Bab 1

Romance Series 1598

PANG! Satu tamparan yang kuat hinggap di pipi Hera Maira. Bunyinya bergema memenuhi ruangan bilik.

"Mummy kecewa betul dengan kamu. Kakak kamu dah sengsara lebih dua puluh tahun dekat luar sana, tapi sekarang kamu nak rampas teman lelaki dia? Mummy tak besarkan anak perempuan yang tak tau malu macam kamu! Mana mummy nak letak muka lepas ni?!"

Menahan pipinya yang terasa berbisa, Hera memandang wajah ibunya dengan pandangan yang tidak percaya. "Mummy, Aqeef tu dari dulu lagi jadi boyfriend Hera. Sanggup mummy buat macam ni dekat anak mummy sendiri?"

Hera baru sahaja balik dari outstation, tapi sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia tergamam melihat kakaknya yang dah lama hilang, Rheya Miera, sedang duduk atas sofa sambil berpeluk mesra dengan Aqeef Azlif, teman lelakinya.

Di sebelah sofa yang diduduki Rheya pula ibu bapa mereka dan ibu bapa Aqeef sedang berbual-bual santai macam tiada apa yang tak kena dengan situasi ini. Walhal, mereka semua sedar yang Aqeef adalah kekasih Hera sejak mereka kecil lagi. Sejak Hera di tadika, dia dah melekat dengan Aqeef.

Tidak tahan dengan kejadian yang sedang dia saksikan ini, dia terus meluru ke arah Rheya. Tapi sebelum dia sempat untuk bertanya apa-apa, tangan ibunya dah sekali lagi mendarat ke pipinya. Tamparan kedua daripada ibunya membuatkan hatinya remuk.

"Mummy, please... jangan marah dengan Hera," Rheya merayu. Wajahnya diselimuti dengan riak wajah yang bersalah. "Semua ni salah Rheya. Rheya tak patut balik…"

Aqeef cepat-cepat meletakkan kedua tangannya ke bahu Rheya. "Bukan salah awak, Rheya. Saya yang salah. Selama awak hilang, saya anggap Hera macam adik saya sendiri. Mungkin sebab tu dia boleh tersalah faham dengan perasaan dia."

Kata-kata yang keluar dari mulut Aqeef membuatkan kepala Hera seolah-olah rasa nak meletup. Rasa pedih yang dirasainya terasa perit sampaikan dia mula susah nak bernafas elok-elok.

Adik...? Kalau betul dia anggap Hera macam adik dia sendiri, apa pula maksud Aqeef dulu bila dia janjikan untuk bina masa depan bersama? Kenapa Aqeef selalu pegang tangannya dan peluk dia dengan erat dulu? Apa semua itu layanan seorang abang kepada adik?

"Diam!" Hera dah tak tahan. Kata-kata Aqeef membuatkan Hera mula rasa loya. Kalau betul macam adik, jadi apa pula cincin yang ada pada jarinya? Kalau betul macam adik, bukankah ini namanya sumbang mahram.

"Kamu yang sepatutnya diam! Macam ni ke cara kamu bercakap dengan orang, Hera?" Humaira, ibu kandung kepada Hera dan Rheya, naikkan suaranya dan matanya seolah menyala kemerahan sambil merenung anak keduanya. "Kamu tak reti ke nak fahamkan perasaan kakak kamu? Tak reti nak bersimpati? Dua puluh tahun dia hilang! Tak cukup lagi ke dia sengsara?!"

Hera terdiam. Dia hampir terlopong mendengar jawapan ibunya. Jangankan remuk, tapi habis koyak hati dan perasaannya. Namun, Hera Maira bukanlah seorang hamba Allah yang pemaaf. Sampai bila dia je yang kena korbankan hati dan perasaan dia untuk orang lain? Terutamanya untuk ibu bapa mereka?

Ayah Hera bangun dari tempat duduknya. Intonasi suaranya sangatlah pahit bila ditujukan kepada Hera. "Sudahlah tu, Hera. Aqeef pun tak nak dengan kamu. Kami nak bincang pasal majlis pertunangan untuk Rheya. Kamu tak payah ada dekat sini. Perbincangan ni takkan habis kalau kamu nak buat bising dekat sini."

Meremang. Satu badan Hera meremang selepas mendengar kata-kata bapanya. Dia pandang ke arah Aqeef yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi kepadanya. Rheya pula masih berpaut ketat pada lengan Aqeef.

Semua orang yang dia sayang kini berpihak ke wanita yang hilang selama dua puluh tahun dan kini tiba-tiba pulang. Dia? Dia telah dibuang begitu sahaja.

Tanpa sebarang bunyi yang keluar dari mulutnya, air matanya gugur membasahi pipi. Dia lap air matanya perlahan. Dia tarik bagasi yang dia bawa semasa kerja outstationnya dan keluar dari rumah tu tanpa memandang ke arah mereka, dan tanpa bertukar kata lagi.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam Maserati putihnya, Hera mula memandu keretanya laju entah ke mana. Dadanya masih berombak laju menarik dan menolak nafas masuk dan keluar namun, jiwanya terasa… kosong.

Tidak tahu ke mana dia hendak tuju, Hera akhirnya memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dengan tangan yang menggeletar, dia telefon sahabat baiknya Fayra Elzene.

"Jom keluar…? Temankan aku makan malam hari ni." Suaranya serak dan tersekat-sekat sambil bercakap dengan kawan baiknya.

"Okay. Aku datang kejap lagi," jawab Fayra tanpa banyak tanya.

SEBAIK sahaja Fayra tiba di restoran, ada dua set daging yang dah habis dibedal dengan Hera. Dan dalam Fayra datang menghampirinya, ada satu mangkuk mi daging yang sampai di meja Hera. Namun, jumlah hidangan yang ada atas meja itu pun boleh tahan banyaknya.

"Sampai pun kau. Banyak dah aku order ni. Selagi aku tak puas makan malam ni, kau tak boleh balik." Ujar Hera yang sambil menggaul sup hotpot yang berada di tengah meja.

"Dah kenapa kau ni?" soal Fayra sambil menarik kerusi untuk duduk. Dia hairan melihat Hera yang macam dah hilang pedoman di depan makanan. "Aqeef mana? Dia buat hal ke?"

Bila disebut je nama Aqeef, Hera rasa hatinya seolah dilapah dengan belati.

"Dia ditch aku. And… dia akan engage dengan Rheya."

Fayra ternganga. "Eh, kau biar betul?! Plot drama Korea mana yang jadi dekat kau ni?!"

Hera pun akhirnya ceritakanlah dari awal sampai habis. Ceritanya pendek je tapi kalau dah dapat dekat Fayra, memang menyiraplah ceritanya.

Fayra tak boleh terima. Hera dan Aqeef dah lama bercinta. Sejak sekolah rendah lagi dia nampak betapa rapatnya mereka berdua. Sebaik sahaja Hera masuk sekolah menengah, Aqeef dan Hera mula bercinta. Semua orang tahu. Ibu bapa mereka pun dah restukan hubungan mereka. Semua orang yakin sangat yang mereka akan berkahwin dengan satu sama lain satu hari nanti.

Tapi sekarang...? Aqeef pilih kakak Hera sendiri. Dan Hera pula jadi bahan ketawa.

"Sumpah tak masuk akal. Kau dengan Rheya tu dua-dua anak mak kau, kut. Mak bapak kau ni dah kenapa? Gila ke?"

Hera tikam daging di dalam mangkuk sampaikan Rheya tersentak dengan bunyi garfu berlaga dengan mangkuk seramik itu. "Entah. Maybe diorang ingat Rehya membesar dengan beruk dalam hutan, I guess. So, sekarang ni, dunia mesti jadi milik Rheya."

"Tapi Hera, kau pun anak diorang," Fayra tekan suaranya. Suaranya mula serak. Entah sebab geram atau sebak dengan nasib kawannya.

Hera tersenyum. Namun, itu adalah senyumannya yang paling pahit yang pernah ditunjukkannya.

"Aku tak taulah… Lain macam mak ayah aku bila Rheya balik. Dulu mummy dengan daddy yang sibuk nak jodohkan aku dengan Aqeef. Bila aku serius, diorang pulak yang suruh aku berundur. Aqeef pun dah janji dengan aku macam-macam… tapi macam tu je dia ubah fikiran dia. Aku benci dia…"

Suara Hera pecah di hujung ayatnya. Dia ambil sekeping lagi daging dan dikunyah perlahan. Air matanya sekali lagi gugur. Dia rasa hancur, ibarat identitinya dirobek.

"Ish… kau ni, dah la, tak payah makan lagi. Kau punya perut tu bukannya tahan makan benda pedas banyak-banyak. Kau pun tau nanti kau akan tersadai dalam tandas." Fayra ambil garfu dan sudu dari capaian tangan Hera, cuba kurangkan risiko terlebih kekenyangan Hera.

Fayra memandang keadaan restoran yang tidak berapa ramai. Tapi tiba-tiba, pandangannya terhenti di sebuah sudut.

"Ra, weh, cuba kau tengok sana tu." Fayra lambai tangannya ke arah Hera, suruh ikut sama melihat apa yang menarik perhatiannya.

Di sebuah sudut yang agak tersembunyi, seorang lelaki sedang duduk bersandar. Dia mengenakan sut formal, agak aneh untuk seorang lelaki yang berestetik begitu untuk duduk dan makan malam sendirian.

Wajahnya nampak tenang. Matanya terpejam seolah berehat dan memikirkan sesuatu. Tapi aura lelaki itu… ibarat magnet. Bila lelaki itu buka mata dan cahaya terpancar pada matanya, oh Tuhan, dia nampak macam lukisan yang hidup.

Hera memandang sekilas sahaja. "Tak kisah la handsome ke tak… Takde moodlah aku nak cuci mata malam ni."

"Bukan suruh kau cuci mata. Itu, tu pak cik Qif."

Hera terus duduk tegak. "Kau sure ke…?"

Dulu Aqeef pernah bercerita yang dia ada pak cik yang misteri yang uruskan perniagaan dekat luar negara. Tapi sekali pun Hera tak pernah jumpa.

"Aku sure. Abang aku jumpa dia masa dekat event auction hari tu. Muda lagi, kan? Hebat tau dia ni. Sampaikan Dato Hafzal pun tunduk dengan dia ni." Dato Hafzal? Dia adalah ayah Aqeef.

Hera terdiam. Tapi matanya berkilau. Satu idea gila muncul dalam kepala.

"What if kalau aku kahwin dengan pak cik dia?"

“Pfft!!!” Fayra tersembur. "Merepek apa pulak kau ni?!"

Hera tenung lelaki tu tajam. Tegap dan tampan. Aura lelaki itu menggerakkan darah Hera dengan laju.

"Kalau aku tak boleh jadi menantu Dato Hafzal... aku jadi mak cik Qif je lah. Biar diorang tau apa rasanya nanti."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience