BAIDM - BAB 3 - ABAH

Romance Series 572

"Assalammualaikum, abah..." salam diberi sebaik pintu bilik dikuak. Tersenyum Datuk Sri Jeffrey saat terlihat wajah si anak.

"Waalaikumussalam. Hah, sampai pun anak abah. Ingatkan tak masuk office."

"Masuk. Tadi, Mar lambat sikit."

"Abah..." Datuk Maria mengucup kekura tangan Datuk Sri Jeffrey sebelum mendakap erat tubuh abah yang semakin menua.

"Anak abah sihat?" soal abah usai pelukan dileraikan.

"Alhamdulillah, sihat, bah. Abah sihat?"

"Sihat, Mar. Sihat orang tua..."

"Ish, abah mana tua. Tegap lagi ni. Hot kata orang sekarang..." pecah ketawa abah mendengar usikan Maria yang memang gemar mengusik dirinya.

"Duduk, abah. Abah nak minum?"

"Eh, tak payah. Ada lagi kopi ni. Tadi, Fika dah bagi abah air kopi. Terang biji mata abah." Datuk Maria tertawa besar.

"So, how's business?"

"Alhamdulillah, bah. So far, Allah permudahkan segala urusan Mar."

"Alhamdulillah. Itu yang abah nak dengar. Abang tahu anak abah ni hebat." ujar abah sambil menepuk kekura tangan Maria.

"Hebat Mar sebab adanya doa seorang abah yang cukup memahami dan menyayangi Mar sepenuhnya."

"Ni bodek abah ni, ada apa-apa ke?"

"Ish, abah ni..."

"Razman apa kes?" keluhan berat Maria lepaskan.

"Bonda mengadu apa?"

"Biasalah. Kalau tak mengadu bukan bonda namanya..."

"Mar letihlah, bah. Mar dah penat nak hadap perangai manusia yang tak sedar diri ni. Mar terima dia selama ni pun, bukan sebab dia berkemampuan. Dia tak bagus mana pun, bah. Tapi, bonda paksa Mar. Sudahnya, duit syarikat pun dia berani songlap. Bukan sikit, bah. Hampir sepuluh ribu ringgit. Sampai sekarang dia tak ganti lagi."

"Abah pun tak tahu nak cakap apa, Mar. Razman tu memanglah belajar sampai luar negara. Tapi, tak habis pun. Kata mak teh kamu, Razman kena buang universiti sebab selalu ponteng kelas. Itu kata mak teh. Abah tak pastilah betul ke tidak."

"Bonda cakap apa?"

"Emm, bonda kamu mana nak percaya cakap orang lain. Razman tu kan kaki bodek."

"Patutlah buat kerja macam orang bangang."

"Ish, mulut tu. Tak baik, Mar..."

"Sorry, abah. Tapi serius. Mar memang bengang gila dengan Razman. Dari awal dia masuk, benda yang sama sampai berbulan-bulan dia ambil masa nak belajar. Kata akauntan. Akauntan apa macam tu?" bebel Maria dengan wajah cemberut.

"Budak tu memang tak pandai pun. Tapi, bonda kamu tu..."

"Yelah, semuanya sebab bonda. Beria-ia sangat nak sponsor budak bodoh tu belajar. Membazir duit je."

"Abah yang silap, Mar. Kalau bukan sebab abah ikutkan sangat cakap bonda kamu tu, perkara begini takkan berlaku. Dan, Mar sendiri takkan dianaktirikan..."

"Sudahlah, bah. Mar malas nak cakap pasal hal ni. Mar selesa hidup sendiri kat rumah Mar. Mar tak sakit hati, tak kecewa, tak perlu bersedih nak hadap mulut puaka bonda."

"Maria, apa pun berlaku, Mar tetap anak abah dan bonda."

"Entahlah, bah. Sampai hari ni, Mar masih mencari jawapan, siapa Mar ni sebenarnya. Siapa ibu dan ayah Mar yang sebenar?"

"Maria, jangan cakap macam tu. Mar anak abah, anak bonda. Abah sendiri dah buat ujian darah. Mar, Mazral, Maleek, Maliki, semuanya anak abah dan bonda."

"Kalau betul kami semua anak abah, anak bonda, kenapa layanan bonda pada Mar berbeza, abah? Kekadang, Mar rasa lebih baik Mar jadi anak yatim piatu dari ada ibu bapa yang tak terima kehadiran Mar."

"Mar, jangan pernah doa macam tu. Abah terima Mar seadanya dan abah tak pernah membezakan Mar dengan yang lain." Maria menekur ke lantai.

"Abah akui abah silap sebab terlalu mengikut kata bonda. Tapi, abah dah lama sedar. Sebab tu, abah selalu nak jumpa Mar, abah nak dengar suara Mar. Abah nak tengok anak abah ni." pipi Maria dielus.

"Mar dah empat puluh, bah. Dah semakin tua. Takde apa yang istimewanya Mar ni di mata orang."

"Itu di mata orang, Maria. Bukan di mata abah. Abah kenal anak abah. Dan, abah nak Mar tahu yang abah tak pernah pinggirkan Mar dan Mazral."

"Kenapa dengan Mazral, bah?"

"Mazral selalu pertahankan Mar. Dalam tiga anak lelaki abah, hanya Mazral yang selalu bantah keputusan bonda. Sama macam sikap Mar. Dan sekarang, bonda perlakukan Mazral sama macam bonda lakukan pada Maria." tertawa kecil Maria.

"Mazral? Tapi, kenapa Mazral ikut Mar?"

"Sebab dia sayangkan Mar. Mazral tu tak macam Maleek dan Maliki. Perangai mereka berbeza sangat. Mazral lebih banyak mengalah. Sama macam Mar."

"Apa dosa kami, bah? Apa yang buatkan bonda membezakan Mar dengan anak-anak abah yang lain? Mar tak pernah dapat apa yang Maleek dan Maliki dapat."

"Mar tak dapat semua tu dari bonda. Tapi, Mar dapat dari abahkan?" Maria tersenyum lebar bersama anggukan kepala.

"Mar dengar Maleek nak kahwin. Betul ke?"

"Bonda cakap?"

"Taklah. Mar dengar dari kawan Mar. Sampai hal kahwin abang sendiri pun, Mar dapat tahu dari kawan. Hina sangat ke Mar ni..."

"Mar, hal kahwin ni, abah sendiri tak tahu. Pelik betul bonda kamu ni..."

"Mar harap sangat, abah jangan ikut cakap bonda dan Maleek. Mar tak fikir Maleek tu nak kahwin sebab dia betul-betul nak. Ini mesti sebab bonda."

"Takpe. Hal tu Mar jangan risau. Tahulah abah nak buat apa nanti. Mar lihat dan tunggu je."

"Yang penting sekarang ni, abah dapat tengok anak abah yang cantik ni."

"Mar dah tualah, bah. Dah empat puluh..."

"Tua pada umur, Mar. Bukan pada wajah. Cantik lagi anak abah ni..." usik abah membuatkan Mar tertawa kecil.

"Abah ni... Ada je nak usik Mar..."

"Takde ke kumbang yang datang menyerah..."

"Kumbang? Ada tu ada, bah. Tapi, kumbang taik. Semak je fikiran Mar nak fikir hal dorang ni. Dah tua ganyut pun ada hati nak menggatal."

"Orang tua ke nakkan anak abah ni?"

"Orang tua ganyut. Dah ada dua bini pun nak tambah lagi. Nak ikut sunah konon." pecah ketawa abah.

"Dah macam tu, tak usahlah dilayan. Abah tak kisah siapa pun pilihan Mar. Tua ke, muda ke... Yang penting, anak abah bahagia."

"Muda? Ish, tak naklah! Nanti orang ingat mar bela anak ikan..."

"Astaghfirullahalazim. Ke situ pulak dia. Cuba jangan fikir yang negatif. Kekadang, yang muda ni lagi matang dari yang berusia ni tau..."

"Hai, bah. Lain je bunyinya. Ada apa-apa ke?"

"Ada. Abah memang nak berterus-terang dengan Mar."

"Abah buat Mar suspen..."

"Takde apa yang suspennya, pun. Abah cuma nak cakap yang abah dah kahwin baru."

"Serius, bah?"

"Ya. Dah setengah tahun pun."

"Alhamdulillah..."

"Mar tak marah, tak kecewa dengan pilihan abah?"

"Untuk apa Mar nak marah. Mar tahu apa yang abah lalui kat rumah tu. Lagipun, Mar selalu doakan abah temui kebahagiaan abah sendiri."

"Terima kasih, Mar. Lega abah mendengarnya."

"Bila nak bawa jumpa Mar?"

"Sikit masa lagi. Abah tunggu rumah yang abah beli tu siap diduduki. Dah siap nanti, abah jemput Mar datang rumah berkenalan dengan keluarga baru abah."

"Oh. Ibu tiri Mar tu, muda dari Mar?"

"Taklah. Dah lima puluh tahun."

"Aik! Tak jauh beza pun dengan Mar."

"Ya. Beza sepuluh tahun dengan Mar. Tapi, dia janda anak dua. Dah lama menjanda."

"Anak dua?"

"Ha'ah. Tapi, setakat ni, alhamdulillah, anak-anak dia cukup baik perangai, tingkah-laku dorang. Abah bertuah sebab anak-anak tu terima abah seadanya."

"Lega Mar mendengarnya. Err, siapa nama ibu tiri Mar tu?"

"Nur."

"Nur? Takkan Nur je..."

"Nanti abah kenalkan pada Mar. Mar boleh tanya Mama Nur tu sendiri."

"Emm, tak pelik ke bah Mar nak panggil Mama Nur sedangkan umur kami tak jauh beza."

"Takde yang pelik, Mar. Pucuk pangkal, hati kita menerimanya. Lagipun, dia kahwin dengan abah dan sekaligus dah jadi pangkat ibu pada Mar."

"In shaa Allah, bah. Mar doakan abah sentiasa diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan dunia dan akhirat."

"Aamiin. Abah pun doakan Mar macam tu juga."

"Aamiin. Thanks, abah. Jom, bah. Kita sarapan kat cafe."

"Mar tak sarapan lagi?"

"Belum. Mar mana ada pembantu kat rumah tu. Selalu memang sarapan kat cafe je..."

"Yelah. Jom, abah belanja."

"Eh, tak payah. Mar belanja abah sebab abah dah datang jumpa Mar." abah tersenyum lebar.

"Yelah. Abah ikut je..." Maria tersenyum lebar sambil merangkul lengan abah melangkah keluar dari bilik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bonda, Leek tak fikirlah nak kahwin dalam masa terdekat ni..."

"Jangan buat pasal, Maleek! Bonda dah janji dengan kawan bonda nak jodohkan kamu dengan anak dia."

"Tapi, Maleek tak kenal pun anak kawan bonda tu."

"Bonda dah cakapkan, Maleek sediakan je duit hantaran dan badan. Selebihnya, bonda settlekan."

"Hentikan perkahwinan bodoh ni!" bonda dan Maleek terkejut dengan suara garau yang tiba-tiba memekik kuat.

"Abah..."

"Kenapa saya kena hentikan? Saya dah janji dengan Datin Zaiton nak jodohkan anak kita dengan anak dia."

"Jangan pandai-pandai buat keputusan tanpa berbincang dengan saya, Marina."

"Hei, sejak bila awak campur urusan saya, hah?"

"Sejak awak mula lupa kedudukan awak, Marina. Jangan pandai-pandai nak aturkan kehidupan orang lain."

"Tapi, Maleek..."

"Dia tak nak kahwin pun. Awak yang paksa. Sedangkan dia sendiri takde kerja tetap. Sampai bila awak nak tanggung biawak hidup ni?"

"Abah, Leek ada kerja, bah. Leek kerja kat butik bonda."

"Huh! Kerja kat butik? Gaji tiap-tiap bulan hampir sepuluh ribu ringgit. Tapi, kerja macam tak kerja."

"Bonda yang carikan pembantu butik. Dah ada pembantu, dialah yang buat kerja. Leek pantau je..."

"Yelah tu, pantau. Macamlah abah tak tahu perangai kamu yang suka berfoya-foya. Orang lain, umur dah macam kamu ni, dah ada anak. Kamu, kerja pun masih bonda kamu yang cari. Bukan nak usaha sendiri."

"Yang awak balik marah-marah ni, kenapa? Dah buang tabiat ke?"

"Ya, saya buang tabiat. Tak lama lagi, menjandalah awak." sindir abah.

"Awak ni, kenapa bang? Yang bukan-bukan pulak awak cakap."

"Mulai hari ini, saat ini, saya takkan izinkan awak gunakan sesen pun duit saya. Awak ada butik. Dua butik. Pandai-pandailah awak selesaikan urusan butik awak. Saya takkan campur tangan lagi."

"Eh, mana boleh macam tu. Nafkah saya. Awak jangan buat-buat lupa, bang oi. Berdosa awak tau..."

"Oh, dosa saya awak nampak? Dosa awak selama ni?" bonda mati diksi.

"Jangan bercerita dosa pahala dengan saya, Marina. Awak sendiri abaikan tanggungjawab awak pada saya. Awak tak pernah hormatkan saya selama ini. Awak ingat awak ada pangkat dan kedudukan, awak boleh tinggi suara pada saya?" bonda masih terdiam.

"Awak abaikan anak awak. Awak sanjung mana yang awak suka. Itu ke tugas seorang bonda? Pakaian saya, makan, minum saya, ada awak fikir? Semuanya awak serahkan pada orang gaji. Dan, awak rasa, selamanya awak akan berada di atas ke, Marina?"

"Abah, kenapa..."

"Diam! Kamu diam, Maleek!" cantas abah membuatkan Maleek terkedu.

"Ingat, Marina. Jangan cabar kesabaran saya sebagai seorang suami. Saya ketua keluarga dan saya suami awak. Jangan melampaui batas." tegas abah.

"Keputusan saya muktamad. Saya tak izinkan perkahwinan Maleek dengan menggunakan wang saya walau sesen pun. Awak yang pandai-pandai aturkan perkahwinan anak awak tanpa berbincang dengan sayakan? So, awak guna duit awak sendiri."

"Abang!"

"Diam! Jangan sesekali tinggikan suara awak pada saya, Marina. Ingat tu. Belajar hormat saya, layan anak-anak saya sama rata kalau awak nak saya layan awak dengan baik." tegas abah lagi sebelum berlalu memanjat tangga ke bilik.

"Apa kena abah tu, bonda?"

"Ni mesti perempuan tu punya kerja. Entah apalah yang dicucuknya kat abah kamu ni..."

"Perempuan mana yang bonda maksudkan?"

"Siapa lagi kalau bukan adik perempuan kamu yang bawa sial tu..."

"Bonda, kenapa cakap Maria macam tu?"

"Sebab budak tu bawak sial, tahu tak?"

"Ya Allah bonda ni..."

"Kamu ni nak kahwin ke tidak?"

"Err, kalau Leek tak nak, macamana? Leek takde duit. Bonda nak kahwinkan Leek, bonda kena keluarkan duit."

"Hai, mana duit kamu, Leek? Bonda bagi gaji kamu hampir sepuluh ribu setiap bulan, tau..."

"Ala, bonda. Itu duit gaji, untuk keperluan Leek."

"Bonda nak Leek sediakan wang hantaran sebanyak tiga puluh ribu ringgit."

"Tiga puluh ribu ringgit?"

"Ha'ah. Kenapa? Dah itu yang Datin Zaiton tetapkan. Sediakan jelah."

"Kalau macam tu, Leek tak nak kahwin. Leek tak nak keluar sesen pun. Bonda nak tengok Leek kahwin, bonda keluar semua duit."

"Hei, Maleek, kamu tu dah berumur empat puluhan tau. Bila lagilah bonda nak timang cucu ni? Bonda pun teringin nak bermain dengan cucu."

"Leek tetap dengan keputusan Leek. Bonda nak Leek kahwin, bonda keluarkan duit. Leek tak kan keluarkan sesen pun duit Leek. Keputusan Leek, muktamad!" tegas Maleek sebelum berlalu.

"Maleek! Maleek! Ish, budak bertuah ni."

"Apa sahaja anak sial tu cakap kat orang tua ni sampai dia berani bantah aku?"

Salam maghrib. selamat membaca

Share this novel

Zue
2025-11-18 20:16:40 

elok la kawen baru...gila bini nye pun....sopan Xdak....dia sendiri yg merosakkan ank² nye...huhuhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience