum manis.

"Tak apalah, Hanif dah belikan pun. Lagipun kami kan dah nak kahwin?" ujarnya.

Terus mati senyuman Basith. Lauk ikan kembung goreng disumbat rakus ke dalam mulut. Tak sudah-sudah dengan angan-angan dia. Padahal dia tahu, Hanif memang suka main-main. Entah apa nak jadi lepasni.

"Abang risaulah. Dah berapa lama adik kawan dengan dia? Sekali pun dia tak ada bawak adik jumpa parents dia. Entah-entah diorang tak restu hubungan adik. Dengar cakap abang, fikir dulu sebelum kahwin ok?" pukul Basith.

"Adik sayang Hanif, bang. Dia cakap parents dia akan jumpa adik nanti masa diorang masuk meminang. Kita tunggulah sekejap ya? Adik dengan dia dah simpan duit pun." beritahu Adinda sambil makan.

"Kenapa pulak adik yang kena keluarkan duit? Dia lelaki, biarlah dia handle semua. Takda, abang tak setuju kalau adik kena keluarkan duit. Abang tak setuju." berkali-kali Basith geleng kepala.

"Nak kahwin, kenalah saling tolong-menolong. Untuk kebaikan kita semua jugak kan? Abang sendiri cakap, nak tengok adik kahwin?"

"Ya, tapi sekurang-kurangnya biarlah dengan lelaki yang tepat. Abang risaukan adik tau? Hanif tu bukannya boleh percaya. Haritu abang ada dengar dia masih lagi melepak dengan budak-budak nakal dekat kampung ni."

"Tahu. Tapi itu semua biasalah kan? Lelaki memang suka melepak. Adik ok je dengan dia. Abang support lah kami sikit, doakan kami. Boleh?"

Basith pandang wajah polos adiknya. Senyumannya melebar. Dia sayangkan adiknya, Adinda. Semenjak kematian kedua orang tuanya hanya tinggal mereka berdua. Jadi sebolehnya dia mahukan yang terbaik untuk Adinda.

"Adik tahu abang sayang adik. That's why you must support me, abang!" Adinda senyum comel.

"Yalah, makan. Kejap lagi kita keluar pergi pekan. Adik cakap nak laptop baru kan?"

"Abang ada duit ke?"

"Ingat abang miskin sangat? Apa guna abang belajar tinggi-tinggi jadi cikgu tapi tak boleh happy kan adik abang?"

"How sweet, sayang abang."

Basith senyum lagi. Kepala adiknya diusap lembut. Jaub disudut hati, dia masih risau. Adinda kahwin dengan Hanif? Boleh jadi mimpi ngeri. Lelaki tu dahlah pemalas, anak manja. Habislah adik dia nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience