Bab 4

Romance Series 2041

LANGKAH kakinya diatur menuju ke pejabat suaminya. Di tangannya ada satu beg bekas makanan yang dibawa untuk suaminya yang dia paling cinta. Lelaki pertama yang mengetuk pintu hatinya dan…

Dia tetap mahu lelaki ini kerana mahu merasai memiliki dengan kemenangan.

“Hai, Kak Qalisha. Cantiknya dia…” puji staf yang berada di situ sambil melambai Qalisha.

“You too.” Tersenyum bangga Qalisha. Ya, dia sangat menjaga rupa parasnya dan keterampilannya kerana dia tidak mahu nampak buruk di hadapan semua orang.

Dia menunggu di ruang menunggu seperti biasa kerana di sini suaminya akan lalu bersama rakan-rakannya untuk pergi makan di luar. Tersenyum Qalisha melihat wajah Taufiq yang sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya ketika keluar dari lif.

“Biy,” panggil Qalisha dengan teruja.

Taufiq terhenti dan memandang Qalisha yang sedang mendapatkannya. Keluhan kecil dilepaskan.

Terus saja Qalisha menghulurkan tangan untuk bersalaman dan disambut oleh Taufiq. “I bawakkan makanan. I tak nak you stres nak fikir makan apa hari ni.”

“Itu you, bukan I.” Taufiq jawab dengan lemah.

“Taufiq, join ke tak?” tanya Borhan yang datang dari arah sisi mereka.

Qalisha senyum kepada Borhan. “I hantar bekal je. Nanti dia makan. Risau kalau ada makanan yang dia tak boleh nak makan nanti. So, I bawaklah makanan.”

“Huish, no wonderlah tiap kali lepak ke futsal ke. Laju je nak balik rumah, bini function teruk. Baguslah you ni, Qalisha,” puji Borhan sambol tersengih-sengih. Dia faham kenapa Taufiq selalu ingin pulang awal, rupanya inilah sebabnya.

Berubah wajah Qalisha, namun dia mengawalnya dengan baik. “I balik dulu. Have fun.”

Taufiq hanya mengangguk lemah dan melihat Qalisha dari belakang Qalisha. Entahlah, wanita ini tidak pernah salah dengannya. Cuma salahnya wanita ini adalah memaksa dia untuk bersetuju dengan perkahwinan ini.

“Kau nak makan makanan bekal aku ni tak?” tanya Taufiq kepada Borhan dengan nada yang lemah. Entah sampai bilalah dia harus bertahan dengan perkahwinan ini. Dia juga tidak mahu Qalisha sebegini.

“ARGH!” jerit Qalisha dan menghentak sterengnya berulang kali sampai bergoncang keretanya. Sakit sungguh hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh Borhan itu tadi. Jadi, ke mana suaminya pergi? Kenapa Borhan kata suaminya suka pulang ke rumah cepat? Jadi selama ni Taufiq selalu aje balik awal.

Tapi, ke mana dia pergi?

Qalisha jadi marah, dia akan lepaskan kemarahannya ini. Dia menghubungi seseorang namun semua kawan-kawannya tidak menjawab panggilannya. Terus saja dia memandu dengan laju dan agak bahaya.

Bunyi hon sepanjang jalan dia tidak pedulikan yang penting rasa marahnya dapat dihamburkan.

“Taufiq, kenapa kau buat aku macam ni?” Air mata Qalisha mengalir laju. Dia sebak dengan apa yang jadi. Lalu, dia pejamkan matanya dan dengan sengaja dia masukkan keretanya ke dalam longkang.

Bang!

LANGKAH yang diayun kelihatan tenang namun cepat langkahnya menuju ke wad yang menempatkan Qalisha. Langkahnya terhenti bila melihat Zura dan Elisa yang berada di kerusi menunggu.

“Hai, korang,” sapa Aulia dengan wajah yang penat. Manakan tidak dia memandu dari Melaka ke sini selepas mengetahui kejadian yang menimpa Qalisha. Nasib baik mesyuarat itu telah tamat dna hanya menunggu arahan yang seterusnya.

Elisa senyum penat kepada Aulia. “Kesian kau. Ni doktor kat dalam dengan Taufiq. Family Sha tak ada kat sini rupanya. Dorang fly Melbourne jumpa kakak Sha kat sana. Kitorang pun sempat melawat kejap je.”

Aulia mengangguk. “Teruk ke?”

Zura dan Elisa memandang antara satu sama lain. “Yang ni kau jawab.”

Keluhan dilepaskan Zura. “Tak ada benda nak risau pun. Kena risau kat kereta dia je. Kau fahamkan maksud aku.”

Tergelak kecil Aulia sambil mengangguk sebelum senyumannya mati bila seseorang keluar dari bilik wad Qalisha bersama doktor.

“Terima kasih doktor,” kata Taufiq dan kemudian matanya juga menangkap kehadiran Aulia.

“Sha okey tak?” tanya Elisa.

Taufiq senyum. “Tak ada apa serius pun. Dah boleh discharge dah.”

Mereka bertiga masuk ke dalam wad Qalisha, namun tangan Aulia terkebelakang seperti ada yang menariknya. Semestinya…

Taufiq.

Terus saja Aulia buat sahaja tidak tahu dan tersenyum memandang Qalisha yang sedang tersenyum lemah di atas katil.

PENAT sungguh emosi Taufiq ketika ini untuk berhadapan dengan kerenah Qalisha yang manja semacam dan mahu menunjukkan kemesraan di hadapan orang lain. Habis bercium, berpeluk di hadapan semua orang tadi.

Sebaik saja menutup pintu rumah, Taufiq terkejut melihat Qalisha yang sedang merenungnya sambil duduk bersandar. Daripada renungan itu Taufiq tahu pasti ada yang Qalisha mahukan daripadanya.

“You tipu I, Taufiq.” Perlahan suara Qalisha. Dia cuba mengawalnya dengan baik nada suaranya.

“Apa yang I tipu you?” balas Taufiq. Langsung tidak gentar.

“You tak balik rumah awal pun selama ni. Selalu sampai rumah mesti nak jam 1.00 pagi. Ada sekali esok pagi baru balik. You pergi mana?” tanya Qalisha dengan nada menekannya. Dia bagai hendak gila memikirkan apa yang suaminya lakukan di belakangnya.

Taufiq mengeluh. “Bukan isu besar pun kat sini.”

“Besarlah!” jerit Qalisha.

Jeritan sebegini sudah biasa dialami oleh Taufiq. Lama Taufiq memandang Qalisha dan kemudiannya dia menuju ke tingkat atas. Baru saja satu kakinya menaiki tangga, suara Qalisha memberhentikan langkahnya.

“You ada perempuan lain kan?” tanya Qalisha perlahan.

Taufiq melangkah satu lagi anak tangga.

“Mati perempuan tu I kerjakan atau you nak I yang mati?” Terus saja Qalisha berlari menuju ke dapur. Taufiq terus panjangkan langkahnya dan mengejar Qalisha. Ketika ini Qalisha sudah memegang pisau dan…

Sap!

Darah mengalir di lengannya. Taufiq terus mencapai lengan Qalisha dan membasuhnya ke singki. Pisau di tangan Qalisha dirampas dan dicampakkan ke tepi. “Dahlah. Janganlah jadi begini. Stop Qalisha.”

“You ada perempuan lain. I boleh mati tahu tak…” Qalisha menangis tersedu-sedu dan memeluk erat tubuh Taufiq.

Sesak nafas Taufiq ketika ini, setiap masa dia harus menghadapi apa yang dia hadapkan sekarang ini. Perlahan tangannya membalas rangkulan Qalisha. Lalu, kucupannya hinggap ke dahi Qalisha.

Kau, kaulah sebenarnya perempuan yang merampas tempat perempuan lain, Qalisha… bisik hati Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience