Bab 48

Detective Completed 54058

“CAN you calm down, Dara?”
Dara boleh bertenang kalau Haris itu sihat. Bagi dia, suaminya hanya pura-pura baik di depan dia. Sedangkan, sudah tiga kali mereka berhenti gara-gara Haris yang ingin muntah. Dara tertanya-tanya, apa Haris itu salah makan atau sengaja membiarkan perutnya diisi dengan angin sampaikan suaminya muntahkan apa saja yang masuk ke dalam mulut termasuk air masak.
“Awak panik macam saya nak mati, Dara.”
“Stop talking nonsense, Haris.” Cakaplah apa pun, Dara tidak kisah kecuali mati walaupun mati itu pasti.
Ada ketawa halus yang menyapa pendengaran Dara. Siapa lagi kalau bukan Haris yang sedang tertawakan dia.
“Nampak sangat awak sayang saya macam nak mati.” Ujar Haris dengan sisa tawanya. Duduknya dibetulkan. Dan dia tahu, jelingan Dara itu pasti singgah padanya.
“Awak sayang saya…”
“Lebih baik awak tidur Haris. Awak cakap macam orang mabuk.” Potong Dara bila dia rasakan Haris itu sedang menguji kesabaran dia. Bukannya pemanduan dia.
“Macam mana saya nak lena kalau pejam mata, awak muncul.”
Haris sudah masuk ke frasa merepek. Mengenangkan Haris yang tidak sihat, awal-awal lagi Dara telah kuburkan marahnya. Tetapi sekarang Haris itu umpama jengkaut yang sedang menggali marahnya sedikit demi sedikit biarpun suaminya sedang membeli jiwanya semula.
“Then, keep silent.” Ya, lebih baik Haris diam saja supaya dia lebih tenang memandu.
“I can’t!”
“Okey…Apa yang awak nak bincangkan?” Dara tahu. selagi urusan mereka tidak selesai, selagi itu percakapan Haris akan begini. Dan akan berlarutan sampai bila pun dia sendiri tidak tahu.
“Saya sayang awak, dan awak sayang saya.”
Dara memang sayangkan Haris. Tapi sayang Haris kepadanya itu yang meragukan. Yang sering bikin dia salah faham. Sangat luar biasa cara penyampaian sayang Haris itu kepada dia.
“But, of couse I love you more. Can you see it, Dara?”
Celah mana yang lebihnya kalau Haris itu selalu berahsia? Semua benda nak berteka teki. Harus Dara akui, bab bercinta dia boleh menjadi dungu. Dia memang tak pernah berjaya membaca hati lelaki biarpun pernah bercinta.
“Saya tak nampak. Sebab saya sibuk menjadi pemandu awak.” Sengaja Dara tidak menoleh. Tumpuan dia hanya pada jalan raya.
Dan Dara diperdengarkan lagi ketawa budiman Haris. Kalau boleh, dia nak cari apa pun untuk menyumbat telinga dia. Biar dia tak semakin angaukan suaminya sendiri.
“Saya tak sangka awak pandai bergurau.” Kini Haris pusingkan tubuhnya, menatap Dara sepenuhnya.
“Sekarang awak dah tahu Haris. Dan awak boleh pilih, nak gurauan kasar atau paling lembut.”
Haris tidak mampu menahan ketawanya lagi. Dara mana pernah berkasar dengannya sepanjang dia bergelar suami. Marah-marah isterinya pun, masih dalam kategori berlembut lagi.
“Macam mana kalau saya pilih gurauan paling kasar?” Duga Haris. Dia nak juga tahu kepakaran Dara yang belum pernah dia lihat.
“Awak akan menyesal, Haris.”
“Tell me…Awak buat saya lebih teruja.”
“Saya berani jamin, awak tak akan suka Haris.” Dara melirik sekali pada Haris. Bukan setakat tak suka, boleh jadi Haris akan bunuh dia dengan renungan.
“Semua tentang awak saya suka.”
Sejak bila Haris itu menjadi penggoda? Biarpun pandangan Haris tiada unsur-unsur menggoda, ayat-ayat Haris itu yang sedang menggoda dia. Semuanya bergula, buatkan tekak Dara rasa mual. Silap-silap, penyakit muntah Haris itu akan berjangkit padanya.
“Kalau macam tu, kita cerai.” Tanpa jiwa Dara berkata. Dan kalau itu kemahuan Haris juga, tak perlu Haris bersusah payah. Dara telah pun berikan kata sepakat. Yang memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
Kali ini Dara tidak mampu melirik lagi. Dia dapat rasakan suhu di dalam kereta telah bertukar. Bahangnya sangat luar biasa bila diam di pihak Haris. Kebetulan, Dara nampak papan tanda tidak jauh dari sini. Segera dia hidupkan lampu isyarat ke kiri.
“Kita dah sampai.” Dara bersuara sekali gus membantutkan suasana yang kian hangat.
Terkadang, dia tak faham. Tingkah Haris tempoh hari seolah-olah ingin mereka berpisah. Sekarang, Haris boleh pura-pura seperti tiada sengketa yang pernah berlaku di antara mereka.
Apa Haris ingin buktikan hubungan mereka baik-baik saja biarpun Dara telah menipu? Bagi dia, hubungan berunsurkan penipuan itu tidak akan menjamin kebahagian. Semailah berapa banyak pun cinta, akan retak juga tembok kebahagiaan kalau penipuan telah terbongkar. Samalah apa sedang berlaku pada dia dan Haris.
Sebaik kereta Haris berhenti di petak parking, dia mendengar bunyi orang tergopoh gapah buka pintu kereta. Habis semuanya dilanggar dan sekali lagi Haris itu memuntahkan isi perutnya di longkang berhampiran. Tadi elok saja Haris semasa mereka berbual. Rasa tidak elok Haris itu muncul setelah dia memberikan gurauan kasar sesuai dengan permintaan suaminya.
Dara mula berfikir sejenak.
“Takkanlah…” Sipi-sipi saja suara Dara berbunyi. Dia mula menemukan punca kenapa Haris jadi begini. Nanti-nanti dia akan bertanya kesahihannya.
Jam di pergelangan tangan dilirik. Bahkan, Dara juga tidak lupa untuk melihat keadaan Haris yang duduk di sebelahnya. Suami duduk berpeluk tubuh dengan mata terpejam rapat sementara menunggu namanya dipanggil. Tadinya, Dara ingin mendaftar bagi pihak Haris. Namun suaminya menegah. Haris akan lakukan sendiri, dan dia disuruh untuk duduk saja.
“Haris…” tangan Dara teragak untuk menyentuh bahu suaminya.
Sepi.
Tiada sahutan daripada Haris.
Kali ini, Dara beranikan diri menyentuh Haris. Sengaja dia menjatuhkan tangan pada peha suaminya. Dan ketika itu mata Haris perlahan-lahan terbuka, lalu menoleh.
“Awak nak makan, saya pergi beli sekejap. Anything? Roti, kek?” Rasanya, perut Haris tentu sudah kosong. Haris perlu makan sesuatu untuk mengisi perutnya semula.
“Nope! Thank you. Dah dua hari saya macam ni. Saya dah biasa.”
Dua hari?
Kalau Dara, dia dah terbaring tak mampu nak bangun lagi. Tapi Haris mampu bertenang, berjalan sana sini dan mampu berlawan mulut lagi dengan dia.
“Kenapa tak beritahu saya?”
Ya!
Kenapa Haris tak beritahu padanya? Dara itu masih isteri Haris. Dia masih bertanggungjawab untuk jaga makan dan minum suaminya.
“I did it.”
“Bila?” Laju Dara bertanya.
“Malam lepas kita jumpa.”
Kelip-kelip mata Dara pandang Haris. Dia cuba mengingat kejadian malam tersebut. Kelipan mata Dara terhenti bila dia kembali mengingatkan kembali kejadian dia menyekat nombor Haris. Sampai sekarang pun dia masih berbuat demikian.
“Sorry.” Salah Dara kerana berfikiran kurang matang.
Bibir Haris mengukir senyuman. Malah, tanpa ragu Haris menyatukan telapak tangan mereka dan dijatuhkan atas pehanya. Apa yang Dara nampak, mood Haris itu berubah sepenuhnya.
“You know Haris…”
Kening Haris terangkat. Menunggu ayat seterusnya Dara yang tergantung.
“Saya tahu kenapa awak macam ni.”
“Really?” Semakin lebar senyuman Haris. Dia tak sangka Dara itu sebenarnya peka. Dia berharap sangat isterinya pura-pura naif. Sepatutnya dia merasa kagum dengan perubahan isterinya yang satu itu.
“Tell me…Apa yang tak kena dengan Hilman Haris ni.” Haris pusingkan seluruh tubuh pada Dara. Dia tak sabar nak dengar apa kata isterinya setelah melihat perubahan dia begini.
Hilang segala marah Dara bila melihat Haris itu nampak begitu teruja. Dia mengerdip dua ke tiga kali untuk menenangkan hatinya. Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini dia sering marah-marah. Sedangkan, sebelum ini bukan main elok dia berhadapan dengan Haris. Malah, mereka pernah bergurau senda sebelum berkahwin.
Mengingatkan segala kenangan mereka bersama, Dara rasa tubir matanya terasa hangat. Cepat juga Dara mengerahkan matanya bekerja keras daripada biasa. Dia mengukir senyuman bagi menutup segala rasa yang datang bertandang secara serentak.
“Sorry Haris…Saya tak patut buat marah awak.” Dara membalas genggaman Haris.
“Bila awak marah, mesti awak rasa nak muntah kan? Nampak sangat muka saya ni meloyakan.” Hujung ayat Dara ketawa perlahan.
Haris pandang Dara tak berkedip. Dia tak percaya dengan apa yang baru dia dengar dari mulut isterinya. Ketika dia sedang tergamam, ada suara yang mencelah.
“Dara Batrisya!”
Dara menoleh. Terkejut bila nama dia yang disebut, bukannya Hilman Haris.
“We talk about this later. Jom masuk!”
Dara tarik tangan Haris untuk duduk semula. Dia pula tak faham kenapa nama dia yang dipanggil? Yang sakit bagai nak mati itu suaminya. Bukan dia.
“You are sick Dara…And yes! Awak perlukan rawatan segera.”
“Nonesense!” Ya, Haris sedang merepek.
“Kita masuk dulu. Tengok siapa yang merepek.”
Nak tak nak, terpaksa juga Dara turut kalau Haris sudah paksa. Heret pun Haris sanggup buat kalau Dara masih nak bertikam lidah. Itu tak sepatutnya terjadi kerana ada mata yang memandang mereka berdua. Hanya wajah mencuka dia yang tidak mampu disorok.

OTAK Dara kosong! Tepu.
Dia sudah tiba di rumah satu jam yang lalu. Bohonglah dia merasa tidak terkejut. Dia benar-benar terkejut. Dan dia tidak menjangkakan hal ini akan berlaku secepat ini. Sekarang, Haris itu duduk bertentang dengannya sejak dari tadi juga. Puas Dara mengelak pandangan mata suaminya, kesudahannya pandangan mereka bertembung juga.
“Diam tak akan selesaikan masalah Dara.” Haris bersuara bila Dara nampak payah untuk buka mulut.
Dara betulkan duduknya.
Sejak pulang dari klinik tadi, Dara lupa segala-galanya. Dia tidak dapat berfikir dengan waras. Apatah lagi selesai makan sebentar tadi, Haris mengajak dia berbincang hal yang tertunda sejak berhari-hari yang lalu.
“Awak nak sangat surat tu. Saya dah serahkan. Tapi awak hanya pandang surat tu macam nak tembus.”
Awal-awalnya memang Dara nekad untuk terima apa pun keputusan Haris. Tapi sejak mendapat tahu dia itu sedang membawa nyawa lain, Dara mula memikirkan nasib si kecil yang baru membesar di dalam rahimnya.
“Awak dah fikir masak-masak ke Haris?” sedikit serak suara Dara kerana agak lama dia berdiam diri.
“Yes, I do.”
“Awak masih nak teruskan penceraian kita?”
Soalan Dara itu tidak dijawab suaminya. Dan Dara faham. Diam tandanya ya. Kalau itu keputusan Haris, Dara terima dengan hati terbuka. Tapi cuma satu yang dia mahukan, anak yang berada di dalam kandungannya. Dia mahukan hak penjagaan anaknya.
Tanpa bertanya lagi, Dara capai sampul tersebut. Dia pura-pura kuat biarpun tangan dia menggigil teruk ketika ingin mengeluarkan isi sampul. Matanya sudah diberi amaran awal-awal supaya tidak terlalu murah ketika dihadapan Haris. Dan nampak gayanya, mata dia memberi kerjasama cukup baik supaya tidak menangis.
Kertas putih bersaiz A4 itu dibaca dengan teliti. Elok-elok Dara memberi reaksi tenang, kini wajah dia berkerut teruk.
“Apa ni Haris?” Dara tidak marah, cuma dia mahukan penjelasan.
Haris mendekat. Dia melabuhkan punggung di atas meja kopi. Bibirnya merekah.
“I’ll give you money.”
“Saya tak nak kaya.” Dara meletakkan kertas tersebut di atas meja semula. Tak cukup dengan syer syarikat sebelum ini, sekarang Haris berikan penyata bank. Bukan penyata semata-mata. Haris baru saja mendepositkan wang sebanyak lima belas ribu ke akaun miliknya.
“Itu hak awak, Dara. Penat saya dapatkan selama ni.”
Apa maksud Haris?
“Duit yang Emir pinjam. Saya dah dapatkan semula.”
Dara pun sudah lupakan hal tersebut. Bagi dia, kalau ada rezeki, adalah. Sekarang, dia tak tahu sama ada mahu melompat gembira atau apa. Yang pasti, dia puji dengan kesungguhan Haris
Sekali lagi Dara pandang kertas ditangan. Lama dia merenung. Baru dia perasan, ada kertas lain yang terselit di bawah penyata bank tersebut.
Sejurus habis membaca isi surat tersebut, Dara pandang muka Haris. Dia kenal tandatangan pada surat tersebut.
“Kenapa saya ditukar ke cawangan narkotik?”
“Sebab awak dadah yang memabukkan semua termasuk saya.”
Oh, Haris!
Salah pemikiran awak. Boleh jadi saya ini dadah yang membunuh dalam senyap.
“Tapi kenapa Tuan Rizman tak serahkan pada saya terus?” Walhal, Dara baru saja berjumpa pihak atasannya untuk menyampaikan laporan.
“Dia tahu awak akan bantah pertukaran tu.”
Dara merengus.
“Sebab tu dia gunakan awak?” Duga Dara.
“Of course! Berani awak nak buat bantahan? Kalau awak bantah, itu tandanya awak sedang minta saya belikan tiket ke neraka.”
Percakapan emak dan Haris tiada bezanya.
“Sementara awak akan pindah ke unit narkotik. Tunggu arahan selanjutnya kalau ada lagi perpindahan.”
Apa perlu Dara pasrah? Dia boleh rasakan, dia bakal ditendang ke tempat lain umpama bola selepas ini. Dan akhirnya, bola itu akan berhenti di sisi Haris. Dara sudah dapat membaca rancangan jahat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience