SA 6

Romance Series 93230

“Rhea minta maaf. Semuanya salah Rhea. Rhea tak patut paksa abang untuk terus hidup dengan Rhea. Sedangkan bukan Rhea yang abang mahu.” Bergetar suara Rhea menahan rasa. Dia cuba untuk tidak menangis lagi.

Hayyan bungkam. Dia kehilangan kata-kata. Entah mengapa hatinya rasa sakit sangat saat perpisahan yang Rhea minta. Sedangkan dahulu dia sendiri pernah mengajak Rhea untuk berpisah.

Bukan inikah dia mahukan selama ini? Tapi mengapa hatinya berat mahu melepaskan Rhea pergi?

“Abang, sejujurnya Rhea tak tahu nak buat apa lagi. Abang dah tak ingat Rhea. Rhea pun tak boleh paksa abang untuk ingat Rhea. Abang dah tak pilih Rhea lagi. Bukan Rhea yang abang cinta. Jadi, apa lagi pilihan yang Rhea ada selain kita berpisah?”

“Awak betul-betul nak kita berpisah? Macam mana dengan Armel?” Kalau dulu mungkin Hayyan tak peduli langsung tentang Armel tapi sekarang dia sudah jatuh sayang kepada anaknya itu. Dia sudah terbiasa hidup bersama Rhea dan Armel. Tentu sukar untuk dia biasakan diri hidup tanpa mereka selepas ini.

“Armel tetap anak abang. Yang putus cuma hubungan kita. Bukan hubungan abang dan Armel.”

“Rhea, saya nak awak tahu yang saya tak buat perkara terkutuk tu. Saya masih kenal dosa pahala.”

Rhea tersenyum perit. “Itu antara abang dan ALLAH. Rhea tak layak nak menghukum.”

Rhea menapak menghampiri Hayyan. Tangan kanan Hayyan diraih lalu dikucup lama.

***Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Harini hari terakhir.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu

“Rhea minta maaf. Rhea bukan isteri yang sempurna untuk abang. Rhea gagal…” Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah juga.

Hayyan terkaku di situ. Hatinya turut sebak mendengar ujaran Rhea. Kenapa Rhea minta maaf sedangkan dia yang bersalah? Bukan wanita itu.

Perlahan-lahan Rhea melepaskan tangan Hayyan. Dia mendongak memandang wajah suaminya itu.

“Sebelum abang lepaskan Rhea, izinkan Rhea untuk jadi isteri abang selama tiga bulan lagi. Rhea nak kita cipta memori bersama untuk Armel. Sekurang-kurangnya dia ada memori indah dengan kita.”

“Jadi Rhea minta sangat abang bertahan sekejap. Rhea janji lepas ni Rhea tak akan halang lagi hubungan abang dengan Trisha. Rhea akan pergi jauh daripada hidup abang,” sambung Rhea lagi. Dadanya terasa sesak seperti mahu pecah saat menututkan ayat itu.

Sesungguhnya dia tidak rela melepaskan Hayyan tapi demi kebahagiaan Hayyan, dia ikhlaskan. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka cuma sampai di sini saja. Lagipun hayatnya juga tidak lama. Bila-bila masa nafasnya akan terhenti. Hayunan berhak bahagia. Walaupun bukan dengannya.

“Rhea nak pergi ambil Armel dulu.” Rhea terus berlalu keluar meninggalkan rumah.

Hayyan meraup perlahan wajahnya. Tubir matanya yang bergenang segera dikesat. Rasa macam tak percaya yang dia akan menghadapi keruntuhan rumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience