Series
9046
BUNYI enjin kereta sport menggema di ruang porch banglo mewah milik Tuan Faiz. Jarum jam hampir menunjukkan pukul 3.30 pagi, namun Arin langsung tidak terlihat bersalah. Dengan gaun mini satin oren menampakkan belahan dadanya dan rambut yang masih bersisa bau air memabukkan, dia melangkah malas keluar dari kereta. Tumit tingginya mengetuk lantai, seolah memberitahu seluruh dunia bahawa dia bebas melakukan apa sahaja yang dia mahu. Asalkan duit ada bersamanya.
Sudah 2 kali dia di masukkan kedalam penjara oleh kerana menyalah gunaan ubat-ubatan telarang, dan banyak lagi. Namun, hanya dalam beberapa hari saja dia di bebaskan kerana ayahnya tidak akan membiarkan dirinya membusuk dalam penjara, kerana ayahnya amatlah menyayanginya. Jadi, dia tidak takut berbuat salah kerana ayahnya mesti membelanya.
“Karina Sofea!.”
Suara lantang ayahnya membuatkan langkahnya terhenti. Di ambang pintu. Berdiri tegak seorang lelaki berusia awal empat puluhan dengan wajah serius dan mata yang merah menahan marah. Dia bukan hanya seorang tokoh korporat terkenal, tetapi juga ayah yang sudah terlalu lama bertolak ansur. Sudah hilang sabar akan tingkah anaknya yang semakin menjadi.
"Again?. Why Arin?. Kamu nikan, makin di manja, makin menjadi. Apa yang best sangat club tu?." Marah Tuan Faiz.
“Daddy, relax lah. Arin cuma keluar enjoy dengan kawan-kawan je. It's not like I murdered someone, or daddy nak Arin bunuh orang, dan masukkan Arin dalam penjara lagi. Boleh je, but not now sebab Arin ada perjumpaan dengan Nina esok. Lain kali ya." Jawab Arin lalu melangkah masuk.
“Cukup!." Suara Tuan Faiz menggegarkan ruang tamu saat anaknya melangkah masuk. “Kamu balik rumah nak dekat pagi, bau arak lagi, tengok baju kamu entah apa-apa, jalan terhuyung-hayang. Dengan keadaan kamu macam ni. Kamu suruh daddy relaks?. Huh Arin !."
Arin mendengus.
“Kenapa nak control sangat hidup Arin?. Arin bukan budak-budak lagi, okay?. Arin dah 23 tahun. Tolonglah jangan terlalu posesif. Rimaslah."
“Nampaknya kamu dah lupa siapa diri kamu. Lupa asal usul, lupa rasa hormat pada orang tua. Daddy tak nak tengok Arin hancur macam ini. Daddy nak Arin yang dulu. Bukan Arin yang sekarang."
"Arin tetap sama daddy, takda yang berubah."
Tuan Faiz meraup wajahnya. Nafasnya turun naik. Ini bukan kali pertama Arin pulang dalam keadaan begitu. Tapi kali ini, kesabarannya betul-betul habis.
“Daddy dah buat keputusan.” Suaranya datar. “Mulai esok, kamu akan pindah ke kampung. Duduk dengan Makcik Mina dan Pak Karim.”
“Apa?!. Ulang lagi.” Terkejutnya.
"Tak perlu daddy ulang. Daddy tahu, kamu faham maksud daddy."
“You can’t do this!. Daddy tahu tak kampung tu macam mana?. Takda aircond, takda line internet, takda spa, banyak nyamuk, gelap. Oh my god. Tak dapat Arin bayangkan betapa menyeramkan duduk kampung. Arin tak boleh hidup kalau tinggal sana daddy. Tolonglah faham."
“Itu masalahnya. Kamu tak boleh hidup macam orang biasa. Sebab tu kamu kena tinggal dekat sana. Kalau Arin degil, semua kad kredit daddy block. Semua kereta kamu daddy tarik balik, semua barang-barang branded kamu daddy jual, dan kamu takkan ada tempat tinggal di sini. Pilih antara dua, ikut cakap daddy atau kehilangan semuanya."
Arin terdiam.
“Esok pukul 9 pagi, kita berangkat. Ingat, sebelum pukul 7 kamu dah bangun. Kalau daddy dapati kamu lambat. Apa yang daddy cakap tadi, semua akan hilang."
Dia berlalu pergi, meninggalkan Arin yang terpaku dalam ruang tamu besar yang kini terasa sempit dan menyesakkan.
'No, no...,' teriaknya kesal.
•
SEMENTARA di Kampung Sawah Padi, terlihat Ariyan mengelap peluh di dahi sambil menutup kotak ubat. Seorang lelaki tua baru sahaja diberi rawatan luka ringan selepas terjatuh di bendang. Tugas sebagai doktor kampung bukan mudah, tapi Ariyan tidak pernah mengeluh, kerana setiap pesakit adalah kebahagiaan baginya.
TOK. TOK. TOK.
Pintu di buka perlahan, terlihat Pak Karim datang membawa bekal untuk anaknya.
"Ayah."
“Kamu tak balik lagi?." Soalnya sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan anak tunggalnya.
“Ada sorang lagi, dia datang kejap lagi. Lepas tu baru balik. Ayah buat apa dekat sini?."
Pak Karim tersenyum.
“Kamu ni tak pernah rehat. Ni ha, mak kamu titip bekal untuk kamu. Kamu mesti belum makankan."
"Tahu-tahu jelah mak yang anak dia ni belum makan. Terima kasih ayah, mak. Tapi lain kali jangan susah-susah macam ni. Yan pandai cari makan sendiri."
"Di mata kami kamu tetap anak kecil Yan. Oh ya, esok rumah kita ada tetamu. Anak Tuan Faiz. Dia akan tinggal dengan kita. Kamu tak keberatankan?."
Ariyan hanya mengangkat kening.
“Budak yang suka clubbing tu?."
“Haa, itulah dia. Jap, ayah belum bagitahu lagi yang dia suka pergi club. Macam mana kamu tahu."
"Bila dia datang?." Ariyan menukar topik.
"Esok pagi atau petang mungkin. Harap-harap dia tak lari bila nampak kamulah. Ingat ya Yan, jangan takut-takutkan dia. Dia amanah Tuan Faiz. Just anggap dia macam adik kamu. Kamu nak sangat ada adikkan. See, Allah kabulkan.”
Ariyan tersenyum sinis.
“Orang macam tu, tempat dia bukan dekat sini, dan Yan pun tak sudi ada adik tiga suku macam budak tu. Tengoklah nanti, Yan akan ajar dia erti kehidupan sebenar."
Pak Karim hanya ketawa, tidak tahu bahawa dua insan dengan dunia yang sangat bertentangan itu bakal dipertemukan. Mesti hancur rumah mereka nanti ketika api bertemu api. Maka siapa yang jadi airnya?.
Share this novel
kene bayr ehh