HFM 18 | | Janji

Romance Series 73463

Sarah merenung skrin telefon dengan mata dikecilkan curiga. Sudah masuk beberapa hari Zane tidak menghiraukan dia. Setiap pesanan dan panggilan yang dibuat tidak dipedulikan apalagi di jawab. Sudah lupa ke janji lelaki tu pada dia..

Hmm...

Sarah menopang bawah dagu di meja. Telefon yang diletakkan atas meja dibiarkan tergeletak tidak dipegang semenjak menanti balasan mesej dari abangnya itu.

Zane kata nak bawa dia pergi melihat apartment baru yang lelaki tu ingin berikan pada dia. Tapi sampai ke hari ini langsung tiada khabar berita.

Suasana kafe pada tengah hari itu sibuk. Kebanyakan pengunjung di situ adalah penuntut dari universiti berhampiran. Ramainya mereka datang untuk meluangkan masa sambil menikmati minuman segar dari kafe tersebut. Dan tidak jauh dari tiga meja yang menghadap kaunter pelayan, duduknya pasangan kekasih muda di situ.


"Apa yang kau tenungkan dekat skrin tu dari tadi Sarah?"tegur Lee, teman lelaki Sarah.


"Kau rasa kenapa orang yang sentiasa balas dan angkat call aku dah mula tak hiraukan aku? "


"Siapa? Aku ke? Rasanya aku jawab aje setiap call kau, tak pernah pulak aku miss dari balas chat kau."

Sambil buat muka, Sarah angkat mata lalu merenung bosan wajah kacak teman lelakinya itu dengan tidak berminat. Seriously?


"Bukan kau la...tapi Zane."


"Ahh... Sugar brother kau tu? "sengih Lee sewaktu menyuap potongan kek ke dalam mulut."Orang busy...biasa la tu."Lee sedia maklum mengenai abang tiri Sarah semenjak berhubungan dengan gadis itu. Dia juga mengetahui bahawa Zane adalah orang yang selama ini menyara kehidupan mewah Sarah. Pendek kata dari atas hingga bawah, semuanya disediakan oleh lelaki itu. Kalau bukan mengenangkan hubungan sedarah mereka, memang tidak la Lee akan membiarkan hal tu. Namun dia juga menumpang kesenangan Sarah itu. Tidak la dia keluarkan wang banyak jika dating bersama Sarah.


"Dia janji nak belikan aku apartment baru yang aku nakkan tu. Tapi sampai hari ni langsung tak cakap apa-apa." Sarah menarik muncung.


"Call la dia..."


"Kau ingat aku tak call ke?" Sarah menjuling mata kejengkelan. Letih betul la kalau bercakap dengan teman lelakinya ni.


"Maybe ada something yang dah distract Zane sampaikan dia tak ada masa untuk fikirkan tentang kau, sayang."Lee menyuap garpu yang dicucuk dengan potongan buah di depan mulut Sarah." Nanti dia dah teringat, tahu la Zane nak call kau. Tunggu aje la dia."

Pertama-tama Sarah memandang buah yang disua oleh Lee itu untuk seketika. Lalu barulah dia mencapai telefon dari meja sebelum menolak tangan itu jauh dari dia.


"Dia tak boleh lambat. Aku dah beritahu dekat kawan-kawan yang lain pasal apartmen tu. Mana aku nak letak muka kalau dia orang fikir aku cuma berkata-kata aje. Zane kena beli apartmen tu secepat mungkin atau kawan-kawan aku mula curiga pasal ni."sekali lagi Sarah menghantar pesanan kepada Zane. Untuk beberapa saat dia tunggu respon. Tetapi chatnya itu hanya dilihat sahaja tapi tidak di balas.

Enggan mengeruhkan lagi angin Sarah yang tidak baik itu, Lee hanya menyibukkan dirinya dengan makanan yang tersedia. Tiada apa-apa lagi yang boleh dikatakan sekiranya gadis terlebih manja bernama Sarah ini begitu degil sekali untuk bersabar. Masakan tidak, kalau dah dibiasakan hidup mewah memang begini la kerenahnya.


"LETAKKAN SEMUA barang ni di kereta dahulu."beritahu Astrid kepada pemandunya semasa keluar dari butik pakaian." Saya nak ke kafe di depan ni."


"Baik puan."tunduk pemandu itu sebelum bergerak ke arah seberang jalan dimana kereta telah diparkir.

Masuk sahaja ke dalam kafe, Astrid di sapa dengan haruman biji kopi dibakar. Dengan niat dan pesanan yang ingin dibuat, dia mengatur langkah ke arah kaunter pelayan. Lalu disambut oleh staf bertugas di situ.


"Selamat datang, boleh saya ambil pesanan."


"Latte Frappuccino. Whipped cream and brown sugar, please."pesan Astrid sambil mengeluarkan telefon dari handbag.


Pelayan itu menyentuh itu dan ini pada skrin mesin pesan sebelum berkata semula."semuanya 10$."


"Ini dia..." Astrid menyuakan skrin telefon yang mengandungi bar code pada pelayan itu untuk membuat pembayaran.


Bunyi beep kedengaran apabila bar itu di scan sejurus itu. "Tunggu sebentar ya. Pesanan puan akan siap lima minit lagi."

Pada masa itu satu sentuhan hinggap di bahu kiri Astrid. Memeranjatkan wanita itu untuk berpaling ke tepi. Dan matanya terarah pada wajah senyum milik Sarah. Gadis itu kelihatan teruja.


"Kakak ipar. Kebetulan betul ya kita berjumpa dekat sini."ramah Sarah menegur.

Dengan renungan judging, Astrid menilik gadis yang dikenali sebagai adik tiri suaminya itu. Penampilan mewah dan branded terpasang pada tubuh ibarat model Sarah itu. Setahu dia gadis ini sering jadikan Zane sebagai banknya. Segalanya dibayar oleh Zane. Dari rumah, kereta, makan minum dan perbelanjaan. Semuanya ditanggung oleh suaminya. Sedangkan Sarah sendiri mampu bekerja dan cari wang sendiri untuk sara hidup.


"Hai Sarah."balas Astrid acuh tak acuh menyedari Sarah tidak bersendirian kerana teman lelaki gadis itu berdiri di samping memberi senyuman sapa ke arahnya.

Terus Sarah menjengah leher kanan dan kiri. Seakan sedang mencari sesuatu. Atau lebih tepat lagi seseorang.


"Kakak ipar sorang diri aje? Zane tak ikut sekali ke?"


Astrid buat muka tidak berminat. Rasanya bukan Sarah aje yang suka tanya soalan yang sama pada dia. Hampir semua orang yang bertemu dengannya pasti akan ajukan soalan itu. Dan jawapan dia kekal sama setiap masa."Kalau dia tak ada maknanya aku seorang diri aje la. Memangnya ada apa kamu cari dia?" Ini mesti nak minta sesuatu dari Zane la ni. Mentang-mentang la segala kehendak tu ditunaikan, boleh pula tunjuk muka tak malu depan dia begini.


Sarah mengeratkan rangkulannya pada lengan Lee sambil berkata." Hahaha...mana la tahu kan Zane sibuk luangkan masa dengan kakak ipar memandangkan Zane tak jawab call atau balas chat saya."

Bertuah dia kalau Zane sibuk semata meluangkan masa bersama dia! Astrid berdengus mengejek. Berasa lucu dengan kata-kata Sarah itu. Tak mungkin Zane akan menghabiskan waktu dengan dia sampai tak jawab call apalagi balas chat.

Lelaki itu lebih gemar habiskan waktu dengan perempuan-perempuan jalang yang ada dekat luar sana dari bersama dengan isterinya yang sah.


"Dia sibuk dengan mistress dia. Kalau kamu nak cari dia, kamu tahu di mana kamu boleh temui dia."Ketika itu pelayan kembali bersama minuman Astrid. Membuatkan wanita itu berpaling ke kaunter semula untuk mengambil minumannya.


"Mistress baru? "kepala Sarah terlentok sedikit." Bukan ke kak ipar dah halau setiap seorang Mistress Zane?"setahu dia Astrid seorang yang nekad. Jadi tak mungkin la Astrid membiarkan Zane begitu sahaja.

Berasa semakin jengkel dengan perbualan itu, Astrid terus pamit meminta diri. Dia enggan memberi sebarang komen mengenai Mistress rahsia yang suaminya cuba lindungi itu. Semakin dia fikirannya semakin menjadi-jadi sakit hatinya.


"I'll take my leave now."kacamata hitam dipasang ke wajah.


"Oh-okay. Jumpa lagi kakak ipar."lambai Sarah memerhatikan langkah Astrid dengan ekor mata. Masih kebingungan.

Lee merangkul belakang pinggang Sarah kemudiannya sewaktu Astrid sudahpun keluar dari pintu kafe itu.


"Wow, abang kau pasang mistress dan kakak ipar kau boleh setenang tu?" komen Lee memusingkan mereka berdua ke arah pintu keluar pada masa yang sama.


"Sebab ianya bukan kali pertama. Zane memang dah biasa ke hulu dan hilir dengan perempuan bertukar silih ganti sejak awal perkahwinan mereka...jadi Astrid dah tak terkejut lagi."jelas Sarah.


Lee ketawa. "Kalau aku buat perkara sama, agaknya apa reaksi kau?"


"Jangan kau berani curang pada aku Lee!" geram-geram Sarah memukul dada itu semasa mereka jalan saling bergandingan keluar dari kafe itu.


"So apa kau nak buat sekarang? Abang kesayangan kau tu sibuk dengan Mistress dia sampai lupa janji dia pada kau, sayang."

Tsk! Buat apa lagi, ya lakukan perkara yang biasa dia buat untuk tarik perhatian abangnya la.


"Buat apa lagi, mesti la aku kena cari Zane. Dan aku pun nak tahu jugak perempuan bertuah mana la yang dah buat Zane lupa segala benda penting semata nak luangkan dengan dia!"Sarah menarik sengih meleret bersama renungan penuh muslihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience