Masa Kini – Malaysia
iMALL ENTERPRISE
JAZLYNN Amara menghentikan nyanyian bersulam siulan kecilnya. Tangan yang sedang lincah membasuh cawan dan mug di sinki pantri juga terhenti pergerakannya. Naluri mula merasakan ada seseorang sepertinya sedang memerhatikan beliau.
Lantas dia mula berpaling…
Jeda buat seketika. Hanya dua pasang mata itu saling berbalas renungan. Seumpama pasang mata mereka yang kini sedang berbicara.
“It’s been a while, Jaz…”
Akhirnya sang jejaka memecahkan suasana jeda di pantri utama syarikat.
“Hai…” Jazlynn Amara menyapa mesra penuh tertib.
“Apa khabar, Jaz?”
“Khabar baik, Luth.”
Sang jejaka hanya melemparkan senyuman segaris. Jazlynn Amara menyapanya dengan panggilan Luth. Ya… dia faham.
Luth yang masih bersandar nyendeng di pintu pantri sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam saku slack. Merenung ke arah keseluruhan penampilan wanita yang bernama Jazlynn Amara ini. Tiada yang banyak berubah. Masih seperti dulu. Malah bertambah anggun dan jelita seiring dengan usia dan kematangannya.
“Err… Dato’.”
“Give me a moment, Puan Zaleha. Sekejap lagi I akan ke pejabat CEO Tan Sri. I ke sini mahu request another cup of Latte from Puan Amara.”
Puan Zaleha hanya mengangguk walaupun mindanya mula merasa sedikit pelik. Hebat benar ya Latte buatan tangan Tea Lady seorang ini. Sampaikan tetamu kehormat Tan Sri Ismail mencari si retis fofular (artis popular) ini. Sampai ke pantri tu! Eh! Tahu pula Dato’ handsome ini lokasi pantri utama syarikat terletak di mana! Hebat mung!
“Wow! Dato’ Luth Faeq. Congratulations to you.” Jazlynn Amara kembali berbicara semula sebaik sahaja kelibat Puan Zaleha mula menghilang.
“Rezeki abang, Jaz. Alhamdulillah. Berkat usaha business kecil-kecilan dulu di Istanbul membuahkan hasil. Sekarang abang sudah jadi tauke minyak wangi dan tauke produk jual rempah ratus.”
Jazlynn Amara hanya tersenyum. Tumpang bangga dengan kejayaan Luth Faeq.
“How about you, Jaz?” Luth Faeq mula bertanya. Tidak sabar rasanya mahu mengetahui perkhabaran terkini wanita anggun dan jelita ini.
“Happy as usual. Just being busy as a wife and mommy to Haziq and Hani. Bertambah sibuk bila sudah bekerja as Tea Lady di sini.” Jazlynn Amara bercerita penuh teruja.
Luth Faeq tersenyum sahaja melihat betapa bahagia dan cerianya wanita itu bercerita perihal kehidupan bersama keluarga tersayang.
“Luth pula apa cerita? Sudah ada berapa orang anak sekarang ni?” Jazlynn Amara pula berbalas pertanyaan. Sekadar mengikuti rentak topik perbualan di antara mereka.
Gelengan kecil Luth Faeq itu mencetuskan tawa geli hati Jazlynn Amara. Dia tahu. Ritma ketawa itu lebih kepada menyindirnya. Tidak mengapa. Dia mampu hadam!
“I tertanya soalan yang boleh dikira bodoh juga ya, Luth. I ingatkan you sudah berubah. But still… hurm. Your wife tak kisah ke yang you memang tak suka ada anak?”
“Ya…”
“Good to hear that. Maaflah kalau Jaz bertanya. Isteri sekarang ni… your second marriage or…”
“Ehem! Maaf Dato’. Tan Sri minta Dato’ ke biliknya sekarang. Team pemasaran sudah ada.” Puan Zaleha kembali mencelah.
“Okey, Jaz. Abang gerak dulu ya. Assalammualaikum.”
Menyempat Puan Zaleha menjongket kening ke arah Jazlynn Amara sebelum membuntuti langkah Dato’ Luth Faeq.
Biar muka ku ini tak flowless. Janji jangan pekak. Aku dengar ya ini Dato’ handsome bak ang bahasakan diri dia A.B.A.N.G pada acik Tea Lady kita ini! Gosip hangat apakah ini yang mahu dibikin pada hari ini ya?!
****
TING!
TONG!
“Hey, Sarah! Ada apa menyinggah ke rumah aku ni? Aku baru nak keluar dengan Abang Hakim. Pergi dating sekejap. Anak-anak pun tengah tidur tu.”
“Hai, Eisa. Abang Hakim ada di atas tu. Sekejap lagi dia turun.” Jazlynn Amara mula menyapa suami sahabatnya. Merangkap sahabat kepada suaminya juga.
“Aku naik ke atas sekejap ya, Jaz. Ada hal mahu bercakap sekejap dengan Hakim. Hal kerja kitaorang.” Eisa mula mengatur langkah menaiki tangga sebaik sahaja menerima anggukkan kebenaran daripada isteri sahabatnya itu.
“Apahal si Eisa tu? Semacam tak menyempat saja mahu jumpa laki aku?”
“Biasalah si Eisa tu. Lusa kan diaorang ada presentation. Laki aku tu hah! Terpadam data presentation dia tadi. Itulah ralit sangat main game dalam tablet. Terpadam terus!”
Jazlynn Amara hanya melepaskan tawa sambil kepalanya digelengkan. Melihat Nur Sarah sudah membebel-bebel sambil menampar bantal sofa. Melepaskan amarah dan geramnya di situ.
“Kau nak pergi dating ke mana, Jaz? Kitaorang nak ikut, boleh? Aku pun tengah lapar ni. Teringin nak makan fettucini carbonara di restoran The Ship tu. Alang-alang tu kita double date sajalah.”
“Aku okey je. Eisa okey ke?”
“Laki aku tu kalau bab makan memanjang saja okey nya.”
“Eh, Jaz. Aku ada benda nak cakap sikit ni.” Nur Sarah mula merapatkan diri.
Jazlynn Amara hanya menjongketkan keningnya sahaja.
“Aku cakap ni kau janganlah terasa pula ya…”
“Apa dia, Sarah? Cakap sajalah…”
Nur Sarah mula berdehem sebelum memulakan bicaranya.
“Lusa kau masuk kerja. Hurm… kau boleh dress up se simple yang mungkin tak? Err… maksud aku kau pakailah baju biasa-biasa. Macam sebetulnya orang kerja membancuh air.”
“Hahaha…”
“Aku serius ni, babe…”
“Aku pun serius juga. I just be myself. Biarlah apa orang nak mengutuk aku. Aku sudah tak hairanlah.”
Jazlynn Amara tetaplah seorang Jazlynn Amara. Dia sudah tidak peduli apa orang di sekeliling mahu mengumpat keji akan dirinya. Misinya hanyalah mahu bekerja selama sebulan di syarikat iMall Enterprise sebagai Tea Lady. Dapat gaji sahaja terus cabut! The end!
“Aku hidup di muka bumi ni hanya mahu gembirakan hati suami dan anak-anak aku. Di ofis tu lantak diaorang lah mahu kata apa.”
Nur Sarah hanya menjungkit bahu. Jika itu yang diperkatakan oleh Jazlynn Amara. Maka itulah!
“There’s one more gossip about you, Jaz.” Nur Sarah sepertinya agak teragak-agak mahu meneruskan bicaranya. Takut sekiranya si sahabat ini terluka.
“Kau mahu bertanya tentang Dato’ Luth Faeq?”
“Ya, Jaz.”
“Kisah kitaorang sudah lama berlalu. Ya betul. Minggu lepas dia ada datang tegur aku. We both are good. Dia dengan kehidupan dia dan aku dengan kehidupan aku.”
“Tapi kan, Jaz. Gosip kau ni berkenaan si Luth tu bahasakan diri dia ‘abang’ kat kau sampai si Zaleha tu dengar. Tapi aku sudah betulkan balik gosip tu. Cakap yang si Dato’ Luth Faeq tu kasanova legend mari! Hehehe…”
Gelak tawa mereka mula bergabung. Lelaki yang bernama Luth Faeq itu?! Sememangnya kasanova terpaling legend! Sampai merana Jazlynn Amara dibuatnya!
*
“BRO…!”
Dato’ Luth Faeq mula bangkit dari duduknya. Menyambut balas rangkulan gagah si sahabat lama.
“Hebat kau sekarang, Luth. Eh! Maaf. Dato’ Luth.”
“Kau tak usahlah nak mengada-ngada panggil aku Dato’.” Luth Faeq menumbuk mesra bahu sahabatnya itu.
“Lama betul tak jumpa kau ya, Rafi. Lima tahun ada?”
“Lebih kuranglah…” Rafi membalas lalu tangannya mula diangkat memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka berdua.
Di saat Rafi menjatuhkan tangan. Pandangan irisnya mula dikecilkan.
“Itu bukan Jaz ke, bro?”
Luth Faeq mula berpaling. Di saat renungannya dibalas radu sama renungan Jazlynn Amara. Mereka akhirnya saling berbalas senyum segaris dan sedikit menunduk.
Luth Faeq kembali berpaling ke hadapan dan mula menunduk melihat menu.
“Kau okey, Luth? Sampai keronyok menu kau ramas, bro.”
“Aku okey…”
Rafi mula menalakan pandangannya ke hadapan.
“Kau tak mahu tegur Jaz?”
“Tak perlu, Rafi. Dia dengan suami dan kawan-kawan dia. Aku hormat kehidupan baru dia. Dia gembira. Aku pun tumpang gembira. She deserved it.”
Rafi hanya menjongket kening dan tersenyum.
“Kau pun layak untuk merasa gembira dan bahagia, Luth.”
Luth Faeq hanya melayangkan senyuman. Tatapan khas buat si sahabat yang bernama Mohd Rafi ini.
Share this novel
X cukup Ni....Nak lagi mel
nak lagi plsss