BAB 1

Romance Series 29443

Terjaga awal subuh di dalam sebuah bilik hotel, gadis berwajah polos itu memandang sekeliling. Melihat sekujur tubuh sasa tanpa pakaian sedang baring di sebelah dan sedang membelakanginya, air mata bercucuran jatuh. Bibir diketap erat. Cepat-cepat telapak tangan menekup mulut. Tidak mahu walau hanya sehela nafas kedengaran. Perlahan, gadis itu menapak turun dari katil lalu mengutip pakaiannya yang berselerakan di atas lantai. Mengenakan pakaian secara tergesa-gesa sebelum berjengket keluar dari bilik hotel tersebut.

Teksi yang dinaiki membawa gadis itu di depan sebuah rumah banglo mewah tiga tingkat. Awal subuh, keadaan persekitaran sunyi sepi. Udara lembab dan embun tipis membungkus dedaun pokok-pokok hiasan dan rumput yang menghijau. Angin sejuk menusuk sampai ke sum-sum.

Cuba untuk tak endahkan tubuh yang mulai menggigil kesejukan, kaki diheret menuju ke pintu masuk.

“Papa!”

Daun pintu diketuk kuat.

“Aunty Zie!!!”

Bersama tangisan yang mulai pecah, dia memukul-mukul daun pintu.

“Eryshaa!!!”

Semakin rancak buku lima diayun, menumbuk-numbuk daun pintu apabila tiada langsung sahutan dari dalam.

“Buka pintu ni!”

Dia meraung bersama air mata yang semakin laju berguguran. Kalau bukan kerana syaitan-syaitan bertopengkan manusia di dalam banglo mewah itu, dia takkan hilang segalanya termasuk maruah diri.

“Buka pintu ni!!!” dia terusan jerit sekuat hati.

KRAK!

“Ah… perempuan jalang ni rupanya!” seorang gadis memakai baju tidur tipis terpacak di ambang pintu sebaik sahaja daun pintu terkuak luas. Lengan terus berlipat di dada. Terlihat jelas keangkuhan gadis itu.

“Ini semua angkara awak! Awak perangkap saya, Sha! Kenapa?!”

“Sebab you tak cerdik! Bahasa kasar, you tu bodoh!”

PANG!

Kepala terteleng apabila wajah dilempang deras sebelum tubuh terundur dan rebah di atas rumput.

“You tahu tak berapa papa jual you kepada lelaki tua miang nak mampus tu? Cukup untuk bayar hutang perniagaan papa yang dah hampir nak muflis tu!”

“Tak mungkin! Papa takkan sanggup buat anak kandung dia macam ni! Ini semua rancangan you kan?!”

“Hahaha! Kalaupun rancangan I, apa you mampu buat, Fayra?”

Bunyi derap kaki kasar menghampiri buat kedua-dua gadis itu menoleh.

“Kenapa bising pepagi buta macam ni hah?!” suara garau seorang lelaki menerpa gegendang telinga. Fayra yang masih terbaring di atas rumput buru-buru mengheret tubuh mendapatkan lelaki yang berdiri di ambang pintu itu. Kaki lelaki itu dipeluk erat.

“Papa, saya tak bersalah. Saya diperangkap. Saya tak ingat apa yang berlaku. Tolong saya papa, saya tak salah!”

“Pergi!!!” Fayra jatuh tergolek apabila lelaki itu menyepak tubuhnya sekuat tenaga lelaki itu.

“Papa! Saya anak kandung papa!”

“Diam! Awak masih berani mengaku anak kandung saya setelah menconteng arang di muka saya? Dengar baik-baik Fay! Mulai hari ini, awak bukan anak saya! Saya haramkan awak pijak rumah ni!”

“Papa!!!”

“Jangan panggil saya papa! Saya tak punya anak seperti awak!”

“Papa!!!”

Fayra susah payah bangkit lalu cuba mengejar lelaki yang sudah berada di perut banglo mewah itu.

“Nak ke mana?!”

“Argh! Lepaskan I, Sha! I nak cakap dengan papa!”

Cengkaman pada rambut Fayra tak dilepaskan malah Erysha tarik sekuatnya. Fayra meraung, menahan sakit.

“Dah bodoh, pekak pula? You diharamkan pijak rumah ni! You pembawa sial!”

“Sha!!!”

Sekali lagi tubuh tergolek di atas rumput apabila Erysha tolak Fayra sekuat hati.

PANG!

Daun pintu dihempas kuat. Fayra kembali mendapatkan pintu lalu dia ketuk sekuat hati.

“Buka pintu ni! Saya tak bersalah! Papa!!!”

Sedar semuanya hanya sia-sia, tubuh melorot lalu terjelepok di atas lantai. Fayra menangis teresak-esak. Ke mana harus dituju? Dia tidak punya siapa-siapa selain papa. Mengapa begini? Sejak lahir, hidupnya dirundung malang. Dia dikatakan punca mama jatuh sakit. Masa mama terlantar sakit, papa dalam diam menjalin hubungan dengan seorang janda anak satu. Dia masih mampu bersabar walaupun dia dilayan seperti bibik di rumah sendiri.

Pemergian mama buat selama-lamanya buat nasibnya semakin buruk. Dia dianaktirikan oleh ayah kandung sendiri. Dan lihatlah… mereka memperlakukan dia selayaknya binatang! Tiada guna merayu. Hidup perlu diteruskan tanpa mengharap kepada lelaki itu!

Fayra gagahkan kaki untuk melangkah pergi tanpa menoleh lagi. Menyusur tepi lebuh raya yang masih sepi kerana penghuni alam masih lena diulit mimpi pada waktu-waktu seperti ini.

SREEETTT!

Fayra tergamam. Menjerit ketakutan seraya menekup wajah dengan tapak tangan. Entah sejak bila tubuh dah berada di tengah lebuh raya, dia tak sedar langsung. Fayra jatuh terjelepok di atas jalan raya.

“Bos! Saya… saya tak langgar!”

Pemandu kereta mewah itu kelihatan panik ketika menoleh ke belakang di mana duduknya seorang jejaka berparas rupawan tetapi terlihat sangat berserabut dan dipenuhi aura yang kurang menyenangkan. Bad mood! Itu yang paling jelas tentang keadaan lelaki itu pada ketika itu.

“Pergi periksa dulu!” arah lelaki itu dengan suara mendatar.

Si pemandu bergegas keluar. Beberapa saat kemudian muncul kembali dengan wajah pucat lesi.

“Perempuan! Seorang perempuan, bos!”

Perempuan? Awal subuh macam ni? Mabuk? Kurang siuman? Penagih tengah kick? Atau modus operandi perompak?

“Tinggalkan saja!”

“T-Tapi bos… perempuan tu tak sedarkan diri.”

“Habis tu, salah kita ke dia tak sedarkan diri? Dah, cepat jalan!”

Akur, si pemandu bergegas masuk. Saat menurunkan handbrake, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Dihurung rasa serba salah, si pemandu memanjangkan leher. Tubuh yang terbaring di atas jalan raya itu kelihatan bergerak.

“B-Bos! Perempuan tu dah sedar.”

“Why bother? Gerak!”

Dengan rasa berat hati, si pemandu memijak pedal minyak. Kereta mewah itu bergerak perlahan melintas di tepi Fayra yang sudah lencun disimbah hujan lebat. Lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang menoleh, merenung tubuh berpakaian serba putih yang sedang terkial-kial cuba bangun. Lemah! Batin mengutuk.

“Berhenti!”

Dengan pantas, si pemandu memijak brek. Kepala dipusing laju ke belakang.

“Ya, bos?”

“Tunggu!” arah lelaki itu lalu menyambar payung hitam yang tersangkut di poket tepi kereta. Si pemandu tahan sengih sebelum angguk laju. Pintu kereta ditolak. Kaki panjangnya dilunjur keluar untuk memijak jalan berturap.

Melangkah tenang dengan sebelah tangan di dalam kocek manakala sebelah lagi memegang payung menghampiri Fayra. Pergerakan tubuh Fayra drastik terbantut apabila rintik hujan tiba-tiba berhenti menabrak tubuh. Perlahan, wajah didongakkan. Bebola mata dipaut oleh sepasang mata yang sedang menghunus tatapan mendalam. Wajah kurang jelas terlihat kerana pencahayaan yang kurang baik.

“Whatever happens, don’t die. I’m pretty sure that’s what people in your life wanted to say to you right now. “

Terkesiap, Fayra kesat mata yang dikaburi air mata bercampur air hujan. Siapa? Malaikat yang diutus Allah untuk beri kekuatan kepada dia ke tu?

“S-Siapa?”

“Tak perlu tahu tentang saya. Tapi kalau awak harap saya akan hancur lumatkan tubuh awak dengan kereta saya, sorry… cari je orang lain. Take this,” payung dihulur kepada Fayra, “at least sebelum kereta lain muncul, awak tak mati kesejukan.”

Fayra sambut payung yang dihulur dengan tangan terketar-ketar. Dia sudah menggigil kesejukan. Selepas payung bertukar tangan, lelaki itu paling tubuh lalu melangkah laju menuju ke kereta.

“T-Tunggu! Saya tak…”

"I know. Life is hard. Either you eat or be eaten. But dear you, there's always a way if you keep on fighting. There's always a way!" Lelaki itu memotong laju. Suara dalam dan tegas. Tak menoleh langsung.

Fayra terkesima lagi. Kata-kata itu menusuk sampai ke dasar hati.

"Saya tak..." Fayra telan kata apabila lelaki itu langsung tak berminat mendengar malah terusan melangkah.

Saya tak ingin mati! Itu yang mahu Fayra katakan. Sungguhpun dalam satu malam, dia kehilangan segala-galanya, mati bukan penyelesaian. Perlahan, Fayra bangkit dan mengorak langkah penuh keyakinan.

Don’t die!

Jika mama masih hidup, pasti kata-kata itu yang terungkap untuk dia. Fayra menoleh, memandang sayu kereta yang semakin kabur dari pandangan. Siapa pun lelaki itu… terima kasih kerana beri pengharapan kepada dia. Akan dia buktikan bahawa dia akan hidup dan bahagia tanpa keluarga yang telah menganiaya dia itu.

“FAY! Ya Allah! Kenapa memanjat ni? Kenapa tak panggil I?!”

Seorang gadis terkocoh-kocoh mendapatkan Fayra yang sedang memanjat tangga lipat untuk menyusun buku di rak buku paling atas.

“Takpe, Jun… tak tinggi mana pun. I masih boleh.”

“Masih boleh you kata? Kang terberanak kat kedai, mampus I nak jadi bidan terjun. Dah, turun sekarang! Biar I je yang buat!”

Akur, Fayra menuruni anak tangga lipat perlahan-lahan. Dia sudah sarat, hanya menunggu hari. Doktor pesan, banyakkan bergerak supaya lebih mudah proses bersalin nanti. Dia cuma panjat anak tangga setinggi dua meter sahaja. Rakan sekerja merangkap rakan serumahnya, Junainah pula yang terlebih-lebih risaukan dia. Tergeleng kepala Fayra melihat keletah Junainah. Dalam masa yang sama, hati tercuit.

“Dah, buku-buku yang lain tu esok je I susun. You jaga kaunter je. Kedai pun dah nak tutup ni. Pergilah kemas dulu. Jap lagi I menyusul.”

Fayra angguk lalu meninggalkan Junainah untuk ke bahagian depan kedai. Mulai mengemas apa yang patut sebelum kedai buku itu ditutup. Ya, sudah hampir setahun dia bekerja di kedai buku tersebut. Sembilan bulan tepatnya. Dia bertemu Junainah ketika berusaha mencari kerja dan Junainahlah yang bawa dia berjumpa taukeh kedai buku tersebut. Junainah juga yang mengajak dia cari rumah sewa bersama kerana gadis itu mahu keluar dari rumah sewa lamanya. Katanya tak tahan dengan teman serumah yang terlalu sosial.

Junainah menerima Fayra tanpa menghakimi kisah silamnya. Selepas tahu Fayra mengandung, Junainahlah yang menjaga Fayra seperti ahli keluarga sendiri. Sungguh Fayra bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik Junainah.

“Laaa… tak balik lagi? Dahlah tu, Fay. Stress betul I tengok you terover sangat rajin ketika hampir-hampir mahu meletup macam ni. Pergilah balik, takde apa yang nak dikemaskan lagi. I nak cepat ni. Kakak I tu dah tunggu kat luar. Oh ya, you tahukan I balik lewat sikit nanti. Lepas kenduri I balik. Tak payah tunggu. I ada bawa kunci pendua.”

“Yela, pergilah… nanti I kunci kedai.”

Fayra membetulkan kedudukan beberapa buah buku ilmiah yang terakhir sebelum tuju ke suis utama. Selepas semua suis dimatikan, Fayra menekan remote untuk menurunkan roller shutter sebelum menguncinya dari luar. Fayra berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari kedai. Sedang menunggu bas tiba, sebuah kereta buatan luar negara berhenti betul-betul di depan Fayra. Cermin di bahagian penumpang belakang diturunkan. Fayra tersentak.

“Hello, Fayra Mei Khayla!”

“E-Ery… Sha!”

Gadis yang berada di perut kereta itu tertawa sinis. Fayra genggam buku lima. Sangkanya selepas membawa diri jauh dari kota, dia takkan bertemu semula dengan manusia-manusia keji itu. Ternyata, dia silap! Mahu apa lagi gadis itu?

“Get inside!” arah Erysha dengan kasar. Fayra geleng laju.

“I tak perlu ikut arahan you, Sha! Kita dah takde kaitan kan?!” Fayra jawab dengan tegas. Erysha hunus tatapan sengit.

“You nak diheret masuk dan biarkan anak haram you tu dalam bahaya?”

Fayra terkesiap. Tak! Dia tak nak bahayakan bayinya. Perlahan, punggung diangkat. Sebaik sahaja separuh tubuh masuk ke perut kereta, sekali lagi Fayra tersentak. Figura Erysha ditenung dengan mata terbelalak.

“You… You… mengandung?” tanya Fayra tidak percaya dengan apa yang dilihat. Erysha ketawa sinis. Perut bulatnya diusap perlahan.

“Kenapa? Kalau you boleh mengandung I tak boleh ke? Bezanya, anak I akan dapat segalanya dan anak you…”

“Sha! Jangan!”

Fayra cuba melawan ketika Erysha mahu tekap mulutnya dengan sehelai sapu tangan. Malangnya, tubuh Fayra dipegang oleh pemandu Erysha.

“Sha…”

Fayra terkulai, tak sedarkan diri.

Terjaga di dalam sebuah bilik serba putih, Fayra mengerang kesakitan. Perlahan, jemari naik mengusap perut.

“Ya Allah!” Fayra terjerit lemah. Cuba bangun dari katil besi tapi tiada daya. Seluruh tubuh terasa sakit bagai barusan digilis kenderaan bertayar bunga kasar off-road.

“Anak saya! Mana anak saya?!!!” Fayra meraung sekuat hati. Perut yang sudah kempis dielus dengan rasa tak percaya, tak mengerti! Apa berlaku? Erysha! Pasti kerja kakak tirinya yang keji itu!

“Erysha!!!”

Erysha muncul di ambang pintu, memeta senyum sinis di wajah sambil usap-usap perutnya yang sarat..

“Anak haram you dah mati, Fay! Bersyukur sikit boleh tak? Sekurang-kurangnya you tak terusan dikeji, papa juga tak perlu menanggung malu!”

“Kembalikan anak I, Erysha!!!”

Tak mungkin! Anak itu sangat kuat. Sentiasa aktif dan tak sabar mahu melihat dunia. Dia tak percaya!

“You tak faham bahasa ke? Anak you tu dah mati, Fay! Dah mampus!!!”

“Tidakkk!!!”

PANG!

Fayra tewas apabila wajah dilempang deras, belakang kepala menghentak kepala katil yang diperbuat dari besi. Pandangan berbinar-binar.

“Bawa dia ke pelabuhan. Penyeludup manusia tu dah tunggu dia di situ. Selamat tinggal Fayra Mei Khayla! Lepas ni, kau akan berbakti sebagai hamba abdi di China hahahaha…!”

Tajuk asal Maid Diva Tuan Rei, I unpub dan gantikan dengan Bekas Suami Untuk Ditawan atas sebab² tertentu. Nama watak masih dikekalkan, cuma jalan cerita sedikit berubah. Untuk empat bab, boleh baca percuma. Bab 5 dan seterusnya, kena guna coin. So here we go... another long journey to complete... hope you enjoy, love n hugs!

Share this novel

Shade
2025-01-02 15:20:10 

wow baby baru


NovelPlus Premium

The best ads free experience