SENYUMANNYA lebar terukir ketika syarikatnya di nobatkan sebagai "Brand of the year". Bukan itu saja, companynya juga berjaya memborong semua anugerah utama seperti 'Most top brand', 'Consumer top brand', 'Most influential brand', "Most excellence ceo" dan 'Brand extraordinary achievement of the year'. Hebat bukan. Semua pencapaian tersebut, di ketuai oleh Tuan Imran Iman, yang merupakan pemilik THE VIP GROUP.
'THE VIP GROUP' sendiri, berdiri sejak 1988 lagi yang awalnya hanya memiliki 2 cawangan saja. Namun berkat usaha dan kerja kerasnya. The vip group kini memiliki lebih dari 100 cawangan di seluruh dunia. Antaranya China, Korea, Thailand dan banyak lagi. Membuatkan The vip menduduki kedudukkan pertama antara company terbaik saat ini.
Untuk saat ini, hanya 'Blue B Group', pesaing sengitnya yang mampu mengalahkannya. Namun, hanya kalah dalam beberapa hal. Tidak untuk populariti, yang dialah pemenangnya, di setiap tahunnya.
"Kan aku dah pernah cakap, kau takkan dapat kalahkan aku punya. Sebab kau tak mampu. Sebaiknya kau balik kampung jaga ladang kau tu jelah. Itu yang sesuai untuk kau. Ni tak. Ada hati nak lawan aku."
Hinaan itu hanya membuat Tuan Kamol tersenyum saja.
"Yakinnya dia. Macam takda hari esokkan. Ni, aku nak ingatkan. Masa depan takda siapa yang tahu. Ya. Aku kalah sekarang, tapi itu tak bermakna aku kalah selama-lamanya. Ada masanya nanti, giliran kau yang merasa di posisi aku sekarang."
"Itu takkan pernah terjadi, kerana aku terlahir dari keluarga kaya raya sejak nenek moyang lagi. Meskipun aku gagal, itu sama sekali tak buat aku miskin. Lainlah kau, anak kampung baru-baru nak up."
"Sekurang-kurangnya, aku bukan anak manja macam kau. Aku berusaha dari bawah, untuk capai semua ni. Kau?. Menumpang senang atas usaha orang lain."
"Kau ingat, kembangkan company tu, tak pakai otak ke. Kalau tersalah langkah, company tu dah lama bangkrup. Tapi tulah, aku memang terlahir untuk jadi pemenang."
Sementara Hanie bersama suaminya, terlihat mencari keberadaan ayah mereka yang entah pergi kemana.
"Tu papakan."
"Mana?."
"Tu." Jawab Jay sambil menunjuk kearah mentuanya.
Hanie pantas menoleh ke arah tangan suaminya, dan benar saja. Terlihat ayahnya sedang berbicara dengan musuh ketatnya, yang paling ia menbenci.
"Oi. Tak dapat di tinggal sekejap. Jom bang, sebelum terbang juga barang-barang dekat sini." Lalu melangkah pergi. Bersama suaminya.
"Berlagaknya kau. Tapi aku suka. Biasanya orang macam ni, kurang kasih sayang dari orang tua. Oh, benar juga. Mak ayah kaukan dulunya cerai. Sebab apa, sebab bapa kau kaki perempuan, sampaikan mak kau sakit, lalu meninggal dunia. Tak ke macam tu Im?."
Panas hati Tuan Im mendengarnya.
"Jaga mulut tu sikit uncle. Bukan ke papa hanya bahas tentang bisnes, kenapa sampai sentuh masa lalu papa pulak." Marah Mika.
"Yelah orang tua. Nak juga aku tumbuk muka kau. Ish, geram pulak aku. Nasib kau baik sebab kita dekat sini. Kalau tadi dekat tempat sunyi. Dah lama bersepai muka kau aku kerjakan." Tambah Ayden.
"Dahlah tu pa. Malulah di tengok orang." Kata Hanie, yakini anak kedua Tuan Kamol, sambil menarik tangan ayahnya untuk ikut dengannya.
"So, aku minta diri dulu. Bye, bye." Pamit Tuan Kamol, lalu melangkah pergi dengan senyuman lebarnya.
"Pa ok tak ni?." Risau Mika.
"Papa ok. Lagipula apa yang dia cakap, faktakan. Apa yang penting sekarang, papa dapat kalahkan dia. So jom, kita party. Daripada sakit hatikan."
"Idea bernas. Jom. Biar Ayden yang belanja."
"Betul ni?." Soal ayahnya.
"Betullah. Anak papa nikan kaya."
"Terbaik. Tapi ingat, jangan bagitahu mama. Kalau dia tahu kita party. Tak pasal-pasal bengkak telinga ni nanti."
"Kami juga takut pa. Harimau tu. Siapa yang berani."
"So jom kita enjoy."
"Jom." Kata mereka serentak, lalu melangkah pergi mengikuti ayahnya.
*
DI usap penuh kasih sayang, ubun-ubun kekasihnya yang terlihat tidur pulas di sampingnya. Betapa dia sayang dan cinta akan gadis itu. Namun bagaimanapun, dia harus berhadapan dengan keluarga gadis itu dulu. Sepertinya mudah bukan. Tapi malangnya, keluarga kami benarlah musuh berbuyutan. Bernafas saja, salah di mata mereka. Inikan pula, mendapat restu dari mereka. Namun, entah kenapa, dia merasa tidak perduli lagi dengan pendapat keluarganya. Apa yang penting, adalah Iris menjadi miliknya. Itu tekadnya.
"Good morning sayang." Ucapnya, lalu melabuhkan ciuman hangat di bibir gadis itu.
"Apa ni bang?. Cium orang tanpa izin. Sayang belum berus gigi lagilah." Marah Iris sambil menolak pemuda itu jauh darinya. Dengan pantas juga pemuda itu, menariknya agar di dekatnya.
"Walaupun sayang tak mandi setahun pun, abang tetap sayanglah."
"Sayanglah sangat. Kalau papa tahu ni, mati sayang tau. Nasib baik harini dia ada acara dekat Sarawak. Kalau tak, mana sayang dapat jumpa abang."
"Ai. Samalah. Papa abang juga ke Sarawak. Kalau tak silap abang, dia tercalon untuk kategori 'Brand of the year'. Ada banyak lagi, abang pun tak tahu. Sebab tak nak ambil tahu."
"Alamatnya, bergaduh lagilah orang tua tu. Bilalah mereka nak berbaikkan. Asyik gaduh je 24 jam. Pening, pening."
"Abang pun tak faham lagi dengan perangai keluarga kita tu. Asyik gaduh je memanjang. Nak juga abang bomohkan mereka, biar akrab balik."
"Ada pulak macam tu."
"Tapi yang penting, sayang tak benci abang. Nantikan kalau kita ada anak, abang nak letak nama anak kita Kim Ash Hisbullah Lee."
"Kenapa Ash?." Hairan Iris.
"Nama tu cantik, dan maksud dia pun bagus."
"Sayang rasa pun, cantik nama tu. Pandai abang pilih." Puji Iris.
"Pandaikan. Abang tak sabar haritu tiba. Abang nak sangat jadi seorang ayah." Kata Kim, lantas di genggamnya tangan Iris dengan genggaman erat. "Abang bersumpah atas nama abang, jika tidak sayang jadi isteri abang. Maka abang takkan pernah kahwin seumur hidup abang."
"Jangan bersumpah macam ni. Kita tak tahu, hari kedepannya macam mana. Dengan keadaan keluarga kita lagi. Sayang tak yakin, kalau hubungan kita dapat pergi jauh. Sayang..."
"Dengar sini sayang. Abang janji, akan cari jalan untuk hubungan kita ni. Percaya abang. Please." Kim mencelah.
"Sayang always percaya abang."
"Thanks sayang." Lalu di peluknya gadis itu dengan pelukkan erat.
Iris membalas pelukkan itu. "I love you abang."
"I love you too sayang, always." Jawab Kim penuh cinta.
Seketika Iris teringat akan harini dia harus menemani ibunya ke majlis hari jadi sahabatnya. Lantas di tolaknya Kim.
"Kenapa sayang?."
"Sayang baru ingat, kalau harini sayang kena teman mama pergi majlis hari jadi sahabat dia."
"Aalah. Abang baru teringat. Sekarang dah pukul 7. Mehlah, abang hantar."
"Takpalah bang, nanti ada orang nampak. Masalah lagi. So, sayang nak mandi dulu." Kata Iris tergesa-gesa turun dari katilnya, dengan pantas juga Kim mencapai tangan Iris.
"Nak ikut."
"Nak ikut ke manaa?."
"Nak ikut sayang mandi. Macam biasa."
"Dia nikan. Tak puas-puas."
"Please." Rayu Kim, dengan memasang wajah kesiannya.
"Ok, ok. Tapi ingat, jangan berlebih." Parah Iris.
"Baiklah Cik Iris. Jom." Setuju Kim, lantas mengendong Iris. Lalu melangkah pergi ke bilik air.
Share this novel