"HAA? Biar betul?"
Nissa tersentak tatkala Nuh mengumumkan perkara itu. Wajahnya ceria, hatinya girang. Kata sepakat telah diambil. Persetujuan telah pun dibuat.
Waktu itu, wajah Nissa terlalu dekat dengan wajah Nuh. Azhar jadi cemburu lantas menjauhkan Nissa dari Nuh. Tergelak Nuh dengan sikap Nissa dan riak cemburu Azhar itu.
"Jangan dekat sangat!" Azhar mengingatkan. Dia cemburu, dia tak boleh lihat Nissa semesra dan sedekat itu dengan lelaki lain.
Nissa tersengih. Dia gembira menerima perkhabaran tersebut. Nuh bakal bergelar abang iparnya. Dia tahu persis sikap dan budi lelaki itu. Memang secocok dengan Lili.
"Happylah tengok awak kawen dengan along. Tak payah membujang lagi kan?"
Nuh senyum dan angguk. Dia tidak menyangka keluarga Lili sangat ramah dan baik padanya. Sangkanya, Tan Sri Aziz sangat memilih menantu. Dia salah sangka selama ini. Alhamdulillah, Allah permudahkan niat baiknya!
"Saya ingatkan, papa awak garang dan memilih menantu. Tapi saya silap. Dia baik orangnya"
"Itu yang awak tak tahu pasal keluarga saya. Papa dan mama memang sangat baik. Along, angah, semualah. Dorang sangat menyayangi dan menjaga saya"
Nissa rasa dirinya sangat beruntung bisa jadi sebahagian daripada keluarga Tan Sri Aziz. Mereka sangat melindungi dan menjaganya. Tidak terkurang sedikit pun kasih sayang yang mereka berikan kepadanya. Dan kini Lili bakal bertemu jodoh dengan Nuh. Kedua-duanya baik dan sangat sepadan. Mimi pula, mungkin masih menunggu suasana hatinya membaik. Amran juga bukan sembarangan orang. Lelaki itu baik dan sangat bertanggungjawab. Lihat sajalah caranya menjaga dan meladeni Sofi.
Dan dia, sangat beruntung memiliki Azhar di dalam hidupnya. Lelaki itu lengkap segala-galanya. Adakalanya dia rasa rimas dengan sikap cemburu Azhar itu. Namun dia tahu, itulah sikap suaminya. Dan dia harus menerimanya.
Tangan Azhar di atas ribanya digenggam erat. Azhar menoleh memandangnya. Nissa beri senyuman lebar pada Azhar.
"Tengok korang berdua ni, aku rasa cemburulah! Sebab tu lah aku tak sabar-sabar nak kawen ni"
Ketawa Azhar dan Nissa pecah, menggamit suasana di dalam cafe itu. Eihh Nuh ni!
"Haa tu bagus! Nanti cepat-cepatlah timang anak. Macam aku dan Nissa. Kalau tak tahu cara, ni boleh tanya Inspektor Azhar" Azhar mendabik dada dengan tawa kecil. Nissa mencubit lengan suaminya.
"Ehhh betullah sayang! Tengok kita ni, tak sampai dua bulan, dah ada hasil" sakat Azhar sambil mengusap perut isterinya.
Nissa merona dengan usikan si suami. Depan Nuh lagi tu! Mana taknya, kalau hari-hari Azhar tu nak bermanja saja! Tapi dia pun suka he he..
"Mengada!" omel Nissa lalu mencubit bibir petah itu.
Nuh tergelak. Membayangkan kemesraan dia dan Lili nanti. Dia juga ingin menimang cahaya mata. Namun jika belum rezeki, siapalah dia nak menidakkan takdir Allah?
"Order dah sampai!" tukas Azhar tatkala melihat pelayan lelaki datang membawa pesanan mereka.
ENAM BULAN KEMUDIAN...
"JAGA-JAGA sayang. Jalan elok-elok. Abang baru je selesai sapu dan mop lantai ni"
Azhar memimpin tangan Nissa yang menggendong Ameena itu. Wajah comel itu sedang lena tidur selepas disusukan ibunya.
"Eee geramlah ayah tengok anak ayah ni!" Giliran Azhar menggendong Ameena.Pipi Ameena dikucup mesra. Nissa duduk di atas sofa. Geli hati melihat cara Azhar menggendong anak mereka.
Ameena sudah pun berusia tiga bulan. Teringat saat melahirkan Ameena tiga bulan lepas, peristiwa itu sangat istimewa baginya. Azhar menemani di sisi. Namun perkara lucu pula yang berlaku apabila Azhar pengsan setelah Ameena disambut. Geli hati betul Nissa mengingati perkara itu. Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana Ameena lahir dengan sihat dan disambut oleh Azhar sendiri.
Ameena binti Azhar Hazel. Sependek dan seringkas itu nama diberi. Membawa maksud jujur dan boleh dipercayai. Besar harapannya jika Ameena tumbuh menjadi anak yang pintar, jujur dan boleh dipercayai.Nama itu diberi oleh Azhar sendiri. Itupun setelah dia dan Azhar bergaduh memilih nama untuk anak sulung mereka.
"Kenapa termenung ni sayang?"
Azhar sudah duduk di sisi Nissa setelah meletakkan Ameena di dalam babycot. Tubuh itu ditarik mendekatinya.
"Senyumlah! Tengok abang jadi Superman hari ni"
Nak tergelak Nissa melihat Azhar membersihkan rumah mereka. Memang ye, lelaki tak boleh nak diharap bab-bab mengemas rumah! Dia sendiri yang simpan stoking dalam almari, dia jugak yang lupa letak dekat mana! Sudahnya, Nissa juga yang dicari untuk menyelesaikan masalah itu.
"Superman buat kerja rumah! Bukan senang tau abang nak turun padang buat kerja ni semua"
"Abang menyesal ke?" Nissa menduga. Wajah Azhar dipandang.
"Laa mana ada abang menyesal. Abang bagitahu je. Abang happy dapat layan anak dan isteri abang dengan baik. Setakat kerja rumah ni, alah! Piece of cake"
Nissa mencebik. "Yelah tu! Semalam stoking hilang, siapa jugak yang tolong cari"
Azhar mengekek. "Itu kesilapan azali. Sayang tak payahlah ejek abang"
Nissa tergelak. Dia memusing badan menghadap si suami. Raut wajah ceria dan kepenatan itu ditatap. Semenjak Ameena lahir, Azharlah yang paling tak cukup rehat. Ameena selalu terbangun tengah malam minta menyusu. Selesai saja menyusu, Azharlah yang menidurkan Ameena. Dia disuruh Azhar rehat saja. Mengemas rumah, mencuci, memasak, semuanya dilakukan oleh Azhar juga. Bukannya mereka tidak menggaji pembantu rumah tetapi Azhar sendiri yang ingin melakukan semua itu.
Menurut Azhar, Nissa sudah penat mengandung dan melahirkan anak mereka. Jadi kini biarlah dia pula yang menguruskan pekerjaan rumah. Tapi setelah Ameena berusia empat bulan nanti, barulah mereka mencari pembantu rumah.
"Kesian tengok abang. Penat ke uruskan rumah?"
Rambut Azhar diselak ke belakang. Wajah itu diusap dengan lembut.
"Penat tu biasalah. Tapi abang seronok. Tengok anak dan isteri abang depan mata"
"Maaf tau?"
"Maaf kenapa? Sayang buat salah apa hari ni?"
"Maaf sebab susahkan abang. Nanti Nissa susahkan abang lagi" sahut Nissa dengan sengihannya. Wajahnya polos. Azhar naik geram. Dicuit pipi tersebut lantas mendaratkan kucupannya di situ.
Mereka saling berbalas ciuman sehingga suara tangisan Ameena menghentikan tingkah mereka.
"Alaa Ameena tak bagi chancelah dekat ayah dan ibu nak bermanja!" rungut Azhar dalam nada bergurau. Dia menghampiri Ameena dan berusaha menidurkannya kembali. Nissa berdiri di sisi. Mereka bagaikan sebuah keluarga bahagia yang diimpikan selama ini. Doa mereka agar kerahmatan dan keberkatan akan membawa kebahagiaan ke dalam keluarga mereka!
MATA Lili tak berkedip memandang objek tersebut. Seakan tak percaya, dia menggosok mata beberapa kali. Dada disentuh perlahan. Ada degupan kencang mula berirama merdu.
Betul ke apa yang dilihatnya itu? Bibir diketap. Wajah dari pantulan cermin di hadapan dipandang seketika. Riak merona disentuh.
"Sayang, buat apa lama sangat dalam bilik air tu?"
Suara gemersik Nuh memanggil dari arah luar. Baru teringat yang Nuh juga mahu menggunakan bilik air. Cepat-cepat dia keluar sebelum menggapai objek tersebut.
"Buat apa lama sangat dalam bilik tu?"
Lili tersengih ditegur suaminya. Melihat Nuh berdiri di hadapannya, dia seakan tak percaya yang mereka sudah mendirikan rumah tangga tiga bulan yang lepas. Itupun majlisnya menjadi huru-hara apabila dia tiba-tiba hendak membatalkan pernikahan mereka setelah melihat Nuh dengan seorang wanita di dalam kereta. Rupa-rupanya wanita itu adalah salah seorang pekerjanya iaitu Isma. Lili telah salah faham dan Nuh pula merajuk. Naik pening kepala Tan Sri Aziz dengan telatahnya.
"Hon, nak bagi awak sesuatu" Lili membahasakan Nuh dengan panggilan 'hon', singkatan dari 'honey'.
"Apa dia? Kejap lagi erk? Saya nak mandi dulu"
Lili menahan Nuh. Nuh kerut dahi.
"Kenapa sayang?"
"Nak tunjuk something. Penting!"
Nuh menegakkan badan. Wajah riang isterinya ditatap.
"Nak tunjuk apa?"
"This one..." Lili menunjukkan objek tersebut kepada Nuh. Berkerut dahi Nuh melihatnya. Pandangannya kemudian jatuh pada riak gembira itu. Melihat Lili mengangguk, dia mengukir senyuman lebar.
"Daddy, I'll be out in nine months!" bisik Lili ke telinga Nuh.
Nuh memeluk tubuh Lili dengan perasaan bahagia. Sudah ada hasil dari hubungan bahagia mereka. Ya Allah, dia sangat bersyukur dengan kurniaan itu!
"Thank you sayang!" Tubuh Lili digendong. Kucupannya berlabuh di dahi Lili.
"Lepas ni nak kena bagitahu mama dan papa" Wajah Lili bersinar-sinar.
"Bagitahu semua orang!" balas Nuh lantas mendaratkan kucupannya ke seluruh wajah itu.
Lili tertawa kecil. Dia gembira dengan penerimaan Nuh itu. Rasanya tidak sabar pula melahirkan bayi mereka. Arghh!! Ada sembilan bulan lagi Lili!
MIMI mengeluh panjang. Mengingat kembali akan lamaran Amran, hatinya berteka-teki sendiri. Lelaki itu sangat penyabar. Sanggup menunggunya sehingga ke tahap ini. Lamaran Amran belum lagi dijawab.
Dia bukan tidak sukakan Amran. Namun hatinya masih perlu berwaspada sementelah kenangan lalu sentiasa bergentayangan. Dia tidak nafikan Amran itu baik dan bertanggungjawab. Cuma hatinya saja masih belum bersedia.
"Minumlah dulu ngah!" pelawa Nissa sambil meletakkan dulang di atas meja. Dia terkejut menerima kehadiran Mimi di situ bersama Sofi.
"Thanks" ucap Mimi seraya tersenyum hambar.
"Sama-sama. Aik, lain macam je senyuman tu!" tegur Nissa. Dia memandang ke arah Sofi yang sedang bermain dengan Ameena di dalam playpen.
"Angah buntulah dek!" Mimi sudah mengadu. Dengan Nissa, dia tak perlu rasa malu. Dari dulu lagi dia sudah sangat selesa dengan adik bongsunya itu.
"Kenapa pulak ngah?"
"Ni ha...Amran!" keluh Mimi.
"Laa abang Am! Kenapa dengan dia?" Nissa menuangkan kopi panas di dalam cawan lalu diletakkan di hadapan Mimi.
"Dia melamar angah hari tu!"
"Haa seriuslah?" Nissa sudah duduk di sisi Mimi. Wajahnya seakan tidak percaya saja. Namun mengingat kembali betapa Amran menginginkan Mimi, dia tidak rasa dia salah dengar.
"Tapi angah buntulah! Angah rasa hati ni macam masih belum bersedia. Angah risau kalau dia macam Iqbal"
Nissa mengeluh. Mimi belum pulih sepenuhnya daripada trauma lalu. Dia bisa memahami itu tetapi bagaimana hendak meneruskan hidup jika masih berpaut pada kenangan lampau?
"Angah, hidup ni harus diteruskan. Apa pun yang dah jadi pada masa lalu itu tetap akan jadi masa lalu. Kita sama-sama pernah hidup dengan orang yang salah. Tapi Allah dah atur baik-baik takdir kita. Dia pertemukan Nissa dengan Azhar. Dan mungkin jugak jodoh angah adalah bersama abang Am"
Mimi membatukan diri. Kata-kata Nissa itu ada benarnya. Apatah lagi setelah dilihat betapa sayangnya Amran kepada Sofi.
"Adik rasa, dia akan sayang angah tak?"
"Laa mestilah! Nissa tengok abang Am tu baik, sayang gila dengan angah! Rugi tau kalau angah biarkan dia pergi. Lagipun dia masih jalankan tanggungjawab dia pada Sofi kan?"
Mimi angguk kepala. Bicara Nissa meyakinkan hatinya yang rapuh. Ada benarnya omongan Nissa itu. Allah dah susun baik-baik takdirnya. Hanya dia saja yang perlu menjalaninya.
Suara tangisan Ameena menyentakkan Nissa dan Mimi. Lantas Nissa mendapatkan Ameena dan membawanya ke arah sofa. Sofi mengekor dari arah belakang.
"Alaa sayang busyukk makngah ni! Nangis ee? Sini makngah bawak"
Melihat wajah ceria Mimi, tangis Ameena terhenti. Dia ketawa melihat Mimi membuat mimik muka yang lucu. Dia kini digendong oleh makngahnya.
"Sofi buat apa kat adik?" tanya Mimi.
"Adik nangis ma. Sofi tak buat apa-apa pun!"
"Dia nak menyusu tu" sahut Nissa pula. Kepala Sofi diusap. Sukanya dia lihat wajah ala-ala minah salleh Sofi itu.
"Kejap lagilah menyusu ye? Main dengan makngah dulu"
Ketawa Ameena meledak apabila digertak oleh Mimi. Sofi ikut gelak. Senang melihat wajah riang Ameena.
"Mama, Sofi nak adik jugak!" ujar Sofi tiba-tiba.
Wajah Mimi berubah. Aik? Nissa gelak.
"Haa tengok tu! Sofi pun nak adik jugak. Dia bosanlah tu main sorang-sorang"
"Bolehlah ma? Nanti cakap dekat papa" Sofi mula mendesak.
"Aikk, tak payah nak cakap dengan papa!" Mimi malu. Karang Amran fikir yang bukan-bukan pulak. Malulah dia!
Nissa sudah ketawa, apatah lagi stelah melihat muncung Sofi sudah ke depan dan riak Mimi yang sudah merona itu. Itu petandanya Mimi kena tambah lagi sorang cucu papa dan mama!
jap gi nak final chapter..happy reading ;)
Share this novel