Khaleeda sampai ke taska daripada balai polis sekitar waktu Asar. Bagai dejaVu pengalaman ke balai polis sekitar enam tahun yang lepas pulang dalam keadaan lapar dan sangat haus.
Dia tidak sempat bersarapan pada pagi tadi walau secawan air kosong kerana terlalu sibuk. Tiba-tiba harus melalui episod sadis seperti itu.
Kenapa harus dia dilayan sebegini teruk. Dia sudah menjaga diri sebaik mungkin. Jika dahulu dia diuji hamil luar nikah dia bermuhasabah kerana penampilan dirinya yang tidak menjaga aurat.
Tapi sekarang? Selepas satu dan satu lagi. Kenapa? Ada badi apa sudah melekat ditubuhnya. Dia dianiaya oleh hampir semua orang dalam perjalanan hidup dia sehingga kini.
Adakah kerana dia tidak pandai membela diri. Adakah kerana dia tiada saudara mara untuk membela dia. Atau seseorang yang boleh dia bersandar belakang badannya meminta perlindungan.
Sudah hampir dekat pagar taska dia dapat melihat anak kesayangannya Khalisya sedang duduk seorang diri di beranda hadapan dengan wajah monyok dan sangat sedih.
Aduhai anakku sayang.
Apa anak Ibu sudah lalui sepanjang ketiadaan Ibu sayang?.
Khaleeda berjalan laju-laju. Serasa mahu terbang terus berada di hadapan anak dan memeluk.
Ya Allah, bahayanya pintu pagar tidak bermangga seperti selalu.
"Khalisya sayang..."
"Ibu..."
Anak itu terus masuk ke dalam pelukkannya sambil menangis tersedu-sedan. Menyembam wajahnya ke dada Khaleeda dan menangis bersungguh-sungguh.
Hancur hati Khaleeda. Entah apa mulut-mulut puaka itu bercakap kepada anak kecilnya sehingga anak ini menjadi serapuh sekarang.
"Eh Di, kau lepas ke?. Baguslah lepas. Ni budak-budak bawah kau ni semua susah nak jaga. Kau pergi naik sekarang urus dia orang."
Satu suara kedengaran dari muka pintu menegur dia yang masih menenangkan Khalisya di dalam pelukan.
"Ibu..."
"Ya sayang..."
"Boleh kita balik sekarang?."
"Okay jom. Kita balik ya sayang."
Baru Khaleeda perasan beg sekolah dan beg pakaian bekalan sudah ada di sisi Khalisya.
Ya Allah anak Ibu. Kasihannya awak. Mereka biarkan awak duduk di luar berseorangan. Apa maksudnya Khalisya dan beg berada di luar. Awak dihalaukah?.
Khaleeda bangun dan menarik Khalisya untuk ikut sama berdiri. Mengangkat juga beg Khalisya lalu disangkut di bahu.
"Budak yang mak dia kerja bank tu berak. Budak yang mak dia selalu lambat bayar yuran tu demam. Asyik muntah aje. Kau pergi naik uruskan."
Suara di muka pintu berbunyi lagi. Khaleeda buat tak endah. Dia pimpin Khalisya ke pintu pagar dan keluar.
"Hey! Hey! Di! Kau nak pergi mana?".
Namanya dijerit kuat ketika dia melepasi pagar selepas menutup besi pintu itu.
Hatinya sakit. Sakit sehingga dia mampu tinggalkan tempat yang tidak pernah langsung menghargai dia sepanjang lima tahun ini.
Dia tiada nilai di sini. Ralat kerana dia pergi ketika dia sedang diuji keadaan yang lebih berat. Tapi ini mungkin penanda aras untuk diharung dan larung sahaja apa di hadapan.
Apa nak jadi, jadilah!.
@@@@@@@
Tak apa.
Buat sementara dia akan pinjam dahulu duit tabung Khalisya untuk perbelanjaan sehari-hari. Mujur duit itu dia masukkan ke dalam tabung SSPN.
Esok dia akan ke pejabat PTPTN untuk keluarkan duit itu. Ada beberapa ratus di dalam sana. InsyaAllah Allah ada mencukupkan. Dia jangan takut.
"Sedap sayang?".
Khalisya angguk-angguk. Terbuntil-buntil pipinya kerana suapan yang banyak . Comel sungguh pipi penuh itu mengunyah makanan di dalam mulut.
Khaleeda tersenyum senang hati anak di hadapan mata. Cuba memberi sepenuh tumpuan kepada si anak walau hati sedang bergendang takut, galau dan sedih.
"Cepatnya Ibu habis."
Habis di telan makanan di dalam mulut, Khalisya menegurnya.
"Ibu lapar sangat."
Khaleeda ketawa menjawab. Memang dia sangat lapar. Angin sudah naik ke kepala kerana pedih perut.
Sampai di kedai mamak kerana restoran lain sudah habis nasi campur maklumlah sudah lama Asar, Khaleeda terus mengambil nasi berlauk telur sambal sebiji.
Untuk Khalisya dia ambilkan nasi lemak ayam kegemaran anak kecil itu. Hari ini dia mahu makan puas-puas. Esok baru dia catu makanannya tapi tidak boleh Khalisya.
Dia akan fikirkan bagaimana cara untuk mencari pekerjaan lain dan mencari duit untuk membayar baki duit tuntutan penjaga itu.
Khalisya sudah habis makan. Mereka duduk sahaja di situ bersenggang senang. Hari ini hari bertenang.
"Ibu jangan kerja dekat taska lagi ye."
"Okay sayang. Ibu tak akan pergi taska lagi."
"Ibu pergi mana tadi?".
"Pergi klinik. Ibu sorry tau tak cakap sayang."
"Tak pe."
"Tapi dia orang tu jahat tau Ibu."
"Dia orang cakap Ibu kena tangkap polis sebab ambil gelang Camilla."
"Lepas tu letak Sya dekat luar. Siap cakap-cakap lagi sesama dia orang macam mana dengan Sya kalau Ibu tidur lokap."
"Sya sedih... huhu."
Khaleeda beralih duduk di sebelah Khalisya. Meraih anak kecil itu masuk ke dalam pelukkannya. Khaleeda cium puncak kepala Khalisya menyalur kasih sayang tak bertepi.
"Dia orang tu jahat kan Ibu."
Khaleeda hilang suara. Tapi dia sendiri sedang berfikir ke mana barang kemas Camilla. Petang Jumaat itu berlalu pantas.
Dia kelam kabut seperti selalu. hampir semua perkara dia uruskan dalam 'mode auto pilot.'
Sesuatu yang sama dia harus lakukan setiap hari, setiap pagi, setiap petang. Kelam-kabut yang sama. Dia tidak perasaan barang kemas masih ada di tubuh Camilla atau tidak pada petang Jumaat.
Penjaga itu memang kerap kali ambil anak lambat. Dia pula sudah set mahu balik segera sebelum gelap.
Ke mana barang kemas itu. Siapa yang ambil atau siapa yang mahu dajalkan dia. Memang ada orang berniat tidak baikkah kepada dia.
Tidak mungkin anak-anak jagaan. Paling besar anak jagaan di situ berumur enam tahun. Tidak mungkin ada yang pandai membuka gancu barang kemas di leher, tangan dan kaki Camilla.
Argh Di! itu semua sudah tidak penting. Dia sudah memeterai perjanjian dengan ibu bapa Camilla. Bermakna dia tetap harus membayarnya.
Khaleeda tarik nafas dalam-dalam. Selesaikan masalah yang ini. Cari duit ganti seperti dijanji selepas itu mulakan buku baru.
@@@@@@@
Sudah beberapa orang kenalan dia hubungi. Hanya kenalan. Bukan kawan, dia tiada kawan selepas hilang Michan.
Pernah dia rapat dengan rakan sekerja di taska kemudian dia ditikam belakang. Berbagai cara, selalunya hal kerja, juga hal duit ringgit.
Lebih teruk di tuduh cuba merampas suami sama seperti Chah menuduh dia merampas Chot.
Sejak itu dia tidak pernah mahu rapat dengan sesiapa. Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. Begitulah rutin dia sehingga tidak sedar hari sudah berganti minggu, sudah juga berganti bulan dan akhirnya berganti tahun juga.
Lima tahun berlalu dia setkan diri berkerja dalam mode auto pilot. Kerana itu dia mampu bertahan tanpa dia sedar.
Alhamdulillah, esok Khaleeda dapat pekerjaan mencuci rumah orang pada jam sepuluh pagi dengan janji upah rm100.
Kalau satu kali pekerjaan mengemas rumah diberi upah rm100 bermakna dia harus mencari 38 rumah dengan upah yang sama bermula esok sehingga Ahad hadapan.
Mampukah dia?
Apa ni Di? Belum bekerja sudah beralah!?.
Boleh! Dia mesti boleh. Kalau susah sekalipun dia akan buat sampai jadi boleh!.
"Ibu..."
Khalisya dipembaringan tidur mereka di belakang Khaleeda sudah duduk bersila.
"Kenapa sayang..."
Cepat-cepat Khaleeda mendekati. Bunyi anak itu memanggil seperti dalam kesakitan.
"Ibu Sya... Uwekkkk!!!".
"Sya!... Ya Allah! kenapa ni sayang!?".
"Uwekkkk..."
Khaleeda capai satu balang besar yang mereka jadikan tong sampah di dalam bilik lalu menadah di riba Khalisya jika anak itu akan muntah lagi.
"Uwekkkk..."
Baru anak itu cuba melegakan diri selepas muntah dia muntah lagi. Kenapa ni? Keracunan makanankah?.
Allah... keracunan makanan. Makan apa? Nasi lemak ayam petang tadikah?.
Anak kesayangan nampak sangat lemah tidak bermaya. Sudah mahu baringkan diri juga di atas toto mereka yang sudah basah kerana muntah.
"Sya sayang... sekejap sayang Ibu tukar alas. Ibu bersihkan Sya sekejap."
"Ibu... Sya tak larat. Sya rasa tak sihat."
"Okay, okay. Ibu faham. Sya sakit ye. Sini, sini. Sya duduk sini dulu Ibu bersihkan toto. Ganti yang baru."
"Kalau Sya nak muntah dekat sini ye. Dalam balang ni."
Khaleeda sandarkan bantal ke tepi dinding, kemudian sandarkan Khalisya pula. Anak itu nampak sangat lemah dan pucat. Khaleeda letak balang di hadapan si anak yang duduk menyandar.
Cepat-cepat Khaleeda gumpal toto yang sudah basah dan alih ke tepi. Dia ambil pula toto baru di tepi gerobok baju dan bentang di atas lantai. Semuanya dia lakukan dengan pantas supaya Khalisya sayang dapat segera berbaring.
"Ibu... uwekkkk!".
Khalisya muntah lagi dan menjadi sangat pucat hingga tergigil. Tak boleh jadi ni. Nampaknya kali ini bukan biasa-biasa.
Khaleeda ambil tisu basah. Dilap anak kecilnya membersihkan sisa muntah. Salin pakaian si anak kemudian dia capai tudung sarung di belakang pintu.
Dia angkat Khalisya kemudian dia dukung di sisi badan. Keluar dari bilik mengetuk pintu bilik sebelah. Terjengul kepala tuan rumah dengan rambut sedikit kusut dan mata terpisat-pisat.
"Kak Pah, boleh tolong hantar saya ke hospital!?. Sya muntah teruk."
Tuan rumah yang bernama Cik Arfah segera masuk ke bilik semula untuk bersiap. Alhamdulillah, tak apa dia tunggu.
esok mgkn tk de ye. follow up mslh kesihatan. tp Sy Cuba siapkn klw mampu utk kesygn sume. terima kasih sudi singgah bce dan Komen dan follow. kpd yg blom follow hrp sudi follow Sy bg smgt menulis. syg uoll
Share this novel
suka baca ,perjalanan ceritanya bagus
sedih nya cite khaleeda bi...dah 6 thn lebih masih je ada orang yg Cuba musnahn....sabar khaleeda "Allah ada"...
sedih insan naam Di... dia kuat Allah uji dia.