BAB 2

Romance Series 63808

Sesi perbincangan berlangsung secara tenang dan santai sahaja.


Hani masih fokus mendengar penerangan dari Tengku Mukhris kepada Encik Huzair dari E-One Group. Mereka dimaklumkan pada saat akhir yang Dato' Eqwan tidak dapat hadir kerana ada urusan kecemasan.

"Macammana Encik Huzair, jelas tak penerangan dari saya? Dan apa maklumbalas dan pendapat dari Encik Huzair sendiri berkenaan dengan proposal ni?" soal Tengku Mukhris setelah selesai membentangkan proposal tersebut di hadapan kliennya itu.

"Ok, terima kasih Tengku atas penerangan yang sangat jelas dan mudah faham bagi saya. Emmm, boleh ke kalau saya ambil dulu proposal - proposal ni untuk saya tunjuk dan bincang dengan bos saya atau kalau tak keberatan, Tengku boleh datang ke pejabat kami untuk kita discuss dengan lebih detail lagi." Encik Huzair membetulkan duduknya semula sebelum meneguk minuman di dalam gelas tinggi di hadapannya itu.

Hani hanya setia mendengar. Dia sendiri tidak pasti apa fungsinya dia duduk bersama dan hadir dalam perbincangan ini. Sesi perbincangan yang berlangsung hanya melibatkan bosnya dengan Encik Huzair semata. Dia di situ ibarat sebagai seorang yang menyibuk. Itu anggapan dirinya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia perlu ada bersama dalam sesi perbincangan ini.

"Boleh. Nanti maklumkan pada kami tarikh untuk kita bincang semula tentang projek ni. Saya dah take notes apa yang Encik Huzair minta kami ubah dan buat penambahbaikan pada design ni. Saya harap syarikat kami akan bekerjasama dengan E-One Group nanti." Balas Tengku Mukhris.

"Yer, saya faham, nanti saya akan maklumkan semula tarikh perjumpaan kita." Akhiri Encik Huzair seraya bersalaman dengan Tengku Mukhris dan sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.

"Sibuk membalas mesej, chat dengan pakwe ker tu?" Tengku Mukhris menegur. Mata terhala pada handphone di tangan wanita yang berada di depannya ini.

Hani angkat wajah. Tersentak... Dahi berkerut seribu sebelum membalas kata - kata lepas dari mulut bosnya itu.

"Saya balas chat dari Sara, kawan serumah saya. Dia risau sebab saya belum balik lagi." tersangat tujur Hani membalas kata - kata bosnya.

Tengku Mukhris mengangguk... Emmm, jomlah kita balik," ujar Tengku Mukhris yang sudah berdiri. Jam di tangan dia tilik sekilas.

"Dah pukul sepuluh malam. Patutlah..." Bicara sepontan Tengku Mukhris.

"Bos cakap apa?." Dahi Hani berkerut seribu, menghadam kata - kata Tengku Mukhris yang kurang jelas pada pendengaran telinganya.

"Takde apa - apa, jom kita balik, dah lewat." Tengku Mukhris membalas sepontan sebelum mengatur langkah keluar dari cafe itu.

Hani membuka langkah panjang mengikut rentak langkah Tengku Mukhris yang berjalan agak laju. Entah apa yang ingin dikejarnya. Satu langkah Tengku Muhkris bersamaan dua langkah kakinya. Taulah langkah panjang. Rungutnya.

Kereta meluncur laju membelah pekat malam.

"Nanti tunjukkan jalan ke rumah awak. Ataupun awak nak ikut saya balik rumah." Suasana hening itu terganggu dengan suara Tengku Mukhris.

Hani tersentak. Dia memandang sekilas pada wajah tenang yang sedang fokus memandu di sebelahnya. Ada ke bagi cadangan balik ikut rumah dia. Hmmm, ingat aku ni perempuan apa? Takde sivik punya bos. Hani menceceh di dalam hati.

"Bos tau Taman Sentosa?" Soal Hani.

"Tau..." Laju sahaja jawapan dari mulut lelaki itu.

"Nanti dah masuk simpang ke Taman Sentosa, bos hala ke Jalan Permai 2. Ada simpang masuk kanan, jalan terus sampai jumpa perumahan Semi D. Rumah saya yang ketiga." Hani memberi penunjuk arah.

"Emmm, okay." Sepontan balasan dari mulut Tengku Mukhris dengan mata masih fokus pada pemanduannya.

"BERHENTI..."

Berderau dada Tengku Mukhris. Dia urut dadanya perlahan setelah keretanya berhenti secara mengejut. Boleh haus tayarnya kalau selalu macamni.

"Awak ni kenapa menjerit tiba - tiba. Boleh terbabas kereta ni tau tak?." Sedikit tinggi suara Tengku Mukhris dalam keadaan dirinya yang masih terkejut.

"Boslah yang salah. Dah pesan bawa slow - slow di kawasan nikan, nak juga tekan minyak. Tu rumah saya." Hani membalas jengkel, jari telunjuknya tegak terarah ke rumah sewanya. Dia juga sebenarnya masih terkejut.

Mata Tengku Mukhris terarah pada rumah yang terang cahaya lampu luarnya mengikut jari telunjuk Hani.

"Terima kasih bos sebab hantar saya sampai ke depan pintu rumah," ucap Hani. Segan dia sebenarnya. Tengku Mukhris tu bosnya, bukan driver. Tapi dah lelaki itu sanggup. Lelaki itu juga yang beria - ria nak ajak naik satu kereta. Bila difikir - fikir, tak perlu dia nak rasa bersalah pun.

"Takpe, hal kecik jer. Esok pukul 7.30 pagi tunggu depan rumah, saya jemput." Tengku Mukhris menawarkan diri.

"Errrk, tak... Tak perlu bos, saya boleh tumpang Sara pergi kerja esok. Bos tak payah susah - susah datang sini jemput saya." Hani agak keberatan. Dia berusaha untuk menolak.

"Tak susah pun. Saya bawa kereta, bukannya jalan kaki. Cepatlah masuk, tak elok kita duduk berdua lama - lama dalam kereta ni." Gesa Tengku Mukhris.

Hani telan liur. Susah betul bercakap dengan orang yang ada kuasa veto ni. Kalau dah kata A, jangan suka - suka nak pinda kepada B. Dia buka pintu kereta. Akur yang bosnya akan datang menjemputnya esok.

"Okaylah bos, saya masuk dulu. Terima kasih sekali lagi sebab hantar saya balik," ucap Hani sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa menoleh untuk memberi lambaian kepada bosnya itu.

Tengku Mukhris tersenyum. Selepas memastikan Hani betul - betul masuk ke dalam rumah, dia bergerak pergi dari situ. Dia juga penat. Tak sabar mahu segera sampai ke rumah.

*******

Bunyi siren ambulan yang kuat mengganggu konsentrasi Hani yang ketika itu sedang mengelamun sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Pandangan yang sebelum ini hanya terhala ke luar tingkap, dipalingkan tegak ke depan. Kereta yang dinaikinya bergerak sedikit ke arah sebelah kiri bagi memberi laluan kepada ambulan tersebut.

Entah apa yang dilamunkannya sebentar tadi. Semua bercampur - baur di dalam kepalanya. Dirinya masih lagi membeku di sebelah kerusi penumpang. Biasalah pagi - pagi memang moodnya agak sedikit swing - swing.

"Diam je ni? Takde mood ker? Atau awak tak suka saya jemput awak dekat rumah?." Suara Tengku Mukhris bergema menghapus suasana beku antara mereka.

"Errr... Tak - tak..." Hani yang belum bersedia, menjawab gagap.

"Apa yang tak?" Tengku Mukhris menyoal lagi.

Hani terkedu, dia menggigit bibir bawahnya.

"Saya tak cakap pun yang saya tak suka..."


Tak sempat menamatkan percakapannya, sudah dipintas oleh Tengku Mukhris.


"Kalau macam tu nanti bolehlah saya selalu datang jemput awak kalau nak pergi kerja," tukas Tengku Mukhris bersahaja.

Hmmm... Hani mengeluh. Jawapannya telah menjerat dirinya sendiri. Baik dia sambung diam.

Masing - masing melayan perasaan sendiri. Tengku Mukhris sendiri pun tidak pasti, kenapa dia terlalu mengambil berat kepada wanita di sebelahnya ini. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya. Adakah dia suka, sayang atau sebaliknya. Tetapi yang pasti staffnya yang bernama Falia Hani ini sangat lain dari staffnya yang lain.

Dahi Hani berkerut apabila kereta bosnya ini berhenti di sebuah kedai makan.

"Masih awal lagi. Kita breakfast dulu," maklum Tengku Mukhris. Faham akan reaksi tidak selesa wanita di sebelahnya ini.

Mereka berdua memasuki ruang dalam kedai itu dan terus mencari tempat duduk.

"Terima kasih," ucap Hani sambil menguntumkan senyum manisnya apabila selesai memberi order kepada pelayan kedai makan itu.

"Amboi senyum, kemain manis pada abang pelayan kedai makan tu kan. Saya kat depan takde pun nak senyum macam tu." Ada bau - bau cemburu dalam nada suaranya.

"Ke situ pula bos. Saya ni senyum dengan semua orang. Tak salahkan pagi - pagi kita sedekahkan senyuman pada orang. Muka kita pun jadi awek muda. Janji jangan senyum tak tentu hala, nanti orang kata kita gila pulak." Panjang lebar jawapan Hani.

Tengku Mukhris telan liur. Hmmm, jawapan yang taknak kalah. Dia pula yang terasa.


"Setakat tiga tahun awak kerja di syarikat saya, macam mana? Okay? Emmm, hubungan dengan kawan - kawan office okay tak?" Tengku Mukhris menyoal. Wajah itu dia fokus pandang.

"Tiga tahun??? Bukan baru dua tahun ker?" Hani menyoal balas dengan dahi berkerut. Rasanya baru dua tahun setengah dia berkhidmat di syarikat itu.

"Betullah tiga tahun. Tambah tolak dengan awak praktikal sekali." Terang Tengku Mukhris.

Hani tepuk dahi. Lupa pula dia yang selepas tamat praktikal dia terus diserap masuk ke syarikat itu.

"Emmm, lupa selepas praktikal saya terus kerja kat syarikat bos. Betullah tu tiga tahun. Setakat ni Alhamdulillah, semua okay. Kawan - kawan pun okay banyak membantu walaupun saya masih junior dalam pejabat tu. Saya seronok kerja situ." Hani menjawab tenang. Yer, dia seronok kerja di situ. Harap jodohnya akan panjang di situ.

"Syukurlah awak happy, saya tak nak awak stress kerja dengan saya. Awak ada potensi dalam pekerjaan ni. Terus kekalkan momentum untuk terus cemerlang yer." Tukas Tengku Mukhris. Ikhlas kata - katanya lagir dari hati.

"Jangan puji lebih - lebih bos, saya takde syiling nak bagi." Hani bergurau.

Terburai ketawa antara mereka berdua. Hilang sedikit rasa canggung antara Hani dengan Tengku Mukhris. Walau kadang - kadang dirinya agak mesra tetapi rasa canggung tu tetap ada. Gap antara pekerja dengan majikan tetap dijaga oleh Hani. Itulah prinsipnya.

Enjoy Reading ♥️ -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience