"Kau Buta ke?" Tanya lelaki itu.
Mendengar kata-kata kasar yang keluar dari mulut lelaki itu, Fatimah mendongak melihat lelaki dihadapannya itu.
"Excuse me, awak cakap apa tadi?" Tanya Fatimah.
"Kesian, Ingatkan buta je, rupanya pekak juga?" Tanya lelaki itu.
"Mulut kau tu memang setajam belati ke Encik?" Tanya Fatimah.
"Kenapa?" Tanya lelaki itu.
"Sebab bisanya sampai kedalam hati. Awak yang salah tak tengok saya, awak cakap pulak saya buta dan pekak?" Tanya Fatimah.
"Awak dah lebih ni." Kata Fatimah.
"Kau yang jalan tak tengok kiri kanan, ada hati nak salahkan saya?" Tanyanya.
"Alamakkk.. Screen pecah?? Baru je berapa hari aku guna kau. Dah pecah." Kata Fatimah mengusap screen handphonenya.
Kerana tersilap, serpihan screen itu melukai jarinya.
"Auuwww." Fatimah terjerit kecil hingga membuat lelaki itu merespon melihatnya.
"Dah tahu tajam, kenapa nak di gosok? Cari alasan nak tarik perhatian saya?" Tanya lelaki itu.
"Saya tak minta awak ganti, tapi susah sangat ke kata maaf tu keluar dari mulut awak?" Tanya Fatimah.
"Aku dah kata, kau yang salah. So takde istilah maaf ataupun kau paksa aku ganti phone kau tu." Balasnya.
Kerana malas nak bertekak, akhirnya Fatimah mengalah, dia membiarkan lelaki itu disana dan meninggalkannya tanpa sepatah kata.
Hingga dia lupa akan bakul kertas yang hendak diberikannya pada Faiz yang diletakkannya diatas kerusi yang tak jauh dari mereka bertengkar.
Melihat gadis bergaun itu semakin jauh, Zhafraedh mendengus kasar.
"Dia yang buta, ada hati nak suruh aku minta maaf? Memang lembertt lah minahhh minah." Kata Zhafraedh.
"Kau kenapa?" Tanya Fariz.
Terkejut Zhafraedh apabila disergah oleh temannya itu.
"Kau tu yang kenapa, bagi salam ke apa? Ni tak main sergah je. Kalau aku ada sakit jantung macam mana? Mati aku kat sini." Kata Zhafraedh.
"Relaks lah." Ucap Fariz.
"Jomlah. Kita tunggu Abang aku kat cafe. Dia nak selesaikan kerjanya sikit lagi." Kata Fariz.
Namun, matanya Tiba-tiba terpandangkan bakul kertas yang ada di atas kerusi tak jauh dari mereka.
"Siapa punya ni?" Tanya Fariz.
"Entah minah gila tadi tu yang punya." Kata Zhafraedh.
"Minah mana ni?" Tanya Fariz mencapai bakul kertas itu lalu melihat apa yang ada didalamnya.
Dia melihat sebiji kek yang cantik terhias ada di dalamnya.
"Eh, kek lah." Ucap Fariz.
"Kenapa gak kalau kek? Ada kaitan ke dengan aku?" Tanya Zhafraedh.
"Kau ni, kot ye pun marah, takkan takde sekelumit rasa belas kesian kau tu? Mana lah tahu kek ni untuk siapa siapa family yang yang duduk dalam wad tu." Kata Fariz.
"Kau nak bantu dia? Kau pergi cari dia. Jangan nak ajak aku sekali." Kata Zhafraedh.
Zhafraedh berjalan meninggalkan Fariz yang masih mencari sesuatu yang ada dalam bakul kertas itu sebagai petunjuk.
Namun hampa. Hanya ada sekotak kek saja didalam bakul kertas itu dan tertulis 'Smile" diatasnya.
Hingga dia mula teringat pada Fatimah yang selalu menyentuh hujung bibirnya dan membuat lengkungan senyum.
"Abang Aiz kena sentiasa senyum supaya nampak awet muda. Walaupun kita banyak masalah, tak kisahlah masalah apa, yang penting kita kena senyum. Senyumkan satu sedekah." Ucap Fatimah.
Terkenang kenangan bersama Fatimah membuatkan dia tersenyum sendiri.
"Yang kau senyum-senyum sengih sengih kat situ dah kenapa?" Tanya Zhafraedh.
"Takdelah, aku terkenangkan zaman aku dengan adik aku." Kata Fariz.
Langkahnya dilakukan agar seiring dengan sahabatnya itu.
"Jap, aku masuk beli minuman jap. Kau tunggu kat sini." Kata Fariz.
Dia melangkah masuk kedalam cafe dan mencari-cari jika ada makanan yang boleh mengalas perut mereka berdua.
Tapi, tiada satu pun yang berkenan dihati. Akhirnya dia membeli air nescafe mocha dua tingkat untuknya dan Zhafraedh.
Sedang hendak membayar, dia terlihat tulisan pada satu box putih yang menarik minatnya untuk membeli.
"Baru ke Buko ni?" Tanya Fariz.
"Ye bang. Baru je kena hantar tadi pagi." Jawab penjaga cashier itu.
"Ada tak buko pandan?" Tanyanya.
Dia tahu, Fatimah gemar dengan pemanis mulut itu. Dan sebab itulah dia membelinya.
"Ada bang, tapi tinggal 2 je. Tak banyak hari ni kena hantar." Kata gadis itu lagi lalu membantu Fariz mengeluarkan 2 bekas besar daripada box itu.
"Ni hah Buko pandan." Ucap gadis cashier itu.
"Takpe, saya ambik keduanya." Kata Fariz.
"Kita semua ye." Balas Fariz.
Selesai melakukan pembayaran, Fariz terus keluar dan melangkah kearah Zhafraedh yang duduk dekat hujung.
"Banyak kau beli." Kata Zhafraedh.
"Aku beli 2 ni je. Satu untuk kau. Yang ni untuk Mimaa." Kata Fariz.
Sedangkan Fatimah menahan bahang di dada sejak kejadian tadi di koridor hospital.
Niat nak menghantar kek pada Faiz menjadi tragedi buruk bagi dirinya.
Masuk saja dalam rumah, dia meletakkan Handphone dan kunci kereta diatas meja dihadapannya.
Dia menjatuhkan tubuhnya diatas sofa sambil duduk bersila dan berpeluk tubuh.
"Susah sangat ke nak ucap kata maaf?" Tanya Fatimah.
Matanya sedikit terasa panas dekat kerana airmatanya yang hampir keluar. Bukan sebab sedih, tapi dia benar-benar terasa bila dia tetap juga dibina walaupun dia berubah 100 peratus.
"Aku ni betul-betul bawa bala ke pada yang dekat dengan aku?" Tanya Fatimah.
Kaki mula diangkat dihadapannya. Lututnya dipeluk erat.
"Tak susah kan nak sebut, aku minta maaf?" Tanyanya.
Wajahnya dibenamkan pada lututnya. Dia menangis teresak.
"Hikss.. Hikss.. Hikss.." Tangisnya merintih.
"Kalau pun taknak ucap kata maaf tu, janganlah nak kata aku macam-macam. Berdosa ke aku lahir dekat dunia ni?" Tanya Fatimah lagi.
"Dd, mama, Mimaa nak Dd dan Mama. Korang je yang faham Mimaa." Tangisnya berlagu.
"Apa aku nak buat ni, semua yang book dan order semua dekat dalam phone ni. Kenapalah aku ni cuai sangat." Kata Fatimah.
"Ikhlas Mimaa. Semua harta yang kau pakai, semua tu rezeki Allah. Jangan salahkan dia." Kata Fatimah menyedapkan hatinya yang benar-benar sakit dan terluka.
Kata-kata lelaki yang ditemuinya tadi benar benar mengganggu fikirannya.
"Ya Allah, salah ke kalau aku nak mati sekarang?" Tanya Fatimah.
"Aku dah tak sanggup dah nak tanggung semua ni. Aku rela mati. Jumpa Dd dan mama kat sana." Kata Fatimah lagi.
Dan barulah dia teringat akan kek yang dibuatnya untuk Faiz dan Ain. Kek yang berperisa kesukaan kakak iparnya.
"Aduhhh. Kenapa aku boleh lupa pulak kek tu.. Aduhhhh... Cuainya kau mimaaa..." Marahnya pada diri sendiri.
Nak taknak, dia terpaksa bangun dan melangkah lemah ke dapur. Untuk dia mampu melupakan apa yang berlaku pada handphonenya, dia menyediakan semua bahan untuk membuat kek lagi.
Dia taknak mengenang apa yang berlaku tadi. Dia fokus pada pembuatan kek dan cupcake. Fatimah nak memberi pada Fatih dan Sara.
Hampir petang barulah dia selesai membaking. Dia melihat jam ditangannya yang menunjukkan jam 1.50 petang.
"Kalau macam ni aku nak rehat kejap. Badan penat sikit. Sebelum aku cod kek kek ni, aku nak mandi, solat, and rehat." Kata Fatimah lalu melangkah naik ke biliknya.
Selesai mandi, solat dan memakai pakaian lain, dia berbaring sekejap diatas sofa. Tapi sebabkan angin sepoi-sepoi yang menghembus masuk melalui tingkap rumah itu, akhirnya dia terlena.
Share this novel