bacdh 'Merajuk'

Drama Series 55610

"Hey Boss... Assalamualaikum."

Yusoff menoleh, siapa ni ya?. Ketika dia melangkah laju ada yang menyapa dia dengan mesra di lobi masuk hospital swasta ini.

Dia mahu cepat menuju kepada Khaleeda dan Khalisya tapi dia tidak tahu juga mereka di wad yang mana. Harus menuju ke kaunter pertanyaan dahulu.

Kakitangannya yang merupakan isteri kepada Khairul tidak memberitahunya. Mungkin juga May Rose tidak memberikan maklumat tersebut.

"Nak tengok Khalisya ke?"

Lelaki itu menyoal pula.

"Ya."

Yusoff sambut tangan yang dihulur. Mereka berjabat seketika.

"Tingkat 3 12A Boss."
"Nasib baik Miss May call kitaorang bagitau. Nak harap si Nok tu cakap memang payah la. Geram kita tau."

Lemah lembut lelaki itu bercerita. Berdepan begini baru Yusoff ingat sosok lelaki ini ialah chef di cafe May.

Alhamdulillah ada yang sudah melawat Khaleeda dan Khalisya. Jauh di sudut hati Yusoff sangat kagum dan jatuh hormat kepada May Rose yang sentiasa berhati emas itu.

Jika hubungan dia dan Khaleeda sudah bukan lagi rahsia, adakah May Rose akan masih dengan hati emasnya?.

Ah, Yusoff! Satu-satu boleh tak!?.

"Petang sikit nanti ada dua orang lagi gilir-gilir nak donate darah."
"Saya minta diri dulu Boss. Nak masuk kerja."

"Baik chef. Terima kasih banyak-banyak ye."

"Eh, tak apalah Boss. Kita semua kan kawan-kawan. Ini masa si Nok, masa kita tak tau bila. Mudah-mudahan ada yang tolong satu hari nanti."

"Amin. Amin."

Yusoff menadah tangan dan diraup ke muka.

Chef tersenyum. Manja saja gayanya ketika tersenyum dan berpaling berjalan menuju ke pintu lobi untuk keluar.

Ramai-ramai mahu menderma darah. Khalisya sakit apa ya?. Kena naik cepat supaya tahu apa cerita Khalisya. Yusoff semakin risau. Segera memanjat doa kepada Allah agar anak kesayangannya baik-baik sahaja.

Jika Khalisya perlukan darah dia rela sahaja menderma. Berapa banyak pun dia sanggup beri pada anak kecil itu supaya segera sihat.

Menyesal dia terlalu mengikut rasa hati selama dua minggu ini hingga sudah lama tidak menelefon Khaleeda dan Khalisya. Rupanya apa yang dia fikir selama ini semuanya salah.

Sekarang Khalisya buah hati dia. Dia bahagia sejak ada Khalisya. Terasa diri lebih berguna. Tapi padankah jenis darahnya dengan Khalisya?.

Yusoff masuk ke lift mahu menuju ke wad Khalisya seperti yang diberitahu oleh chef sebentar tadi.

Yusoff berjalan laju apabila sudah nampak kelibat Khaleeda berdiri di hadapan sebuah pintu di koridor yang panjang.

Nampak wajah Khaleeda yang risau. Sedikit tirus dan bawah mata yang nampak gelap. Kasihannya, agaknya tidak cukup tidur kerana menjaga Khalisya yang sakit.

Khaleeda tersentak kerana dia yang muncul tiba-tiba terus memeluk erat tubuh kurus itu. Tapi Khaleeda nampak sangat lega melihat dia di hadapan mata.

"Di nak pergi mana?".

"Tadi Chef datang. Di baru naik dari bawah."

"Mana Sya?."

"Dalam wad. Tidur."

Ketika menjawab soalannya air mata menitis di pipi mulus Khaleeda yang sedikit pucat. Yusoff kesat dengan ibu jari.

"Terima kasih datang. Di takut, risau."

Suara itu bertambah serak dan sebak. Yusoff peluk sekali lagi tubuh Khaleeda lalu dikucup hujung kening. Memberi semangat.

"Abang boleh masuk tengok Sya ke?".

"Bo... leh...."

Mereka masuk ke dalam wad yang boleh menempatkan dua orang pesakit. Khalisya sedang lena tidur memeluk anak patung kucing hadiah dari Yusoff.

Yusoff elus-elus ubun kepala Khalisya lalu dilabuhkan ciuman di dahi anak comel yang sudah sedikit susut badannya dan pucat wajahnya.

"Abang minta maaf. Telefon Abang rosak. Tadi Abang terserempak dengan Chef dia yang bagitau nombor bilik."

Yusoff berbisik perlahan, memberitahu tanpa ditanya. Mahu Khaleeda tahu kenapa dia gagal dihubungi.

"Baru sekejap tadi Miss May dah wasap Di bagitau. Maaf susahkan Tuan tengah penat baru sampai."

"Khalisya anak Abang juga Di."

Ikhlas ayatnya. Dia mahu Khaleeda tahu dia sayangkan Khalisya umpama anaknya sendiri. Lebih lagi apabila dia sudah berjumpa Hamizah.

"Sya sakit apa Di?".

"Demam denggi. Doktor cakap denggi berdarah."

Khaleeda tertunduk sayu. Patutlah Chef dan ramai lagi mahu menderma darah.

"Sementara Sya tengah tidur, Abang rasa lebih baik Abang pergi derma darah dulu."

Khaleeda menoleh wajahnya. Bulat mata merenung ke dalam matanya. Kenapa? Tak percaya?. Khaleeda tidak nampakkah selama beberapa bulan ini dia sangat sayangkan Khalisya.

"Abang kena pergi ke mana Di nak derma darah?".

Khaleeda menekur lantai seketika sebelum mengangkat kembali dan memandang wajahnya dengan sedih.

"Tak apalah Tuan, baru sekejap tadi sebelum Chef datang doktor ada cakap mungkin tak perlu masuk darah. Platelet darah Sya dah ada peningkatan."

"Tak apa kita standby aje. Kalau Sya tak guna boleh orang lain guna."

Yusoff bangun dari duduk di tebing katil Khalisya. Khaleeda di tebing seberang sana ikut bangun. Masih dengan wajah risau dan serba-salah.

Anak demam denggi Sop, denggi berdarah pula tu. Mestilah risau.

"Nanti Abang naik lagi. Abang pergi derma darah dulu okay. Masa Abang naik nanti mesti Sya dah bangun. Sekarang biar dia tidur dulu."

@@@@@@@

Allah, Allah.

Macam mana ni? Kalau betul Khalisya kena masuk darah dan darah Yusoff digunakan untuk Khaleeda macam mana? Apa dia patut buat? Berterus terangkah lebih baik.

Atau biar sahaja Yusoff derma darahnya. Nanti senyap-senyap dia akan beritahu doktor Yusoff adalah bapa kandung Khalisya.

Khaleeda angguk-angguk. Cara itu lebih baik.

Atau sudah masanya dia beritahu Yusoff pekara sebenar. Lagipun dia memang kena beritahu juga kepada Yusoff rahsia besar yang dia simpan selama tujuh tahun ini. Dia tidak boleh merahsiakan perkara penting sebesar ini selamanya dari Yusoff.

Merahsiakan akan hanya menganiaya Khalisya. Hak Khalisya.

Satu masa dahulu dia rahsiakan kerana mahu Yusoff pergi belajar dengan tenang walau dia sendiri berbelah bahagi perasaan ketika itu.

Mungkin hari ini yang sebaiknya. Mood Yusoff nampak elok hari ini. Mungkin kerana lelaki yang nampak sangat sayangkan Khalisya itu risau dengan keadaan Khalisya.

Tapi bagaimana jika Yusoff akan bertindak merebut Khalisya dari dia. Kemudian memisahkan dia dari nyawanya yang seorang ini.

Yusoff sudah pasti memilih Miss May Rose. Jika dia sudah beritahu Miss May Rose dan Yusoff tentang perkara yang baru dia tahu, tidak mustahil Yusoff buang dia dan rampas Khalisya.

Jangan mementingkan diri Di! Hak Khalisya berbintikan Yusoff paling penting!

Aduhhhh!!!

Seeloknya dia jangan berfikir terlalu berat sekarang. Hanya akan memudaratkan kepala otaknya sahaja.

Sabar, sabar....
Bertenang Khaleeda!.

Dia akan duduk berbincang baik-baik semuanya dengan Yusoff dan Miss May Rose. Cukuplah tujuh tahun ini. Dia mahu tamatkan semua ini.

Ya, semangat Di!. Jadilah orang yang berani dan bertanggungjawab!. Tamatkan semua ini untuk ketenangan fikiran.

Apa juga akan berlaku selepas rahsia terungkai dia akan ikut sahaja arusnya. Melawan jika perlu jika berkaitan tentang Khalisya. Biar dia susun hidup dia semula selepas itu sebaik-baiknya.

@@@@@@@

May Rose mengejar langkah Mommynya Puan Kay yang berjalan laju menonong sendirian menarik bagasi sederhana besar.

Ketika dia mahu menolong membawa bagasi itu habis dia disenggol kerana Mommynya tidak mahu.

Masih marah dan merajuk dengan dia. Habis segala ayat sedih dihambur Mommynya. Entah apa-apa dikata. May Rose sudah tidak sayangkan Mommynya, Mommynya itu menyusahkan dia sahaja selama ini. Macam-macam disebutnya

Hmm... pening, pening.

May Rose tetap bersabar. Sejak kehilangan arwah Daddy Mommynya memang mudah bersedih dan berkecil hati. Ada sahaja cakap May Rose yang akan Mommynya belok walau bermaksud tegak lurus sahaja.

May Rose rasa kerana Mommynya sunyi dan berkecil hati dia kerap berahsia banyak perkara. Memang dia ada rahsia dan memang dia mahu membuka rahsianya.

Satu masa yang sesuai dia akan bercerita dengan Mommynya dan mahu Mommynya faham kenapa dan mengapa dia berahsia atau berbuat apa yang sudah dia buat. Segala rancangannya akan dia cerita kepada Mommy.

Tiga hari lepas dia terbang kecemasan mendapatkan Mommynya di Melbourne. Rakan serombongan memberitahu Mommynya jatuh mata tangga sehabis berbual di telefon.

Tidaklah parah, cedera sedikit pun tidak. Lebih pada cedera di hati sahaja. Tapi lakonannya umpama luka berdarah, terobek terebeh sahaja.

Rupanya sebab sekarang zaman teknologi, ada yang jauh di sini sudah menelefon Mommynya membawa cerita tidak benar kisah rumah tangganya.

Hantu betul si Ziela. Guna taktik kotor sebagai membalas dendam dia tidak mahu menerima saranan si gunting dalam lipatan itu.

Mungkin juga kerana May Rose membalas saranannya dengan mengutuk Ziela semula. Sesuatu yang selama ini langsung dia tidak pernah lakukan membuat Ziela terperanjat hingga bengong otaknya.

Geramnya dia... Grrr.

Habis Ziela hasut Mommynya mengatakan dia sudah dibomoh Khaleeda yang bersengkongkol dengan Yusoff dan sedang hangat bercinta pula di belakang mereka.

Melampau sungguhkan!.

Ziela hasut Mommynya menyiasat siapa Khaleeda yang sebenarnya. Haru-birulah pula apabila penyiasat Mommynya memberitahu hasil siasatan rupanya ibu-bapa Khaleeda di dalam penjara kerana kesalahan mengedar dadah!.

Kata Mommy dia sedang menunggu penyiasat upahannya menghantar segala bukti bertulis dan bergambar. Mommy mahu dia melihatnya sendiri.

Aduhai...
Perkara yang itu di luar pengetahuan May Rose. Dia tidak pernah bertanya dengan Khaleeda lebih lanjut.

Khaleeda sekadar memberitahu hidupnya sebatang kara. Dia pula perlukan Khaleeda untuk tetap ada bersamanya. May Rose juga suka pada Khaleeda yang cekap bekerja dalam banyak perkara.

Tengok tu! Hmm sudah ada kereta mengambil Mommynya. Tidak mahu dia menghantar sampai ke rumah di pusat bandaraya.

Kena cepat ni!

Balik rumah mahu segera berbincang dengan Yusoff apa harus dia buat. Dia kenal Mommynya jenis macam mana sejak arwah Daddy meninggal.

Memang sudah tidak percayakan orang dan bersikap sinis kerana pernah ditipu dalam urusan perniagaan ketika arwah Daddy sakit dahulu.

Peliknya pula, macam mana Mommy boleh fikir dia dipihak yang betul dengan mempercayai cerita orang seperti Zaril dan Ziela.

Mommy... Mommy...

Tapi...
Mahu salahkan Mommy pun tidak boleh juga. Zaril memang licik dan zalim. Lihat sahaja berapa lama dia terperangkap di dalam perkahwinan toksik bersama lelaki itu.

Kemudian berapa lama pula dia harus melalui perjalanan turun naik mahkamah dan balai polis untuk melepaskan diri dari perkahwinan itu.

May Rose sampai kehilangan perniagaan hiasan dalaman milik keluarga dalam usahanya melepaskan diri dari Zaril.

Itupun Zaril tetap tidak berpuas hati. Masih juga mengejar dirinya hingga ke Paris. Zaril mahukan seluruh perniagaan keluarganya yang lain.

May Rose rasa jika dia tidak berkahwin dengan Yusoff pasti Zaril si zalim itu masih mengganggu dia sampai sekarang.

Syukur segalanya sudah berakhir. Semoga perkahwinan dia dan Yusoff sampai ke akhir hayatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience