SAMBIL MEMBETULKAN mask di wajah, Dihya berjalan ke arah biliknya dengan tuala bergulung di atas kepala. Dia baru seusai mandi. Disebabkan dia banyak mengeluarkan peluh hari ni, Dihya ambil keputusan untuk cuci rambut hendak elakkan kulit kepalanya dari berminyak. Sambil tu menyejukkan badan supaya dapat tidur lena.
"Lapar betul malam-malam macam ni. Craving pulak nak makan spicy ramen dekat 7e.." bicaranya sendiri sewaktu berjalan melewati partition yang menutupi Kawasan katil. "Makan salad aje dah macam kambing be-AHH!" tidak habis dia bercakap Dihya menjerit kecil tatkala melihat satu kelibat hitam sedang duduk di atas katilnya.
Bersama nafas naik turun dan tangan di dada, Dihya berdiri di situ dengan mata terbuntang luas. Sejak bila pula Zane pulang ni? Buat terperanjat dia aje la.
Sudahlah bilik itu bergelap, hanya ada cahaya pun dari night stand yang jauh dari Kawasan itu. Mana la dia tidak terperanjat. Kalau kut ya pun, buka la lampu ke apa. Tak adalah dia terperanjat.
"Bila tuan sampai rumah?" Dihya bersuara semula selepas kembali tenang. Namun dia masih dalam keadaan awas memandangkan postur Zane kelihatan penuh amaran dan lelaki itu kelihatan benar-benar seperti orang menahan marah.
Mata Dihya bergerak ke jam digital atas night stand. 11 malam. Agaknya Zane sampai rumah masa dia sedang asyik berendam dalam tab mandi tadi . Sebabnya dia masuk mandi waktu baru 10.30 malam.
Zane menjeling ke Dihya dengan riak gelap di wajah. Tatapan mata itu dalam dan serius. Namun dengan perlahan tangan kirinya menepuk tempat kosong di katil itu. Sebagai isyarat supaya Dihya mendekat.
Masih dengan mask di wajah, dengan bingung Dihya jalan mendekati katil itu. Dan apabila dia semakin mendekat semakin kuat bau alkohol boleh dihidu dari Zane. Lelaki ni mabuk ke sampai salah masuk bilik dia?
"Tuan confused dengan bilik-" Dengan sepantas kilat tangan Zane melingkar ke sekeliling kaki Dihya sebelum wajah lelaki itu menyembam perut Dihya setelah Dihya berdiri di hadapannya.
Dalam keadaan mata di pejam rapat, Zane menghirup dalam-dalam aroma Dihya. Mencari ketenangan darinya. Yang mana berjaya. Kerana sebaik sahaja dia berada dekat Dihya, fikirannya yang berserabut tadi tidak lagi memeningkan kepala dan dadanya yang sesak mulai lapang. Dia berasa selesa setiap berada dekat dengan Dihya.
"Untuk seseorang yang baru saja dinaikkan pangkat, tuan kelihatan sedang marah. Bukan ke sepatutnya tuan rasa gembira dengan semua ni?"Dihya memegang belakang kepala Zane lalu dimainkan rambut itu perlahan-lahan. Apa lagi yang menganggu fikiran Zane kali ni?
"Saya dah dengar perkara yang sama, dan ini adalah kali keduanya."gumam Zane di balik perut Dihya ketika itu.
Kenapa Zane kedengaran murung? Kenapa Zane balik dalam keadaan begini?Betapa banyaknya soalan yang bermain di dalam kepala.
Dihya berkira-kira hendak bertanya. Namun mulutnya terasa berat kerana hatinya berasa serba salah. Dia khuatir jika dia banyak bertanya Zane akan bertambah tertekan. Jadi niatnya itu dibatalkan.
"Saya tak tahu apa yang berlaku. Tapi ianya pasti hari yang memenatkan untuk tuan kan?Tuan Zane dah lakukan yang terbaik."itu saja yang mampu Dihya katakan waktu itu. Belakang badan itu kemudiannya di tepuk-tepuk. Biasanya kalau puji 'Good job' orang suka di tepuk dekat belakang.
Zane yang dengar terus tersenyum, dadanya seakan digeletek. Entah kenapa ucapan Dihya itu umpama lullaby untuk dia. Biasanya orang secara normalnya akan mengucapkan tahniah, tapi tidak Dihya. Sememangnya Dihya lain dari yang lain. Dan dia tidak menyesal mendapatkan gadis ini menjadi milikannya.
"Haha...that's funny." ketawa Zane perlahan.
"Kenapa tuan ketawa?"
"Tak tahu kenapa... Sejak hari tu lagi. Kamu sentiasa buatkan saya rasa-"tidak semena Zane berhenti di tengah-tengah katanya.
"Apa dia tadi tuan? "
"...... "
Tiba-tiba tangan yang melingkar kakinya terjatuh ke bawah. Tubuh Zane pula kelihatan longlai. Dihya terus tunduk ke bawah. Dan bila dia check keadaan Zane, lelaki itu rupa-rupanya sudah tertidur.
"Ngantuk betul ni?" bisik Dihya sambil menyelak anak rambut Zane ke belakang dengan lembut, mendedahkan sepasang mata yang sedang terpejam. Semakin ditenung, semakin hangat dadanya rasakan. Bagaimana ni? Hatinya benar-benar sudah terpaut pada pemilik mata itu.
Hubungan ini benar-benar merisaukan hatinya. Sebab ini la dia tidak suka mulakan sesuatu perkenalan dengan mana-mana lelaki. Kerana dirinya ini seorang dungu yang dengan mudah akan menyerahkan segalanya selepas mulai rasa suka dan sayang pada seseorang. Dia tidak pandai bagaimana hendak jalani hubungan yang melibatkan fizikal sahaja.
Dihya takut untuk menyerahkan perasaannya kepada seseorang yang hanya akan memiliki dirinya untuk setahun dan kemudiannya membuang dirinya begitu sahaja seperti orang bodoh. Zane tahu dan lelaki ini tidak peduli kerana hubungan mereka ini ada tamat tempohnya. Sedangkan dia yang sedia tahu mengenai hal ni tak dapat nak kawal dirinya dari terus terjerumus dengan perasaan terlarangnya ini.
Perlahan-lahan Dihya tunduk ke bawah sebelum bibirnya hinggap lembut mengucup dahi hangat Zane untuk beberapa saat. Nak buat macam mana lagi, dia tak boleh nak berpatah balik semula. Perasaannya kini sudah melangkaui rasa malu dan sedar dirinya walaupun dia tahu semua ini salah. Dia tidak patut lakukan semua ini terutama sekali bersama lelaki yang sudah berkahwin.
CAHAYA Matahari pagi menerangi seluruh ruangan bilik tidur Dihya. Zane di atas katil baring dalam keadaan meniarap dengan sebelah tangan di bawah bantal. Rambut hitam berkilatnya bersepah tidak terurus.
Cahaya terang di bilik itu membuatkan mata yang terpejam itu akhirnya bergerak terbuka.
Beberapa kali Zane memejam celik matanya untuk adapt dengan keadaan terang di bilik itu sebelum berkerut kening merenggut rambut tatkala rasa pening menghentak sedarnya.
Setelah dia sedar sepenuhnya dari mamai, barulah Zane menyedari dimana keberadaannya ketika itu. Dia berada di dalam bilik Dihya. Haruman yang biasa dia hidu dari gadis itu dapat dihidu dalam seluruh ruangan itu termasuklah bantal tempat dia bersandar ketika itu.
Lantas tangannya bergerak ke tempat tidur di samping. Dengan harapan ada Dihya di sebelah. Namun bila dia dapati tempat itu kosong, dengan pantas Zane memandang ke kiri katil. Serta merta keningnya mencerlung.
Ke mana aje Dihya menghilang? Kenapa gadis itu tidak tahu hendak duduk diam untuk seketika?
Dengan jengkel Zane bangun dari perbaringan sebelum mencapai telefon dari atas night stand. Ingin Melihat sudah masuk jam berapa, sampaikan Dihya sudah tiada sewaktu dia bangun tidur. Namun niat Zane terganggu apabila dia melihat bubble notifications yang tertera di skrin telefon. Ada beberapa panggilan tidak dijawab dari Sarah.
Entah apa lagi budak bratty tu mahukan! Nanti aje la dia call semula. Kalau bukan hal penting, dia boleh tangguhkan dulu.
Zane turun dari katil, namun baru sahaja dia berdiri di situ, mata Zane terarah pada pakaian yang terpasang di tubuhnya. Sepasang round neck shirt putih lengan pendek dengan imej hello kitty berwarna pink tercetak di hadapan baju itu.
The heck?
Dia mencubit baju itu dengan riak 'disgust' di wajah, sejak bila dia biarkan Dihya beli pakaian macam ni? Banyak-banyak baju, ini jugak yang diberikan pada dia. Saiz kecil pulak. Kenapa Dihya tak guna baju dia aje?
Keluar sahaja dari bilik tidur, Zane cuba mencari Dihya. Setiba di kawasan hallway menuju dapur, ketika itu la dia mendengar suara bisikan kecil dari arah pintu utama. Perasaannya terus dihambat rasa ingin tahu. Maka dengan berhati-hati tidak menghasilkan sebarang bunyi, Zane mengintip dari balik dinding lalu melihat Dihya sedang berdiri di hadapan dua orang pengawal keselamatan, membelakangkannya.
Ditangan, Dihya menatang dulang dimana sebuah teko dan cangkir terletak di situ.
Apa tu? Zane mengecilkan mata curiga.
"Macam mana? Okay ke?" tanya Dihya kepada pengawal keselamatan pertama.
"Boleh cik. Tak pahit sangat. Tapi sebaiknya cik sediakan paket creamer dan gula secara berasingan. Biar tuan yang membancuh sendiri supaya rasanya menepati citarasa beliau sendiri."
"Oh-Okay. Terima kasih."ucap Dihya kembali berpusing ke dalam semula setelah pintu itu tertutup. Dan betapa terkejutnya dia apabila matanya tertancap pada lelaki lampai yang sedang bersandar pada tepi dinding itu sambil bersilang tangan di dada.
Zane melentokkan kepala ke dinding sambil menilik Dihya dengan renungan dinginnya atas bawah. Rahangnya berketik tatkala melihat wajah bersih tanpa make up itu. Agaknya kalau dia kurung Dihya dan pasung kaki serta tangan tu, takkan ada sesiapa tahu kan?
"Tuan Zane-"
"Rasanya saya bagi tahu yang jadual kamu bermula pada jam 9 pagi bukan? Kenapa masa saya bangun kamu tiada di katil?" ujar Zane dingin.
Dihya terpinga-pinga.
Patut ke saya ajar kamu supaya faham arahan?" tambah Zane lagi dengan riak gelap di wajahnya. "Lagipun siapa benarkan kamu berbual dengan bodyguard saya apatah lagi hidangkan minuman kepada mereka?Tak cukup jelas ke dengan arahan saya?Berapa kali saya perlu ulang, tugas kamu adalah untuk melayani saya. Hanya saya seorang dan saya sahaja. Bukan orang lain."
Keadaan di situ menjadi tegang yang semacam hinggakan Dihya berpeluh dingin di tapak tangan kerana berasa gerun. Mereka kemudiannya saling berbalas pandangan ke antara satu sama lain tanpa seorang pun berkedip.
Share this novel