Rate

BAB 1 LC : CEDERA PARAH

Romance Series 4214

USAI menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama Kompeni ALPHA di bawah kepimpinan aku pada suasana pagi yang sangat hening ketika ini, aku ambil peluang untuk menghubungi ibuku di kampung.Tidak lama menunggu talian bersambung.

"Assalamualaikum..Mak, Mak sihat ko tu, rindu eh kek Omak.." aduku.

"Waalaikumussalam..alahai anak Omak ni, Omak sihat..Alhamdulillah, ekau ni Ngah, ado-ado jolah, ado apo ekau menelipon Omak ni..?" ceria suara Mak Qhurshiah melantun bicara.

"Takdo apo Mak, cumoan nak mintak restu yo..Mak doa..."

"Kojap..kojap Ngah..ekau dah nak menikah ko, dah ado mato air ekau yo Ngah, bilo nak bawak jumpo Omak" bagai kereta api kuasa elektrik LRT Mak Qhurshiah mencelah kataku.

"Mak..apo bondo pulak nak menikah, girlfriend pun takdo..ni Angah nak poei operasi ni, Mak doakan Angah selamat yo.." aku dah urut pelipis atas kesalahfahaman Mak Qhurshiah a.k.a. ibuku terhadap anak terunanya yang gagah perkasa ni.

"Oh...melopeh laeilah den nak bermenantu pompuan dari tanah air sendiri..alahai, doa Omak sentiaso mengiringi anak-anak Omak, baik-baik yo Ngah nembak oghang jahat. Omak tahu, anak Omak kalau menembak memang tak perngonah 'miss' punyo.. hah, Abah ekau dah balik. Omak tutup telefon ni dulu yo.."

"Yolah, Mak..doa Mak tu ponting, kirim salam mo Abah, Angah dah nak berangkek ni Mak. Bye Mak, love you.." aku tamatkan talian dan memasukan telefon bimbitku ke dalam kocek seluar uniform celoreng yang tersarung kemas di tubuh sasaku.

Aku masih duduk tersengih-sengih di atas kerusi pejabatku sebelum melangkahkan kaki ke tapak perhimpunan untuk memeriksa barisan keanggotaan dan sesi menyampaikan taklimat. Beg seberat lebih dari tujuh kilo aku sandang di bahu.

"Selamat pagi..tuan...siap sedia untuk ke tapak perhimpunan. Sebentar lagi kita akan berlepas tuan..." Kapten Shahril Aimin tabik hormat kepadaku dan menyampaikan pesanan dengan suara lantangnya.

"Baik..Kapten.., woi..santailah Amin, .. aku je yang ada kat sini, ekau dah telefon bini kau, dio dah sarat nak beranak tu.." aku tertawa kecil.

"Dah, tadi laei Abang Ngah..rindu dah tertahan dah, comei bonar dio dalam skrin telepon ni tadi hah..tak sabar nak balik raso eh.." bicara Kapten Shahril Aimin dalam posisi 'senang diri'.

"Nanti lopeh operasi ni kito balik kampung samo-samo..oh bervideo call ekau yo..gilo tak comei, adik Abang Ngah tu..dah lah moh kito, kang lambek pulak monjorit Tuan Jeneral kito tu."

Aku beredar dari bilik pejabatku bersama Kapten Shahril Aimin, merangkap adik ipar kepadaku. Sniper Rifle Barrett M82A1 seberat empat belas kilogram tersandang di bahu kiriku. Dia ni boleh tahan juga sama gila otaknya dengan aku. Boleh cakap kami berdua ni sekepala. Nak dijadikan cerita, masa adik perempuan aku tak lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Abah Qayyum dan Mak Qhurshiah terus nikahkan adik aku, Qaureen Qasmina sebab dek ramai yang tergilakan adik perempuan aku ni. Bukan satu pinangan yang diterima, malah dekat ratusan dah rombongan meminang yang terpaksa ditolak oleh keluarga aku. Aku pun pelik, mengalahkan artis pulak adik perempuan aku sorang ni! Kau buat saham abang kau ni jatuh menjunamlah Qaureen Qasmina.

Abah Qayyum dan Mak Qhurshiah tak nak pening kepala, terus sahaja suruh aku carikan calon untuk adik aku ni. Dia ni memang comel pun. Macam anak kacukkan Arab. Mungkin terturun dari baka ibuku agaknya. Menurut cerita Mak Qhurshiah, nenek aku memang wanita Arab. Boleh tahan juga datuk aku ni, pergi Tanah Suci terus dapat jodoh!

Berbalik pada cerita adik perempuan aku. Pada awalnya, Qaureen kata dia dah ada lelaki pilihan hatinya sendiri. Masa aku balik bercuti hari tu, dia bawa teman lelakinya jumpa aku. Dan..dan aku tolak. Tak berkenan langsung aku dengan calon pilihan adik aku ni. Yalah, siapalah nak beriparkan lelaki yang makan minumnya pun masih ditanggung kedua orang tuanya. Pekak pulak tu. Lain yang aku tanya lain yang dijawabnya. Hilang kesabaran aku dibuatnya.

"Dik Qas, sapo jantan yang kau rembat bawak jumpo Abang Ngah tadi hah, mujur dio tak makan penumbok Abang Ngah ni tau.."

"Alaa..Abang Ngah ni, dio tu pokak sikit jo..tapi anak tok imam tau, kalau Abang Ngah dongar dio mengaji, menangis Abang Ngah tau.."

"Tahulah..bab agamo memang dio dah lopeh, yolah..anak Pak Imam kot. Tapi Abang Ngah tak boleh 'brain'. Abang Ngah tanyo lain, dio jawab lain..rupo pun, kelaut jo...hensem laie Comot kek ghumah tu..lagi pun dio bolum kojo, nak bagi kau makan apo, pasir?" merengus aku setelah air kopi ais di dalam gelas plastik itu aku teguk rakus.

"Yolah, yolah...kalau susah bonar, Abang Ngahlah carik an...Omak ngan Abah tu dah ngisau, nanti oghang kampung kot pulau an keluargo kito..kot ado pulak yang menyantau.. yolah dokek seratus pinangan Abah dengan Omak tolak.."

"Kenapo banyak bonar..? Takkan antara seratus tu takdo satu pun yang berkonan.."

"Yolah, yang datang eh, rato-rato suami orang, dudo..bujang terlajak..gilo aii..Adik lawa-lawa jadi bini oghang macam tu, memang tak lah..ingat den ni tak laku ko?" Qaureen Qasmina dah berdiri sambil cekak pinggang.

"Boto..boto..adik Abang Ngah ni lawa kot.. cumo tak berapo pandai jolah..tapi kalau bab-bab ghumah tanggo memang tip top..ekau dah kona mo kawan Abang Ngah tu..?"

Qaureen Qasmina geleng kepala. Bahunya diangkat, seraya tayang muka pelik di hadapanku. Air sirap limau ais yang masih berbaki disedut dengan menggunakan penyedut minuman yang telah tersedia di dalam cawan plastiknya itu. Dia dah duduk balik di atas kerusi plastik itu bila aku halakan jari telunjukku sambil aku gerakkan ke bawah di hadapannya.

"Kawan...? Abang Ngah ada bawak balik kawan ko..? Tak tahu pun.." Qaureen Qasmina kerut kening. Tebal, hitam pekat, cantik sungguh!

"Adolah...mungkin ekau tak perasan kot. Dio tu pemalu sikit..Abang Ngah raso dio calon yang paling sesuai nak dijadikan menantu dalam keluargo kito..cubolah ekau oghang berduo berkawan.. kot-kotlah berjodoh.."

Masin betul mulut aku. Tup-tup tak sampai tiga bulan berkawan, keluarga Kapten Shahril Aimin hantar rombongan meminang adik aku. Aku pun terkejut beruk. Tapi muka masih kekal tampan. Setahun lepas tu, adik aku menamatkan zaman anak daranya. Teringat aku jadinya masa majlis pernikahan Qaureen Qasmina, adik perempuan kesayangan aku ni. Dialah satu-satunya bunga sekaligus penyeri dalam keluarga aku. Abang Long aku pula sejak berbini minah salleh, terus jadi pengkhianat negara. Tak pasal -pasal jadi tawanan pihak penjajah. Dah tak ingat asal-usul agaknya.

Masa majlis pernikahan Qaureen Qasmina, si bongsu ni, Abang Long Qeefly pun balik semata-mata nak tunjuk muka je. Dahlah tak nak membantu satu apa pun, cuma usik sikit-sikit tu pun sebab takutkan Abah Qayyum dengan Mak Qhurshiah. Lebih-lebih lagi kalau Mak Qhurshiah mula buka mulut, kalau tak bersepai telinga kau, jangan panggil ibu aku tu, dengan nama, Mak Qhurshiah!

Meriah betul majlis kenduri perkahwinan Qaureen Qasmina dengan Kapten Shahril Aimin, sahabat dunia akhirat aku ni, sampai dua ekor lembu Abah Qayyum tumbangkan. Nak jamu orang kampung katanya. Akulah tukang lapah daging lembu dengan geng-geng lepak aku dulu. Penat dan sakitlah seluruh badan aku ni, tapi bila nampak senyuman seorang 'awek' ni terus hilang segala kesakitan aku tu.

Sekilas dia datang menyapaku dan sekilas itu juga dia pergi meninggalkan aku. Dah macam laksana 'puteri bunian' pulak minah ni. Tapi, bila melihat dia tersenyum buat aku angau sampai hari ni. Adakah ini dinamakan CINTA..?

Dari kejauhan, aku dengar Qaureen Qasmina memanggil gadis itu dengan gelaran manja, tak salah pendengaran aku nama tu bermula dengan huruf 'B'. Hai, masa-masa macam ni pula memori aku ni nak hilang. Boleh pula jadi pelupa, banyak makan semut ke aku ni?

"Argghh... lantaklah, buat apa aku nak fikir pasal perempuan tu, buat semak kepala otak je...!" omelku sendirian. Keluhan kasar aku lepaskan.

"Abang Ngah, apo yang tak pueh hati tu, Abang Ngah marahkan sapo..?" tegur Qaureen Qasmina sambil menatang sebuah dulang berisikan sejag air sirap ais.

"Tu, hah..Abang Long kesayangan kau tu..dari tadi jadi mando..Abang Ngah tahulah dio tu doktor. Cucuk oghang sano-sini. Tapi apo pulak macam dio jo yang kono cucuk".

"Macam lombu kono cucuk hidung. Takut an bini..Apo tak eh, Abang Ngah..bini eh samo naik mo singo jadian..Abang Ngah nengoklah ngambut eh tu, mengomang jo..tutup mo selendang pun kombang semangkuk.." terkekek-kekek ketawa Qaureen Qasmina yang menemani aku melapah daging lembu ini.

"Ekau kan Dik Qas, bab mengutuk oghang bagi kek ekau kan..tapi ado boto jugak apo yang ekau koba an tu..." pecah ketawa aku bergabung dengan Qaureen Qasmina, sampai berair-air mata kami berdua mentertawakan Kak Misha Orlando Bloom, kakak ipar kami tu.

"Dik Qas, sapo minah yang ekau panggil tadi tu..? Apo ko namo eh, Bedah, Bibah..Beboon..., Baboon?"

Lagi kencang tawa Qaureen Qasmina setelah mendengar nama yang aku sebutkan tadi. Sampai tertonggeng -tonggeng Qaureen di situ menekan -nekan perutnya. Kalau si Kapten Shahril Aimin tengok ni, confirm tak jadi nikah. Buruk betul perangai kau Dik Qas. Mujur kau lawa..!

"Ya...Allah, Abang Ngah ni lawak betullah, belum habis gelakkan Kak Long Misha, Abang Ngah tambah pulak dengan 'bff' Qis tu.. bukan Bedah, Bibah,..apatah lagi Beboon dan Baboon. Bebo lah Abang Ngah, B.E.B.O., Bebo.. Abang Ngah tak ingat ke dengan Kak Bebo, itu kan namo yang Abang Ngah bagi pado Kak Simra Sahana Shamreen.. maso kocik dulu" Qaureen Qasmina tampar bahu aku.

Aku pandang langit yang membiru. Puas aku cuba ingat pasal sebaris nama indah itu. Beberapa minit kemudian, jeritan Qaureen Qasmina menyentak lamunanku.

"Abang Ngah...tak cukup laei ko daging lombu yang Abah tumbangkan tu, yang Abang Ngah dok lilih (hiris) longan Abang Ngah tu dah kenapo...?"

"Aduh...ni semuo pasal dok ingat an budak Bebo tulah, tak pasal-pasal longan Abang Ngah yang cun ni pulak jadi mangso..."

Qaureen Qasmina berlari mendapatkan gadis yang dipanggil Bebo itu. Dengan gerak perlahan dan penuh keayuannya dia menghampiri aku. Lengan kekarku dipegangnya. Lembut betul jemari runcingnya menyentuh kulit kasar aku ni. Lukaku itu dibalut dengan kain selendangnya.

"Abang Yul...kenapa cuai sangat ni..? Qas, Kak Bebo rasa kita kena bawa Abang Yul ke klinik, luka ni dalam, kena jahit.."

Aduh, lunak suaranya, buat tulang rusuk aku ni bergetar! Dia ke jodoh aku..? Eh, kenapa pulak dengan aku ni..tak, tak..aku tak boleh kalah dengan bisikkan hati ni.

"Alaa...sikit je ni ni...takpe lah, aku boleh rawat sendiri.." aku tarik lengan aku dari terus dipegang gadis secantik tuan puteri ini. Saja nak tunjuk hero, padahal dah rasa nak pitam menahan kesakitan.

"Abang Ngah janganlah bega (degil)...poei jolah ke klinik dengan Kak Bebo..jahit luko tu..nanti Omak bising lah. Dah Kak Bebo, heret je Abang Ngah, Qas ni.. bawak dia ke klinik cepat sebelum Abah dan Omak tahu..."

Aku ikutkan saja arahan adik bongsuku ini. Seriau aku bila dia menyebut 'Omak' tadi. Aku pun dengan malu-malu kucing membuntuti langkah gadis manis tinggi lampai ini ke keretanya. Wow, tak calang-calang kereta dia ni, Honda Civic kot.. dah sama level pulak dengan aku. Baru aku perasan jenama dan jenis kereta kami sama rupanya. Dia punya kereta warna merah bata, aku pula warna putih.

Cekap juga si Bebo ni memandu. Tak sampai setengah jam, kami sampai di sebuah klinik. Aku tengok macam klinik mak bapak dia sahaja dia buatkan klinik ni.

"Eh, masuklah Abang Yul...tak payah daftar, ni klinik daddy Bebo...cepatlah nanti terkena infection pulak luka tu.."

"Ermm..patutlah.." aku tayang wajah bersahaja.

Tak sampai sepuluh minit, lukaku sudah selesai dirawat. Lincah betul jemari si Bebo ni jahit luka aku. Tak pasal-pasal kena jugalah sepuluh jahitan di lengan kekar aku ni. Parutnya pun masih berbekas sehingga ke hari ini. Lepas dari majlis kenduri nikah Qaureen Qasmina aku langsung tak jumpa si Bebo ni. Mana entah dia menghilang!

***

Hampir menjelang ke subuh pasukan unit khas bertempur melawan musuh dalam operasi rahsia kod "Operating M". Sengit juga pertempuran kali ini. Segala tenaga terkerah, bukan hanya menembak, bahkan kami terpaksa beradu tenaga tanpa senjata. Habislah semua ilmu teakwondo, judo, segala jenis silat terkeluar untuk menumpas kan musuh yang agak liat nyawanya untuk ditumpaskan.

"Tuan....tuan..!!!!Tuan tercedera... cepat panggil pasukan medik..!" teriak Leftenan Muda Farihin dengan lantang.

"Jangan risau, saya tak apa-apa.. Alhamdulillah, musuh berjaya kita tumpaskan..Alpha teams well done.." kataku terbata-bata menahan perit luka di bahagian perutku.

"Tuan...jangan banyak bergerak, tuan cedera parah ni.. kita bawa tuan ke hospital sekarang..!" Kapten Shahril Aimin pula menambah.

Saat aku dikejarkan ke hospital, keadaanku agak parah. Darah dari tadi tidak berhenti mengalir. Lencun wajahku dibasahi keringat menahan luka yang amat dalam.

"Tuan...sabar sikit, doktor bedah masih dalam perjalanan..maklumlah hari Ahad, ramai doktor yang bercuti.." ujar Leftenan Muda Farihin.

"Apa punya hospital kau hantar aku ni, takkan seorang doktor pun takde. Apa semuanya dah kaya ke, atau makan gaji buta!" bentakku kuat, bergema suara aku di ruangan sederhana besar ini.

"Sabarlah...Tuan, jangan marah -marah macam ni, nanti makin teruk luka tu..." pujuk Kapten Shahril Aimin, terkumat-kamit mulutnya membaca sepotong doa untukku.

Setelah hampir setengah jam menunggu, kemunculan seorang doktor wanita muda dalam keadaan tergopoh-gapah mendapatkan aku yang tengah menunggu untuk dibedah.

"Maafkan saya, terlambat... kesesakan lalu lintas, maklumlah hari cuti..." lunak suara itu tidak bisa melunturkan kemarahanku.

"Doktor, kalau kerja setakat nak makan gaji buta, baik duduk rumah, jaga anak, jaga suami..." hamburku kerana terlalu lama aku menunggu kehadirannya. Rasa sakit sudah menjalar sehingga ke hulu hati.

"Mulut tu, baik-baik sikit..bukan setakat perut awak tu saya jahit nanti, dengan mulut awak tu pun saya jahit tanpa sebarang buis, boleh ke encik bertahan?" Dr Simra berbicara dengan sekali nafas. Topeng muka dibuka sebentar. Mungkin tengah mencuri oksigen untuk kembali bernafas.

"Kau...!!!!"
"Awak...!!!!"

Seorang jururawat menegur kami berdua akibat terjadinya perbalahan yang berpanjangan. Aku enggan dibedah oleh doktor muda ini kerana aku takut sejarah akan berulang lagi. Parut yang hodoh yang ditinggalkan pada lengan kiriku hasil daripada jahitan jari-jemarinya itu menjadi trauma buat aku.

"Ya...Allah, encik tak rasa sakit ke..sampai bila nak bertekak ni.." tegur seorang jururawat yang sedang menyiapkan gadis yang aku panggil Bebo ini untuk menjalankan pembedahan ke atas diriku.

"Sudah, jangan dilayan nurse..pakar bius, siap sedia...kita jalankan pembedahan sekarang.."

"Tidak.....ti...dakkkkk!!!!!"

Assalamualaikum dan hai semua..terimalah nukilan ke-7 buat readers semua..kali ini author tukar genre..ROMANTIK KOMEDI..pulak, letih dah asyik buat melodrama, cerita sedih-sedih ni...sengaja author ubah angin..nak cabar diri sebenarnya.. Macam biasa tinggalkan comment membina buat author ye..follow author, kita gelak sakan bersama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience