BAB 33: Diari Peribadi.
BANGUNAN di mana letaknya premis syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR tersergam megah di ibu kota. Di dalam sebuah bilik mesyuarat berhawa dingin,sidang redaksi staf dan wartawan sedang berkumpul.
Suasana jadi gempar dan panas dengan dakwaan dari wartawan Yeob Maon yang kononnya dalang di sebalik penghantaran kotak misteri dan penculikkan ke atas dua orang wartawan telah di lakukan sendiri oleh pengarah urusan syarikat iaitu Encik Ghani.
PAKK..PAKK..PAKK..PAKK
Encik Ghani bangun dari kerusinya dan mulai bertepuk tangan sambil tersenyum mengangguk tanda puas hati terhadap hujah yang di buat oleh wartawan Yeob Maon.
"Hm..syabas Yeob..awak sebenarnya bukan saja berbakat besar menjadi seorang wartawan misteri malah juga berbakat sebagai seorang detektif,malah menjadi satu-satunya wartawan yang berjaya membongkar misteri dalang di sebalik kiriman kotak misteri dan penculikkan ke atas dua orang wartawan. Saya Ghani Rasyid,pengarah urusan syarikat penerbitan akhbar BONGKAR dengan ini mengakui bahawa semua hujah dakwaan serta bukti yang di kemukakan oleh wartawan Yeob Maon adalah benar"kata Ghani membuat keadaan menjadi gempar dan kecoh. Semua yang ada menjadi tercengang-cengang dan bingung.
"What?! you bergurau ke Ghani?"soal Yana yang masih enggan percaya dengan semua itu.
Ghani tertawa besar.
"Betul. Yeob Maon tak tersilap pun Yana. Kiriman kotak misteri adalah satu ujian yang i sendiri adakan untuk menguji kecekapan para wartawan kita''kata Ghani lalu menerangkan keadaan yang sebenarnya.
Rupanya beliau sengaja mengirimkan kotak misteri terbabit untuk menduga kebolehan para wartawan yang berkhidmat di bawah syarikat penerbitan terbabit.
"Saya berharap wartawan senior kita Harun Nasharuddin dan Yana Maya untuk selesaikan semua ni. Namun apakandaya..wartawan Yeob Maon jauh lebih cekap dan peka dengan klu dan petunjuk yang saya tinggalkan"ujar Ghani.
Harun kemudian bangkit dari kerusi dan bertepuk tangan.
''Syabas Yeob. Engkau memang cekap. Abang dengan Kak Yana pun tak pass dengan ujian kotak misteri yang Encik Ghani buat kali ni"puji Harun.
"Uhuhu iya bang..baik..baik..terima kasih..sekian"
Para staf dan wartawan lain juga bangun dan bertepuk tangan.
"Syabas abang Yeob!!"
Tersengih-sengih je lah wartawan Yeob Maon.
Tak lama kemudian pintu bilik mesyuarat pun di ketuk dari luar.
"Masuk!"
Kelibat wartawan Syaza Alia dan Zaquan pun muncul bersama senyuman.
'Syaza! Zaquan! you all tak apa-apa?"teriak yang lain-lain.
''Jangan risau. Kami berdua selamat dan baik-baik je di bawah 'penculikkan' Encik Ghani"
Hahahahahaha hahahaha
Ketawa bergema di dalam bilik mesyuarat.
Dalam pada para staf dan sidang redaksi bergelak tawa itu,ada sesuatu yang tidak di sedari oleh mereka. Hal itu hanya di sedari pada hari berikutnya.
Seorang wartawan junior bernama Mirah Hasyimi di dapati tidak hadir bekerja. Pada mulanya semua orang menyangkakan bahawa Ghani sengaja bergurau 'menculik' Mirah kerana menurut nota di dalam kotak misteri,wartawan itu sepatutnya 'diculik' sejak semalam lagi.
"Eh semalam Mirah hadir kan?"soal Yana kepada para staf.
"Entahlah..tak perasan pulak. Kan kita kat bilik mesyuarat semalam"kata beberapa wartawan.
"Tak hadir lah Kak Yana. Meja dia sebelah saya je. Itu yang saya rasa pelik sikit..memanglah kalau ikut tarikh semalam adalah giliran Mirah untuk di 'culik' tapi rancangan penculikkan tu pun dah kansel..kenapa pulak Mirah tak hadir dan tak ada call pun dari dia"kata wartawan Yati.
"Huu?uhuhu naya..naya..mintak bior le seseorang pergi tanya kat Encik Ghani jap..uhuhu adakah rancangan penculikkan masih di teruskan haa?sekian"kata wartawan Yeob.
Encik Ghani muncul dan mengesahkan bahawa tiada rancangan 'penculikkan' pun di lakukan ke atas wartawan tersebut. Boleh jadi Mirah Hasyimi memang tidak hadir bekerja.
"Dah hubungi Mirah ke?"tanya Ghani.
''Sudah Encik Ghani. Dia tak jawab panggilan pun"balas seorang kerani.
Akhirnya suatu panggilan di terima oleh kakitangan pejabat dari suami Mirah sendiri. Lelaki itu mendakwa isterinya keluar pergi bekerja sejak pagi semalam dan tidak pulang ke rumah hingga ke hari ini malah gagal di hubungi. Beliau sudah pun membuat laporan polis.
Hal itu membuatkan para staf dan wartawan terkejut besar.
"Biar i periksa kat meja Mirah jap..manalah tau kot dia ada tinggalkan mesej ke nota ke.."kata Asywina lalu duduk seketika di meja kosong wartawan wanita terbabit.
Mirah Hasyimi selain membuat tugasan luar dan penulisan jurnal,beliau juga turut mengendalikan segmen cerita misteri kiriman peminat di salah sebuah kolum khas dalam akhbar tabloid BONGKAR.
Oleh itu di atas meja beliau memang penuh dengan surat-menyurat dari para pembaca tabloid BONGKAR.
Asywina membelek surat-surat terbabit. Tiada apa pun yang meragukan sangat. Dekat jadual tugasan harian milik Mirah yang di tampal pada dinding pemisah antara meja pula di perhati. Kali ini dahi Asywina berkerut. Mirah telah memangkah pada tarikh 4 April iaitu pada hari semalam.
Entah apa yang di maksudkan dengan pangkah itu Asywina tidak tahu. Yang lain-lain mulai berkerumun di meja Mirah untuk melihat.
''Mungkin dia dah bercadang untuk tidak hadir semalam kot?"teka seorang wartawan.
"Tapi husband dia bagitahu yang dia keluar pergi bekerja pada pagi hari semalam"kata Yana.
"Uhuhu naya..naya..kemungkinan beso Mirah sengaja buat-buat keluo pergi kerja unyuk tipukan suami dia sebelum melencong ke tempat lain..huhuhu sekian"Yeob Maon pulak membuat andaian.
"Mandai lah awak Yeob''kata Kak Husna.
Si buncit Yeob Maon tersengih-sengih. Selalu juga dia perhatikan wartawan Mirah sembunyikan plastik jajan-jajan kecil di dalam lacinya.
"Huhuhu..sekian"
Laci pun di tarik.
"Huhuhu iya memang betul sangkaan aku..sekian"
Baru je tangan besar wartawan Yeob nak capai sepaket jajan,Yana pun menepis dengan pantas.
"Haip! tak baik amek kopok orang ya Yeob"
"Uhuhu sori kak..huhuhu naya..naya..sekian"
Tidak setakat jajan,malah ada sebuah diari juga di temui dalam laci tersebut. Ia adalah kepunyaan wartawan Mirah.
"Uhuhu iya kemungkinan beso Mirah ada catatkan sesuatu dalam diari dia ya..uhuhu termasuk di mana dia nak pergi melencong sebelum di dapati hilang semalam..sekian"
"Eh eh tak baik baca diari peribadi orang ya..sila letak balik di dalam laci wahai Encik Yeob Maon bin Selamat"Yana tepis lagi tangan si buncit tu.
"Uhuhu naya..naya..sekian"
Yeob Maon dah garu-garu kepala. Diari terpaksa di letak semula.
Ketika waktu tengahari di saat semua staf dan wartawan lain kebanyakkannya sudah keluar pergi makan,wartawan Yeob yang masih duduk di meja dah tersengih-sengih gerak-gerak kening sambil mengintai ke segenap ruang pejabat.
"Uhuhu iya dah line clear ya..huhuhu untung..untung..kopok jajan mini Mirah sedang menanti untuk di kunyah sebelum di telan masuk ke dalam perut beso tak senonoh aku ni..sekian"
Memang ada tak amanahnya dengan perangai wartawan berperut boroi dan pendek seorang ni. Laci meja wartawan Mirah di buka.
Si buncit tu pun kembali semula ke meja duduknya.
Krup..krap..krup..krap..
Keropok mini itu di kunyah sambil belek diari peribadi milik Mirah.
"Huhuhu iya bior le aku tengok ke mana sebenonya ko melencong sampai tak mo nak datang kerja dua hari..sekian"
Helai demi helaian di baca.
"Huu?uhuhu..26 Mac gi shopping beli pampers dan susu anak sama somi. Beli tudung baru? uhuhu boring..boring..iya rutin harian wanita sememangnya boring ya..uhuhu orang rumah aku pulak rutin tiap hari jahit baju pelanggan,memasak..mengumpat..uhuhu sekian"
Akhirnya helaian pada tarikh semalam dan kelmarin pun di buka. Memang ada catatan dari wartawan Mirah..
-3 APRIL- Suara tu muncul lagi. -Mungkin aku tak sepatutnya amek barang tu waktu masuk ke hutan bersama para wartawan lain. Dia mahu aku pulangkan semula benda tu. Esok aku terpaksa
jugak pergi ke sana.
-4 APRIL- (kosong)
-
Terbeliak besar biji mata Yeob Maon.
"Huu?! uhuhu naya..naya..huwaaaaa aku dah tau kat mana Mirah pergi lah. Uhuhu ke hutan tempoh hari rupanya..sekian"
BERSAMBUNG....
syabas kpd readers yang masih survive bca cerita ni. Ia akan tamat pada Bab 50. Mohon bertabah.
Share this novel