Bab 73

Romance Series 39746

"Tak adalah, talhah gurau je. Kami plan nak bertunang dalam 5 bulan macam tu. Lepastu nikah, dalam hujung tahun ni. Boleh?"

"Maksudnya taufiq bersanding dulu, lepastu baru kamu kahwin?"

"Haah, boleh?"

"Haritu bukan ke plan nak sanding sama-sama ke?"

"Takde lah, lari plan aku. Lagi nak dekat hujung tahun, lagi aku busy. Tu aku tolak tarikh pergi hujung tahun"

"Ouhh, boleh jugak"

"Jadi tarikh tetapnya?"

"12/12" jawab talhah, tania hanya menganggukkan kepalanya

"Ouhh, baiklah"

"Kalau dah plan macam tu, kami nak cakap macam mana lagi kan? Takpelah kami sebagai ibu bapa. Kami buat apa yang patutlah"

Mereka semua bergelak ketawa, sehinggalah talhah sekeluarga pulang ke rumahnya

Pada hari isnin, mereka bertemu seperti biasa didalam office. Di dalam lif mereka terserempak

"Hai sayang" tegur talhah apabila sudah masuk ke dalam lif

Tania hanya diam

"Hai sayanggg" tegur talhah lagi

"Iye, hi. Kenapa?"

"Saje nak tegur tunang sendiri. You tak suka ke?"

"Bukan tak suka, tapi ni kan office"

"Ouhh, so? biarlah"

"I tahu ni office you, tapi tak payah sampai macam tu sekali. Malulah"

"Ouhh, malu rupanya. Takpe i nak panggil sayang jugak"

"Suka hati youlah, ouhh yeah i lupa. Nanti lunch i keluar makan dengan Wani"

"Eh bukan dia baru kahwin ke? tak cuti ke?"

"Dia kahwin dah seminggu sebelum kita bertunang, mestilah dah masuk kerja"

"Ouhh, haah lah. Lupa, so you lunch dengan Wani?"

"Yes, i dah janji tau dengan dia. Bye"

Tidak sempat talhah ingin mengatakan bye, tania terus masuk ke biliknya

"Nasib baik dia tunang lagi, kalau isteri aku. Habis cerita" kata talhah lalu terus ke biliknya

PA talhah pun masuk ke biliknya

Knock knock knock

"Masuk"

Elok-elok bidai diantara bilik tania dengan talhah tertutup, terus dibuka oleh tania. Terkejut talhah

"Encik talhah, kenapa ni? terkejut sangat, ada apa-apa ke?"

"Eh emm tak, tak ada apa-apa. Emm saya ada apa-apa meeting tak lepasni?"

"Ouhh, ada. Dengan datuk seri rizduan pukul 11 nanti"

"Ouhh, lagi? ada apa-apa ke?"

"Takde dah, tapi kalau saya nak tanya something boleh ke encik talhah?"

"Tanya apa?"

"Cik tania kenapa eh? daripada tadi asyik pandang encik talhah dengan saya je?"

"Ouhh, sebab dia tu tunang saya"

"Ouhh, tu..... tunang!? encik talhah dah bertunang dengan cik tania?"

"Iye saya kenapa?"

"Ouhh, baru ingat nak try"

"Hahahahahaha tak payahlah, susah-susah je awak nak try pun. Better awak try yang single mana tahu jodoh awak"

"Hemm takpelah kalau macam tu, tahniah encik talhah. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu"

"Okay, thanks"

PA talhah keluar lalu terus menuju ke mejanya, manakala tania terus membuat tentangan mata menggunakan tangannya

Talhah tersenyum lalu menghantar mesej kepada tania

Talhah : "Sayang jealous ke?"

Ting bunyi notifikasi masuk tanda ada mesej. Tania melihatnya dan membalas

Tania : "Takde masa i nak jealous"

Talhah : "Kalau tak, kenapa you buat sambungan mata i dengan mata you?"

Tania : "Sebab nak suruh you hati-hati je, supaya tak tertarik dengan PA you"

Talhah : "Ouhh, so betullah you jealous tapi tak nak mengaku kann?"

Tania yang sudah malas nak menaip, tania menulis besar-besar di kertas A4 "YES I'M JEALOUS" dan mengangkat ditunjukkan pada talhah

Talhah tergelak besar melihat tania membuat begitu, terus tania menutup bidai tingkap dan menutup mukanya yang malu

"Comel je la hai dia tu" kata talhah lalu terus menyambung kerjanya

Pada waktu makan tengah hari mereka keluar bersama untuk menuju ke arah kereta, tania ternampak ada sejambak bunga lagi di atas keretanya itu

"Sape la yang rajin lagi nak bagi bunga tu? dah penuh dalam bilik aku. Lepasni nak letak dalam kereta pulak ke?"

Talhah pun menuju ke arah bunga itu, dan mengambil kad yang terselit di celah-celah bunga itu dan membacanya

"I love you honey" terus mukanya berubah selepas membacanya

"Apa benda ni? you ada suka dekat sesiapa ke?"

"Mana ada, i suka dekat tunang i je" jawab tania main-main

"You main-main eh tania? i tanya betul-betul ni" tanya talhah tegas dengan mukanya yang serious

"Okay-okay, tapi betullah. I tak suka dekat sesiapa pun melainkan you je"

"Habistu sape yang berani nak takel you selain daripada i? siap ber i love you honey bagai? bukan sayf kan?"

"You kata haritu sayf dah masuk penjara"

"Haahkan, habistu sape eh?"

"Takpelah, nanti i siasat semula. You baliklah dulu"

"Orait, bunga ni you nak tak? kalau you nak, you ambiklah. I tak nak"

"Okay, thanks. Tapi i buang eh bunga tu?"

"Ouhh, buanglah. I tak kisah pun, bukan daripada you bunga tu"

Tania pun menghidupkan enjin keretanya dan keluar daripada kawasan office terus menuju ke rumahnya. Manakala talhah masih lagi disitu dan membawa pulang bunga itu

Semasa dirumah, selepas talhah mandi. Talhah ternampak seperti ada cahaya disebalik bunga yang diletak diatas rak bukunya. Talhah terus ke situ dan mengambil kamera itu

"Nasib baik aku ambik, kalau tania ambik. Apa yang jadi eh? kau letak kamera eh? takpe-takpe tunggu kau. Free show aku bagi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience