FAYRA terdiam sejenak, kemudian terus angkat kedua ibu jarinya ke arah Hera.
"Mantap. Gila-gila idea kau malam ni. Aku sokong niat kau seratus peratus. Perfect what pak cik dia tu. Nak kata handsome, Qif kalah tanpa bertanding. Duit? Kuasa? Aku rasa mungkin lagi tinggi daripada Dato Hafzal."
"Kau kena ingat something, Hera. Kalau kau tak dapat cari lelaki yang power-power, company bapak kau memang konfem-konfem akan jatuh dekat tangan Rheya. So… aku rasa pak cik si Qif tu perfect candidate untuk kau!"
Hera terpinga sejenak. Fayra memang jenis yang kalau bercakap, ada masanya tak terfikir akibatnya. Tapi kali ini, apa yang dikatakan wanita di depannya ini ada betulnya juga.
Kalau Rheya ada sokongan daripada keluarga Aqeef, kedudukan Hera untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam syarikat keluarga tentu-tentunya terancam.
"Alright, aku nak pergi goda pak cik tu sekarang jugak!"
Hera terus rampas beg tangan Fayra, cari gincu dan bedak muka.
Muka yang polos dan patah hati tadi kini tampak jauh cantik berseri-seri.
Fayra berkedip berkali-kali memerhatikan tindakan Hera. "Ra, you sure ke yang you boleh handle lelaki tu?"
"Sure ke tak? Pfft…! Please, he’s just a man!"
Hera tolak rambutnya ke sebelah bahu, dia ambil bunga ros yang dibawanya sebelum ke restoran itu tadi. Kemudian, dia melangkah ke arah lelaki yang menjadi fokus utamanya dengan langkah yang diperlahankan dan juga mata yang menggoda. Misinya? Untuk jadikan lelaki itu bakal suaminya. Bebola mata lelaki itu sekali lagi ditutup dengan kelopak matanya.
Semakin dia menghampiri lelaki itu, semakin jelas butir pada wajah lelaki tu. Bulu mata yang lebat dan lentik, batang hidung yang tinggi, raut wajah yang tajam dan berkarisma.
"Good evening. Hi, sorry kacau. May I know what time it is?" tiada jawapan.
Hera cuit bahu lelaki itu perlahan dua kali.
Perlahan lelaki itu buka mata, membiarkan cahaya restoran menusuk ke dalam bebola matanya. Dan dalam kepala Hera, ada satu perkataan yang terlintas; gila.
Dia terkedu seketika. Tapi lepas menarik nafas dalam-dalam, Hera terus tersenyum manis. "Saya rasa ini first time kita jumpa tapi saya yakin yang pertemuan pertama kita ni akan menjadi pemulaan kepada kebahagiaan kita pada masa akan datang. A long run. For sure."
Lelaki itu berkerut. Suaranya dingin. "Sorry, saya bukan doktor. Saya tak boleh nak rawat awak."
"Hah? Sorry?"
"Awak tak betul ke?" Hera terpikat dengan bibir seksi lelaki itu, tapi ayat dia… bukan main tajam macam pisau belati.
Masa itu jugaklah Hera rasa macam nak cari cermin untuk tengok keadaan wajahnya sekarang. Dia tak cantik langsung ke? Takkanlah langsung tak cantik?
Tapi betullah, nama pun lelaki, bukan senang nak faham. Kalau lelaki senang nak faham, Aqeef takkan khianat dia.
"Erm… Saya memang tengah sakit ni. Saya bukan sakit dekat sini,” Hera ketuk kepalanya dengan jari telunjuknya “Tapi saya sakit dekat sini." Hera cepat-cepat sambung ayatnya sambil tersengih malu dan memeluk dadanya. "Sejak saya pandang awak untuk pertama kalinya, saya… jatuh cinta."
Lelaki itu angkat keningnya sedikit. Peluang terbuka, jadi Hera terus ambil peluang. "Orang kata bila jumpa cinta sejati, dunia bergerak perlahan… kelopak bunga berterbangan… dan ada angin bertiup lembut. Saya rasa… awaklah cinta sejati saya."
"Okay, I’m flattered. Awak boleh pergi dari sini." Lelaki itu mengalihkan pandangan ke tempat lain, langsung tidak terpana dengan pengakuan ‘seikhlas hati’ Hera.
Ego Hera tercalar. Dia bukan perempuan yang biasa-biasa. Di bandar itu, dia adalah perempuan yang paling cantik. Kalau ikutkan, dia nak je angakat kaki dan pergi dari situ seperti yang diarahkan oleh lelaki itu tapi bila membayangkan rasa geramnya terhadap Aqeef, kakinya semakin berat untuk bawa dirinya pergi.
"Erm… Awak? Awak, boleh tak kalau saya nak nombor awak?"
Lelaki itu masih bersandar santai di kerusinya dengan mata yang dipejam.
"Boleh tak kalau saya nak nombor awak?"
"Awak? Nama awak apa?"
"Handsomenya awak kalau awak pejam mata awak. Mesti awak banyak peminat, kan?"
Lelaki tu buka mata perlahan-lahan, dari intonasi suaranya, lelaki itu nampaknya semakin geram. "Awak ni nak apa sebenarnya?"
"Saya nak kahwin dengan awak," Hera terlepas cakap.
Sudut mulut lelaki tu terangkat sedikit.
Hera tersenyum, semangatnya semakin berkobar. "Kalau saya main-main dengan apa yang saya cakap ni, maksudnya saya jahat, betul tak? Tapi saya serius. Umur saya dua puluh tiga tahun, lepasan dari Oxford University. Saya pandai berdikari, pandai masak, dan pandai cari duit sendiri. Saya sihat dan saya tak ada tabiat buruk. Yang paling penting, saya setia."
Lelaki itu diam. Dia pandang Hera macam tengah pandang alien di tengah pasar raya.
Hera angkat tangan macam sedang mengangkat sumpah. "Saya angkat janji dengan awak. Kalau awak ambil saya jadi isteri awak, saya akan layan awak baik-baik. Awak boleh ambil serius dengan jan-"
"Cukup."
Dia dah tak tahan lagi dengan Hera. Jadi, dia terus bangun dari tempat duduknya.
Hera terpaksa mendongak untuk lihat wajah lelaki itu. Masa itulah baru dia sedar yang lelaki ini sebenarnya sangatlah tinggi. Ketinggiannya mungkin hampir seratus sembilan puluh sentimeter dan bentuk badan dia memang sasa.
"Kalau awak nak sangat kahwin dengan saya, bawa semua dokumen penting awak dan jumpa saya dekat pejabat agama esok. Bawa wali awak."
Dia pandang Hera dari atas ke bawah, sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar.
Hera tergamam. "Awak... awak ni tengah main-main ke betul-be...?"
"Nak tau? Cubalah datang esok," ujar lelaki itu sambil berpaling dan terus berlalu pergi, melangkah dengan penuh keyakinan yang dunia ini dia yang punya.
Share this novel