BAB 39

Romance Completed 344019

JAKET tuksedo hitam yang tergantung di dalam almari dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Ian kemudian berdiri tegak di depan cermin memastikan penampilannya tampak sempurna tanpa cacat-cela.

Namun, bibir Ian mengherot apabila dilihat ikatan ‘bow tie’ di lehernya tidak kemas. Dia memang tidak pandai mengikat tali leher ikatan reben itu. Dulu seringkali dibantu oleh setiausahanya apabila perlu menghadiri ke mana-mana majlis.

“Mari saya betulkan.”

Sara yang entah muncul dari mana sudah berdiri di depan Ian. Tanpa dipinta jemari halus dan mulus perempuan itu naik membantu merapikan ikatan ‘bow tie’ pada kolar baju Ian.

Memerhati ke raut lembut Sara waktu ini membuatkan hati Ian libang-libu. Cinta tapi benci. Sayang tapi sakit hati. Rindu tapi marah. Argh! Ian berperang dengan perasaan sendiri.

Jika bukan kerana peristiwa yang menyakitkan pandangannya semalam, pasti saat ini sudah dirangkul tubuh Sara ke dalam dakapan. Apatah lagi wangian Christian Dior yang dipakai Sara menusuk masuk ke rongga hidungnya membuatkan dia tergoda. Bergetar tulang rusuk. Haish!

Mahu sahaja dipuji betapa cantiknya Sara malam ini dengan gaun malam yang tampak mewah dan elegan. Tersarung sempurna di tubuh langsing isterinya. Tanpa hiasan yang sarat pun Sara sudah cukup anggun dan jelita pada pandangan matanya.

Namun, pujian itu sekadar diluahkan di dalam hati. Amarah yang menguasai diri tidak memungkinkan dia menuturkan kata-kata indah seperti selalu.

“You look so handsome and charming.” Sara memberikan pujian sebaik saja selesai membetulkan ikatan ‘bow tie’ Ian.

Penampilan suaminya pada malam ini membuatkan Sara kagum dan terpesona. Amat segak, tampan dan bergaya.

Bagaimana pun, pujian Sara sekadar dibalas dengan senyuman hambar oleh Ian. Lelaki itu kelihatan dingin dan beku bagai ais kutub.

Sara mengerutkan kening. Sedikit keliru dengan perubahan sikap Ian. Sejak semalam lelaki itu lebih banyak berdiam diri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Pelik.

“Awak okey? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Sara menyoal sambil merenung ke wajah Ian.

Soalan Sara tidak dijawab. Ian berpura-pura sibuk melihat ke arah jam yang dipakai di lengan kiri.

“Jom cepat. Kita dah lewat.”

Menonong Ian melangkah keluar dari kamar meninggalkan Sara sendirian. Akur dengan arahan Ian, Sara cepat-cepat mengambil tas tangan kecil miliknya sebelum mengekori langkah Ian yang laju turun ke tingkat bawah.

“Awak, tunggu kejap.”

Sara meminta Ian menunggunya sebentar ketika dia terkial-kial menyarung sepatu tumit tinggi ke kaki saat berada di muka pintu.

Sebaliknya tanpa mempedulikan Sara, Ian sudah masuk ke tempat duduk penumpang kereta yang menanti mereka. Hatinya yang tengah panas membuatkan dia bertindak sedemikian.

Sambil menghembus keluhan, Sara ikut masuk ke bahagian penumpang belakang kenderaan. Kelakuan berlainan Ian yang membingungkan fikirannya diabaikan seketika.

Takpelah, mungkin mood Ian kurang baik hari ini kerana stres dengan majlis yang akan berlangsung nanti. Sara cuba memujuk hatinya.

KENDERAAN yang membawa Ian dan Sara tiba di hadapan lobi sebuah hotel lima bintang. Kelihatan para tetamu yang menghadiri majlis sama sedang berjalan masuk melalui pintu utama.

Dan sekali lagi reaksi Ian membuatkan Sara keliru. Tanpa berkata apa-apa lelaki itu terus keluar dari kereta tanpa menunggu Sara.

Sikap Ian tidak seperti kebiasaan. Selalunya lelaki itu dengan sikap ‘gentleman’ akan membukakan pintu serta menghulurkan tangan kepadanya. Sara betul-betul dibuat runsing dengan perubahan mendadak perilaku Ian. Ada apa sebenarnya?

Turun dari kenderaan, Sara mengatur langkah masuk ke lobi hotel mengekori langkah Ian yang sudah jauh di depan sana meninggalkan dirinya. Jika bukan kerana majlis penting yang perlu dihadiri malam ini pasti dia tidak akan muncul di sini.

“Hey, you’re Alyka right?”

Satu suara menegur Sara. Dia pantas menoleh. Seorang wanita muda berbangsa Cina sedang tersenyum mesra ke arahnya.

“Hi, Jennie.”

Sara membalas sapaan itu. Dia masih ingat. Wanita ini adalah setiausaha Ian. Dan mereka pernah bekerja bersama beberapa bulan lalu ketika dia menyamar sebagai ‘Alyka’.

“I tak sangka jumpa you di sini. You datang ke majlis ni juga? I’m sorry I tak nampak nama you dalam invitation list. You datang wakil dari syarikat mana ye?”

Pertanyaan Jennie membuatkan Sara kelu lidah untuk menjawab. Dia tidak mewakili mana-mana syarikat.

Realitinya Sara datang ke sini atas kapasiti sebagai isteri Ian. Mahu diberi jawapan itu. Namun, kelibat Ian sudah menghilang entah ke mana.

“Actually I…”

Belum sempat Sara memberi penjelasan, Jennie terlebih dahulu meminta diri. Dia perlu mengiringi seorang VIP yang baru sahaja tiba.

“Jumpa lagi ya, Alyka. By the way, I’m so happy Mr Ian kembali menjadi CEO Almatraz. Oh My God, he looks so hot! I tak sabar nak kerja dengan dia semula tau,” ujar Jennie dalam gaya ‘gedik’ sebelum meninggalkan Sara.

Mencerun wajah Sara melihat gelagat wanita itu. Cemburu.

‘Eee tak malu. Mr. Ian tu suami akulah! Grrr.’

Sara menyambung langkah ingin masuk ke dewan ballroom. Bagaimana pun, saat itu tanpa sengaja dia bertembung dan berlanggar bahu dengan seseorang.

“Maaf…” Sara cepat-cepat memohon maaf.

Lelaki berusia yang segak bergaya dalam sepasang sut tuksedo itu memandang ke arah Sara bersama riak muka yang seakan terkejut.

“Karmila??”

Sara tersentak. Duh, siapa pula lelaki ini? Macam mana boleh tahu nama arwah mamanya? Adakah lelaki ini kawan lama arwah mama? Penuh persoalan itu bermain di fikiran Sara.

“Err saya bukan Karmila. Saya-“

Baru sahaja Sara ingin menjawab, ucapannya dipintas oleh seorang gadis jelita seksi yang muncul menghampiri mereka.

“Daddy, come. Majlis dah nak start. Ian pun dah sampai. Cepatlah daddy.” Gadis itu merengek manja persis anak kecil.

Melihat ke wajah gadis itu, riak muka Sara berubah. Ah, baru dia ingat. Kalau tak silap gadis ini adalah bekas tunang Ian. Apa entah namanya. Nia? Lia? Mia? Sara tak ingat.

Manakala di belakang Mia muncul pula seorang lelaki bersut kemas yang merupakan pengurus majlis datang menghampiri mereka. Dia perlu memastikan acara bermula tepat pada masa yang ditetapkan.

“Maaf, Tan Sri. Minta Tan Sri ke dalam sekarang ya. Majlis akan bermula sebentar lagi.”

Tan Sri Rahmat yang merupakan salah seorang tetamu VIP mengangguk. Akur menurut pinta lelaki itu. Sempat dia merenung ke wajah Sara. Berkerut seribu keningnya. Ingin ditanya lanjut tentang berbagai persoalan yang menjengah minda. Namun, terpaksa dibiarkan seketika.

“Ya-ya. I’m coming.” Tan Sri Rahmat cepat-cepat melangkah masuk ke dalam dewan ballroom bersama pengurus majlis tadi.

Mia Riana ikut sama menuruti ayahnya. Namun, beberapa tapak melangkah dia menoleh semula sebelum menghampiri Sara.

“Hey, I know you. You perempuan ‘murahan’ yang ada skandal dengan Ian dulu kan. You buat apa datang sini? Siapa jemput you?” Mia menyoal sambil melirik ke tubuh Sara atas bawah.

Sara tersentap dengan gelaran yang Mia berikan terhadapnya.

“I’m sorry. Do I know you?” Sengaja Sara berpura-pura tidak mengenali gadis itu.

Mendengar reaksi Sara serta-merta Mia mendabik dada mahu memberitahu siapa gerangan dirinya.

“Let me tell you who I really am. I Mia Riana binti Tan Sri Rahmat Adam. I CEO di Persada Group Holdings. I juga adalah tunang kepada the most hottest guy in town Ian Khalif. And soon to be his wife. Well, you know… kami berdua memang sepadan sebab sama-sama CEO dan datang dari keluarga ternama,” ujar Mia penuh angkuh sambil membuat gaya ‘flip hair’.

Sara mencebik bibir sambil menjulingkan anak mata ke atas. Menyampah. Berlagak ‘gila’ perempuan ini.

“Oh, you bakal isteri Ian Khalif rupanya. Then, you tak nak tahu ke perempuan mana yang dah selamat pun bergelar ISTERI Ian Khalif?” Sara membalas dengan sinis sambil meniru gaya ‘flip hair’ Mia tadi.

Saat itu riak muka Mia jelas berubah. Dia merenung tepat ke wajah Sara.

“Apa maksud you?!”

“Well, kita tunggu aje Ian akan buat pengumuman dalam majlis malam ni. Tentang siapa perempuan yang dia benar-benar cintai dan layak bergelar ISTERI dia. Yang pastinya perempuan itu bukan you, Mia Riana.” Bersahaja Sara berkata.

Mia nyata tercabar dengan bicara Sara. Bengkak hatinya saat ini. Rasa nak cakar je muka perempuan di hadapannya ini dengan kuku jarinya yang tajam dan runcing. Ergh!

Bagaimana pun, niat Mia terhalang apabila mendengar suara pengacara majlis di dalam dewan ballroom bergema memaklumkan acara majlis pada malam ini akan dimulakan.

Lantas dia berpusing dan segera masuk ke dewan ballroom meninggalkan Sara. Hal berkaitan perempuan ‘murahan’ yang menyakitkan hatinya itu akan diuruskan kemudian.

Sara menghembus keluhan. Tidak menjangkakan pertemuannya bersama Mia Riana di sini. Jika ada Ian tadi, pasti dia akan dilindungi daripada diganggu perempuan sombong itu.

Tidak mahu memikirkan hal yang menyerabutkan fikirannya, Sara mengatur langkah ikut masuk ke dalam dewan ballroom.

ACARA majlis makan malam Almatraz Holdings pada malam itu dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Syarikat iaitu Datuk Ismail. Tepukan gemuruh bergema di seluruh dewan sebaik sahaja ucapan yang diberikan tamat.

Sedang berdiri di belakang dewan, pandangan Sara memerhati sekeliling. Dilihat kebanyakan meja sudah dipenuhi tetamu. Dikecilkan anak mata mencari di mana Ian berada.

Dari jauh Sara nampak kelibat tubuh Ian sedang duduk di meja VIP sambil leka berborak bersama beberapa kenalan rakan bisnesnya yang lain.

Sara ingin menuju ke meja VIP tersebut. Namun, laluannya terhalang oleh beberapa orang tetamu serta jurukamera yang sedang sibuk merakamkan persembahan yang berlangsung di pentas.

Lantas Sara mengambil keputusan untuk duduk sahaja di salah satu kerusi kosong yang terdapat di hujung dewan. Dia mengeluarkan telefon pintar lalu menaip beberapa patah perkataan di ruangan mesej untuk dihantar kepada Ian. Bimbang Ian tercari-cari keberadaan dirinya.

‘Awak, saya ada di belakang dewan. Saya tak dapat nak pergi depan. Tak sabar nak tengok acara perlantikan awak sekejap lagi. I wish all the best to you. Semoga semuanya berjalan lancar untuk awak. I love you, husband.’

Dan butang ‘send’ disentuh. Dari kejauhan Sara dapat melihat Ian sedang membaca mesej tersebut. Bagaimana pun, lelaki itu seperti tidak mengendahkan mesej Sara dan menyimpan kembali telefon pintar di dalam poket jaket.

Sara menahan perasaan sambil mengerahkan fikirannya mencari punca sebenar perubahan pada sikap Ian. Adakah dia telah melakukan sebarang kesalahan sehingga Ian bersikap dingin seperti itu?

Perhatian Sara bagaimana pun teralih ke pentas utama apabila pengacara majlis mengumumkan agenda seterusnya yang akan berlangsung.

“…seperti yang kita semua sedia maklum, Encik Ian Khalif bin Datuk Ismail telah kembali semula ke Almatraz Holdings sebagai CEO. Perlantikan kali kedua beliau ini telah dipersetujui oleh kesemua Ahli Lembaga Pengarah Almatraz Holdings. Bagi pihak Almatraz Holdings, kami mengucapkan tahniah. Oleh itu, tanpa membuang masa majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Ian Khalif ke pentas bagi memberikan sepatah dua kata.”

Ucapan pengacara majlis itu disambut tepukan gemuruh yang bergema di seluruh dewan. Rata-rata hadirin menyambut baik kepulangan Ian ke syarikat tersebut.

Ian yang berada di meja VIP bangun lalu mengangkat sebelah tangan sebelum menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat dan penghargaan. Dia kemudian berjalan naik ke pentas dan mengambil mikrofon yang diberikan kepadanya.

“Hello everyone. Selamat malam. And nice to see all of you. Honestly I really miss everything about Almatraz Holdings. Saya bersama syarikat ini sejak kecil. Selalu ikut my dad Datuk Ismail ke sini. Almatraz dah menjadi sebahagian besar diri saya. I can’t live without Almatraz.

Dan diberi peluang untuk sekali lagi bersama anda semua adalah sesuatu yang amat saya hargai. Saya tak akan sia-siakan peluang ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang telah memilih saya kembali semula ke jawatan CEO iaitu papa saya sendiri Datuk Ismail, Tan Sri Rahmat, Mr Chua, Datin Annie and also my beloved mommy Datin Nurain. Saya berjanji akan bekerja keras dan memberikan yang terbaik untuk Almatraz Holdings. Thank you.”

“Wow! Itu dia ucapan terbaik daripada CEO kita. Welcome back, sir. Berikan tepukan gemuruh kepada Mr. Ian Khalif!” Suara lantang pengacara majlis bergema.

Hadirin di bawah pentas saling bertepuk tangan. Termasuk Sara yang berada di belakang dewan. Kagum dengan ucapan Ian yang penuh berkarisma. Lebih membuatkan dia bangga kerana lelaki itu adalah suaminya.

Di atas pentas, ketika pengacara ingin meneruskan majlis ke acara seterusnya, Ian tiba-tiba teringat akan ‘pengumuman penting’ yang harus dia lakukan. Lantas dia meminta izin untuk mengganggu seketika perjalanan majlis.

“Maaf semua. Saya ada sesuatu ingin diumumkan…”

Mendengar ucapan itu, Sara serta-merta diserang rasa gementar bercampur teruja. Dia tahu berkenaan pengumuman yang akan Ian sampaikan. Tentang status dirinya sebagai isteri kepada lelaki itu. Dan Sara menantikan momen itu dalam debar.

Apakah agaknya reaksi para hadirin sebentar lagi? Adakah dia akan dipuji kerana berjaya membenam impian gadis-gadis lain untuk menjadi isteri ‘the most hottest guy in town’ Ian Khalif? Atau dia akan dikutuk dan dikeji?

Ah, tak pedulilah. Apa yang penting status perkahwinan mereka selepas ini bukan lagi menjadi rahsia.

Ian yang berdiri di tengah pentas memerhati ke seluruh dewan. Dia nampak kelibat Sara yang berada di hujung dewan ballroom. Perempuan itu sedang duduk di celahan para tetamu yang lain sambil memandang tepat ke arahnya. Dari jauh Ian dapat melihat senyuman manis yang terukir di raut jelita Sara. Lalu Ian menyambung semula ucapannya.

“Pada majlis yang penuh bermakna ini saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada semua tentang seorang wanita yang menjadi sumber kekuatan saya selama ini. Dia yang sentiasa bersama-sama saya dalam waktu sukar. Dia yang sering memberikan semangat kepada saya. Dia adalah satu-satunya wanita yang sangat saya cintai. Saya perkenalkan kepada semua…”

Ian kemudian turun dari pentas sambil membawa mikrofon di tangan. Dia berjalan ke tengah dewan. Tergambar raut penuh ceria bersama senyuman kebahagiaan di wajahnya.

Melihat gerak langkah Ian, Sara dari hujung dewan bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke laluan utama di tengah dewan. Lalu dia berdiri di arah bertentangan dengan lelaki itu sambil mengukir senyuman manis. Dia menanti Ian datang untuk memaut tangannya.

Sara bersedia untuk diperkenalkan kepada umum sebagai isteri Ian Khalif pada malam yang penuh bermakna ini.

Bagaimana pun, langkah Sara terbejat saat melihat kelibat tubuh Ian melencong ke arah lain. Lelaki itu sebaliknya menuju ke sebuah meja VIP berhampiran pentas utama sebelum menarik tangan seorang gadis jelita lalu diberikan kucupan istimewa di jemari gadis itu. Sara tergamam dalam riak penuh kejutan.

“Everyone, kenalkan Mia Riana Tan Sri Rahmat Adam, my fiancee. Kami berdua akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Doakan yang terbaik untuk kami.”

Pengumuman Ian disambut tepukan gemuruh di seluruh dewan. Masing-masing memuji dan mengagumi pasangan merpati dua sejoli yang sama cantik sama padan itu. Mereka berdua dihujani dengan ucapan tahniah.

Mahu mengambil kesempatan yang ada, Mia bangun dari kerusi lalu memeluk erat ke tubuh Ian. Sebagai penambah perisa pula, Mia mengucup ke bibir lelaki itu.

Sengaja Mia nak tayang kepada semua musuhnya. Biar perempuan-perempuan di luar sana yang berangan nak ‘caras’ tunangnya agar segera sedar diri dan tak akan berani mengganggu hubungan mereka lagi.

Ian nyata terkejut dengan aksi tanpa tapisan Mia. Niat asal dia membuat pengumuman tadi hanya untuk menyakiti hati Sara. Tiada dalam rencananya untuk bercium mulut dengan si Mia. Aduh, memalukan!

Namun, disebabkan rasa marah dan cemburu yang masih memenuhi ruang hati, Ian tidak menghalang dan membiarkan sahaja aksi ‘menggeletis’ Mia. Sengaja nak bagi Sara tengok dan cemburu.

Memang benar saat itu Sara yang berada di tengah dewan terkedu menyaksikan adegan drama berkenaan. Lututnya terasa lemah longlai seakan ingin rebah ke lantai.

Sara tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa Ian bertindak sedemikian? Sebelum ini Ian berjanji mahu mengumumkan berkenaan perkahwinan mereka. Sebaliknya pada malam ini Ian memaklumkan kepada semua yang dia bakal menikahi Mia Riana.

Sakit. Perasaan Sara benar-benar sakit ditipu sebegini oleh suami sendiri. Jika tahu sedari awal dia tidak akan munculkan diri di sini.

Tanpa dipinta air mata mengalir turun ke pipi. Berada di sini bagai membiarkan hatinya terus ditusuk sembilu berkali-kali. Sara tak dapat bertahan lagi. Dia terus melangkah keluar dari dewan tersebut meninggalkan majlis yang belum tamat.

Dari kejauhan Ian melihat bayang tubuh Sara yang menghilang di sebalik pintu utama dewan ballroom tanpa sebarang reaksi. Dia ingin mengejar. Namun, egonya yang tinggi melangit menghalang niat itu.

Dan entah mengapa saat ini Ian rasakan hatinya sendiri yang sakit kerana membiarkan Sara terluka.

Share this novel

Rose Lii Na Brain
2024-03-01 22:01:25 

benci betul dgn lan ni, ego k langit..

aDLyNa
2024-02-29 16:54:32 

Ksian saraaaaa Next chapter plsssss

wanafiqah04 hanna
2024-02-29 08:32:14 

sampai hati Ian buat Sara gitu


NovelPlus Premium

The best ads free experience