Bab 11:Permulaan Hijrah

Action Completed 169

Tersentap dengan apa yang dibicarakan Uwaisy tadi........

Faiq mengambil langkah duduk di atas sofa dan melihat apa yang ada di televisyen itu.Lama dia termenung sendirian.

Satu minit...Faiq tenung lama di televisyen,mata memang melihat televisyen tapi fikiran tersasar ke arah masa lalu.

Lima minit...Faiq merenung ke luar jendela,melihat dirinya sekarang namun tiada siapa di sampingnya yang berani mendekati.

Sepuluh minit...Faiq duduk semula di atas sofa dan berada di alam mimpi.Lebih seringkali bertemu dalam mimpi semuka dengan abangnya memotivasikan dirinya pada suatu ketika masa dahulu.

Hidup ini satu perjalanan dan setiap hidup kita melalui perjalanan yang berbeza.

Setiap kehidupan ada jalan cerita yang tersendiri.

Paling penting kita kena yakin dan percaya bahawa perjalanan kita ALLAH dah susun cantik dan terbaik.

Sehebat mana pun kita kejar sesuatu, kalau dia bukan takdir kita tetap takkan jadi milik kita..

Sekuat mana pula kita lari dari sesuatu, kalau dah memang takdir kita ia tetap akan datang kepada kita..

Jangan lari, jangan kejar, takdir itu pencaturan hebat dari Allah S.W.T yang maha bijaksana

YA ALIM (yang maha mengetahui)

Bila kita redha, kita akan bahagia...

POV Uwaisy

"Lama jugak aku tinggal Faiq di ruang tamu,apelah mamat tu buat sekarang eh?masih rasa tersentap lagi ke dengan kata-kata aku,tu aku malas gunakan amarah aku bila dengan dia...kalau ikutkan,aku boleh je marah dia sejak kenal hari pertama dia sekolah lagi....pelik,lama je senyap,biasa bising-bising...mungkin dia terasa kot..hmm kesian dia,sejak hari pertama sekolah..makan sendiri,belajar sendiri,semuanya sendiri aku tengok...memang dia dalam kesunyian...maafkan aku sahabat"

"Eh uwaisy,mengelamun apa itu...haa mana air special tu..buat tak lagi??"tegur Datin Zubaidah

"Takdelah Ibu,cuma terfikir kawan yang lama tunggu dekat ruang tamu tu haa....nanti along buatkan yer bu,rasenye kena asinglah antara milo,strawberi dengan asam boi,okey tak?"kata Uwaisy

"Pulak dah,apa pelik-pelik ni Uwaisy??..haa solat maghrib ke idok lagi,asyik fikir nak kenakan Faiq je..ajak dia sekali berjemaah tu."jawab Datin Zubaidah

"hahaahaa adelah tu bu..ibu tengok je apa yang along buat...hmm okey inshaaAllah cube ajak Faiq solat berjemaah"kata Uwaisy.

Uwaisy menuju ke ruang tamu untuk melihat keadaan Faiq.

"lahh tido pulak dia,tadi bukan main marah-marah..fuh lena dia tido..tak sakit kepala ke tidur maghrib eh?"Uwaisy bermonolog dalaman.

"Eh Faiq,Faiq,Faiq...bangun!!!kambing kau berapi!!!"usik Uwaisy

"Oiii mak kau hijau apii woii kau tak reti kejut aku baik-baik ke haa??"Marah Faiq

"hahaaaaa,mana pergi macho kau...eh Faiq,jom solat maghrib sama-sama,aku tau kau tak solat lagi sebab time aku call tadi pun 10 minit sebelum azan maghrib..ikut logik akal,mana mungkin kau sudah solat"pelawa Uwaisy

"bijak betul perkiraan masa kau...mentang-mentanglah top student...erk,lantak akulah nak solat ke tak?bukan ada orang peduli aku pun"jawab Faiq

"Aku peduli Faiq...kita orang islam kan?...kau kira bersyukur Faiq,ada sesetengah orang mati dalam keadaan tidur...kau masih diberi peluang oleh Allah untuk merasakan hidup sebagai manusia yang taat perintah Allah dan jauhi segala laranganNya..kau beruntung Faiq diberikan lagi nikmat udara untuk kau hirup dan hembus setiap hari...kalau kau bijak sangat matematik ,cer kau kira berapa piawaian atmosfera(atm)? berapa unit Paskal(kPa)? berapa milibar/hektopaskal tekanan udara yang diperlukan dalam kehidupan seharian?"Soal Uwaisy

"Erkk tak tahu,jawapannya apa?"soal Faiq

Soalan berbalas Soalan

Apabila ego bertemu ego,maka ibaratkan magnet utara dan selatan

masing-masing ibarat kucing dengan anjing memang tak dapat dieratkan.

Tetapi apabila satu ego mengalah antara dua ego,pasti ada pengakraban antara satu sama lain.

Skrip kehidupan senang,Kita faham keadaan orang,Orang faham keadaan Kita

"Jawapannya kau kena ikut aku solat berjemaah dulu baru aku bagitahu jawapannya okey"jawab Uwaisy

"Aku lama dah tak solat sebenarnye Uwaisy,Ummi dan Abi aku selalu outstation sampaikan aku lupa dah camne nak wuduk,solat semua tu...aku takde keyakinan Uwaisy!!"Faiq menjerit sekuat hati ke arah Uwaisy.

"Takpe Faiq,mungkin Allah datangkan aku untuk tolong kembalikan semula diri kau sebagai orang islam dalam menunaikan kewajipan rukun islam yang kedua...haa dah,biar aku tunjukkan kau cara berwuduk selepas tu kau follow je...cepat Faiq,apa termenung-termenung lagi Faiq...nak kambing ahmad western tak ni?jom-jom"pujuk Uwaisy

"okeylah"jawab ringkas Faiq

Maka bermulalah detik penghijrahan Faiq

tapi persoalannye hijrahnye kerana Allah atau demi makanan kesukaannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience