BAB 56

Short Story Completed 65516

‘Hari ini adalah nyata. Semalam adalah memori. Esok adalah kemungkinan berlaku. Oleh itu, hargailah setiap saat yang dilalui kerana waktu tidak akan berpatah kembali dan selagi nyawa dikandung badan, kehidupan perlu diteruskan.’

Elmer merenung jauh lautan biru yang terbentang luas di hadapannya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuhnya menambahkan lagi suasana nyaman buat dirinya.

“Woi!” Sergah seseorang yang datang dari arah belakang membuatkan semua lamunannya buyar begitu saja.

Elmer menjeling tajam ke arah figura tersebut sambil mengurut perlahan dadanya. Kus semangat tau!
“Salam mana salam?” Perlian halus diujar dengan nada tegas.

“Asif (maaf) Elmer. Hehehehe Assalamualaikum” Punggung dilabuhkan di atas bangku yang berhadapan dengan laut. Jarak diambil untuk tidak terlalu dekat kedudukan mereka yang bukan muhrim.

“Waalaikumussalam,” ucap Elmer lalu pandangannya kembali terarah ke ciptaan Tuhan.

“Mana ayah kau?” Soal Elmer dengan pandangannya melebar ke seluruh arah.

“Pergi tandas, kejap lagi dia datang.” 

“Kesihatan dia macam mana? Dah okay kah?” Tanya Elmer dengan nada khawatir. Bukan dia tidak tahu tentang kemerosotan kesihatan Encik Emir sejak kebelakangan ini.

“Alhamdulillah makin baik. Berkat pertolongan dan doa kau orang juga. Terima kasih sangat-sangat.” Jujur Ayuni berasa syukur sangat kerana dikurniakan orang-orang yang baik disekelilingnya. Ini memang satu rezeki yang paling menggembirakan dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, adik kau pula?” Automatik Ayuni mengukir senyuman lebar. Tak sabar pula dirinya ingin menyambut bakal anak menakannya nanti.

“Tengah tunggu masa saja sekarang ini. Kau doa-doalah yang baik-baik. Aku tak sabar ni nak tengok baby!” Riak teruja Ayuni yang terpapar di netranya membuatkan dirinya turut tersenyum.

“Kau suka baby?”

“Of course la aku suka!” Elmer menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Dalam diam sabit kecil terukir di sudut bibirnya.

“Kalau macam itu cepatlah sikit kahwin nanti boleh dapat baby”

“Nak kahwin macam mana? Batang hidung jodoh pun aku tak nampak sekarang.”

“Kau demand sangat kut,” Seloroh Elmer dengan nada berjenaka.

“Demand sangatkah kalau aku cakap aku nak suami yang tak buat aku rasa insecure sebaliknya buatkan aku selalu tenang. Suami yang tak terlalu dengan social media dan melayan perempuan. Suami yang cold dengan orang luar tetapi jadi soft dengan aku saja. Suami yang selalu tenang menghadap perangai aku dan setia bersama aku sampai syurga,” Ayuni meluah segala apa yang dia rasakan dalam hatinya.

Kata-kata yang terbit dari bibir Ayuni membuatkan Elmer terbungkam. Sangkanya type Ayuni seperti lelaki kaya ataupun kacak tetapi hanya itu saja jenis-jenis lelaki kesukaan Ayuni.

“Yang kau tu kenapa tak kahwin lagi?” Kali ini Ayuni pula menyerang soalan tersebut kepadanya.

“Dah kau tak nak kahwin sebab itulah aku pun tak kahwin lagi,” balas Elmer bersahaja.

Terjegil biji mata Ayuni. Kenapa pula dia yang dipersalahkan? “Apa kena mengena dengan aku pula?”

“Iyalah! Macam mana aku nak kahwin kalau pengantin perempuan pun tak beri kata putus lagi?” Kata Elmer dengan tersenyum sumbing. Tampak wajah itu sumringah saat ini.

‘Before this I choose to love you in silence because in silence I find no rejection and in silence no one owns you but me. But now, it's changed' getus hati kecil Elmer. Dia memejam mata menikmati angin badai yang menerpa di wajahnya.

“Huh?” Soal Ayuni bingung. Manik matanya terpaku pada jejaka tersebut.

Tubuh dipeluk. Kecil besar sahaja pandangan Elmer terhadap Ayuni saat ini. “Blur sangatlah kau ni. Tanya sajalah dekat ayah kau nanti.” Nadanya kedengaran pasrah sahaja

“Ha?! Apa kena-mengena dengan abi pula ni?” Soalnya lagi sambil menggaru kepala. Tolonglah, otak dia tengah blank sekarang. Elmer hiraukan. Dibiarkan sahaja Ayuni dengan tanda tanyanya.

Tetapi tanpa siapa tahu hatinya bersorak keriangan. Semuanya berjalan yang dia inginkan. Diterima baik oleh ibu bapanya, dianggap saudara oleh keluarganya itulah doanya selama ini. Alhamdulillah.

***

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan kini sudah tiba masanya untuk mereka menyambut kedatangan ahli baru ke dalam keluarga bahagia ini. Semua persiapan sudah pun disiapkan awal-awal oleh bakal kedua ibu bapa ini. 

Surah Maryam dibaca bagi menenangkan si isteri yang kini terbaring di atas katil memandangnya.

“Abang,” tegur Amira.

“Ya sayang,” sahut Chairil tidak kalah lembutnya. Dia mengusap pipi Amira dengan ibu jari.

“Terima kasih untuk segala-galanya dan maaf diatas segala salah silap yang sayang pernah buat dalam keadaan sedar ataupun tidak.” Chairil menggelengkan kepalanya.

“Tak. Sayang tak pernah buat salah dekat abang. Sikit pun tak. Abang yang sepatutnya cakap macam tu. Abang yang sepatutnya ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab tak pernah putus asa dengan abang, tak pernah lelah bersama abang. Walaupun sayang dah tahu sisi buruk abang, sayang tetap berada disisi abang. Abang bersyukur sangat kerana Tuhan hadirkan bidadari sesempurna ini kepada abang. Yang tidak pernah ungkapkan lelahnya tapi sering ucapkan sayang, maaf dan terima kasih kepada abang. The difficulties we go together, make our love becomes stronger,”

“Dan abang nak minta maaf. Minta maaf untuk segalanya, minta maaf sebab sering susahkan sayang. I’m sorry. Kalau dengan ditimpanya musibah sebagai hukuman untuk kesalahan itu, abang sanggup tapi asalkan bukan dengan kehilangan sayang. Abang... Abang tak sanggup.” Matanya berkaca-kaca. Diambil tangan kecil itu lalu digenggam erat. Memikirkan saja membuatkan dia terasa sesak nafas.

“Tolong jangan pergi dari hidup abang,” katanya lirih. Dikucup semahu-mahunya tangan sang isteri lalu dilabuhkan pula pada seluruh muka bidadari tercintanya.

“Abang.” Dengan mata yang meredup Amira mengusap pipi runcing itu lembut.

“Abang adalah lelaki terbaik dalam hidup sayang. Jadi jangan pernah salahkan diri kerana kesalahan yang lalu. Yang lepas biarkan dia pergi, tak usah kenanginya lagi. Fokus utama sekarang adalah masa yang akan datang. Berubah menjadi lebih baik, lebih baik dari dulu.” Tak semena air mata Chairil jatuh setelah mendengar pernyataan sang isteri.

“I love you.” Makin lebat air mata yang turun. Tanpa malu dia melabuhkan kepalanya di atas dada Amira.

“I love you too. I love you so much little pumpkin. I never wanted anyone else, even that person more than you, I will still choose you. Tiada kata yang boleh diungkapkan bagaimana perasaan abang kepada sayang sekarang ini. Apa yang abang tahu, abang cuma cintakan sayang. Hanya Amira Earina sahaja yang berada di dalam hati abang,” katanya dengan suara serak. Wajahnya digogoi manja dalam pelukan Amira tatkala merasai jari-jemari halus itu membelai rambut lebatnya.

Senyuman manis tak lekang mengukir di wajah. Ciuman dilabuhkan pada puncak kepala sang suami.

Sekonyong-konyong terdengar ringisan kesakitan dari bibir Amira. Chairil terus mengangkat wajahnya dan menatap Amira dengan riak kerisauan. Melihatkan hidung mancung yang kemerahan dengan bekas air mata yang masih terlekat pada pipi menghilangkan sedikit rasa sakit Amira kerana ianya digantikan pula dengan tawaan kecil. Comel pula suaminya ini.
“Kenapa?”

“It's time.” Dengan tergesa-gesa Chairil menekan butang untuk memanggil doktor yang bertugas.

“Abang nak masuk?” Tanya Amira kehairanan. Lelaki itu benar-benar dilihat khawatir. Dengan tingkahnya yang kelihatan terburu-buru dan cemas sekarang ini nak dibandingkan dengan Amira yang hanya cuba untuk kekal tenang mengawal nafas sambil berselawat kecil. Orang lain pun boleh nampak siapa sebenarnya yang nak bersalin sekarang ni.

“Yes. Kita masuk sama-sama. Kita akan harunginya sama-sama. I want to stay with you forgetting all the problems that were there. When I'm with you, everything is fine.” Jawab Chairil tanpa lengah. Dia juga turut kelam-kabut ke sana ke mari walaupun tiada function.

'Apa yang menjadi takdirmu, pasti akan mencari jalannya untuk menemukanmu' - Ali bin Abi Thalib

Jom sama2 doakan utk palestine Jemput vote, komen and follow Ada yang masih menunggu cerita inikah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience