Bab 22

Romance Series 2769

Nuha merebahkan diri di atas katil, matanya merenung siling yang sunyi. Buku latihan yang berselerak di meja belajar dibiarkan sepi. Fikirannya penuh dengan pelbagai persoalan.

"Adoi macam mana aku nak tanya pasal kak Qistina ni, kalau Luth tak pernah pon cerita pon fasal kak Qistina dekat aku?" desis hatinya.

Namun, jauh di sudut hati, perasaan gusar mula menyelinap.

"Macam mana kalau kak Qistina tu memang serius suka dekat Luth? Kalau mamat tu tahu aku cemburu, memang confirmlah aku kena usik dengan dia." Nuha bergumam sendirian.

Ketukan di pintu bilik membuatkan Nuha tersedar dari lamunannya . Dengan langkah malas, dia bangun dan membuka pintu.

"Noah?" Nuha memandang kembarnya dengan dahi berkerut.

Noah berdiri di hadapan pintu dengan semangkuk bubur ayam yang berasap harum di tangannya, diiringi sebotol air mineral.

"Ni bubur ayam yang Luth buat dari rumah dia," ujar Noah sambil mengangkat sedikit mangkuk itu.

"Dia kata kau sakit kepala tadi. Tapi aku tengok masa makan malam tadi, bukan main berselera je kau makan." sindir Noah.

Nuha menelan air liur, dia lupa dia melarikan dari Luth dan terpaksa menipu Luth pada petang tadi.

"Petang tadi memang aku sakit kepala, okey? Tapi tak sangka pula Luth sanggup masak bubur untuk aku."

Nuha mengetap bawah bibir. Dia terharu dengan sikap prihatin lelaki itu.Noah tersenyum kecil, dengan nada yang lembut Noah bersuara.

"Dia sayang kau, kan? Mestilah dia sanggup buat apa saja. Kau patut bersyukur bila ada seseorang yang sayangkan kau Nuha." Noah memandang tepat pada anak mata milik kembarnya.

Noah menghulurkan mangkuk bubur tersebut kepada Nuha, dan dia menyambutnya dengan hati-hati. Aroma harum bubur ayam itu memenuhi ruang, membuatkan perut Nuha terasa lapar semula.

“Makan cepat, nanti sejuk pula bubur ni seperti sejuknya hati kau dengan layanan Luth,”ejek Noah sambil menayang senyuman yang lebar.

“Dan nanti jangan lupa, whatsapp Luth. Ucapkan terima kasih pada dia. Dia dah susah payah masak untuk kau ni."

Nuha mengangguk perlahan, menatap mangkuk di tangannya. “Okay. Aku akan buat,” balasnya ringkas.

Namun, dalam hati dia tidak dapat menafikan rasa serba salahnya, kerana sudah menipu Luth.
Terbit senyuman tipis di bibir Noah, seakan memahami apa yang sedang bermain di fikiran kembarnya itu.

“Kadang-kadang, it’s the small gestures that matter most, Nuha. Jangan buat dia rasa usahanya tak dihargai.”

Nuha menunduk memandang mangkuk bubur tersebut yang masih hangat. Hangat seperti perasaaan cintanya pada Luth.

"Noah... Kau rasa dia suka aku tak?"

Noah menggosok belakang lehernya. Bibir dijuihkan.

"Wake up Nuha, tolonglah terang lagi bersuluh kot. Are you blind or are you deaf?" sarkastik Noah membalas.

"Noah!" pipi Noha berona merah. Rasa nak hempuk je kembar dia ni.

"Dan kau pon sukakan dia, jadi apa masalahnya? You like him and he like you too and boom keboom bersatu meletup!" terletus tawa kecil di bibir Noah. Noah terus mengorak langkah ke biliknya yang hanya jaraknya cuma beberapa meter.

Muka Nuha merah menahan geram yang berbakul-bakul. Mujurlah di tangannya masih memegang mangkuk bubur. Kalau tak, dah lama dia wrestling dengan Noah dekat sini jugak.

Nuha memandang Noah sekilas yang sedang melangkah ke pintu bilik dan dia mengalihkan pandangan ke mangkuk bubur di tangannya. Dalam diam, dia bersetuju dengan kata-kata sarkastik kembarnya itu.

Nuha melabuhkan punggung di kerusi, meletakkan mangkuk bubur di atas meja dengan berhati-hati. Buku-buku yang berselerak di tolak ke hujung meja. Dia menadah tangan dan membaca doa sebelum menyua sudu ke dalam mulutnya.

Suapan pertama bubur itu menyentuh lidahnya, dan rasa hangatnya serta-merta meresap hingga ke jiwa. “Sedapnya,” bisiknya perlahan. Setiap suapan terasa begitu nikmat kelazatannya, seolah-olah penuh dengan kasih sayang. Dia dapat merasai keikhlasan Luth sewaktu memasak untuknya.

Tanpa sedar, senyuman kecil terukir di wajahnya. Nuha terus menjamahnya dengan penuh selera.

"Mamat ni guna kuasa apalah agaknya? Ada je cara dia nak mencairkan hati aku ni."

Tangannya mula mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Laju jarinya menaip sesuatu di skrin telefon.

"Assalamualaikum Luth. Thank you sebab masakkan bubur ayam untuk aku. SUMPAH SEDAP GILA"

Butang send ditekan. Beberapa minit kemudian Luth membalas.

"Waalaikumussalam sweetheart. Sama-sama kasih. Anything just for you. Sweetheart dah okay?"

Mata Nuha terus membulat besar membaca chat dari Luth. Debaran di dada mula berubah rentak seperti irama lagu. Lagu apa? Mestilah lagu cinta. Bibir menguntum senyuman kecil.

"Aku dah okay. Thanks for your concern. But tolonglah jangan panggil aku sweetheart."

Luth is typing......

"Sorry aku tak panggil sweetheart dah. Jangan marah tau love. Btw love, minggu ni kita dah start busy dengan homework yang bertimbun, extra class lagi, dan aku kena fokus dengan aktiviti kelab. So mungkin kita tak dapat balik sekali my love."

Nuha mencebik. Bila dia baca saja ayat tiga baris terakhir, hatinya dipalu cemburu."Hmm... Sukalah dia dapat tengok kak Qistina tu. Kak Qistina tu dahlah ada iras seperti Mawar Rashid. Cairlah mamat ni nanti." omelnya sendirian dengan nada berbaur cemburu.

Ting! Bunyi notifikasi whatsapp dari Luth.

"Love? Are you there? Kalau kau dah tidur aku nak wish good night my love. Tolong bawa aku masuk dalam mimpi kau. Tapi jangan mimpi yang nakal-nakal ya. Bahaya nanti. Aummm."

Sekali lagi bibirnya menguntum senyuman. Seperti ribut yang melanda dengan begitu kuat, begitu juga dengan perasaan yang melanda di dalam hatinya.

"Ok and stop teasing me. Good night, sweet dream."

Ringkas saja balasannya. Butang send terus ditekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience