“APA pun yang you buat I tetap takkan ceraikan you. Takkan,” bisik Luqman perlahan. Mungkin melalui kelembutan hati isterinya akan lembut dan menarik semula apa yang dia minta dari semalam.
Sara diam. Air matanya mengalir dengan mudah dan murah. “Dah tak ada apa lagi untuk dipertahankan dah, Luqman.”
“Ada.”
“Apa dia?”
“Mia…” jawab Luqman dengan yakin.
Sara tergelak kecil. “Itu kan anak korang berdua. I ni cuma penjaga je. Mungkin penyatuan korang berdua semula akan bahagiakan Mia dan you sendiri.”
“Jangan atur bahagia orang lain. I nak you je jadi isteri I,” tutur Luqman penuh romantis.
Sara menggeleng. Dia tidak akan jatuh hati dengan semua adegan ini. Biasa dia lihat dalam drama-drama.
Luqman memberi ruang supaya Sara senang untuk berpusing menghadapnya. Mata mereka saling bertatapan.
Tangan Sara menahan dada Luqman yang tiba-tiba sahaja mara ke depan. “Jangan nak cium I.”
Tergelak terus Luqman. Kelakar juga bergurau dengan Sara sebegini. Rasa bahagia yang dia rasakan kali ini. Lain dari apa yang dia pernah rasa.
Terus saja Sara melepasi Luqman namun Luqman sempat menarik lengan Sara dan ciuman pada pipi Sara dilabuhkan. Ternganga Sara dibuatnya.
“Good morning mama papa!” Suara ceria Mia menyentakkan mereka berdua. Wajah Mia juga kelihatan sangat ceria. Mungkin suka melihat mama dan papanya saling bermesra.
“Hai anak papa. Sarapan jom.” Terus saja Luqman melepaskan lengan Sara dan menuju ke arah Mia yang tersenyum bahagia itu. Tangan mereka saling berpimpinan menuju ke meja makan di ruang depan.
Nafas lega dihembuskan oleh Sara. Jadi seperti ini rasanya dipeluk suami sendiri? Bermesra di dapur dengan adegan romantik seperti di dalam drama? Setelah tiga tahun tiga bulan, akhirnya Sara dapat rasakan apa yang isteri lain rasakan.
Dalam diam Sara menyulam senyum, hatinya berbunga. Sesungguhnya dia merasa sangat bahagia diperlakukan seperti itu. Cuma, dia perlu fikirkan kesihatan mental dan menjaga hatinya juga. Dia ingin bertahan tetapi dia tidak mampu lagi dengan tekanan yang dihadapinya.
SEDANG Sara mahu menikmati berborak di meja makan bersama Mia dan Luqman. Pintu utama terus dibuka dari luar, sedangkan penghuni tetap di rumah ini semua berada di dalam rumah.
“Hai,” sapa Maria sambil tersenyum manis.
Terus saja darah Sara mendidih melihat muka bekas isteri suaminya itu.
“Masuklah. Mia pergi ambil bag, papa pun nak ambil bag kat bilik kerja. Kejap tau,” kata Luqman dan terus saja melangkah menaiki tangga.
Sara memandang langkah Luqman dna memandang Maria yang sedang duduk di meja makan. “Tak ada rumah sendiri ya? Pagi-pagi dah semak datang rumah orang.”
“Agak sikit. Ini rumah aku. Sebelum kau menetap kat sini. Aku dah duduk sini dulu. Rasanya kau dah boleh berambus agaknya. Lagipun kau ni bukan pesaing aku pun. Setakat kuli Luqman je dulu,” kata Maria dengan nada rendah dia tidak mahu sesiapa mendengarnya.
Sara mengangguk. “Okey.”
Maria terkujat. “Hah?”
“La, tadi suruh aku berambus. Ya, aku memang nak pergi dah pun. Tak apa jangan risau tak perlu nak perli-perli tunjuk diri tu hebat. Tak payah. Ambil je semua ni balik,” kata Sara sambil mengunyah roti sandwich yang dibuatnya tadi sambil memandang Maria dengan reaksi biasa.
Maria gelak menyindir dia gelengkan kepala. “Kau fikir aku tak tahu ke perempuan macam kau ni mesti ada benda tengah rancangkan dalam otak kau tu.”
“Ha’ah ada. Nak tahu ke?”
Terdiam Maria.
“Tapi rancangan aku tak macam kaulah, berlakon ada kanserlah ada sakit itu inilah sebab aku takut bab penyakit ni. Tiba-tiba dapat betul-betul penyakit tu memang menangis tak berlagulah.” Sara menghabiskan sandwich yang terakhir di tangannya bila dia mendengar langkah Mia dan Luqman yang bakal mendekat.
Baru saja Sara bangun dia terdengar Maria seperti terjatuh.
“Ah…”
Sara hanya pandang dan tergelak kecil. Mia sampai dan pandang Sara dengan tertanya-tanya, Sara angkat bahu, Mia mengangguk.
“Maria?” panggil Luqman dan terus saja memangku Maria yang tiba-tiba menjatuhkan dirinya ke bawah.
“Okey tak?” tanya Luqman sangat prihatin.
Maria bergenang air mata. “Entahlah sekarang ni rasa lemah sikit kat kaki. Mungkin kesan ubat.”
“Dah kata tak perlu datang sini,” kata Luqman sambil memapah Maria dan dudukkannya di kerusi berdekatan.
“Kan I cakap yang I nak luangkan masa dengan Mia dan… I tak tahu bila lagi I mampu bertahan. Tapi, tak sangka pulak I ni tidak disenangi di sini,” kata Maria sambil membiarkan dnegan sengaja tangannya diletakkan di bahu sasa Luqman.
Menyampah sungguh Sara melihat adegan itu. “Kena pergi kelas lakonan lagi ni. Lakonannya tak sampai kat hati, tak rasa sedih tu. Jom, Mia pergi sekolah. Enjoy guys.”
Terus saja Sara memimpin tangan Mia untuk keluar dari rumah, jelik dia melihat dua orang yang tidak tahu hukum-hakam itu. Lebih baik dia menyayangi orang yang ingin menyayangi dirinya iaitu Mia.
SEPERTI biasa Sara akan memasak untuk waktu makan malam selepas dia mengerjakan solat maghrib. Berkerut dahinya bila terdengar ada orang memasak di dapur, tapi mahu terkejut apa. Ini sudah menjadi kebiasaan semenjak hadirnya Maria ke dalam hidup mereka.
Perempuan tak tahu malu.
Bekasi isteri gila talak.
“Eh, Sara…”
“Taklah, Ultraman,” balas Sara kerek. Dia tidak kisah dengan penerimaan sesiapa pun di rumah ini. Bukankah dia sudah nekad untuk meminta cerai.
Terdiam Maria dengan tingkah Sara. “Hmm, you tak payah masak dah. I dah masak untuk Luqman and anak I, Mia.”
Sara mengangguk. “Okey.”
Terus saja dia keluar dari dapur dan melihat Luqman dan Mia berpimpinan tangan sudah duduk di ruang tamu sambil bergurau senda.
“Eh, tolong siapkan meja makan. I dah masak,” kata Maria sambil meletakkan semula pinggan dan sudu garpu di atas meja.
Sara turutkan saja. Malas mahu bergaduh.
“Awalnya masak?” Suara Luqman bertanya kepada Maria membuatkan Sara berpaling dan matanya menangkap mata Luqman yang sedang memandangnya.
“I ambilkan nasi untuk you. Mesti you rindu nak makan masakan I lepas ni. So I saja masak sebab tak tahulah bila lagi boleh rasa,” kata Maria dengan nada sedih sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan Luqman.
Sara hanya membisu.
Maria mencapai pinggan Mia.
“Tak nak.”
Berkerut wajah Maria. “Kenapa tak nak makan nasi goreng ke?”
Mia gelengkan kepala dan memandang Sara. “Mama, Mia nak spageti mama buat boleh?”
“Makan nasilah cepat kenyang,” kata Maria cuba mengambil pinggan Mia, namun Mia menahannya.
“Tak nak!”
“Mia…” tegur Luqman bila Mia buat perangai.
“Mia dah cakapkan tadi papa. Mia tak nak. Mama Maria ni yang tak nak dengar. Mama please nak makan spageti. Teringin sangat,” pinta Mia sambil membuat muka kasihannya kepada Sara.
Sara mengangguk. “Boleh je.”
Luqman menahan tangan Sara. “Makan nasi dulu baru buat spageti.”
Sara menggeleng. “Saya pun nak makan spageti. Sebab nak halus dan kurus macam spageti.”
“Mia nak tolong mama,” kata Mia dan bangun ingin mengikut Maria.
“Mia duduk sini dengan mama,” kata Maria dengan tegas. Ikutkan hatinya mahu saja dia mencepuk Mia yang mengada ni.
Mia menggeleng. “Nak tolong mama kat dapur.”
“Mia tak kesian ke dengan mama. Jomlah makan masakan mama ni sikit. Penat mama masak,” kata Maria masih memujuk Mia.
Budak kecil itu seperti tidak memahami, yang dia faham sekarang ini langkah Sara sudah menjauh. “Mama jangan tinggalkan Mia. Mia nak ikut mama.”
Kata-kata yang dikeluarkan oleh Mia membuatkan Luqman terngadah. Sedangkan Sara hanya ke dapur saja Mia tidak boleh berpisah ini kan jika mereka berpisah rumah. Tidak, semua ni takkan berlaku.
“You pun tak selera dengan nasi I ke?” tanya Maria mengembalikan lamunan Luqman.
Luqman menggeleng. “Lepas ni you balik ya. I nak rehat.”
Terkejut Maria dengan permintaan Luqman.
Share this novel