BBW 18

Conspiracy Series 6633

Sierra: I nak tempah Dewan Komuniti, senang Kita boleh panggil ramai tetamu nanti.

Jenny: Tyra dengan I pernah bincang. Dia mengimpikan nak majlis perkahwinan bertemakan musim bunga. I terfikir, maybe Kita boleh bawa Tyra dengan Haider ke Jepun atau Korea untuk pre-wedding photoshoot, latar belakang bunga sakura yang rendang tu mesti cantik sangat. Lepas tu, Kita tempah bunga dari Belanda, banyak-banyak. Kita buat video pre wedding Dan Kita tayang sepanjang Majlis, Dewan Tu pulak Kita hias dengan Bunga Bunga Yang banyak umpama satu kebun bunga Yang Indah.

Sierra: Hmm... I rasa lagi best kalau Kita shoot pre-wedding terus kat Belanda. Bunga-bunga kat sana pun cantik, kan? Sekali jalan, Kita boleh terus tempah dan bawa balik bunga-bunga fresh tu untuk majlis nanti.

Sienna: Eh, Sienna sukalah idea Belanda tu! Lagi pun abang Haider selalu cakap dia nak pergi sana. Kalau buat shoot kat ladang tulip, memang meletup gambar-gambar pre-wedding tu. I boleh tolong jadi stylist sekali!

Jenny: Wah perfect! Sienna, you memang kena join trip ni. Boleh bantu Tyra pilih outfit juga. Kita buat betul-betul, biar majlis Tyra jadi wedding of the year!

Sierra: Yes! I setuju. Kita plan itinerary, booking tempat, dan contact florist kat sana awal-awal. I nak semuanya nampak magical.

Sienna: Jangan risau, I pun boleh tolong buat moodboard untuk tema musim bunga. Kita akan pastikan Tyra dan Haider nampak macam couple dalam fairytale!

Sienna: (tiba-tiba berdiri dan angkat tangan macam nak bagi ucapan) moms, I dengan ini secara rasmi mengisytiharkan, I love tulips lebih daripada coklat!

Jenny: (gelak) Lebih dari coklat? That’s serious!

Sierra: Habis tu, kalau ada Zayn hulur sekotak coklat, dengan sekuntum tulip… you pilih yang mana?

Sienna: (senyum nakal) Kalau Haider, I tak pilih dua-dua. I suruh dia bagi kat Tyra. Tapi kalau dari crush I Zayn... I ambik tulip dulu! Coklat boleh beli sendiri. Tulip from someone special, that’s rare!

Jenny: Awww, someone’s in love!

Sierra: (ketawa kecil) Nanti kita shoot pre-wedding kat Belanda, Sienna pun boleh ambik gambar sekali kat tengah ladang tulip. Siap boleh posing untuk future wedding sendiri!

Sienna: (buat muka terkejut manja) Omg nooo! Jangan doakan I kahwin cepat sangat! Tapi kalau calon tu handsome macam pelakon Korea… I tak tolak!
Jenny: Okay girls, since semua setuju Belanda, kita kena mula plan dari sekarang. Tiket, hotel, lokasi photoshoot... semua kena lock awal.

Sierra: I boleh uruskan booking hotel dan cari tempat yang aesthetic gila. Ladang tulip yang famous tu kat Lisse kan? Kita boleh plan ke sana masa musim bunga penuh nanti.

Sienna: I akan cari butik atau designer kat sana untuk dress photoshoot Tyra. Maybe something soft and flowy macam princess, warna pastel. Lepas tu, I tolong dia buat hair and makeup sekali.

Jenny: Yes! Kita boleh ambik jurufoto professional dari sini, bawa sama pergi sana. Atau cari local photographer yang tahu spot rahsia cantik kat Belanda.

Sierra: I suka idea local photographer, sebab dia mesti tahu timing lighting terbaik untuk tangkap gambar kat ladang tu. And kalau kita lucky, boleh shoot masa sunrise!

Sienna: (mata bersinar) Aaaah! Imagine Tyra jalan dalam ladang tulip, dengan gaun putih melayang, Haider tunggu kat hujung lorong bunga tu… so dreamy!

Jenny: (tersenyum) Let’s make that dream a reality. Kita buat majlis ni macam fairytale, sebab Tyra deserves the best.

Sierra: Settle! I akan sediakan itinerary. Esok kita meet up semula and finalize semua plan. Let’s do this, team tulip!

Sienna: (angkat tangan) Team tulip for the win!

Di sebuah kafe hipster – Tyra dan Haider duduk berdua. Jenny, Sierra dan Sienna tiba-tiba datang dengan senyuman penuh rahsia.]

Tyra: (angkat kening) Eh korang semua kenapa macam excited semacam?

Sierra: Surprise for you guys!

Sienna: (tarik kerusi dan duduk) Okay Tyra, Haider… get ready for the best news ever!

Jenny: We’re sending you two to... BELANDA untuk pre-wedding photoshoot!

Tyra: (mata terbeliak) What?! Are you serious?

Haider: (senyum sambil genggam tangan Tyra) Holland? That’s unexpected... tapi macam best.

Tyra: (mata berkaca) I selalu tengok gambar orang bergambar kat ladang tulip. Tak sangka I pun akan ada moment tu.

Sierra: Bukan setakat moment. Kita akan buatkan semua macam dalam mimpi. Ladang tulip, gaun princess, sunrise scene... semua!

Sienna: I dah plan outfit you Tyra! Soft pink, pastel lavender, dan maybe satu white gown yang flowy. You akan nampak macam fairy dalam ladang tu.

Tyra: (pegang dada) Ya Allah... thank you korang. I tak tahu nak cakap apa. You guys really make me feel so loved.

Haider: (usap belakang tangan Tyra) Anything for you, sayang. Kalau you bahagia, I pun bahagia.

Jenny: (sambil tersenyum puas) Haider, make sure you bagi pose terbaik. Jangan nanti gambar semua Tyra je cantik, you senyum separuh je.

Sienna: (ketawa) Kalau Haider senyum macam selalu dia senyum kat Tyra tu, photographer pun akan nocair okay.

Tyra: (gelak kecil) Jangan puji sangat nanti orang Tu perasan.

Haider: (berlagak cool) I memang handsome dari dulu… tapi untuk you, I janji akan jadi paling handsome depan kamera.
Lapangan terbang Schiphol, Belanda. Angin musim bunga sejuk-sejuk nyaman. Tyra turun dari pesawat sambil memeluk shawl dan pandang sekeliling.]

Tyra: (berbisik perlahan) MasyaAllah… cantiknya tempat ni…

Haider: (tunjuk langit biru) Welcome to Belanda, sayang. Tempat mimpi awak bakal jadi nyata.

[Sierra dan Jenny sibuk uruskan bagasi. Sienna pula dah excited nak bawa Tyra ke butik pilihan dia.]

Sienna: Okay, Tyra. Kita check-in hotel dulu, rehat sekejap. Petang ni kita ada appointment dekat butik bridal eksklusif dekat Amsterdam. I dah pilih 3 look khas untuk you.

Tyra: (senyum lebar) I rasa macam princess betul-betul lah, Sienna. Thank you so much sebab tolong fikir semua ni.

Sienna: (peluk Tyra) You deserve all this. Lagi satu, I nak pastikan gambar pre-wedding ni jadi kenangan paling cantik dalam hidup you.
Jenny: sudah tentu,biota bi nak kahwin cuma satu Kali.

Butik bridal Belanda – penuh dengan gaun pastel dan lace lembut. Lampu putih hangat, bunga fresh wangi dalam pasu kristal.]

Stylist Belanda: Welkom! U bent zo mooi! (Selamat datang! Awak sangat cantik!)

Tyra: (terkekeh) Dia puji I ke tu?

Sienna: Dia kata you cantik sangat! Now, jom try dress pertama. Ini ala-ala bunga sakura – soft pink chiffon dengan pearl detail.

[Tyra masuk bilik salin. Keluar dengan dress pertama. Sienna terus ambil phone dan rakam.]

Sienna: Omg… Tyra… you look like a walking foll. Haider confirm tak berkelip nanti!

Tyra: (malu-malu di depan cermin) I pun rasa macam tak percaya ni semua untuk I...

Sienna: You tak perlu percaya. You cuma kena rasa. Sebab love story you dengan Haider ni memang magical.

[Jenny dan Sierra masuk kemudian, terus terpegun.]

Jenny: Wahhh! Tyra, kalau I yang kahwin... I pun nak Sienna pilihkan baju!
Tyra: Mommy dah tak boleh kahwin sebab dah Ada daddy, tapi kalau buat repeat vows pun best juga Kan?
Jenny: Thank you for the idea Tyra, Yeah, repeat vows dengan Tyson Smith. I love it.

Sierra: Confirm gambar dekat ladang tulip nanti jadi macam scene dalam movie!

Subuh di ladang tulip, Lisse, Belanda. Langit perlahan-lahan bertukar warna oren keemasan. Kabus nipis menari di antara bunga-bunga. Ladang penuh dengan tulip pelbagai warna: merah, kuning, ungu, dan putih. Angin pagi sejuk menyentuh pipi.]

[Tyra berdiri di tengah lorong bunga, mengenakan gaun putih chiffon yang melayang lembut. Rambut digulung kemas dengan hiasan bunga kecil. Haider di hujung lorong, pakai sut kelabu lembut. Photographer bersedia.]

Photographer: Okay, Tyra, slowly jalan ke arah Haider. Look at him like it’s your first time falling in love.

[Tyra melangkah perlahan. Matanya tak lepas dari wajah Haider. Angin meniup lembut gaunnya. Haider tersenyum tenang, mata redup memandang Tyra seolah dunia lain hilang.]

Haider: (sambil bisik perlahan bila Tyra hampir tiba) Awak tahu tak… setiap langkah awak, buat jantung I rasa macam first time jatuh cinta.

Tyra: (senyum sambil tahan sebak) I rasa macam tengah mimpi, tapi bila I tengok muka you… I tahu mimpi tu nyata.

[Photographer klik kamera tanpa henti. Moment mereka sangat natural dan penuh emosi.]

Photographer: Beautiful! Now, hold hands… yes, like that… okay now forehead touch…

[Haider perlahan-lahan sentuh dahi Tyra. Mereka pejam mata, dalam pelukan bunga dan cahaya matahari yang baru naik.]

Jenny (bisik pada Sienna): Kalau ni bukan fairytale, I tak tahu apa lagi yang layak.

Sienna (mata berkaca): I nak kahwin kat sini juga satu hari nanti...

[Scene tamat dengan bunyi klik kamera, burung-burung berkicau, dan shot last — Tyra dan Haider berdiri bersama di tengah lautan tulip, tangan bersatu, wajah bersinar dalam cahaya pagi.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience