bacdh 'Lima Ribu'

Drama Series 55610

Peliknya...

Sambil menatang tray berisi mi goreng, Khaleeda berundur kembali. Kot dia tersalah tengok. Ermm, betul tak bertutup. Tapi kenapa? Mana Mek?

Khaleeda teruskan langkah ke para meletak makanan di hadapan. Sebentar lagi restoran akan dibuka. Sudah hampir jam tujuh pagi.

Mana juga Chah dan Chot?. Dua-dua hilang. Dengan Mek dah bertiga.

Mungkin di luar. 'Roller Shutter' hadapan kedai naik suku. Mesti mereka berada di luar sana.

Maka dengan rasa bertanggungjawab ketika mahu ke dapur semula, Khaleeda singgah kembali ke kaunter bayaran menolong menutup mesin duit yang terdedah.

@@@@@@@

"Semua dah ada?".

Pagi lagi Yunus sudah menelefon Yusoff. Malam ini dia bakal berpisah lama dengan Yusoff.

Kalau pendek umur, mungkin malam nanti hari terakhir mereka berjumpa. Allah... mudah-mudahan panjanglah umur dia dan Yusoff.

"Dah."

Sepatah sahaja Yusoff menjawab. Bercakap banyak hanya menjemput sebak di dalam hati bertandang keluar.

"Baju melayu, songkok, sejadah, Quran..."

"Dah Yun, dah ada semua."

"Aku tolong ingatkan."

Suara Yunus sudah berbunyi garau. Yusoff dapat rasakan Yunus menahan tangis seperti juga dia.

"Ye, faham. Terima kasih."

"Aku ada beli rendang Khairul Ameng ni. Nanti kat airport aku bagi kau."

Kalau boleh mahu dia bekalkan Yusoff dengan rendang arwah mama, tapi itu hanya angan-angan yang tidak mungkin kesampaian.

"Tak boleh Yun."

"Kenapa pulak?. Bukan berat sangat nak naik kapal. Masuk beg sandang kau pun boleh."

Tak sudikah Yusoff? Dia mahu Yusoff tahu dia mengambil berat.

"Bukan... barang macam tu nak kena list kan. Aku dah print list dan pack semua barang makan macam tu."

"Alah... macam mana ni?. Aku dah beli untuk kau."

Ahhh! Yunus...
Janganlah macam ni. Yusoff nak jalan jauh. Jangan lagi ada apa-apa yang boleh menjadi berjauh hati.

Yusoff akan baik-baik sahaja. Satu hari nanti akan balik dan menjadi orang berjaya macam angan-angannya, harapannya dan doanya.

"Tak pe. Nanti jumpa kat airport kau bawak. Jangan lupa bawak nasi sekali. Nanti... sementara tunggu berlepas kita makan sama-sama."

"Aaa... betul, betul. Pandai kau. Sebab tu kau belajar overseas."

Terubat rasa hatinya dengan jawapan Yusoff. Menghargai usahanya mendapatkan rendang viral yang susah mahu membelinya.

"Kau ada apa-apa lagi nak aku tolong belikan tak?"

"Tak ada kot, cukup dah rasanya."

"Okay petang nanti aku terus pergi airport tunggu kau kat sana."

Perbualan jenis apakah ini.? Sumbang sumbing bunyinya bagai orang yang mahu merancang putus cinta.

"Okay Yun. Jumpa nanti."

Panggilan Yunus matikan. Mahu banjir lapangan terbang malam ini. Yunus kesat air mata dengan perut baju.

Tak berhenti air matanya mengalir. Tak sanggup rasanya mahu menghantar Yusoff pergi jauh malam ini nanti.

@@@@@@@

"Aku dengan Chah keluar... tengok Chot dekat luar jatuh motor."
"Kau aje ada dalam kedai Di!".

Suara Mek mula naik. Sejak setengah jam yang lepas masih bertekak kronologi cerita awal pagi tadi.

"Di tak ambik Mek... tak kan Mek nak Di mengaku kalau Di tak ambik."

Suara Khaleeda mula serak. Setengah jam berseorangan mempertahankan diri. Dia sudah sangat letih.

Waktu kerjanya habis satu jam yang lalu tapi dia ditahan Chah jangan pulang dahulu. Mek sudah merengus-rengus di kaunter bayaran.

"Eyyy... geram je aku dengan kau ni!".

Chah berbunyi lagi. Semakin kuat suara Chah bila Mek di kaunter mengembur habis segala laci dan celah-celah meja dan almari berdekatan.

Beg tangan, Mek sudah baling tergolek di kaki Khaleeda. Semua sudah huru-hara setengah jam yang lepas. Bukan!... sekarang sudah menjadi 45 minit.

Azan Maghrib sudah lama berbunyi. Tiada tanda-tanda Mek akan melepaskan dia pergi.

Mek yang sudah mengembur habis segala barang menangis mengongoi-ngongoi.

"Masa kitaorang dekat luar pagi tadi engkau ke depan kan. Kau nampak duit Mek atas meja. Kau ambik kan! baik kau mengaku la!."

Chah menembak sebarang.

"Sumpah Mek... Di tak ambik!."

Khaleeda angkat tangan separas dada. Cuba membentengkan diri dengan sumpahnya.

"Kalau bukan kau siapa lagi!?. Kita berempat aje dalam kedai ni!".

Mek sudah menuduh terang-terangan meniru cara Chah sambil menangis. Luruh rasa hati Khaleeda, dia dijatuhkan hukum walau tidak bersalah.

"Heh, perempuan! Semalam aku dengar kau bertelefon dengan orang pasal bayaran lawyer untuk mak bapak pengedar dadah kau tu!"
"Hari ni duit Mek hilang lima ribu! kalau bukan kau siapa lagi! Aku!? Chot!?".
"Kitaorang dah kerja lama dengan Mek! benda macam ni tak pernah jadi tau tak!?".

Allahuakbar! Tersiat berdarah hati Khaleeda.

"Apa benda kau ni Chah!? Menuduh macam tu!"

Khaleeda sudah terjerit kerana sakit hati.

"Lawyer tu dari Biro Bantuan Guaman. Cuma bayar processing fee rm10".
"Buruknya perangai kau Chah curi dengar hal orang, lepas tu menuduh macam tu!".

"Kau jangan nak ubah cerita ye perempuan."
"Kau dah nak beranak. Nak guna duit tu untuk beranak kan!"
"Laki tak ada nak tanggung, mencuri la jalannya."

"Melampau kau ni Chah!".

"Mek! tak payah cakap banyak! balai cerita!".

"Apa benda ni!?. Di tak ambik Mek!".
"Tolonglah percaya!".

@@@@@@@

"Pukul berapa Yun?"

Telefon bimbitnya di dalam beg galas bersebelahan Yunus yang sedang menyuap nasi ke mulut Baby Boo.

"Sembilan suku. Alah relaxlah lama lagi."

Penerbangan ke Paris pada jam satu pagi tapi mereka sudah tercongok di sini sejak satu jam yang lalu. Duduk bersila di atas lantai, di tepi dinding.

Pihak JPA yang menaja pengajian Yusoff memberi amaran kepada para pelajar yang terlibat supaya berada di lapangan terbang seawal yang boleh bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

"Kenapa? Kau ada nak apa-apa?". Soal Yunus melihat Yusoff berwajah keruh.

"Eh, taklah. Cuma susah hati."

"Kenapa?... Relax Yus. InsyaAllah semuanya okay."

Yunus cuba menenangkan Yusoff walau dia sendiri sedang bersedih di hati.

"Entahlah... berdebar-debar."

Yusoff gosok perlahan dadanya. Menarik nafas panjang dan lepas perlahan-lahan.

Seketika kedua mereka mengalih pandangan ke arah beg galas Yunus yang bertindih dengan beg galas Yusoff.

Melihat Yunus sukar untuk mengambil telefon di dalam kocek beg yang berzip, Yusoff ambil mangkuk makanan Baby Boo di tangan Yunus dan menolong menyuap makanan kepada anak saudaranya itu.

Raut muka Yunus berubah melihat nama pemanggil di skrin telefon.

"Siapa Yun? Kenapa?".

Yunus geleng-geleng kepala. Berwajah semakin bimbang bila Yusoff bersuara mahu tahu siapa gerangan si pemanggil.

Panggilan tamat tanpa Yunus jawab.

"Kau ada masalah ke?". Soal Yusoff lagi.

"Eh, taklah!"
Segera Yunus menidakkan.

"Yus, kau tolong suap Baby Boo kejap. Aku nak gi toilet."

"Okay."

Jangkaan Yunus betul, dalam perjalanan ke tandas telefon tangannya berbunyi lagi.

Bedebah! dia tahu ke hari ini Yusoff terbang!?.

"Hello Assalamualaikum!".

Suara perempuan di hujung talian.

"Waalaikummussalam! Ha! Nak apa!?".

"Abang Yunus... Di call Yusoff tak dapat. Boleh Di nak cakap dengan Yusoff?".

"Yusoff dah block awak. Dia dah tukar nombor. Awak nak apa!?"

Dada Yunus berkompang hebat. Antara rasa marah dan bimbang. Marah kerana perempuan ini masih berani mencari Yusoff. Bimbang pula kerana ulah dia Khaleeda tidak dapat menembusi nombor Yusoff.

"Di ada masalah sikit. Di nak minta tolong Yusoff. Di tak tau nak cari siapa."

Suara itu kedengaran cemas dan teresak. Yunus semakin bimbang. Manakan tidak, Yusoff sudah mahu berangkat pergi.

"Awak ni tak faham bahasa ke? Saya dah beri amaran kan! Jangan sampai saya buat betul-betul! Menyesal awak nanti!"

"Tapi bang, tolonglah saya. Saya tak tau nak minta tolong siapa."

"Kenapa!?"

"Saya kat balai..."

"Balai!? Eh, Khaleeda! awak ni ada akal ke tidak!? Sebab awak dan mak bapak awak, saya dengan Yusoff nyaris ada rekod dadah tau tak!?. Sekarang awak nak libatkan kami dengan kes apa lagi!?"
"Dengar sini baik-baik... awak jangan cuba-cuba nak babitkan Yusoff dan saya dalam masalah hidup awak lagi! urusan kita dah selesai! Faham!!!".

Yunus segera matikan talian. Merah muka dan cuping telinga menahan marah.

Kurang ajar punya perempuan! Sudah kau jadikan adik aku pak sanggup, libatkan Yusoff dan dia dengan balai kerana kes dadah sekarang mahu ditambah lagi!?.

Yunus calit muka telefon. Pergi ke senarai nama dan sekat nombor Khaleeda supaya perempuan itu tidak dapat lagi menghubunginya.

Khaleeda tidak dapat menghubungi Yusoff kerana Yunus sudah menyekat nama Khaleeda di telefon Yusoff ketika adiknya pengsan di hospital beberapa bulan yang lepas.

Yunus menoleh ke kiri dan ke kanan memandang sekeliling, bimbang jika tiba-tiba ada Yusoff.

'Okay line clear'.

@@@@@@@

Panggilan telah ditamatkan tapi telefon bimbitnya masih melekap ditelinga. Dia tergamam diherdik Yunus.

Macam mana ni?. Apa dia nak buat?.

"Cik..."

Lamunan Khaleeda terhenti. Menoleh kepada pegawai polis yang sedang menyoal siasat dirinya.

Pandangannya kosong dia sedang teringat pula sebentar tadi sebelum menelefon Yunus dia sudah menghubungi Khairul tapi panggilan tidak dapat bersambung.

Dia rasa dia tahu kenapa, pasti Khairul sudah menyekat nombornya seperti dilakukan Yusoff.

"Cik..."

Khaleeda kembali ke alam nyata. Bergenang air matanya. Mengenang ujian menimpa diri bertindih-tindih. Kenapa jadi macam ini?.

"Saya rasa baik awak ganti aje duit yang hilang tu..."

"Tapi saya tak ambik tuan."

Gugur air mata yang bergenang. Kasar-kasar jatuhnya dan semakin lebat.

"Ya, saya faham..."

Pegawai polis jeda seketika.

"Tapi, awak pun tengok tadi kan... Majikan awak tu tak nak berkompromi. Dia tetap nak buka kes... Awak tengah mengandung... kalau buka kes dan pihak kami buka kertas siasatan, awak kena tahan lokap sampai kertas pendakwaan di baca. Esok Ahad mahkamah tutup... susah Cik diam lokap. Kesian baby awak. Awak pun tak ada sesiapa boleh jamin."

"Duit simpanan saya ada banyak tu aje. Saya simpan untuk sambut baby..."

Khaleeda hilang kata. Sudah tidak mampu menyambung ayatnya. Dia tunduk dan air mata yang turun dengan lebat sudah membasahi ribanya.

Bab bonus utk kesygn sume. babak sedih cukup sedih tak? ce Komen sedih pagi tadi dgn sedih yg ni. Mne satu lbih sedih atau cite Sy tk capai kesedihan yg Sy Cuba sampaikn. tqvm sume yg sudi singgah bce dan komen. syg uoll

Share this novel

Eztl
2024-08-30 21:08:36 

2² pn sedih tp yg sedih campo sakit hati kt manusia² x de hati perot


NovelPlus Premium

The best ads free experience