bacdh 'Memujuk'

Drama Series 55610

Selepas keluar daripada pintu lift, Khaleeda berjalan menyusuri koridor yang panjang. Dia menuju ke wad kanak-kanak di lantai dua.

Semalam tengah malam tiba di hospital. Selepas berjam di wad kecemasan di soal itu dan ini oleh doktor bertugas barulah Khalisya mendapat katil di wad kanak-kanak. Jenuh menunggu ditempatkan.

Sekitar subuh selepas Khalisya dimasukkan ubat dan nampak anak itu tidur nyenyak Khaleeda merayu jururawat menjagakan anaknya kerana dia harus pulang sebentar mengambil beberapa kelengkapan penting.

Itu pun jururawat banyak tanyanya seperti kenapa tak minta ayahnya menghantar barangan atau waris lain. Dia terangkan secara ringkas dia hanya berdua Khalisya di dunia ini.

Jururawat pula terangkan pihak mereka bimbang penjaga yang melarikan diri meninggalkan anak kepada hospital atau bahasa mudahnya membuang anak melalui pengalaman kes-kes yang lepas.

Sampai bilik awal subuh dengan menggunakan khidmat grab dia terus mengemas bilik yang berbau masam dan kepam kerana muntah Khalisya. Dia basuh toto, cadar, selimut, baju dia dan Khalisya yang sudah terkena muntah.

Kemudian harus pula mengemop lantai bilik dan ruang tamu yang terkena sisa muntah Khalisya. Tuan rumah Khaleeda orangnya baik, seorang perempuan berumur sekitar awal 40an dan tidak berkahwin. Seorang yang tidak banyak bercakap dan agak serius.

Bekerja sendiri sebagai jurumekap kecantikan. Antara syarat utama menyewa di rumah itu haruslah memastikan rumah bersih dan wangi.

Dia cukup beruntung dipilih tuan rumah menyewa di situ kerana tidak perlu berkongsi dengan ramai orang.

Khaleeda lajukan langkah dan masuk ke dalam wad. Sekarang jam lapan waktu sarapan pagi. Anak-anak dan penjaga sedang sibuk dengan sarapan. Termasuk drama air mata anak-anak yang tidak sihat, suara pujukan penjaga. Maklumlah wad kanak-kanak.

Khalisya di katil tengah. Duduk tercongok seorang diri memandang sarapan paginya di atas meja.

"Sayanggg..."

Berlagu sayang Khaleeda menyapa si anak. Lebar senyuman Khalisya dan mendepang tangan minta dipeluk. Khaleeda peluk erat-erat.

"Rasa macam mana?".

"Pening, loya. Tekak Sya tak sedap. Tak ada selera nak makan."

"Siannya sayang Ibu."

Khaleeda peluk lagi erat-erat campur digoyang lembut perlahan-lahan.

"Ibu beli donut. Sya nak?".

Khalisya menggeleng. Muka pucatnya sedih kerana tidak sihat dan tidak selesa.

"Awak..."

Khaleeda menoleh. Jururawat memanggilnya.

"Anak awak letak Taska ABCDEFG ke?".

"Ye misi."

"Okay isi borang ni."

Khaleeda mengisi borang yang dihulur kemudian ditandatangan. (Ini imiginasi penulis ya, bukan dan tidak tahu situasi sebenar kes keracunan).

"Kenapa ya misi. Untuk apa?".

Selepas mengisi dan menandatangan baru mahu bertanya? Apalah kau ni Di!?.

"Dari Taska ABCDEFG ada masuk lagi budak. Wad sebelah. Simptom yang sama muntah, cirit, loya, sakit kepala..."
"Campur anak awak dah lima katanya. Dekat hospital lain pun ada tujuh. Tenaga pengajar pun ada warded."

Ya Allah! biar betul. Kenapa? Tapi dia tak kena. Argh lupa. Semalam air kosong pun dia tidak menyamah dari taska itu. Jururawat sudah berlalu pergi.

"Ibu Di!".

Seorang budak lelaki berlari dari arah pintu lalu terus menerpa memeluk betisnya yang duduk bertenggek di birai katil Khalisya.

"Wadiii".
"Wadi tak sihat ya?".

Khaleeda angkat budak itu dan didudukkan di sebelah Khalisya. Khalisya paut budak lelaki berumur empat tahun itu ke dalam pelukan sambil ketawa. Suka berjumpa dengan orang yang dia kenal.

"Dia cakap nampak Ibu Di, betul rupanya."

Satu suara dari arah belakang. Seorang perempuan berusia sekitar hujung 30an menghampiri katil Khalisya.

"Puann..."

Sapa Khaleeda. Ibu Wadi ini baik dan lemah-lembut orangnya. Tetapi Khaleeda memang meletakkan jarak dengan semua orang sementelah berpengalaman ada badi tidak boleh terlalu rapat dan mesra dengan sesiapa.

"Semalam lauk apa dekat taska Di?"

Soal ibu Wadi sambil menarik sebuah bangku plastik dan duduk di situ.

"Semalam saya tak ada kat taska sampai petang puan. Ada urusan luar."

"Oh ye ke?".

"Lauk ayam kari Acik Mizon."

Tiba-tiba Khalisya menyampuk. Adoi anak ini, bisik hati Khaleeda. Bimbang orang tak suka dan mengata.

"Ooo ye?. Siapa masak?".

"Beli... makan pun lambat semalam sebab Ibu tak ada. Biasa kan Ibu yang masak."

Terang Khalisya.

"Akak telefon taska bercakap dengan Puan Suzy dia kata budak-budak makan bubur tapi anak akak yang kecik tu umur setahun lebih makan bubur tak kena pun. Dengar cerita, budak yang besar dah pandai makan benda berat aje yang kena."
"Macam si Wadi ni."

Khaleeda terkelat-kelat mendengar cerita Puan Mizon. Bimbang dia ikut disalahkan. Mereka berbual sebentar sebelum Puan Mizon minta diri pulang ke katil Wadi.

Lega...

@@@@@@@

Hari ini hari Khamis. Sedang menunggu doktor bertugas datang dan melepaskan mereka untuk pulang.

Habislah dia. Sudah hari Khamis. Esok hari Jumaat. Hanya ada tiga hari sahaja lagi untuk mencari rm3850, baki yang harus dibayar kepada ibu bapa Camilla.

Jika sudah dibenarkan balik sekalipun, Khalisya belum bertenaga sepenuhnya untuk dihantar ke tadika.

Tadika juga tutup pada hari Sabtu dan Ahad. Bagaimana dia dapat keluar untuk pergi bekerja mencari duit membayar hutang.

Hatinya tidak pernah tenang. Galau sentiasa. Melihat wajah Khalisya yang pucat dan tirus selepas asyik muntah dan cirit selama tiga hari membuat dia betul-betul kecewa dengan hidupnya.

Anak dia kasihan, masalah yang menunggu dia pening. Dia tersepit seolah tiada jalan keluar.

Istighfar Di. Sabar...

@@@@@@@

Duit kecemasan note rm100 yang di selit di dalam buku iqra Khalisya tinggal dua puluh sembilan ringgit sahaja lagi. Khalisya sedang tidur selepas makan bubur dan ubat dari hospital.

Khaleeda duduk menyandar ke dinding. Macam mana ni? Kepada siapa dia dapat meminta pertolongan.

Ibu jarinya laju menata skrin telefon. Telefon yang sudah berusia hampir tujuh tahun pemberian ibunya Faridah dahulu. Sudah mula bermasalah.

Lucy!...

Lucy, tapi...
Boleh ke?. Pinjam dengan Lucy, cakap akan bayar semula sikit-sikit, boleh ke?.
Nak cuba atau tidak?.
Malunya... tapi apa pilihan lain yang ada?.

Khaleeda lekap telefon ke telinga menunggu jawapan pihak di sana.

"Hello."

Kedengaran suara Lucy menjawab bertingkah dengan bunyi muzik yang kuat.

"Hello Lucy... ni Di, Khaleeda."

"Kejap Di, kejap, kejap."

Bunyi muzik saling bertukar kuat dan perlahan dari telefon. Suara Lucy masih tidak terdengar.

Seketika kemudian tiada lagi bunyi muzik dan telefon senyap sahaja. Sudah putuskah?.

"Di! Di!".

Tiba terdengar Lucy memanggilnya. Khaleeda lekapkan kembali telefon ke telinga.

"Ya Lucy, Di ada ni."

Alhamdulillah, lega.

"Kenapa Di?. Ada cerita apa?. Nak jemput Lucy makan ke?."

Khaleeda tersenyum mendengar gurauan Lucy di sebelah sana talian. Mood Lucy baik nampaknya. Mudah-mudahan ada rezeki dia menyelesaikan masalah rm3,850.

"Lucy... Di ada masalah sikit."

"Masalah apa?."

"Boleh Di pinjam duit sikit."

"Oh... Di nak guna berapa?".

"Ermm rm3,850 boleh tak Lucy?".

"Haaa!!!".

Aduhai... tak ada harapan nampaknya.

@@@@@@@

Rejeki!

Manalah budak ni. Sudah berubah fikirankah?. Janganlah...

Lucy memandang jam di muka telefon. Restoran mamak semakin penuh. Ada dua tiga orang melihat ke wajahnya.

Lucy boleh agak mereka sedang menunggu sahaja dia bangun untuk mendapatkan mejanya yang strategik kedudukannya, kerana tidak di panah matahari pagi dan betul-betul di bawah kipas angin.

Ey! mana budak Khaleeda ni!?. Geram pula dia sudah menunggu setengah jam lamanya.

"Lucy! sorry, sorry. Di tunggu anak tidur semula dulu lepas bagi dia sarapan dengan ubat tadi."

"Tak pe... Lucy pun baru sampai ni."

"Oh ye ke?."

Sambil beralasan kepada Khaleeda, Lucy melambai ane mamak untuk mengambil pesanan mereka.

"Okay macam ni Di... I kesian dengar cerita you malam tadi tapi I ada prinsip tak akan pinjamkan sesiapa duit sebab tak nak bermasam muka kemudian hari."

Lucy nampak air muka Khaleeda berubah muram. Dia mahu melihat di tahap mana keterdesakkan perempuan cantik dan menarik di hadapannya ini.

"Tapi Lucy boleh tolong Di dengan syarat Di tolong Lucy. Win win situation."

Naik sedikit bahu Khaleeda yang sudah jatuh sebentar tadi. Muka juga kelihatan lebih bersemangat.

"Tolong Lucy macam mana?".

Soal Khaleeda polos dan lurus.

"Malam ni dengan esok Lucy ada job yang bertindih. Lucy dah ambil job tapi budak Lucy tu warded hospital pulak. Di ganti Lucy boleh? Lucy ambil job budak yang warded tu".

Bulat mata Khaleeda mendengar usul win win situationnya itu. Perempuan ini sudah tahu latar pekerjaannya bagaimana. Tidak perlu dia terangkan lebih lanjut.

Rasanya budak ini tidaklah bendul sangat. Kalau Khaleeda yang sudah tahu latar kerjanya sanggup mahu meminjam duitnya pasti tidaklah perempuan ini lurus atas jalan agama sangat!.

"Di... Di..."
Suara itu bergetar bunyinya. Seakan cuba mencari alasan.

"Di jangan risau, bukan buat apa-apa job yang ni. Di cuma perlu temankan client Lucy je. Lucy dah cakap dengan dealer."

Lucy memujuk lembut. Dia mesti dapatkan si cantik ini. Job banyak masuk tapi dia kekurangan muka baru dan muda.

Untuk malam ini dan malam esok dia cuma perlu memancing Khaleeda supaya mengetahui pekerjaan ini bukanlah teruk sangat sebab itu dia pilihkan job yang mudah sahaja.

"Job malam ni Di duduk teman aje boleh dapat dua ribu, malam esok pun dua ribu".
"Sebenarnya job malam ni dengan malam esok untuk Lucy sebab tu mahal, tapi sebab Di emergency nak guna duit jadi Lucy bagi pada Di".
"Di ambillah empat ribu tu tak payah share dengan Lucy."

Lucy capai tangan Khaleeda yang saling meramas kerana perempuan cantik itu sedang gugup lalu dielus lembut mahu memujuk. Lucy sangat berharap dia dapat memancing Khaleeda.

"Boleh ye Di."

Lucy tayang senyum paling ikhlas untuk Khaleeda.

bnyk keje rmh nk buat tp... tqvm kpd yg sudi bce, komen, dan follow.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience