Series
1233
"APA yang kau orang masak ni? Tak ada rasa, tawar kau orang ni tahu masak atau tidak, kau nak kita punya pelanggan complain pasal masakan kita?" jerkah Fahim sambil mencekak tangan di sisi pinggangnya.
Fahim menghemburkan kemarahannya kepada pekerja-pekerja yang sedang berdiri di tempat mereka memasak. Semua hanya mampu berdiamkan diri dan tiada seorang pun yang berani mengeluarkan suara.
Pekerja lain hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja kemarahan yang dihamburkan oleh ketua mereka itu. Kalau mereka berani-berani melawan kata ketua mereka, lagi teruk mereka akan dimarahi dan akan dihambur dengan kata-kata yang kesat.
"Aku dah ajar cara masak yang betul dan cara masak spaghetti dengan betul. Ni apa spaghetti terlebih masak dan lembik, aku kata al dante ni layak masuk dalam tong sampah!" Fahim terus mencampak makanan tersebut ke dalam tong sampah di hadapan mereka semua.
Terkejut mereka semua dengan apa yang berlaku dihadapan mata mereka ketika ini. Makanan tersebut dibuang tanpa sedikit pun rasa bersalah dan makanan itu dipandang dengan penuh jijik oleh Fahim.
"Makanan tu layak untuk bagi dekat anjing, aku nak kau orang semua buat semula makanan tu. Sebelum korang hidangkan pada pelanggan, hidangkan dulu pada aku dan bagi aku rasa dahulu sebelum bagi pelanggan makan. Faham ke tak!" jerit Fahim.
"Faham!" sahut mereka serentak.
"Kalau faham tunggu apa lagi, masaklah. Tu pun nak tunggu aku bagitahu ke!" Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus berlalu ke dalam pejabatnya untuk menyelesaikan kerjanya yang tertangguh tadi.
Hilang sahaja Fahim daripada pandangan mereka, mereka terus melepaskan keluhan kepenatan, sudahlah mereka berpenat-penatan memasak dalam kuantiti yang banyak, tiba-tiba sahaja mereka dimarahi kemudian makanan yang dimasak dibuang tanpa perasaan pula.
"Suka hati aje dia buang makanan macam tu aje. Ingat kita masak ni guna air liur saja ke macam dia tu, kita masak guna tenaga kita kut," ujar Nazif dengan perasaan tidak puas hati.
Nazif daripada dulu tak pernah puas hati walaupun sekali pun dengan Fahim kerana Fahim pernah mencampak makanan yang dia masak ke mukanya kerana makanannya masin ketika itu.
Bukannya dia sengaja masak masakan dia ketika itu masin, tetapi ketika itu dia sedang tidak sihat dan tiada deria rasa ketika itu, jadi apabila dia rasa masakannya itu tiada rasa dia menambah lagi garam supaya ada rasa.
Yang lain hanya mendiamkan diri sahaja, mereka juga terkejut dan terkedu kerana makanan yang tidak bersalah itu masuk ke dalam tong sampah. Chef Rizman antara chef yang paling lama berkerja dalam bidang itu tidak pernah sekali pun membuang makanan yang tidak sedap ke dalam tong sampah.
Chef Rizman berjalan ke arah seorang gadis yang dari tadi hanya menundukkan kepalanya dan memerhati ke dalam tong sampah hasil masakannya yang dibuang itu.
Tanpa disedari, air matanya mengalir kerana masakannya tidak dihargai. Berpenat-lelah dia masak, akhirnya ke tong sampah juga masakannya itu. Kenapa, teruk sangat ke masakannya sehingga ketuanya itu tidak lalu untuk merasanya.
"Umph! Sedap apa yang awak masak ni, tapi ada yang awak perlu baiki dalam masakan awak ni, antaranya spaghetti awak ni tak boleh terlalu lembik atau lembut," terang Chef Rizman dengan penuh lemah lembut.
Chef Rizman menunjukkan cara penyediaan dan cara memasak spaghetti dengan cara yang betul. Kemudian, dia menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sos supaya lebih sedap dan dapat diterima tekak oleh semua pelanggan yang menginap di hotel ini.
Chef Rizman menunjukkan bakatnya dalam bidang masakan ini. Semua perkerja yang berada di dalam ruang dapur tersebut berkumpul di hadapan Chef Rizman dan kagum dan tergamam melihat Chef Rizman mencampak masuk bahan-bahan tersebut ke dalam makanan beliau tanpa ragu-ragu.
"Tolong bagi saya sudu," ujar Chef Rizman sambil menghulurkan tangan.
Nazif terus menghulurkan sudu yang terselit di lengan bajunya itu kepada Chef Rizman. Dia teruja untuk merasa masakan yang di masak oleh Chef Rizman itu apabila sudah selesai di masak nanti.
Chef Rizman merasa kuah yang dimasaknya, dia rasakan masakannya itu dengan mata yang terpejam untuk merasa semua rasa yang berada di dalam masakannya itu. Chef Rizman tersenyum puas hati apabila masakannya itu menepati citarasanya.
Chef Rizman mengambil pinggang yang bersih dan mula meletakkan spaghetti yang sudah di pusingkan siap-siap dan diletakkan di dalam pinggan tersebut, kemudian dia menuangkan kuah tersebut dengan penuh berhati-hati supaya tidak comot.
Kemudian, lepas berpuas hati dengan apa yang dihidangkan, Chef Rizman mula mendekorasi dibahagian spaghetti dan juga tepi-tepi pinggan tersebut bagi kelihatan cantik dan menarik untuk dihidangkan kepada pelanggan.
"Done. Perfect." Ujar Chef Rizman apabila selesai menghias dan dihidangkan dihapadan mereka semua. Semua teruja dengan hidangan yang ditunjukkan oleh Chef Rizman. Mereka semua kagum dan mengeluarkan telefon pintar mereka untuk mengambil gambar hasil daripada chef tersebut.
Mereka menepuk tangan kerana teruja dan terpegun dengan kecekapan dan kepakaran Chef Rizman. Memang layak Chef Rizman dinaikkan pangkat sebagai Sous Chef di restoran itu, kepakarannya itu yang selayaknya dipamerkan kepada khalayak ramai.
"Chef, kami semua nak rasa boleh, tak sabar pula nak makan masakan chef yang sedap ni yang setaraf hotel lima bintang ni," ujar Nazif dengan teruja. Dia sudah beberapa kali menelan air liur melihat masakan Chef Rizman itu.
Chef Rizman tergelak perlahan sambil menggeleng-geleng kepala melihat kerenah pekerja-pekerja yang berada di dalam dapur ini. Macam-macam telatah dan kerenah yang dia lihat selama 8 tahun berkhidmatan dalam bidang ini.
"Rasalah, tapi kalau tak mencapai presepsi kau orang semua, jangan salahkan aku pula. Tekak kau orang yang tak boleh terima masakan aku ni," ujar Chef Rizman sambil mencekak pinggang.
"Masakan chef tak pernah mengecewakan kami, bukan macam orang tu," ujar Nazif sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu bilik Fahim yang tertutup rapat itu.
Chef Rizman hanya menggelengkan kepala, budak ini memang tak tahu serik ya kena jerkah dan jerit dengan si ketuanya itu. Si Nazif ini memang suka betul mencari gaduh dan mencetuskan pergaduhan antara Nazif dan Fahim.
"Dah-dah jangan nak cari pasal dengan orang tu, dah makan cepat sebelum bos kau orang tu keluar. Nak kena marah dengan jerkah lagi ke dengan dia? Kau orang pun tak sukakan kalau dia keluar-keluar marah dan jerkah kau orang semua," ujar Chef Rizman untuk menenangkan keadaan.
Mereka semua terus menganggukkan kepala dan mereka semua mula mengambil pinggan masing-masing dan beratur untuk mengambil spaghetti yang di masak oleh Chef Rizman itu.
Mereka mula makan dan menikmati makanan tersebut, mereka semua terkedu apabila makanan itu masuk sahaja ke dalam mulut mereka. Mata masing-masing membulat dan memandang tepat ke arah Chef Rizman.
"Chef, sedapnya," Mereka semua berkata serentak dan mengangkat ibu jari masing ke arah Chef Rizman. Chef Rizman tergelak kecil dengan perangai mereka semua. Semua yang berada di dalam dapur itu sudah pun di anggap sebagai anaknya sendiri.
"Dah-dah makan, lepas tu sambung semula kerja kamu semua yang tertangguh tadi, waktu rehat pun dah nak habis," ujar Chef Rizman sambil tersenyum bangga melihat mereka semua makan dengan penuh berselera.
"Baik chef," mereka menyambung semula makan dengan penuh nikmat. Jarang-jarang mereka semua dapat makan makanan yang sedap ini. Apatah lagi dapat menjamu selera yang dimasak sendiri oleh Chef Rizman ini.
Chef Rizman hanya tersenyum, kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu bilik yang pintunya tertutup rapat itu. Dia memandang ke arah pinggan yang berisi spaghetti itu. Dia sudah pun mengasingkan makanan itu untuk anak buahnya yang sedang membuat kerja didalam bilik itu.
Share this novel