Bab 50

Detective Completed 54058

“DID something happen?”

Menoleh pun Dara tak berani. Dia kenal suara yang sipi-sipi saja di pendengaranya. Haris muncul tepat pada masanya. Dan dia nampak betapa pucatnya wajah Emir sekarang ini.

Detak jantung Dara yang menggila tadi kian menemukan rentaknya kembali bila Haris menjadi tempat dia bersandar. Dalam kepala sudah terbayang dia bakal terhenyak di atas tanah dengan cara paling kasar sekali. Itu tentunya tidak baik untuk kandungan Dara yang masih baru.

“Yes.” Tak perlu Dara menipu. Memang ada sesuatu yang terjadi ketika Haris tiada tadi. Kalau Dara menipu sekali pun, boleh jadi kejadian tadi sudah dirakam oleh sepasang mata helang Haris.

“Perlu saya buat sesuatu?”

Ya. Emir itu perlu diajar supaya beradab dengan perempuan.

“Saya perlukan kebenaran awak, Haris.”

Dara mengerling Haris yang memegang bahu dia kejap. Kening suaminya naik, menanti bicara kebenaran apa yang diperlukan oleh Dara.

“Can I give him some lesson?” Tanya Dara.

“Go ahead.” Haris beri lampu hijau.

Bibir Dara tersenyum tipis. Dia mara selangkah bersama tangan kanan yang sudah dikepal. Langkah ke dua, dia terbata lalu mencari Haris semula.

“Saya rasa, awak patut ajar dia bagi pihak saya. Can you?” Dara tarik semula hasrat dia untuk mengajar Emir. Haris lebih layak. Dia tak rela mengotori tangannya menyentuh wajah Emir tak guna tu.

Bibir Haris itu kian melebar. Dia tahu Dara tidak akan menyentuh lelaki lain selain dia. Dan Emir itu lawannya, bukan Dara.

“Sure!”

Haris meluru ke arah Emir yang mengundur beberapa langkah untuk pergi dari sini. Tanpa sempat Emir buka langkah seribu, buku lima Haris terlebih dahulu singgah di rahang Emir sehingga lelaki itu jatuh tersungkur. Cukup keras tumbukan Haris. Ada bunyi retakkan yang terhasil. Tak pasti sama ada rahang Emir itu patah atau ada tulang tangan Haris yang retak.

Melihat Emir berguling di atas tanah dengan sedikit darah yang terpecik di atas tanah, Dara yakin dari mana datangnya bunyi tersebut. Haris dilihat tenang meregangkan buku limanya setelah berjaya menyasarkan penumbuknya.

Dara berpuas hati dengan tumbukan Haris. Cukup sekali saja, Emir terbaring dengan tangan masih melekap dirahangnya. Erangan Emir itu sedikit pun tidak mengundang simpati Dara.

“Jom.”

Haris paut lengan Dara untuk pergi dari sini meninggalkan Emir yang masih terbaring.

“I love you, Haris.” Sebut Dara perlahan sambil dia merangkul lengan Haris.

“Baby pun sayang daddy.” Dara sedang beli jiwa Haris dengan menggunakan anak mereka pula. Dia merasa serba salah kerana gagal menjaga diri sehingga diserang hendap oleh Emir.

“I love you too…”

Seminit kemudian, dia menerima ungkapan cinta dari Haris. Ungkapan itu merekahkan senyuman Dara. Pujukan dia membuahkan hasil. Mujur marah suaminya tidak lama mana.

“Tapi awak tetap perlu diberi pengajaran supaya kejadian tadi tidak berulang lagi.”

Ayat seterusnya Haris melumpuhkan senyuman yang baru separuh terukir. Kalau Haris sudah berkata demikian, maka Dara tidak boleh menolak hukuman yang bakal dia terima kelak.

“Get in the car.”

Lambat-lambat Dara mengatur langkah ke pintu bahagian penumpang. Dia nampak Haris sibuk memasukkan basikal mereka ke belakang kereta.

“Jangan tidur.”

Arahan Haris menyusul lagi sebelum pintu kereta ditutup. Haris macam tahu-tahu itu cara dia mengelak daripada dimarahi. Jika begitu, Dara akan pura-pura bisu. Apa pun kata Haris dia tidak akan melawan sepatah pun.

“Daddy marah.” Kepala Dara tunduk pada perutnya lalu diusap perlahan. Usapan Dara terhenti bila dia terdengar pintu sebelah dibuka sebelum ditutup dengan cara paling kasar. Sehingga terasa bergegar seluruh Ford Ranger milik Haris.

“Awak buat baby terkejut.”

Tadinya Dara berazam untuk menjadi bisu. Mana tahu mulut dia pilih menjadi derhaka. Sudahlah derhaka, salah pula memilih ayat. Bahang kemarahan Haris itu mula menular di dalam kereta sehingga dia merasa tempiasnya.

“Bagus lah baby terkejut. Biar baby sedarkan mummy dia yang keras kepala ni. Silap haribulan, baby yang kena jaga mummy dia pula.”

Pukulan ayat Haris mengena pada hatinya. Dan dia memilih buangkan pandangan ke luar tingkap untuk mencampak keluar rasa kecil hatinya. Perlahan-lahan kolam matanya terasa hangat. Haruslah dia mengerahkan matanya melakukan senaman supaya tidak menangis di depan Haris.

Dalam diam, Dara mengakui kata-kata Haris. Dia perlu belajar untuk berfikir mana yang baik, mana yang tidak baik untuk kandungannya. Dan Haris merupakan penasihat yang paling layak memberi kebenaran sebelum dia melakukan sesuatu.

Dia menoleh ingin menuntut kemaafan Haris. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Senaman mata dia gagal teruk.

“Oh no, Dara. You crying!”

Ya, Dara menangis. Semakin banyak dia mengerdip, semakin lebat air matanya turun.

“I’m sorry, Haris.”

Pandangan Dara kabur dek air mata yang tidak mahu berhenti lagi. Apa yang dia nampak, Haris itu kelihatan sangat tidak keruan. Telinga dia pun tidak dapat menangkap apa yang dikatakan suaminya.

SELEPAS perbincangan dari hati ke hati semalam, hari ini ada sinar yang menyinari dirinya. Yang membuatkan Dara lebih tenang untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Yang memberi dia keyakinan ke tahap lebih tinggi.

“Stop thinking too much. Baby tak suka.”

Itu antara peringatan mesra Haris buat dirinya.

“Tolong beritahu saya ke mana pun awak pergi, atau saya akan kerah satu balai ikut awak.”

Ini peringatan yang menggerunkan. Kalau sudah satu balai diseru, itu tandanya Dara sedang menyandang status penjenayah yang paling dikehendaki. Wajib Dara turuti perintah kedua jika tidak mahu Haris benar-benar berbuat demikian.

“Saya memang jahat, Dara. Dan perlahan-lahan saya sedang buang segala yang jahat tu…Jadi, awak pun perlu buang semua yang jahat-jahat tentang saya dalam fikiran awak mulai sekarang.”

Peringatan ketiga ini dangat aneh. Dan Dara harus membantah keras.

“Awak salah Haris. Awak itu sebaik-baiknya suami. Awak bagi saya kekayaan. Awak bagi saya kebahagian dengan cara paling unik. Awak juga mengajar saya mencintai diri awak. Pokok pangkalnya, awak berjaya dengan cemerlang. Saya mencintai awak, Haris. Dan saya bakal melahirkan legasi Hilman Haris sebagai tanda cinta kita.”

Bantahan Dara merupakan satu kesalahan besar. Rupanya itu hanya perangkap sang suami yang memang nak dengar pujian melangit dari mulut dia. Pujian Dara itu memakan diri. Paling teruk, Haris sengaja merakam luahan cintanya. Lebih menyebalkan, luahan cintanya menggantikan suara DJ radio yang mengiringi sepanjang jalan mereka. Haris sengaja mengulang-ulang sampailah mereka tiba ke destinasi.

Lebih dari tiga das jelingan Dara lemparkan. Bersama muka merah padam, dia turun dari perut kereta. Sempat dia menangkap suara Haris.

“Jangan lupa, malam ni malam jumaat…”

Dara semakin sakit hati bila Haris menyebut malam jumaat.

“Ya, saya tahu…Malam ni kita baca yassin sampai subuh.”

Dara mengatup pintu. Mata dia sempat merakam wajah kelat Haris yang tertelan bongkah ais. Itu sebagai tanda protes mesra dari dia kerana dipergunakan oleh suami sendiri.

Kaki baru saja menapak masuk ke ruangan pejabat, beg Dara bergegar. Tangan dimasukkan ke dalam beg untuk mencari keberadaan telefon bimbitnya. Sebaik ketemu, skrin dihala ke muka. Dia menerima pesanan whatsapp daripada Haris. Laju jarinya menekan mesej tersebut bersama senyuman tipis. Baru lima minit Haris pergi, sudah sibuk mesej.

+ Boleh tunda bacaan yassin tu esok pagi?

Dara menahan diri daripada ketawa.

+ Tak boleh!

Laju Dara menekan butang sent.

+ God! Minggu ni saya kena puasa malam demi mencari pahala…

Hampir terbeliak mata Dara.

+ Gila! Puasa siang. Bukan malam.

Melihat Haris sedang typing, Dara pilih untuk simpan terus telefonnya ke dalam beg. Otak dia akan tercemar jika terus berbalas mesej dengan suaminya.

“Puan!”

“Selamat pagi, Puan!”

Dua orang menegur Dara serentak sebaik pintu pejabat ditolak. Rasa kekok dia terbang entah ke mana bila merasakan rakan setugasnya mesra alam. Bibirnya tersenyum tipis. Pandangan pertama itu sangat penting bagi Dara. Dia tak nak terlalu mudah didekati dan tidak terlalu sukar diajak berkompromi. Dia bercakap berdasarkan pengalaman sebelum ini.

“Rasanya, tak perlu saya kenalkan diri. Semua dah kenal saya.” Itu yang Dara rasakan sejak jejak kaki di sini.

“Selalunya kami dengar nama saja, ini pertama kali kita berjumpa.”

Memang betul pun. Pertama kali juga buat Dara.

“Saya dengar, ada kes baru.” Dara terus kepada hal kerja yang melibatkan dia.

Mata Dara terus melekat pada dada kanan wanita yang telah berada di sisinya bersama satu fail. Tak perlu wanita ini perkenalkan diri. Dia sudah tahu namanya.

“Ada satu kes yang perlu kita siasat berdasarkan maklumat awam.”

Laju Dara membaca tulisan dakwat hitam yang memenuhi kertas bersaiz A4 tersebut. Dan dia menemukan perkara yang perlu dilakukan. Perkara tersebut sesuai dengan pengalaman yang dia ada.

“Kita perlu menyamar sebagai pelanggan untuk beli barang tu?” Kepala Dara dipanggung mencari wajah Heliza untuk kepastian.

“Ya, puan.”

Dara mula memikirkan segala kemungkinan dan siapa yang perlu dihantar ke sana untuk membuat rundingan serta mengumpul bukti sebelum melakukan serbuan.

“Sini siapa yang ada pengalaman sebagai perisik?”

Soalan Dara membuatkan pandangan Heliza dan Adibah saling berpandangan. Daripada pandangan mereka berdua, Dara tahu jawapannya.

“Tak ada?”

Gelengan kepala Heliza menjawab soalan Dara. Segera Dara tarik senyuman. Itu bukan masalah yang besar jika Dara tidak berbadan dua, dia sendiri akan turun padang. Cumanya, tiada siapa sesiapa yang tahu tentang kehamilannya. Usia kandungnya pun terlalu baru untuk dihebohkan.

Dara mengerah semula ingatan demi mencari orang yang sesuai dihantar untuk mengesahkan jenayah tersebut.

“Untuk makluman puan, ada orang lain yang akan sertai kita. Rasanya, orang tu lebih layak untuk dihantar ke sana.”

Bersinar mata Dara menerima berita baharu itu. Selesai satu masalah. Selagi boleh elak turun padang, selagi itu dia perlu lakukan demi menjadi isteri yang taat pada suaminya. Pelaksanaa tugasan luar juga tersenarai dalam pesanan Haris. Dia diarahkan untuk fikir kebaikkan dan keburukkan sebelum membuat keputusan untuk turun padang.

“Mana dia?” Serasa Dara, dalam ini hanya ada mereka bertiga. Tiada lagi yang lain. Dia perlu berjumpa dengan anggota yang terlibat dengan kadar segera.

Heliza melirik jam dipergelangan tangan.

“Ikutkan, lima minit lagi dia akan sampai.”

Dara angguk kepala. Selesai masalah pertama. Si dia yang disebut Heliza itu menggalas tanggungjawab agak besar. Kalau salah beri maklumat berdasarkan hasil risikan, boleh gagal misi mereka kali ini. Orang itu perlu amanah dan jujur. Itu merupakan pendapat Dara sendiri.

“Maaf, lambat.”

Serentak mereka memberi tumpuan pada manusia yang baru muncul. Tiada senyuman dipamerkan pada wajahnya. Dan tanpa rasa malu, orang yang ditunggu-tunggukan telah duduk di hadapan Dara tanpa diarahkan berbuat demikian.

“Saya datang lapor diri untuk siasat kes urusan jual beli dadah yang terlibat di kawasan Puchong.” Suaranya cukup bersahaja.

“Kenalkan puan…Tuan Hilman Haris…Tuan Hilman akan ketuai kita sampai kes ni selesai.”

Dara duduk bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Haris tak ada maklum pun bahawa suaminya juga dipindahkan ke unit ini? Dan Haris itu bukan sahaja mengetuai unit ini, malah Haris juga mengetuai keluarga kecil mereka di rumah.

Tumpuan Dara beralih pada seorang lagi yang baru muncul dari belakang dan duduk di sisi Haris.

“Hai…Last minute information. Saya juga terlibat sama.”

Semua mata tertumpu pada figura seorang perempuan yang baru muncul. Sempat penampilan perempuan itu ditilik. Haris merupakan orang pertama yang palingkan wajah dan pandangan dia bertemu dengan Dara.

Jelas-jelas Haris tidak suka dengan kemunculan perempuan itu. Wajah mencuka Haris itu sangat jelas. Sangat tidak berpuas hati dengan rakan segandingannya.

“Selamat datang ke unit kami.” Dara mengucap kata-kata aluan. Membawa pergi semua rasa kekok. Dia menjadi pengacara majlis bila Haris tiba-tiba diam. Bahkan rahang suaminya bergerak-gerak seperti menahan marah.

“Boleh kita mula kan? Lagi cepat, lagi bagus. Dalam ni dah mula panas, mungkin air cond rosak.” Seloroh Dara. Demi memeriahkan suasana.

Sempat Dara kerling suaminya yang tidak selesa. Balik nanti dia akan siasat siapa perempuan yang berjaya membawa ribut ke mari. Dia akan pastikan Haris buka mulut kelak. Dengan cara paksa pun dia sanggup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience