Bab 8

Romance Series 39746

Lelaki itu pun masuk ke dalam biliknya bersebelahan dengan bilik tania. Bilik itu diduduki sementara sahaja, menantikan daddynya merasmikan kenaikan dirinya menjadi CEO di syarikat itu. Dilihat PA tania membawa sejambak bunga anyelir itu ke dalam bilik tania

Knock knock knock

"Masuk"

"Cik tania ada bunga untuk cik tania"

"Ohh, really? Siapa yang bagi?"

"Saya pun tak tahu cik tania, saya cuma tolong bawak kan je sebab pak mail panggil saya suruh bagi dekat cik tania je"

"Ohh, yeke? awak daripada mana?"

"Saya daripada tempat letak kereta tadi, sebab saya tertinggal barang dalam kereta"

"Ohhh, macam tu ke. Takpelah, terima kasih for the flower"

"Sama-sama cik tania"

Lelaki itu hanya memandang melalui cermin di sebelah kanannya sahaja lalu memerhati apa yang berlaku di antara tania dan PA itu dan sejambak bunga. Tania yang perasan akan pandangan itu, tania tidak endahkan lalu tania terus bangun dan menuju ke arah pasu bunganya dan menukar bunga tersebut

"Emmm siap, cantik pun" kata tania sambil membuat jari okay dan mengenyitkan matanya ke arah bunganya

Lelaki yang memandang itu hanya tersenyum

"Comel je perangai"

Tania pun kembali ke meja kerjanya lalu menyiapkan semula kerjanya. Tania sedar lelaki itu hanya memerhatikan dirinya, tapi tania buat-buat tak nampak. Tania hanya fokus pada kerjanya di tangan sahaja

"Ehh, apahal pulak lelaki bilik sebelah ni?" kata tania dalam hati sambil dahinya berkerut tetapi tangannya masih membelek fail

Setelah hampir setahun enam bulan tania bekerja, tania telah menukar keretanya daripada myvi kepada bmw 3 series. Hambik kau bmw terus

Tania pun datang sedikit awal, agar tiada siapa yang tahu siapakah pemilik kereta tersebut. Tania berhenti di cafe tingkat bawah pejabat tersebut, dilihat ada lelaki perfect di situ sambil minum-minum dengan seorang perempuan. Tapi dia macam layan tak layan je

"Hemmm sape perempuan tu eh? gedik semacam je aku tengok, sakit mata aku pandang" tania terus pergi ke meja kosong lalu memesan sandwich dan air kopi untuk mengalas perutnya sebagai sarapan pagi

"Sedap air ni, daripada tengok dua ketul tu. Menyampah"

Tania pun terus ke kaunter pembayaran lalu membayar, tania pun terus menaiki lif lalu menekan butang nombor 3 untuk menuju ke biliknya. Setiba di biliknya dilihat bilik lelaki itu masih kosong

"Hemm lupa, member ada dekat bawah" kata tania dalam nada sindir

Tania pun terus memasuki biliknya lalu memulakan kerjanya. Tania tidak endah apa yang berlaku di luar pejabat ketika waktu kerja kerana tidak mahu fokus pada kerjanya terganggu. Tepat pada pukul 8 dilihat lelaki itu masuk dan menuju ke biliknya dengan muka masam mencuka dan berkerut

"Ada problem la tu" kata tania sambil membelek fail dan meletakkan earphone di telinganya

Lelaki itu yang hanya memerhatikan tania, terus bangun dan menuju ke bilik tania

Knock knock knock

"Masuk"

"Eh mr, what you do want?" tanya tania pelik bila dilihat lelaki itu yang masuk. Dia tak perasan bila pulak lelaki tu datang biliknya

"Emmmm you selalunya datang office pukul berapa?" tanya lelaki itu. Sebenarnya soalan lain yang ingin diajukan, tetapi apabila terpandang muka tania lainlah pula soalan yang keluar daripada mulutnya. Hairan kann

"So selalunya i datang 15 or 10 minit awal. Sebab i biasa breakfast dekat luar. But why?" jawab tania pelik

"Apasal dengan mamat ni? tadi kemain berkerut muka, ni soalan pulak jadi berkerut sekali" kutuk tania dalam hati

"Ohhh, nothing. Saje je tanya, you memang selalu datang awal eh?"

"Yup, that my prinsip"

"Okaylah you boleh sambung buat kerja, i pergi dulu. Bye"

"Okay, bye"

Selepas lelaki itu keluar, tania terus menghembuskan nafasnya sedalam-dalam yang mungkin. Pening dibuatnya datang-datang tanya soalan sebab datang awal? Apa bendalah

Knock knock knock

"Masuk"

"Cik tania, ni bunga untuk cik tania"

"Flowers again?" tanya tania kepada PA nya

"Ya cik tania"

"I dah boleh bukak kedai bunga if everyday i dapat bunga ni"

"Itulah cik tania, cik tania boleh buat part time job"

"Yes, thanks for the flower ni"

"Welcome cik tania, ohh ya saya lupa. Nanti lepas lunch cik tania kita akan ada mesyuarat dengan tan sri anaqi"

"Ouhh really? Okay, nanti you ingatkan i. Takut terlupa pulak"

"Alright cik tania"

PA nya pun keluarlah daripada bilik, tania melihat sejambak bunga di atas mejanya. Tania mencari kad yang diselit di dalam jambangan bunga itu

"For my future wife"

"Hehhhh apa benda mamat ni, sejak bila aku jadi bakal bini dia. Banyak cantik muka dia"

Tania terus meletakkan bunga itu ditepi, hilang moodnya mahu menyambungkan menyiapkan kerjanya

Lagi 10 minit mesyuarat akan di mulakan, tania dan PA nya telah memasuki bilik mesyuarat terlebih dahulu sambil memegang fail-fail. Tania hairan mesyuarat tentang apa harini? sedangkan 3 hari lepas mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan tentang pembinaan sekolah di kajang

Waktu mesyuarat pun telah bermula, bilik mesyuarat telah dipenuhi oleh staf-staf yang lain. Tan sri anaqi dan lelaki itu ialah orang terakhir yang memasuki bilik tersebut. Dilihat lelaki itu hanya mengikuti sahaja kata tan sri anaqi langsung tidak membantah walaupun sepatah

"Assalamualaikum semua" kata tan sri anaqi

"Waalaikumsalam tan sri" jawab semua pekerja

"Jemput duduk dulu, maryam pergi buatkan air untuk semua dulu sebelum saya mulakan mesyuarat" arah tan sri anaqi kepada PA nya yang telah lama berkhidmat dengannya

"Baiklah tan sri" lalu kak maryam terus beredar untuk melakukan tugasannya

Setelah hampir 5 minit menunggu, kak maryam tiba dengan cawan kopi untuk diberikan pada staf di dalam bilik mesyuarat itu

"Saya sebenarnya nak buat pengumuman rasmi, bahawasanya saya telah melantik anak saya yang berada di sebelah kanan saya sebagai peganti saya di pejabat ini" kata tan sri sambil menunjukkan anak lelakinya yang berada di sebelah kanannya

"Talhah, bangun dan perkenalkan diri kepada semua"

Talhah mengangguk kepala, lalu bangun dan perkenalkan dirinya

"Assalamualaikum, saya ahmad talhah bin anaqi. Anak tunggal kepada keluarga tan sri anaqi, saya akan ditugaskan sebagai CEO di pejabat ini. Semua boleh panggil saya encik talhah sahaja. Saya belajar di Universiti of England dan tamat sebagau student PhD di sana. Ada apa-apa soalan?" kata talhah dalam nada serious dan tegas

"Hahhhhhhh! anak tan sri?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience