BAB 13

Drama Completed 19407

Isaac bangun awal pagi dia memandang rantai salib dilehernya itu.Dia menyentuhnya.

"Awak tak kesian ke dengan Tuan Althaf dia seorang Islam"

Fikirannya bercelaru dengan kata-kata Naurah.Dia mencabut rantai itu lalu dibuangnya ke dalam tong T-shirt Polo disarung ke badan.

"Aku cintakan dia seikhlas hati aku.Aku harap kau faham"ucap Isaac memandang dirinya dicermin sebelum melangkah keluar dari bilik.

Naurah menyiram sayur organik yang ditanam oleh Kak Noreen.Puas kakaknya berpesan untuk siram sayur kesayangannya itu sebelum berangkat ke Langkawi pagi tadi.

Nasiblah harini hujung minggu bolehlah dia rehat dekat rumah.Deruman enjin kereta berhenti didepan pagar rumahnya.

"Apa dia buat dekat sini?"soal Naurah.Dia menutup paip air.Isaac keluar dari kereta dan tersenyum.

Naurah terkesima memandang penampilan baru Isaac.Dengan gaya potongan rambut pendek dan kemas.

"Morning... hunny bunny..."ucap Isaac.Naurah tersenyum manis.

"Morning...awal awak datang harini..selalu awak bangun lambat yang punctual selalu Tuan Althaf..."ucap Naurah memeluk tubuhnya.

Isaac tersenyum manis.

"Saya nak ajak keluar boleh?"soal Isaac.Naurah memandang lelaki itu.

"Amboi berani sekarang ajak saya keluar...kenapa tak ajak Zukie...?"soal Naurah.Isaac menyandarkan tubuhnya pada kereta.

"Zukie mana hujung minggu..biasalah menghilang balik kampung... sekarang ada awak sorang je...yang nampak bosan sorang-sorang..."ucap Isaac.

"Tapi nak pergi mana?"soal Naurah.Isaac tersenyum.

*******
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam mereka sampai di Negeri Sembilan.Naurah hanya diam sahaja.

Isaac memberhentikan keretanya didepan rumah sebuah rumah anak yatim.Naurah menjengah sedikit kepalanya.

"Ni rumah anak yatim kan?"soal Naurah memandang Isaac.Lelaki itu mengangguk perlahan.

"Tempat ni saya dengan Althaf membesar.Awak pernah tanya saya macamana saya muncul dalam badan Althaf.Althaf orang yang dingin lepas keluarga dia buang dia..dia jadi seorang yang pendiam..orang buli dia..orang pukul dia...dan dia bina karakter dalam diri dia...sebab tu munculnnya saya.Tapi pada awalnya saya akan muncul sekiranya dia penat ataupun dia marah..."

Naurah mendengar cerita dari Isaac.

"Tapi sekarang...awak muncul bukan waktu dia penat mahupun marah..."

"Bila awak muncul saya tertarik dengan awak.Sebab tu saya sedaya upaya untuk keluar dari badan dia.Sebab saya nak jumpa awak"ucap Isaac.

Naurah memandang lelaki itu.

"Isaac saya tahu awak ikhlas tentang perasaan awak...sejujurnya saya pun rasa perkara tu...saya memang tak boleh tipu...tapi...kalau Althaf tak setuju...awak tak boleh dengan saya ..."ucap Naurah.

Isaac mengangguk.

"Saya tahu tu...dan saya gunakan masa yang saya ada untuk saya luangkan dengan awak...sebab tu saya culik awak harini..."ucap Isaac.

Naurah tergelak kecil.

"Awak tak kisahkan kalau pencuri tu muka macam saya?"soal Isaac.

Naurah tersenyum manis.

Mereka meneruskan perjalanan ke Pantai Teluk Kemang.Isaac berhenti digerai membeli buah potong dan keropok lekor beserta air mineral.

"Awak pegang kejap"ucap Isaac pada Naurah.Dia mencapai plastik pada tangan Isaac.Dia melihat lelaki itu mengeluarkan tikar dan menghamparkan pada pasir.

"Jemput duduk Tuan Puteri"ucap Isaac.Naurah melabuhkan punggungnya.

"Dah lama saya nak buat macam ni...cuma tak ada girlfriend je... sekarang baru berani nak buat..."ucap Isaac.

"Selama ni...takkan tak jumpa..."kata Naurah.

"Ramai ..tapi...awek cina ni demand...dating suka tempat tertutup yang berpenghawa dingin.Tapi awak tak...kisah...sekali sekala kita berkelah...seronok jugak kan...?"soal Isaac.

Naurah mengangguk perlahan.

"Seronok... terima kasih bawa saya ke sini...kalau tak mereput saya dekat rumah..."ucap Naurah.

Isaac tergelak.Naurah memandang buku kecil yang berikat disebelah Isaac.

"Tu buku apa?"soal Naurah.Isaac mengeluarkan buku itu.

"Ni sketchbook saya..."ucap Isaac.

"Awak pandai melukis? Saya tak tahu pulak muka ganas macam awak ni pandai melukis?"perli Naurah.

Angin pantai sangat membuatkan suasana sangat istimewa bagi Naurah.

Isaac melukis sesuatu atas buku.Gerakan tangannya sangat lembut melakar gambaran dan mewarnakan gambar itu.

"Awak lukis saya?"soal Naurah merapatkan dirinya pada Isaac.Isaac tersenyum.

"Mestilah awak kan yang terindah pada saya..."

Naurah rasa mukanya merah dengan pujian Isaac.

"Ta-da!!!"ucap Isaac menunjukkan lukisan miliknya.Naurah ternganga.

"Wow...ini kalau saya ni mata pun sebelah kecil sebelah besar...boleh saya simpan..."ucap Naurah.

Isaac mengangguk perlahan.Dia rasa bahagia melihat senyuman gadis ini.Naurah masih memandang lukisan ditangannya.

"Naurah...saya ada sesuatu nak bagi dekat awak"ucap Isaac.Naurah memandang Isaac.

"Apa dia?"soal Naurah.Isaac mengeluarkan cincin dan disarungkan pada jari Naurah.

"Awak..."

"Hadiah saya untuk awak..."

Naurah tergamam dengan perilaku Isaac.Dia nampak lelaki itu agak lain harini.

"Awak...okay..tak?"soal Naurah yang mula rasa risau.

Isaac tersenyum.

"Okay...saya gembira...dapat keluar dengan awak...kalau boleh saya nak macam ni selalu...sampai akhir hayat saya...saya nak pergi rendam kaki.."ucap Isaac bangkit dan berjalan ke arah air.

Naurah memandang cincin dijarinya.Isaac mengeluh memandang air pantai yang kena dikakinya.

Dia sedaya upaya menahan diri dari lemah didepan Naurah.Dia tidak mahu Naurah nampak kelemahan dirinya.

**********


Setelah satu hari keluar akhirnya sampai jua dirumah Naurah.

"Terima kasih sebab bawa saya keluar harini.Banyak sangat benda yang awak beri pada saya"ucap Naurah.

Isaac tersenyum.

"You're welcome...Naurah.."balas Isaac.Naurah melangkah keluar dari kereta.Isaac memandang Naurah berjalan ke arah pagar.

"Naurah! tunggu"ucap Isaac turut melangkah keluar dari kereta.Dia mengigit bibirnya mendekatkan diri.

"Kenapa?"soal Naurah memandang lelaki itu.

Isaac menarik nafas dalam-dalam.Dia rasa tertekan untuk berbicara.

"Naurah...kalau ditakdirkan saya hilang...saya harap awak jangan sedih..."

Senyuman Naurah mati.Dia memandang lelaki itu.

"Walaupun...tangan saya akan hilang...saya masih Isaac yang sama... walaupun.... saya hilang ..kaki saya....saya masih yang sama..."suaranya bergetar.

"Tapi....kalau memori saya yang hilang....saya bukan Isaac....lagi..."

Airmata Naurah mengalir.

"Awak rasa boleh ke kita bersama? Memori yang saya ada dengan awak bukan dari dunia ni....biar saya simpan memori tu...supaya saya boleh ingat tentang awak.."ucap Isaac.

Naurah sudah menangis.Hatinya seakan dirobek secara perlahan.

"Saya nak ada dalam setiap perjalanan hidup...awak...saya nak tengok rambut awak yang hitam...bertukar jadi....putih...."ucap Isaac yang juga luluh menitiskan airmata.

Naurah sudah menundukkan wajahnya dan menangis teresak-esak.

"Pandang saya..."

Naurah mengangkat wajahnya memandang Isaac.

"Ingat...awak adalah perkara yang terindah untuk saya....Naurah Edlina cinta mati saya...."ucap Isaac sambil memegang kepalanya yang sakit tiba-tiba.Dia menunduk dan terduduk.

"Isaac!!.."jerit Naurah cemas.Tubuh lelaki itu pengsan.Naurah mengoncang tubuh itu.

"Isaac!!!....bangun!!!...jangan macam ni ..."ucap Naurah yang masih tak putus menampar lembut pipi lelaki itu.

Tubuh itu terus tidak memberikan respon.Naurah menangis disitu.

"Ingat...awak adalah perkara yang terindah untuk saya....Naurah Edlina cinta mati saya...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience