BAB 45:Culik dan Ceroboh.
TENGAHARI tu kereta perodua hijau yang di naiki oleh wartawan Yeob kebetulan lalu di hadapan hotel di mana jamuan makan malam oleh syarikat penerbitan tabloid BONGKAR telah diadakan di situ beberapa hari lalu.
"Eh Yeob..tengok kat kawasan parkir kenderaan hotel tu. Ai itu kan macam kereta pacuan empat roda kepunyaan abang Harun"kata wartawan Haziq yang ada duduk di sebelah.
"Huu?!"
Terbeliak besar biji mata wartawan Yeob bila periksa nombor plat kenderaan terbabit.
"Uhuhu iya Ziq..memang tak syak lagi itulah dia kereta abang Harun. Huu? Uhuhu dah kenapa pacuan empat roda dia masih parking kat kotak parkir yang sama sejak malam dinner hari tu haa?sekian"
"Ish iye tak iya jugak..musykil betul. Ke abang Harun saja check in kat hotel tu kot?"
"Huu?check in sampai berhari-hari sampai tak mo pergi kerja dan jawab call bagai? Uhuhu dah kenapa abang Harun nak buat perangai pelik-pelik cenggitu haa?sekian"
"Entahlah. Elok kita singgah jap kat hotel tu dan periksa"
Kereta yang di naiki oleh dua wartawan itu pun masuk ke perkarangan parkir hotel. Kelihatan ada beberapa orang pekerja trak tunda dan staf hotel sedang mengerumuni pacuan empat roda milik wartawan Harun.
Yeob dan Haziq pun turun dan menghampiri mereka untuk bertanya.
"Awak berdua kenal ke pemilik pacuan empat roda ni? Dah dua tiga hari kenderaan ni ada kat sini. Ruang parkir ni hanya di khaskan untuk penginap hotel sahaja. Nama pemilik kenderaan ni tak ada dalam rekod pihak kami. Jadi kami terpaksa panggil trak tunda dan hantar ke balai"kata pengurus hotel berkenaan.
Wartawan Haziq dan Yeob pun memberitahu hal yang sebenarnya.
"Wartawan Harun Nasharuddin hilang?"soal pengurus hotel.
"Kan malam tempoh hari syarikat penerbitan kami ada buat dinner kat hotel ni. Itulah malam terakhir kami jumpa dia..lepas tu sampai sekarang tak tahu dia pergi mana"terang Haziq.
"Uhuhuhu iya aku rasa kebarangkalian besor abang Harun hilang kat hotel ni jugak sewaktu kita dinner malam tu lah..sekian"
Langsung si pengurus hotel membatalkan tindakkan untuk menarik tunda pajero milik Harun.
TAK lama kemudian pengarah urusan syarikat penerbitan BONGKAR iaitu Ghani Rasyid dan wartawan Yana Maya juga tiba di hotel terbabit setelah di maklumkan oleh Haziq dan Yeob melalui panggilan telefon.
Mereka pun membuat panggilan ke balai polis dan mengadukan perihal kehilangan wartawan Harun.
Pihak polis memeriksa kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Sungguh mengejutkan apabila pintu di bahagian pemandu di dapati tidak berkunci dan barang-barang milik Harun yang di simpan dalam peti dashboard juga di dapati telah di selongkar.
Pihak polis mengesahkan wartawan Harun Nasharuddin bukan sahaja hilang malah kenderaannya juga telah di geledah.
Pihak pengurusan hotel pun memberi kerjasama dengan meneliti rakaman CCTV di perkarangan hotel pada malam dinner syarikat penerbitan tabloid BONGKAR di adakan. Selain pihak pengurusan hotel,pihak polis dan staf wartawan BONGKAR juga turut ada di pertontonkan rakaman terbabit di bilik tayang CCTV.
Kelihatan jelas di dalam rakaman terbabit di mana kelibat wartawan Harun di lihat susap-sasap seperti mengejarkan seseorang di ceruk belakang hotel.
"What? Harun tengah kejar siapa tu?"soal Yana dengan wajah serius meneliti ke rakaman cctv.
"Uhuhu iya pencuri ya..sekian"wartawan Yeob pulak yang menjawab.
"Seriuslah sikit Yeob..haih!"Yana menyiku ke perut boroi wartawan itu.
Ketika rakaman di kawasan parkir kenderaan di buat,sekali lagi mereka semua di kejutkan dengan rakaman di mana suatu sosok muncul sambil memikul tubuh wartawan Harun yang di percayai telah pengsan di atas bahunya sambil menggeledah kenderaan pacuan empat roda terbabit.
"Orang misteri!!"serentak perkataan itu terpacul keluar dari mulut Ghani,Yana,Haziq dan Yeob.
Kini tahulah mereka apa yang telah terjadi kepada wartawan Harun Nasharuddin.
______________
PEJABAT SYARIKAT PENERBITAN BONGKAR.
Seorang kerani di lobi pejabat bergegas ke bilik mesyuarat di mana suatu sidang tergempar sedang di adakan berikutan kes kehilangan Harun.
"Ya ada apa Nurul?"tanya Ghani.
"Maaf mengganggu..Encik Ghani,pihak polis baru je hubungi kita dan beritahu bahawa rumah abang Harun kena pecah masuk dan di geledah oleh orang. Mereka percaya ia di lakukan oleh suspek yang sama memecah masuk kenderaan abang Harun"lapor kerani dari lobi.
Ghani dan para wartawan saling berpandangan.
"Pihak polis minta pihak kita hantar wartawan ke sana untuk buat tinjauan sekiranya kita berminat nak review kes abang Harun dalam isu BONGKAR nanti"kata kerani itu lagi.
''Baiklah Nurul terima kasih. Sudah pasti kita akan muatkan kes misteri kehilangan dan penculikkan ke atas Harun dalam isu BONGKAR"balas Ghani lalu mengarahkan seorang dua wartawan BONGKAR untuk pergi ke kediaman Harun.
Mesyuarat di teruskan lagi. Kehilangan Harun sememangnya satu berita yang menggemparkan. Semua orang berasa risau akan keselamatan Harun. Bimbang beliau akan di perapa-apakan oleh orang misteri.
"So macam mana ni Ghani? kes kehilangan Harun..
"Uhuhu penculikkan ya..sekian"wartawan Yeob mencelah Yana sambil tersengih.
Yana mengetap bibir sambil membeliakkan kedua mata pada Yeob Maon. Geram dan menyesal pula kerana dah berjanji akan membelanja wartawan gemuk itu makan sekiranya andaian bahawa Harun di culik berjaya di buktikan.
"Buhuhuhuhu..sekian"wartawan Yeob ketawa kecil geli hati melihat reaksi wartawan wanita senior itu.
"Apa you nak tanya tadi Yana?"soal Ghani.
"I mean..kita semua bimbangkan keselamatan Harun. Ini akan jadi satu berita paling gempar buat pembaca BONGKAR. Kalau apa-apa jadi pada Harun..i tak fikir kita dapat terima kenyataannya nanti. Pembaca kita pun tak sanggup..
"You janganlah cepat sangat berfikir yang bukan-bukan Yana. Biarkan pihak berkuasa jalankan tugas mereka dulu"
"Kita tak boleh sekadar tunggu pihak berkuasa je Ghani. We must take our own effort too"tegas Yana.
"Okey fine..fine..untuk next issue kita akan fokus pada kes Harun. Saya nak kamu semua bekerja keras untuk cari maklumat atau buat tugasan luar dalam menjejaki Harun"tegas Ghani kepada para wartawannya.
RAKAMAN video saat orang misteri memikul tubuh Harun sewaktu di kawasan parkir hotel tempat dinner tempoh hari telah di perolehi oleh syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR. Ini termasuklah foto-foto keadaan di mana kenderaan dan rumah Harun bersepah di selongkar oleh penceroboh.
*****
"Terima kasih..sila datang lagi"balas staf premis makanan segera fried chicken sambil memulangkan baki wang Yana.
"Huhuhuhu iya baik..baik..sama-sama ya..sekian"wartawan Yeob buncit yang berdiri di sebelah Yana pulak yang tolong jawabkan sambil tertawa dengan perut buncit melantun-lantun sebelum dia yang capai bungkusan ayam goreng segera itu.
"Eerghh..sabar je lah"balas Yana sambil merungut ketika menyimpan beg duit ke dalam beg tangan. Tak pasal-pasal duit melayang kena belanja wartawan gemuk tu makan setelah mendapati andaian Yeob Maon tentang penculikkan Harun adalah benar.
"Huhuhu iya kak..lain kali jangan le yakin beno sampai nak berjanji bagai ya..huhuhu sekian"
"Hm yelah..pergilah balik..orang rumah sama anak awak pun dah tunggu kat rumah nak makan fried chicken tu"balas Yana nak ketawa. Saja nak sakat wartawan Yeob.
"Huu?uhuhu tidak..tidak..orang rumah sama anak aku tak berapa gemor makanan segera western cenggini ya..huhuhu makanya perut beso aku yang lahap semuanya..sekian"
'Hahaha yelah..yelah'
KEESOKKAN harinya satu lagi kejadian gempar telah berlaku. Kali ini pejabat di syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR pula menjadi mangsa ceroboh dan di pecah masuk.
Terkejut betul staf dan para wartawan. Habis laci-laci meja dan pelbagai barangan di pejabat di selongkar hingga berterabur di lantai.
"Orang misteri tu betul-betul dah main gila kali ni..sampai pejabat kita pun berani dia pecah masuk jugak. Dahsyat betul lah"kata wartawan Haziq sambil geleng kepala.
"Mesti ada sesuatu yang dia cari"kata wartawan lain.
"Agaknya dia cari meja abang Harun. Tapi oleh sebab dia tak tahu yang mana satu mejanya jadi dia pun selongkarlah semua meja sekali kot"begitu andaian yang di buat oleh wartawan Asywina Joseph.
Ghani sedang sibuk bercakap dengan pegawai polis yang datang ke premis setelah aduan pencerobohan di buat.
Kelam-kabut semua orang di buatnya. Terpaksa mereka mengemas kembali ruang pejabat yang porak-poranda.
"Eh you all masih ada waktu nak sembang-sembang lagi ke? cepat tolong yang lain-lain kemaskan opis ni"tegur Yana yang sedang sibuk menyusun sebeban kertas dan fail yang berterabur di lantai.
"Erkk..sori Kak Yana"
Wartawan-wartawan muda itu pun bersurai dan kembali melakukan tugas masing-masing.
BAB 45: Culik dan Ceroboh!
BERSAMBUNG....
Share this novel