RUFKA berdiri tegak di hadapan Sayra, masih memegang beg plastik kecil berisi air mineral yang dibelinya sebentar tadi. Matanya merenung gadis di hadapannya yang masih duduk di lantai, namun kini dengan riak wajah yang berbeza Sayra tersengih-sengih seperti orang yang baru dapat hadiah cabutan bertuah.
Rufka sedikit mengerutkan kening, tidak faham dengan reaksi wanita itu.
“Apa yang awak sengih sangat tu?” soalnya sambil memandang Sayra dengan dahi berkerut.
Sayra cepat-cepat tunduk, cuba menutup senyumannya, namun jelas riak wajahnya sukar dikawal. Matanya masih sesekali mencuri pandang ke arah lelaki itu. Dalam fikirannya, hanya satu
“ Haihh, indah betul ciptaan Allah tu ya? Mesti kaya ni kan.. .” bisiknya perlahan.
“Tak ada apa…” jawabnya perlahan, tapi senyuman itu masih melekat di bibirnya.
Rufka menghela nafas pendek, semakin hairan.
" Saya pergi dulu kalau tak der apa-apa" ujar Rufka sebaik sahaja lelaki itu ingin mengatur langkah kakinya. Lengan Rufka itu di pegang oleh Sayra.
Rufka kini memandang ke arah Sayra, jelas dari raut wajah Rufka dia tidak suka dengan tindakan Sayra tika ini.
" Opss.., sorry saya tak sengaja" perlahan-lahan Sayra menarik tangannya yang sedang memegang lengan Rufka tika itu.
" Ada apa?" soal Rufka.
" Terima kasih tolong saya tadi, kalau encik.. er.."
" Rufka.." sambung Rufka acuh tak acuh.
" Hah, terima kasih tolong saya tadi encik Rufka, kalau encik Rufka tak der tadi tak tahu lah apa dah jadi dengan nasib saya"
" Saya sebernanya dah cakap elok-elok dah dengan mak cik tadi, tapi tiba-tiba je dia nak mengamuk"
" Saya minta maaf sebab susahkan Encik Rufka, dan terima.." ayatnya mati apabila dia melihat Rufka banyak kali melihat jam di pergelangan tangannya itu.
" Encik Rufka nak cepat ke?" soal Sayra.
" Ya, boleh saya pergi sekarang?"
" ohh, err.. okey maaf ganggu waktu encik Rufka "
Rufka hanya menganggung dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Sayra di situ.
Sayra melepaskan keluhan sendiri.
" Haihh, orang kaya memang berlagak kan? tapi tu lah kalau lah dia milik aku, memang senang hidup aku "
" Tak payah dah aku nak kerja dekat kedai bodoh macam ni dan duduk rumah buruk tu ishh"
" Rufka.. sedapnya nama dia, hahahah.. Tu baru sesuai dengan aku.." Sayra mengukir senyuman sendiri.
HAKIMI melangkah perlahan-lahan di atas jalan kampung yang berdebu. Tangan kirinya memeluk erat beg plastik berisi roti yang diminta oleh ibunya. Matanya tunduk, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu mungkin doa yang dia hafal sendiri.
Namun langkahnya terhenti saat terdengar bunyi ketawa kasar beberapa lelaki di hadapannya. Sekumpulan samseng kampung yang memang terkenal dengan perangai biadab mereka sedang berdiri merokok di tepi simpang. Salah seorang dari mereka memandang ke arah Hakimi sambil tersenyum sinis.
“Weh, kau tengok tu… si lembam kampung lalu sini sorang-sorang,” ujar seorang daripada mereka sambil ketawa.
Hakimi hanya diam, menunduk dan cuba melangkah ke tepi. Namun mereka cepat menghalang jalannya.
“Kau buat apa ni? Eh bodoh, aku tanya ni!” jerkah seorang lagi, menolak tubuh Hakimi hingga plastik ditangannya terlepas jatuh.
Hakimi menggenggam penumbuk kecilnya.
“Jangan kacau... saya nak balik,” suaranya perlahan, tidak yakin, tapi tetap mencuba mempertahankan diri.
Namun itu hanya mengundang tawa yang lebih kuat. Tanpa amaran, salah seorang lelaki itu menolak kuat tubuh, Hakimi, membuatkan dia jatuh terduduk. Mereka mula menendang dan memukul lelaki itu bertubi-tubi. Hakimi cuba menutup wajah, cuba melawan, tetapi kudratnya tidak sekuat mereka.
“Adikkkk... tolong!” jerit Hakimi, suaranya parau, menahan sakit dan berharap...
Namun yang muncul hanyalah Sayra, baru pulang dari kerja. Dia berdiri tidak jauh dari tempat kejadian, melihat tubuh abangnya dipukul. Namun tiada riak terkejut di wajahnya. Bibirnya malah tersenyum sinis, kemudian tergelak perlahan.
“Patut pun kena... lembam,” katanya perlahan sambil memeluk tubuh.
" Haishh, kenapa lah aku ada abang bengap macam ni. Malu betul lah."
" Kau pukul je lah dia sampai mati pun tak per, aku pun dah menyampah tengok muka si bengap ni " teriak Sayra.
Hakimi yang melihat Sayra, terus merayu,
“Adik... tolong.., abang sakit. sakit.. sakit" berulang kali Hakimi berkata.
" Tolonglah jangan pukul saya, sakit" ujar Hakimi berkali-kali memohon simpati.
Namun Sayra hanya berpaling, memusingkan badannya dan beredar tanpa sebarang rasa bersalah atau simpati. Derapan kasut semakin menjauh, sementara di belakangnya... suara jeritan Hakimi masih kedengaran, bersama hilai ketawa mereka yang menyakitinya.
" hey kau tengok tu adik kau pun tak mengaku kau abang dia tau, macam mana lah perempuan cantik macam Sayra tu"
" ada abang bodoh macam kau ni, hishh geli betul lah aku tengok kau ni" kepala Hakimi itu di tunjal beberapa kali.
Hakimi menggenggam erat plastik roti yang berada di tangannya. Walaupun tubuhnya sudah lemah akibat ditolak dan dipukul, dia tetap tidak mahu melepaskan bekalan makanan itu. Roti itu untuk ibunya. Hajah Lijah pasti sedang menunggu di rumah, dan dia tahu ibunya lapar.
Namun salah seorang lelaki samseng itu tersenyum sinis, lalu merentap plastik tersebut dengan kasar.
"Eh, kau pegang kemain ketat, macam roti tu emas!" ejek lelaki itu sambil menariknya kuat.
“Tak… bagi balik. Itu untuk ibu saya… ibu lapar,” ujar Hakimi dengan suara serak, matanya memohon simpati.
Tetapi mereka ketawa.
“Ibu lapar? Alaa, biarlah aku makan dulu.. Kedekut lah kau ni" Ujar lelaki itu mengejek.
Hakimi tidak berputus asa, dia merangkak ke arah lelaki itu cuba merampas semula roti yang telah dirampas.
“Tolong… saya nak bagi mak saya makan...”
Namun tanpa belas kasihan, satu tumbukan padu hinggap di pipinya. Hakimi jatuh terlentang, roti tercampak entah ke mana. Darah mula mengalir dari hujung bibirnya.
Tiba-tiba
“Woi! Kau orang buat apa tu?!”
Satu suara garau dan kuat bergema dari belakang. Bunyi tapak kaki laju mendekat.
Kesemua lelaki samseng itu panik. Mereka berpaling, dan apabila melihat kelibat seorang lelaki tua mungkin ingin ke surau kerana waktu maghrib akan masuk tidak lama lagi. Lelaki itu datang menghampiri, mereka terus bertempiaran lari, meninggalkan Hakimi terbaring lemah di tanah.
Lelaki itu terus meluru mendapatkan Hakimi yang menggigil kesakitan, masih cuba merangkak semula ke arah plastik roti yang kini sudah koyak.
“Mak… saya janji nak bawa roti balik…” suara Hakimi perlahan, matanya berkaca.
" roti dah kotor.." Hakimi mengesat air matanya sendiri.
" Ya allah kimi, kamu okey tak ni. Hishh kurang ajar betul lah budak-budak ni" ujar orang tua tersebut.
LANGKAH kaki Hakimi perlahan dan terhincut-hincut, baju kotor dengan kesan tanah dan sedikit darah yang sudah kering. Tangan kirinya luka, calar balar, manakala wajahnya jelas menunjukkan lebam di pipi kanan dan bawah mata. Nafasnya sedikit tersekat, namun dia tetap melangkah, membawa plastik roti yang sudah renyuk dan terkoyak di tangannya.
Di tangga rumah, Hajah Lijah yang duduk di atas kerusi roda, seperti biasa menunggu kepulangan anak lelakinya. Senyuman di wajah wanita tua itu serta-merta hilang saat melihat keadaan Hakimi yang teruk begitu.
“Kimi… Ya Allah, Kimi! Apa dah jadi ni?” jerit Hajah Lijah cemas, tangannya menggigil melihat keadaan anaknya.
Hakimi terus melutut di hadapan ibunya, memegang lutut wanita itu sambil menunduk.
“Maafkan Kimi, ibu... Kimi… Kimi tak sempat nak bawa balik roti yang elok… kena rampas... Kimi cuba… tapi… Kimi tak kuat…” suaranya sebak, matanya berkaca. Nafasnya turun naik menahan kesakitan dan rasa bersalah.
Hajah Lijah mengusap kepala anaknya perlahan, hatinya remuk melihat penderitaan anak yang sentiasa menurut katanya itu. Air mata mulai menitis, bukan kerana marah, tapi kerana sedih melihat anak sebaik Hakimi terpaksa melalui semuanya sendirian.
" Tak per kimi, terima kasih belikan mak roti ni ya.." ujar Hajah Lijah lembut.
Wanita itu mencapai minyak gamat dan kain yang berada di laci sebelahnya itu dan perlahan-lahan mengelap luka dan meletakkan ubat.
" Mak.. kenapa.. kenapa semua orang tak suka kimi.. Sebab kimi tak macam orang lain ke? " suara Hakimi keserakkan.
Hajah Lijah menggeleng bibirnya mengukir senyuman memandang ke arah anak lelakinya itu.
" Mana ada, biarlah kalau orang tak suka kita. Kita bukan boleh buat apa kan. Selagi mak ada mak akan ada untuk Kimi "
Hakimi mengangguk sambil mengukir senyuman nipis.
" SAYRA … keluar kejap, Mak nak cakap,” ujar Hajah Lijah dengan nada lembut, penuh berhati-hati.
Sayra keluar dari bilik dengan langkah malas, wajah masam mencuka. Dia menjeling ke arah ibunya sebelum bercakap kasar.
“Apa lagi mak nak?! Adik penatlah!”
Hajah Lijah tersentak sedikit, namun masih mengekalkan nada tenang.
“ boleh kamu pergi rumah Nek Faridah kejap. Dia pesan suruh ambik barang yang dia nak bagi tu.”
Sayra terus mengangkat tangan, tanda tidak puas hati.
“Ehh, tak naklah! Nak jumpa nenek mulut bisa tu? Menyampah tahu tak?!”
“Tolonglah adik, pergi kejap je. Ambik barang tu terus balik. Nek Faridah kata penting…” pujuk Hajah Lijah dengan lembut.
Sayra mendengus, menghentak kaki ke lantai perlahan, tanda protes.
“Fine! Tapi Sayra takkan cakap sepatah pun dengan dia! Mak jangan nak harap!”
Namun Sayra sempat memandang ke arah Hakimi yang sudah tertidur di kerusi dengan keadaan wajah yang lebam dan luka di tangan. Kesian? ahh tiada dalam kamus hidupnya.
" Sesuai dengan kau!" ujarnya perlahan.
Dia terus capai beg tangan dan keluar rumah dengan hempasan pintu yang kuat, langsung tak memandang ibunya. Hajah Lijah hanya menggeleng perlahan, wajahnya penuh sayu melihat kelakuan anaknya yang makin menjadi-jadi.
BAU masakan lemak cili api menyambut ketibaan Rufka Al Mika yang melangkah masuk ke rumah Suhaila. Lelaki tampan itu memberi salam, disambut ramah oleh Suhaila dan Nek Faridah, ibu kepada gadis itu.
"Masuklah, Mika. Duduk, mak cik masak lauk kegemaran kamu malam ni," ujar Nek Faridah dengan senyuman penuh harapan.
" Terima kasih mak cik, ermm Mika minta maaf ya jarang melawat mak cik" ujar Rufka.
" Ehh tak per lah, mak cik Faham. Kamu kan busy banyak kerja di KL tu kan?"
Rufka hanya mengukir senyuman.
Nek Faridah melabuhkan duduknya itu di kerusi, Rufka dan Suhaila juga mengambil tempat duduk masing-masing.
" Mika betul ke cintakan Suhaila?" soal Nek Faridah.
" Mestilah sebab tu saya nak kahwin dengan Nur Suhaila,"
Suhaila mengukir senyuman malu.
" Tapi kamu tak kisah kan pasal majlis, mak cik bukan apa. Maklum lah Ila ni je lah anak mak cik"
" Mak cik kalau boleh nak mewah sikit, nak jemput ramai orang boleh kan Mika?"
Suhaila kini memandang ke arah ibunya, dia tidak selesa.
" Ibu.."
" Ohh, Mika okey je. Mika memang nak buat meriah, tak kisahlah habis berapa pun. Kalau tu buat Ila bahagia "
Nek Faridah mengukir senyuman puas.
" Haihh, kamu ni memang bakal menantu yang mak cik cari tau Mika. Tapi kamu memang suka kan Ila kan "
Rufka mengangguk.
" Mak Cik bukan apa, janganlah tiba-tiba kamu tukar fikiran pulak. Uishh, boleh sakit jantung mak cik nanti" seloroh Nek Faridah.
Rufka hanya tertawa sahaja.
Suasana tenang itu tiba-tiba terganggu dengan bunyi ketukan kuat pada pintu.
Tok! Tok! Tok!
" Haihh siapa pulak datang ni?" keluh Nek Faridah.
“Biar saya buka,” kata Rufka sopan sambil melangkah ke pintu. Lelaki itu terus bangun dari kerusi dia terus memulas tombol dan saat pintu terbuka, pandangan mata mereka bertaut.
Sayra, wajahnya yang cemberut kini perlahan-lahan berubah kepada raut wajah yang terkejut.
Gadis itu berdiri dengan wajah terkejut, tubuhnya kaku. Dia juga mengenali wajah itu lelaki yang menyelamatkannya di tempat kerja semalam. Namun yang membuatkan darahnya meremang, lelaki itu kini berdiri di rumah sepupunya.
" Rufka?" bisik Sayra, separuh tidak percaya.
Rufka hairan bagaimana wanita itu tahu namanya, sedangkan dia tidak mengenali wanita itu. Atau dia lupa?
" Macam mana kau tahu nama aku?" soal Rufka hairan.
" Haihh, nampak sangat aku tak penting." bisik hati Sayra perlahan.
" Awak tak ingat saya? saya yang awak tolong selamatkan tuu" Sayra kini senyum.
" Ohh.. ya" Rufka baru teringat.
Sebelum sempat mereka bersuara lebih lanjut, suara dari dalam itu mematikan perbualan mereka.
" sayang siapa tu.." kini Suhaila muncul di sebelah Rufka.
Sayra terkejut. Sayang? kenapa Suhaila memanggil lelaki di sebelahnya itu sayang. Apa hubungan Rufka dengan Suhaila.
" Ni.. kawan Ila ke?" soal Rufka.
" Ni sepupu Ila, Sayra.." jelas Suhaila.
" sepupu? " Rufka baru sahaja teringat yang sepupunya itu lah yang selalu mencederakan Suhaila.
" Ohh.." jawab Rufka perlahan.
" ermm, ni Mika tunang Ila." terang Suhaila kepada Sayra.
" What tunang? Mika? bukan ke nama dia Rufka? " soal Sayra masih terkejut.
" Ya, saya tunang Suhaila. Nama saya Rufka Al Mika" Celah Rufka sambil mengukir senyuman nipis.
Sayra terkejut dia merasakan seperti ada sebuah batu yang terhimpap ke kepalanya, mengapa wanita buruk seperti Suhaila boleeh mendapatkan lelaki seperti Rufka Al Mika.
Share this novel