"Abang kenapa?"
Hamzah senyap. Lidah dia kelu, malangnya selagi dia tidak berterus terang hati dia tidak akan pernah tenang.
"Abang Am!".
Naik seoktaf suara Khaleeda yang mula tidak sabar. Kenapa dengan Hamzah. Rambut semakin panjang dan kusut. Semakin kurus dan berpakaian tidak terurus.
"Abang okay?".
Khaleeda turunkan nada suara. Cuba memujuk lelaki itu bercakap tentang tujuan dia dipanggil untuk datang berjumpa di taman seawal pagi begini. Risau dia melihat paras rupa Hamzah yang kusut. Sakitkah? ada ambil barang terlarangkah? Nauzubillahiminzalik!
"Di..."
Khaleeda renung wajah Hamzah serius. Memberi tumpuan supaya lelaki itu bersedia bercerita.
"Di..."
"Abang... Abang..."
Mulut Hamzah yang kering dan pucat itu umpama mulut seekor ikan yang terdampar di daratan. Terbuka dan tertutup tanpa ada bunyi yang keluar.
"Abang Am... kenapa ni? Abang ada masalah apa.? Jangan buat Di risau."
Sehabis lembut Khaleeda memujuk Hamzah untuk terus bercerita.
"Abang minta maaf..."
"Abang minta ampun..."
"Abang..."
Maka berceritalah Hamzah kisah di malam Khaleeda terminum minuman beralkohol sepupu Kirtikesh dengan linangan air mata dan hingus penyesalan.
@@@@@@@
"Kenapa Abang buat macam tu!!!?"
Hamzah semakin mengeletar. Dia masih di taman tapi sudah berseorangan. Telefon masih di telinga dan Hamizah di hujung talian sedang menangis memarahi dia. Hamzah matikan panggilan. Dia kusut.
Khaleeda sudah tinggalkan dia tanpa apa-apa ayat keluar dari mulut gadis itu. Bangun dan pergi dengan wajah yang pucat dan bibir yang tergigil.
Panggilan masuk daripada Hamizah tidak Hamzah jawab. Hamzah biarkan telefonnya bergetaran dalam genggaman.
Tak berbaloi!
Sungguh tak berbaloi!
Sungguh sungguh tak berbaloi!
Sungguh sungguh sungguh tak berbaloi!.
Dia cintakan Khaleeda.
Dia ikhlas sayangkan Khaleeda.
Hatinya menjerit kuat.
Kepalanya tidak ke mana. Fikiran teringat malam kejadian. Bukan nikmat yang dia dapat. Nikmatnya kurang 60 saat. Sekarang rasa bersalah dan takut yang bukan sedikit tapi juga sedang membunuh kewarasannya.
Malam itu...
Hamzah terlalu teruja melihat Khaleeda yang mabuk terliuk lentuk tubuh montok itu di dalam pelukannya.
Erat dia memeluk supaya langkah si gadis yang kejap-kejap ketawa manja, kejap-kejap menyodok lehernya dapat dia kawal agar tidak terjatuh dan tercedera.
Mana mungkin menghantar Khaleeda pulang ke rumah gadis itu dalam keadaan mabuk begini. Rumah besar itu dilengkapi CCTV. Maka dia bawa pulang ke rumahnya.
Sampai di rumah dengan penuh susah payah dia bawa Khaleeda ke bilik Hamizah. Ketika membaringkan Khaleeda ke tilam Hamizah itulah kewarasannya dirajai nafsu.
Gadis yang dicintai sudah tidak sedarkan diri terbaring tidur dengan dada penuh dan tinggi dalam t-shirt putih yang ketat. Skirt pendek separas lutut itu sudah tersingkap mededahkan paha putih melepak.
Dia lelaki sempurna yang menyintai. Kepala atas sudah tidak mampu berfikir kerana kepala bawahnya sudah mengambil alih arahan. Dia dedahkan taman larangan.
Terlalu teruja hingga mengeletar, walau tidak berjaya beberapa kali terawal, dia cuba lagi dengan baby oil. Sekali! Berdesup masuk dan dia terus termuntah di dalam.
Apabila si cobra sudah berubah menjadi cacing barulah dia tersedar. Barulah dia gementar dan takut. Dia sudah menganiaya gadis yang dicintai sepenuh hati.
Dia menangis teresak-esak menyesali kebodohannya. Sambil menangis dia bergerak cuba menghapuskan bahan bukti. Membersihkan gadis itu kemudian memakaikan semula pakaian si gadis. Dia angkat Khaleeda yang langsung tidak sedarkan diri lalu menukar cadar katil Hamizah.
Sampai ke subuh dia langsung tidak mampu tidur. Takut dan rasa bersalah. Dia tinggalkan Khaleeda sendirian. Bertapa jahatnya dia, mesej gadis itu juga hanya dia jawab dengan dua abjad 'ok'. Langsung tidak bertemu muka dengan gadis itu sehingga pagi ini.
Ya dia bacul!.
@@@@@@@
Telefonnya tidak berhenti berbunyi. Berbunyi dan terus berbunyi. Michan menelefonnya tanpa putus asa. Khaleeda biarkan sahaja.
Dia tahu Michan mahu apa. Dia yakin Michan sudah tahu. Mesti Hamzah sudah bercerita kepada Michan. Dia yakin Hamzah memberitahu Michan selepas berterus-terang dengannya.
Khaleeda lajukan langkah dan berhenti di hadapan farmasi. Tubuh Khaleeda mengeletar. Kitaran dia sentiasa tepat, 28 hari. Tapi hari ini genap 32 hari kawan baik tak kunjung datang.
Khaleeda ambil tiga jenis berlainan jenama dan berlainan tahap ketepatan yang beratur di rak. Pergi kaunter letak dan bayar. Kemudian laju keluar dan pulang ke rumah.
Buru-buru dia lakukan semuanya dalam gementaran jari jemari dan tubuh badan. Masa untuk tunggu...
Dua garisan merah ketiga-tiganya.
Khaleeda terkulai di situ. Pengsan tidak bergerak.
@@@@@@@
Faridah picit tengkuk yang terasa ketat sambil mendaki tangga naik ke tingkat atas. Sakit kepala Faridah dengan perangai orang B40 yang menahannya di tengah jalan tadi.
Menahan Faridah untuk merayu supaya dia menarik balik laporan polis ke atas isterinya aka si muka tembam yang hidup tiada adab. Perempuan itu sudah keluar lokap dengan jaminan sepuluh ribu ringgit. Menunggu hari perbicaraan.
Suami perempuan itu datang ditemani adiknya. Keduanya merayu dia silih berganti. Meminta dia mengasihani anak kecil yang masih menyusu badan.
Hmm...
Perempuan itu dengan mukanya, dengan perangainya, dengan pencurinya.
Mungkin dia boleh maafkan bab layanan tanpa adab dan mencuri itu.
Tapi...
Memerah air dari kain lap meja masuk ke dalam minumannya. Gila! hanya orang dengan otak mereng sahaja tergamak berbuat begitu!. Jadi, bagaimana mungkin untuk dia menarik balik dakwaan!?.
...
Langkahnya terhenti.
Faridah berundur tiga tapak. Jarang sekali pintu bilik si anak ini terbuka tidak tertutup dan berkunci. Orangnya ada ke? Hmm... anak sendiri pun dia tidak pasti di mana tepatnya. Faridah yakin Khaleeda tidak akan berani berbuat perkara yang tidak-tidak.
Faridah melangkah masuk. Boleh dikira dengan sebelah jari tangan berapa kali dia masuk bilik anak ini sejak lima tahun terakhir ini. Sibuk hidupnya tidak berpenghujung.
Apa kena budak ni?.
Khaleeda terbaring di tepi dinding. Tidur? Kenapa di atas lantai di hadapan pintu bilik air. Sakitkah?.
Faridah mendekat dan bertinggung cuba untuk mengejut si anak. Apa di bawah tangan budak ini.
???
Arrgghhhhhhhhhhh...
Jeritan Faridah bergema di segenap penjuru rumah besar. Entah sampai ke rumah jiran atau tidak.
@@@@@@@
"Idah!"
"Please! bertenang... okay!"
Tempikan Hamdan mematikan maki hamun dan jerit pekik pada si anak. Faridah hempas badan ke sofa empuk. Langsung tak selesa sementelah hati tengah panas membara.
Perit tangannya mendebik Khaleeda. Sakit kulit tangannya kerana merundas-rundas rambut Khaleeda. Budak haram jadah itu kekal diam.
Ada di sana.
Terperosok di bawak meja makan kerana dia tolak geram sebentar tadi sebelum Hamdan memekik menyuruhnya diam.
"I tak kira!. Anak haram tu mesti keluar dari badan budak tu!"
"What do you mean?"
"Abortion?".
"Yeah! what else!?"
"I don't think so..."
"Hamdan! I don't care! I don't want that 'thing' be my grandkid."
"Tak boleh Idah! We are going to launch our new product. We already spend a lot on imports, packaging, advertising and so on."
"Apa kena mengena kerja dengan benda dalam perut dan perangai jahanam anak you Hamdan!"
Faridah hilang arah lagi. Dadanya berombak ganas. Serasa mahu pergi ke meja makan dan menarik budak itu keluar dan mendebik lagi seperti tadi.
"You know abortion is illegal!"
"I'm not worried about her or that 'thing' but I'm worried about us!."
"That title is just around the corner, Idah! illegal abortion and us in the pharmacy business and our new product about fertility..."
"Can you imagine the loss we have to face! if all this is known by the public!"
Faridah terkedu. Ya, segala yang dia usahakan dengan susah payah mungkin berakhir. Rasa geramnya kepada si anak membuak.
"So! your suggestions?"
Pasrah...
"Married her to whom we choose. Someone who will divorce her when we ask so."
Faridah pejam mata rapat-rapat. Sakit kepalanya bertambah. Mana nak cari!.
190624
maaf sume. Sy yg terpaling bercuti. huhu. idea tk brpe nk dtg. slps dicongak-congak tk blh buat Hamzah jd hero nti jd mcm cite gangster yang cedera parah idea bercampur baur watak Johar jd 2nd hero. tk pandai nk buat cm tu. nti pening nk abiskn cm GYCP. jd Sy blik pd angan-angan asal. maaf tk dpt up hari2. encik seben ckp mama asik main tpon. huhu smpi ati dia. terima kasih yg sudi singgah yg Komen yg sudi kwn dgn Sy yg sudi temankn Sy. syg sume. pls komen ye. tqvm sume
Share this novel
Syafakillah buat Puan, moga Allah permudahkan segala2nya Dan diberi kesembuhan segera.. Aamiin2 ya rabb
Semoga sis haila cpt sembuh dan dipermudahkan urusan..patut dah lama x update
moga dipermudahkan segala usaha haila n segara sembuh