QIS duduk gelisah, tangannya bermain dengan hujung bajunya, sementara Kim leka membelek helaian kertas keputusan pemeriksaan. Wajah Qis sudah pucat, menanti kata-kata daripada bakal suaminya.
“Abang… Macam mana hasil pemeriksaan Qis?. Okey ke??.”
“Hmm…”
Kim sengaja berdiam sebentar, matanya membaca helaian kertas itu dengan teliti. Bibirnya terukir senyuman lebar.
“Abang, jangan diam macam tu. Sayang risaulah. Sayang tak sakitkan.” Rengek Qis, cuba merampas fail dari tangan Kim.
Kim menahannya.
“Sabar sayang. Abang tengah baca betul-betul ni. Hasilnya, bagus. Memuaskan.”
“Bagus macam mana?.” Mata Qis membulat.
Kim mendonggak memandang wajah isterinya yang jelas penuh tanda tanya.
“Sayang abang ni sangat subur. Peluang dapat anak tinggi. Dalam istilah doktor, rahim sayang sihat, hormon stabil. Maksudnya bila kita bersama nanti, peluang nak ada baby tu besar.”
Qis tersentak.
“Hah?. Jadi kalau tersilap sikit, Qis akan mengandung?.” Pipinya terus merah.
“Ya. Sayang sihat. Silap sikit Qis akan mengandung. Tak semua perempuan subur macam sayang. Sayang kena bersyukur.”
Qis terdiam, jelas gelisah ketika mengetahuinya. Seketika tawa Kim pecah ketika melihat reaksinya.
“Kenapa?. Sayang takut?.”
“Of courselah takut. Sayang belum bersedia lagi nak ada anak. Dalam situasi sekarang. Bahaya. Masalah yang dapat. Lagipun Qis muda lagi. Sayang nak enjoy dulu.”
Kim mengusap tangan Qis penuh kasih sayang.
“Relaxlah sayang. Abang faham. Abang pun sama. Abang nak bercinta puas-puas dulu dengan sayang. Anak nanti dulu.”
Qis menghela nafas lega.
“Syukur… Qis ingat abang terus nak ada anak.”
“Taklah, sayang. Kita bina cinta dulu. Bagi masa kita berdua dulu. Nanti bila keadaan dah reda, dah stabil. Baru fikir tentang anak.”
Qis mengangguk. Namun wajahnya masih gusar.
“Kalau macam tu… kita kena guna kondomlah, untuk jaga-jaga.”
Kim ketawa sambil menggeleng.
“Tak naklah. Abang nak Qis rasa abang sepenuhnya. Kondom tu macam dinding. Abang tak suka. Abang nak Qis betul-betul rasa milik abang.”
Qis menekup muka dengan kedua-dua tangan.
“Apalah abang ni, malulah. Suka cakap tak bertapis.”
Kim ketawa lagi, menarik tangan Qis di genggamnya erat.
“Sayang, jangan malu. Ini semua normal. Seks tu bukan benda kotor. Seks itu cara suami isteri saling bercinta. Abang nak sayang faham benda ni, jangan takut.”
Qis menggigit bibir.
“Sayang tak tahu apa-apa tentang seks. Papa mama selalu larang Qis tahu hal-hal macam ni. Diorang kata tak elok.”
Kim mengangguk faham.
“Abang setuju dengan pemikiran mereka. Diorang jaga sayang supaya bersih sampai kahwin. Itu sangat bagus. Tapi sekarang Qis akan jadi isteri abang, halal untuk kita belajar. Abang nak jadi cikgu Qis tentang semua ni.”
Qis mengerutkan dahi.
“Tentang seks?.”
Kim mengangguk yakin.
“Ya. Seks tu lebih daripada sekadar hubungan fizikal. Bila abang bersama Qis, abang keluarkan air mani. Dalam air tu ada berjuta benih. Kalau satu benih jumpa telur Qis, jadi baby. Tapi jangan risau, tak semestinya sekali bersama terus mengandung. Ada masa subur, ada masa tak.”
Qis memandang suaminya tanpa berkelip.
“Ohh… jadi macam tu prosesnya.”
“Ya, sayang. Itu semua fitrah.” Kim menatap wajah Qis dengan senyum penuh kasih. “Tapi seks bukan semata-mata tentang anak. Seks tu cara abang luahkan cinta abang. Abang nak Qis rasa disayangi, dimanjakan, dirindui. Bila kita bersama, itu bahasa cinta yang paling dalam.”
Qis menunduk, pipinya semakin merah.
“Tapi orang cakap malam pertama sakit.”
Kim meraih wajah isterinya dengan kedua tapak tangan.
“Sayang, dengar ni. Ya, abang akui malam pertama memang sakit sebab tubuh sayang masih baru belajar. Itu normal. Tapi lepas tu, bila dah biasa, seks jadi indah. Abang janji, abang takkan paksa sayang kalau sayang tak bersedia.”
“Betul ni?.”
“Betul. Abang nak sayang relaks, percaya. Kalau sayang takut, abang akan tunggu. Tapi abang juga nak sayang tahu… seks tu memang bahagian penting dalam rumah tangga. Tak boleh lari.”
Qis menggenggam tangan suaminya erat-erat.
“Kalau sayang tak nak langsung… boleh ke?.”
Kim menarik nafas, kemudian tersenyum.
“Kalau sayang tak nak langsung, abang sedih. Sebab tu cara abang rapat dengan sayang. Tapi kalau sayang kata tak nak sekarang sebab takut, abang faham. Abang akan bimbing sayang, pelan-pelan sampai sayang yakin.”
Qis termenung, dadanya berdebar. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Kalau abang janji sabar… Qis percaya.”
“Itu saja yang abang nak dengar. Percaya abang.” Kim tersenyum, lalu mencium dahi isterinya.
•
TUAN Ken duduk bersandar di kerusi meja kerjanya. Wajahnya serius, jari-jemarinya mengetuk meja yang dipenuhi dokumen penting. Di hadapannya berdiri seorang lelaki sasa, tubuh tegap iaitu Hia, orang kepercayaan dan juga mata-matanya.
“Macam mana dengan Kim?.”
Hia menunduk hormat sebelum menjawab.
“Tuan Kim… sekarang jarang keluar negara. Dia lebih banyak luangkan masa di Malaysia.”
Kening Tuan Ken serta-merta terangkat.
“Dah jarang keluar negara?.” Ulangnya, seakan tidak percaya. “Biasanya sebulan sekali baru ingat balik Malaysia. Tak biasa-biasanya dia bertahan stay lama-lama dekat sini.”
“Ya, tuan. Itu yang saya hairankan. Aktiviti bisnes dia masih berjalan, tapi lebih banyak dari Malaysia. Dia nampak lebih bahagia dari selalu. Muka dia happy sangat.” Jelas Hia.
“Lebih bahagia?. Itu bukan perangai Kim. Dia selalu sibuk, tak pernah duduk diam. Bila dia jadi ‘tenang’, itu maknanya ada sesuatu yang tak kena.”
“Saya perasan Tuan Kim banyak berubah. Dia banyak senyum, tak macam selalu. Agaknya ada sesuatu yang buat dia sebahagia ni. Sesuatu yang luar biasa.”
Kening Tuan Ken semakin rapat, matanya tajam menikam pandangan Hia.
“Senyum?. Kim?.”
“Ya, tuan. Seperti yang tuan tahu, biasanya dia dingin, wajah ketat 24 jam. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia selalu senyum bila sendiri. Kadang-kadang dalam kereta pun saya nampak dia macam termenung tapi dengan ekspresi gembira.” Tambah Hia.
Tuan Ken mengetuk meja lebih kuat, resah jelas di wajahnya.
“Menghairankan. Kim jarang senyum, sejak ibu dia meninggal. Dia terlalu dingin dengan diri dia sendiri. Kalau dia tiba-tiba senyum, maknanya ada sesuatu. Jangan-jangan dia jatuh cinta tak?.”
Hia mengangkat wajah sedikit, namun ragu.
“Saya tak dapat kesan dengan siapa, tuan. Tuan Kim sangat privasi. Dia pandai sembunyikan gerak-geri dia Saya dah cuba ikut dia dari belakang, tapi Tuan Kim sentiasa berhati-hati. Saya tak berani meneka. Tuan tahu sendiri perangai Tuan Kim macam mana.”
“Tak mungkin!.” Suara Tuan Ken meninggi, penuh tekanan. “Kim tak boleh jatuh cinta dengan perempuan lain. Kim dah di jodohkan dengan Adira. Perjanjian keluarga tak boleh di abaikan. Harus di tunaikan. Kim tak boleh jatuh cinta dengan mana-mana perempuan kecuali Adira, dan Kim juga tahu itu.”
Hia menunduk. Tuan Ken berdiri tegak, tangannya menggenggam erat kepala tongkat yang berdiri di sisi meja.
“Aku kenal anak aku. Dia keras kepala. Kalau dia dah suka dekat seseorang, dia sanggup lawan, termasuk aku. Itu yang aku takutkan.”
“Tuan nak saya siasat lebih dalam lagi?.” Hia bertanya dengan berhati-hati.
“Ya!.” Tuan Ken memandang Hia dengan pandangan tajam. “Aku nak tahu siapa di hati dia. Kalau benar dia ada perempuan lain, aku nak tahu siapa dia, keluarga dia, asal usul dia, intinya setiap detail tentang perempuan tu. Jangan biar aku dapat tahu dari mulut orang lain. Aku nak kau bagitahu aku secepat mungkin.”
Hia mengangguk.
“Baiklah tuan. Saya akan ikuti setiap langkah Tuan Kim tanpa dia sedar. Kalau ada sesiapa pun di hati dia, saya akan laporkan terus pada tuan.”
Tuan Ken berjalan ke arah tingkap besar, memandang jauh ke luar. Wajahnya kelihatan dingin, namun di balik matanya terselit rasa gusar.
“Papa harap Kim tak kecewakan papa. Jangan hancurkan persahabatan papa dengan keluarga Adira. Jangan pilih jalan sendiri. Papa takkan biarkan Kim jatuh cinta dengan perempuan lain. Itu janji papa.” Bisiknya sendiri, tapi cukup jelas untuk Hia dengar.
“Kalau betul Tuan Kim terjatuh cinta dengan perempuan lain, apakah tuan akan halang.”
Tuan Ken berpaling pantas.
“Aku akan halang, Hia. Walau dengan cara apa sekalipun. Anak aku hanya milik keluarga yang aku pilih. Ingat tu.”
“Baiklah, tuan,” Hia menjawab tanpa ragu, sambil menunduk hormat.
Suasana ruang kerja kembali senyap, hanya tinggal gema suara hati seorang ayah yang takut kehilangan kawalan terhadap anaknya sendiri.
Share this novel